Puisi sekuntum bunga: Aku hanyut di dalam dadah itu...

15:57 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments



sumber gambar: www.gloriacokerfineart.com

"Oh sayang...sambutku bila aku mula mahu terjatuh.."

Puisi ini kutujukan khas buat para pencinta seni yang tahu menilai erti sebuah karya sastera...

Di dunia yang serba putih,hanya ada aku dan dia,
aku tertunduk dan merayu,
tolong...
aku pegang kakinya dan merayu lagi,
tolong...
aku teresak sambil memeluk kakinya dan merayu lagi,
tolong...
dia terus-terusan kaku,
aku tersekat di dalam penjara memori lama,
tolong...hanya kau yang mampu berikan aku dadah itu,
tolong...
berikan lagi, hanyutkan aku lagi,
tolong...
hapuskan semua memori usang itu,
masuklah ke alam sedarku dan matikan suisnya,
gelapkan suasananya,
oh tolong...
bantuku kerana aku tak mahu mati di dalam penjara ini,
ia sangat menyeksakan...
untuk terakhir kali, aku memegang kakinya dan terus pengsan...
bila aku terjaga, 
hanya wujud aku di dalam penjara memori lama itu...
dia...dia sudah tiada...
aku terus meraung menahan tekanan jiwa kiri kanan depan belakang,
memoriku berundur dan terus mengundur ke masa lepas,
segalanya seakan berputar kembali satu persatu,
disaat aku turun dari bas dengan berwajah suci menghadap matahari sehinggalah aku terjatuh kelembah yang sangat gelap dan dalam,
seperti si gila ketagihan aku mengerang kesakitan terasa diri diseksa kembali berulang-ulang kali,
akhirnya aku tersedar lelaki misteri itu pergi...
syukur kerana rupanya dia telahpun tinggalkan dadah yang aku mahukan tadi,
aku hisap dan aku terus hanyut kekayangan sana...
dan... 
kini aku bergantung pada dadah itu untuk terus tegak berdiri, maafkan aku tuhan kerana disaat ini aku hanyut dibawa dadah itu...


sumber gambar: sunriseartists.com

Dadah itu kuberi nama CINTA...

Cinta mampu menjadi ubat jika benar kuantitinya, jika berlebihan ia bertukar menjadi dadah yang sangat mengkhayalkan dan kita menjadi hamba di dunia mimpi, pelarian di alam realiti...”

Kerana cinta, kerajaan mampu runtuh, kerana cinta dunia mampu musnah, kerana cinta kerajaan mampu subur, kerana cinta juga dunia mampu berseri, dan kerana cinta manusia mampu termotivasi, kerana cinta jualah manusia mampu mati...maka pilih, harus dihalakan kemana cinta itu...siapa yang miliki kuasa cinta, dia mampu jadi raja di alam mimpi...dan dengan penguasaan mimpi, realiti mampu diubah geri...”

Di dunia cermin dua dimensi, segalanya mampu terjadi...ibarat kartun yang jatuh dari langit yang tinggi berkali-kali, tapi rupanya tak mati-mati...ada yang kata ia bukan realiti, tafsirkan realiti jika benar kamu ketahui...penipuan bisa jadi kebenaran jika ia diputar berkali-kali...kebenaran mampu jadi penipuan jika ia hanyut tak diketahui...maka tafsirkan kebenaran jika benar kamu orang yang bererti...di dunia maya ini aku mencari jiwa yang sejati, tak tergugah dengan semua penipuan di dunia realiti mahupun mimpi, berpijak atas kaki sendiri sebelum berserah pada ilahi...”

“Bahasa itu jiwa bangsa, maka aku pilih bahasa untuk aku gubah jiwa bangsaku yang kini seolah hilang semangat dewi seri nya...”

You Might Also Like

5 comments:

Semuanya tentang 'RASA' yang tidak mampu digambarkan dgn kata2. ^^

Tanpa CINTA maka tiadalah KEHIDUPAN...
Tanpa KHAYALAN maka tiadalah REALITI...

Anonymous said...

dadah menghilangkan derita tetapi cinta membawa derita bersama

-xie-

MayangSari said...

Aku bisu di sini..

salam semua,

haha,

cik Lynn,ya semuanya tentang rasa, itu saja modal si annur tu,haha

Ab,tanpa cinta kita sememangnya tak ada...

xie,jika begitu,apa akan jadi jika dadah itu bernama cinta?

Mayang sari,ya kita sebenarnya membisu walaupun berkata selalu,inilah perasaan yang sukar dilalu...