Puisi sekuntum mawar: Kesedihan itu satu karya seni agung dari ilahi...

14:43 puteri jalanan a.k.a annur 12 Comments

sumber gambar: www.truelovewallpapers.com

"Setiap kata itu arahan pada dunia perlambangan mimpi, mampukah kita melalui segalanya tanpa caci maki pada diri sendiri?"

dahulu aku berpegang pada satu kata,
hidup adalah perjuangan yang berterusan tanpa putus asa,
tapi tuhan aku ini cuma makhlukmu yang biasa,
bila aku lemah aku akan duduk memujuk hadirnya semua kekuatan yang bersisa.

kau berikan cinta,
dan aku ini lahir dengan fitrah bagaikan seorang dewi cinta,
kerana cinta aku sanggup tinggalkan segala,
telah aku buktikan sehingga aku rela dalam lara,
lalu mengapa dugaan yang sama kau ulang setiap masa.

aku ini degil tiada kata senang masuk kedalam hatiku,
kerana telah aku prinsipkan bahawa aku ini raja kepada hatiku,
bila aku kata tidak jasadku tak mampu menidakkan kemahuanku itu,
tapi kini tampak seperti segalanya cuma palsu,
peganganku itu sudahpun punah berkecai seribu.

"aku mencari si pencinta agung iaitu mereka yang mencintai seseorang dengan setulus hatinya...kerana cinta sesuci itu benih untuk bumi ini tegak berdiri, segak terpelihara...di mana mereka yang menjadi pasak bumi itu?"

untuk setiap harinya kini aku jadi si gila,
aku didik diriku senyum dan ketawa sekuat-kuatnya,
dan aku manjakan dengan menangis sehingga terlalu lemah tak mampu berbuat apa,
fikiranku buntu tak tahu langsung apa dan dimana aku berada,
kadang aku berjalan seharian tanpa hala sehingga aku lupa tentang masa,
balik aku dimarahi oleh ibunda,
haha...

kau kurindu,
tapi bila kau datang menegur di dalam hati aku halau tanpa rasa segan silu,
alasanmu satupun aku tak mahu tahu,
sedangkan aku bukanlah manusia yang sebegitu,
bila cinta datang merasuk aku jadi seakan hantu,
berbuat sesuatu tanpa sebab yang tentu,
dan selalunya lari dari kehendak hatiku,
fikiranku terlalu celaru,
kanan atau kiri yang mana harus aku lalu,
malah aku tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu,
dirimu atau kepuasan ego yang selalu membelenggu?

"Sekalipun aku berbaringan tak mampu berdiri, aku gagahkan diri untuk coretkan sesuatu disini, bukan untuk meminta simpati, tetapi sekadar melahirkan rasa yang ada di dalam hati untuk dijadikan karya seni yang abadi...kerana buat sang pencinta, kesedihan itu satu keindahan yang terlalu sukar dimengerti dan cuma dapat kita rasai..."

sumber gambar: loveizlyf.blogspot.com



ps: terima kasih kepada anon yang berikan lagu ini, annur hargainya...:)

You Might Also Like

12 comments:

MayangSari said...

Stop it!
Hate it... Dewi Cinta.
CInta kekal mekar jika ia adalah rahsia... namun jika tak tertahankan terhambur semua cinta yang aku tahan-tahankan..

Damn!

berapa banyak karya seni terhasil dari perkataan itu wahai kakakku...apa salahnya jika aku berkongsi,siapa tahu ada yang mampu hargai semua karya2 seni ini...kerana aku cuma penyampai makna dari tuhanku...

MayangSari said...

Jangan bawa mereka semua tenggelam lemas... bawa mereka ke permukaan sebentar mengambil oksigen....

I need oxigen... http://www.youtube.com/watch?v=aU7t5OHXO1g

dhada,annur cuma ajar dorang berenang sebelum lemas...haha

eh,ok ape...sedih2 pun dapat gak menaip,kira hebatlah kan...kahkahkah

ps:kadang2 perasan tu baik untuk diri.dhada jgn maraaaa :p

MayangSari said...

overload ko tu...
dunia tgh hancur ek..sedar skit dari mimpi2 ko tu wahai dewi cinta.

Gila!

ya annur gila,jadinya kenapa...dari khayal dapat hasilkan puisi,sebab 'rasa' tu wujud dan tak dibuat-buat...annur tgh cuci jiwa2 yang ada dalam selendangkuning ni,haha

Rafiz Rahim said...

Annur,
Setelah kau terlepas dari dugaan cinta gila ini,
Tentu kau akan tersenyum,
Yang nyata bukan lelaki itu yang kau mahu...
Ia cuma keinginan nafsu mu....
Nafsu itu bukan sesuatu yg boleh kau kalahkan,
Hanya doa kepada Allah untuk pelepas diri...
Ingat ilmu dan akal merupakan tentera nafsu yg utama.

Keinginan itu satu bebanan,
Yang sedang memakan dirimu,
Dan membebankan akal fikiranmu,
Adakah engkau seorang yg mudah dikalahkan?
Kau kata kepadaku engkau seorang pejuang,
Mana pergi semangat juangmu,
Dikalahkan oleh seorang lelaki....
Dikalahkan oleh seorang lelaki...

Memalukan... Memalukan... Memalukan...

memalukan ye,perjuangan ye...amboi...manisnya cili...haha...

no hal la,kawan2 kutuk...

sdr Rafiz pekabo,sihat ke...jgnla bebel lagi,letihla dgr...orang nak hepy2 kat ruangan komen ni...jgnlah serius sgt...ruangan post tu tmpat annur berlakon je...alah kita semua pelakon kat dunia ni...jadi kenalah lakonkan watak dgn baik,kalau tuhan suruh sedih,kita sedihlah...baru tuhan sayang...hahaha...annur ni perangai tak tentu,mcm kartun,dan annur lagi suka kalau orang pandang rendah dgn annur,lagi senang keje annur kat dunia ni...tak bestla kalau orang pandang tinggi ni,nnt banyak keje...annur dahla pemalas orangnya...dah2,toksah gitu,senyumlah sikit,bukan kena bayar pun...

Rafiz Rahim said...

Sekali sekala, kena buat macam tu :)
Kalau ikut lalut cinta tak berbalas / ditnggalkan satu keje tak boleh buat....
Tu tak termasuk masa yg diambil untuk menjawab kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku, kalau scenario berubah mesti tidak berlaku macam ni....etc

Persoalan2/ keinginan nafsu sentiasa consistent dan kuat, meronta2 mahukan jawapan....dan jawapan tidak ada dalam otak kita...

Running the same script dalam otak hari2... Akan membebankan otak.... Kerja lain mmg tak boleh buat dgn fokus, asyik rindu jer...

Sentiasa senyum....

alah,post tu poyo2 jer...rindu ke apekebenda itu cuma retorik je,ceh...takpe2,tggu post terbaru ek...annur skrang tgh bercuti,oh esok da stat keje....huhu

Rafiz Rahim said...

Masih menunggu cermin yg ke19.... Hehehehe

itu ka?masih dalam simpanan,kahkahkah...jgn maraaa