Puisi malam: Bunga itu rahsia diriku...

23:40 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments

sumber gambar: pinterest.com

"mari kesini wahai pembaca selendang kuning, bersama denganku, kita belajar menghargai setiap apa yang ada di dalam taman ini...rama-rama, ulat, cacing, burung dan semua makhluk yang ada, setiap satunya punya fungsi mereka masing-masing...maka jangan dikeji biarpun ia berupa cacing yang sangat menggelikan..."

ada yang bertanya mengapa aku terlalu suka pada bunga,
ya aku pun pelik kenapa,
bunga itu rahsia diriku.
harumannya membawa pergi diriku ke alam sana,
sehingga aku yang tertinggal cuma jasad seakan tak bernyawa...

tapi kini haruman bunga cuma tinggal kenangan semata,
tak mengapa...kerana kini aku hadir dan membawa segulung jiwa,
untuk dimasukkan ke dalam setiap bunga yang aku jumpa,
setelah jiwaku aku serahkan pada mereka,
maka tolong wahai semua manusia,
jaganya dengan baik kerana di dalam itu punya rahsia diriku dan sebenarnya rahsia diri kamu juga...

sumber gambar: templates.com

"Bunga itu rahsia diriku...ku harap ia sentiasa tersimpan kemas sebagai haruman di dalam kuntuman bunga-bunga..."


You Might Also Like

11 comments:

MayangSari said...

wajah itu pada jiwa..
yang kaya juga jiwa, yang miskin juga jiwa.
yang sedih itu jiwa, yang tenang juga jiwa.
tiada apa pada jasad dan ruh.
tapi manusia itu lupa.

MayangSari said...

aku tahu semua rahsiamu...huhuhu...
wahai bunga, jangan kau bersedih kerana orang mahu yang indah sahaja sedangkan jiwamu bersedih..

MayangSari said...

tanpamu aku ditengah2...
rahsia dua dari 6 cabang bintang..

Anonymous said...



Ya..tiada apa pada jasad dan ruh..
Jasad hancur jadi makanan cacing..mmmm sodap..

Jiwa diuji.. jiwa derita atau bahagia .. jiwa terpenjara atau bebas ....jiwa yang melutut untuk berjanji patuh pada yang Esa..

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)

Yabeda

MayangSari said...

macam muka witch yoo hee je si bunga yang no dua dlm post tu... perasan bungala tu cik annur... pengawalnya abg bangla.huhuhuhu... nak lempeng satu cik bunga... sambal sotong ek..
wkwkwkwkwk

Anonymous said...

Perghhhh..

Sambal sotong..i like it!!

MayangSari said...

tak nak like la...nanti gemok..

dhada,jgn ngarut leh tak...nnt orang kata kita gila,kahkahkah...

Yabeda,jom kasi gegar semua blogger jom,tidolah dorang ni...dah syok sgt kot duduk dalam zon selesa...cewah...:D

Anonymous said...

Bukan syok la annur.. cuma tak perasan je duduk dlm zon selesa.. bila dtg sedikit kesusahan baru nak beringat semula. Tapi sekejap je la.. Pastu tido balek.. :-( lesunyaa...

seekz

Rafiz Rahim said...

blog ni hidup macam bunga...
bunga liar di taman orang...
dipetik dan dibuang...
tumbuh kembali...
bebal dan degil...
tapi cantik..
dan seri bunga nya,
tak semua tahu...
hanya jauhari yang kenal manikam.

teruskan berjuang..
walaupun ku tak tahu apa yg kamu mahu...
teruskan berjuang dan lakukan kerana keikhlasan kepada Allah..
itu penting...
kerana itulah tujuan kita hidup...
beribadat kepada Nya...
insyaallah Allah akan membantumu..

salam semua,

seekz,adoi...terjaga jugak pembaca yg sorang ni,haha

sdr Rafiz,terima kasih utk puja dan keji itu,keji ka?kahkahkah...