Puisi malam: Hijau itu lencana diriku...

21:43 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar: nice-cool-pics.com


"Tolong bantuku hijaukan kembali bumi ini...sebelum ia hijau, aku tak mahu pulang kesana..."

pagi ini aku duduk sebentar,
memandang semua pepohonan yang beraneka warna,
semuanya dipenuhi hijaunya daun...
ya,hijau...itulah lencana diriku,
aku mahu warnakan bumi ini dengan hijau...
oh tolong,ambilkan pensil warna itu,
aku mahu mula mewarna...

pada anganku,
aku mahu warnakan bumi ini dengan hijau...
pada mulanya sedikit demi sedikit,
lama nanti aku pasti bumiku kan hijau kembali,
sama seperti dahulu...
setelah itu barulah hatiku lega dan aku pun dapat pergi dengan tenang hati,
semoganya...

di dalam lukisanku,
aku mahu letakkan pelbagai flora dan fauna,
hmm,tetapi aku tak berapa pandai melukis mereka semua,
aku memang perlukan sesiapa yang tahu melukis untuk membantuku,
untuk sesiapa yang tahu,
tolong ya lukiskan burung berterbangan beramai-ramai,
lukiskan juga singa bermain dengan si anak kecil,
oh ada lagi,
lukiskan juga arnab berlari-lari ditengah-tengah jalan raya,
kerana zaman sekarang manusia memandu seakan jalan itu baru dibelinya semalam,
aku mahukan arnab-arnab itu menjadi satu fonemena ajaib di jalan raya,
mungkin sejak itu ramai manusia insaf dan memandu sambil menunduk hormat kepada semua arnab-arnab yang ada...
mungkinlah...
rasanya itu saja buat masa ini,
dan aku?
aku mahu melukis bunga-bunga disetiap jalan yang ada,
aku mahu melukis pokok-pokok yang tinggi disetiap bandar,
banyak pokok aku mahu lukiskan,
dan semuanya hijauuuuuu,wuuuu~~~~
tapi ada sesuatu yang aku tertinggal,
aku juga mahu lukiskan gambar gelak tawa manusia dari setiap peringkat taraf hidup,
mampukah aku?
tapikan...aku tak berapa pandai melukis gambar orang,
jika pandai pun sekadar orang lidi,
rasanya mesti tak sesuai,
jadi kalian semua kenalah bantu...
boleh???

sumber gambar: layoutsparks.com

"bila kalian melukis wajahku, tolong pastikan ia berlatar belakangkan hijau...hijau itu lencanaku..."

You Might Also Like

5 comments:

Salam buat puteri annur, mari biar Ab tolong lukis n mewarna bersama annur. Tp Ab nak tambah warna biru utk langit dan tasik, merah dan kuning utk bunga-bungaan, putih utk awan dan si bunga melati. Hitam juga utk bayangan dan ton warna biar semuanya bangkit dan ceria... Tentu puteri MayangSari juga suka dan terhibur, :)... agar reda lah amarah dlm diri...

MayangSari said...

tq AB

Smile Always.... :D

Amar Shah said...

lukisan itu rasanya sangat sukar untuk kita lakarkan semuanya dengan perfect buat masa sekarang... angan2x yang tersimpan pasti dihancurkan oleh segelintir manusia-manusia perosak yang inginkan semua berwarna kegelapan dan berbentuk keganasan .. malahan inginkan dunia itu penuh dengan kegelapan.. mampukah kita wahai sahabat mencorakkannya dengan warna keriangan???

impossible is nothing kn annur huhu

salam buat kawan2 annur semua,hmm...annur cuma mintak kita sama2 hijaukan bumi ni...bukan utk sesiapa,utk kita juga...utk anak cucu kita juga...sapa kata ini mustahil...tumbuhan ni dia ikut kita,kalau kita manusia yg tak punya jiwa,tanam pakai baja gred A pun,mmg mati punya...dalam hati tu takda rasa sayang...takda rasa nak menghargai...

Amar,kita memang berhadapan dengan gergasi dunia,tapi takda hal la...ular kalau menyusup bawah akar pun,takkan hilang bisanya...