Puisi malam: Kamu mahu tahu siapa mereka?

00:17 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments

sumber gambar: funfactory.spruz.com

"wahai manusia...buka fikiranmu...lapangkan kepercayaanmu...luaskan sehingga segalanya terpancar pada raut 'wajah' mu..."

hidup ini cuma tiga hari.
itulah kata-kata pujangga.
betul juga,bisikku.
hidup kita selama ini dilipat-lipat di dalam almari maya.
tetapi kita seakan ditipu dengan wujudnya ilusi masa,
dengan wujudnya makhluk yang bernama masa ini,
segala perkara cuma berwujud sementara,
tanpa masa barulah wujudnya keabadian,
ya,seperti yang pernah aku katakan sebelum ini,
indahnya bunga memang sementara,
tapi abadinya bunga di dalam hati setiap pencinta...
jasad bakal tua dan mati,
tapi tidak jiwa,
ia akan terus hidup pabila menyatunya ia dengan Yang Maha Abadi...
kerana itulah aku sangat suka pada rangkap lagu Gurindam Jiwa ini,
oh, ini lagu kesukaanku...
selalu saja orang tergelak bila tahu hobiku mendengar lagu-lagu lama,haha...

"anak cina pasang lukah,
lukah dipasang di tanjung jati,
di dalam hati tidak ku lupa,
bagaikan rambut tersimpul mati.

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga..."

sungguh tinggi ilmu yang ada di dalam rangkap-rangkap sebegini...
tapi, hanyalah jauhari mengenal manikamnya...hmm...

sumber gambar: hindumythologybynarin.blogspot.com

"Alangkah indah bila cinta manusia seperti cintanya dewa dan dewi...manusia kata mereka sesat...beritahuku, mereka yang sesat atau para penyembah buta mereka yang sesat?mereka hebat di dalam bidang mereka masing-masing sehingga mencipta kekaguman pada mata yang memandang...mereka hebat dalam menggunakan sifat-sifat tuhan yang diberikan kepada mereka, maka beritahuku lagi sekali wahai semua manusia, sesatkah mereka?kamu buka cerita soal akidah, maka beritahuku apa makna akidah itu melalui kefahaman kamu sendiri...aku mahu tahu apa yang bersisa kepada dirimu setelah apa yang kamu pelajari selama ini...kerana aku muak dengan kepercayaan ikut-ikutan."

"kamu mahu tahu siapa mereka?mereka lah para pencinta tuhan..."



You Might Also Like

15 comments:

MayangSari said...

yeah....sorotan mata itu....
selama kita hidup ini adakah kita ini yang benar-benar aja ataupun seringkali kita memandai-mandai dalam kebodohan,.. segala asal usul kembali ke asas...hujungnya dah serabut... sama je Islam ni. di waktu, saat dan ketika ini.. apakah yang benar jika kita buka tv, suratkhabar, majalah, internet, blog mahupun ceramah ataupun bualan di cafe-cafe universiti atau kedai kopi cik kiah.. apakah yang benar. setiap penganut dari setiap agama bermati-matian merasa pegangan dan kepercayaan mereka itu benar, dan membuatkan kita merasa asing dan kosong...lalu bertanya... oh Tuhan... jalan apakah yang harusku pilih... jika kutanya sama hud2 katanya ada 73 jalan... ah... pusing...kepalaku pusing....berdesing-desing....

Tuhan... jiwaku hancur luka dibedil hentaman kata-kata mereka yang mahukan aku percaya apa yang mereka percaya...

ya Tuhan...
sesungguhnya tiada apa yang wujud melainkan Engkau maka segalanya adalah Engkau ya Tuhan...

kenapa mereka tidak memahami dengan hati nurani mereka...
tidakkah mereka sedar mereka juga sedang mencipta sembahan-sembahan yang baru dengan ketaksuban mereka hanya dengan menukar istilahnya, termanya... pemimpin, politik dan semua segalanya itu...

manusia...contoh yang bagaimana lagi harus aku bongkarkan...
kau keji aku...kau keji mereka...
kau rasa kau bagus..kau rasa kau benar.. kau rasa kau hebat...kau rasa mereka salah..kau rasa mereka sesat...

indahlah hidup mereka-mereka yang bukan siapa-siapa...yang terpencil di hujung sana... tiada tahu di zaman mana... tiada tahu kegilaan dunia dan seisinya.... bahagia buatmu...

wahai manusia....
bicaralah soal akidah dengan adil dan saksama bukan untuk mencari musuh...tapi lihat... apa yang setiap yang namanya manusia itu tidak boleh sangkal... jadilah bijak wahai insan yang merasa punya ilmu cebisan itu... jangan ego jadi selendangmu... bagaimana rasa kasih dan sayang dapat kau beri jika hatimu penuh benci dan dendam... gunakan nama yang Suci menghantar mereka ke tempat yang tak sepatutnya...

bukan selalunya aku ini marah....
tapi selalunya aku ini sedih dan kecewa...
bukan api itu wajahku tapi kerana kasihku merajuk dihujung hati lalu menyorok..
dia melihat manusia tidak punya hati lagi...
betapa sedih dan hancur melihat manusia bergaduh kerana agama...menyembah agama tanpa sedar Dia berlalu pergi dan menyendiri lagi... diberiNya bunga...
bagaikan monyet yang bodoh semua habis dimakannya....

oh Aku... apa yang tak kena...
bagaimana harus aku memujukMu agar
dapat ku seka tangisanMu yang kasihkan mereka semua itu...
lelapmu kutahu kerana kau tahan-tahankan semua di dalam dada...

bagaimana lagi harusku nyatakan cinta ini...
sedihnya aku sejuta lautan pun takkan sama dengan airmataku wahai cintaku...

hanya kamu...hanya kamu...hanya kamu... yang aku mahu...

MayangSari said...

every men's soul is immortal, but the soul of the righteous is IMMORTAL and DIVINE... Socrates...

kamu mencari abadi,.. kamu mencari hakiki,.. tanpa sedar kamu sebenarnya mencari dirimu sendiri...

manusia....manusia....
siapakah kamu yang sebenarnya....?
mereka kata mereka manusia,
kupakai spek mata kulihat badan saja manusia, kepalanya berbeza...
makhluk apa tu...

hm....terkenang aku pada gambar-gambar yang cik seri tak dapat huraikan tu...

nak ku beritahu, buta-buta aku kena ludah di muka...
aku bukan penakut cuma itu sia-sia.
baik aku balik dan tidur saja.
untung-untung kerja siap boleh mati dan jumpa pengarang jantung...
huhuhuhuhu..
i'm almost there..

cikcu...bila nak tanam pokok cili dalam blog ni...
seronok jugak tengok monyet makan cili...

MayangSari said...

cikcu...
nati pas kuarkan pokok cili..
citerla pasal segitiga piramid tu...
kesian...sume duk teka-teka tapi tak dapat jawapannya..
lambat sangat Saras tu... terhegeh-hegeh...
dahla pengikutnya semua pelik-pelik...
wajahnya dan wajah mereka ada banyak...tak tahu yang mana satu

This comment has been removed by the author.
MayangSari said...

melayu mencari dan juga semua mencari Land of the Gods. Mahabrata, Purana menuding jari ke arah nun di hujung banjaran. ku lihat imej dari satelit tanah di asia tenggara adalah suatu dataran yang bersambung. mereka mahu fakta, katanya itu ilmu yang kukuh dan mendasar. hanya beberapa yang benar-benar mengkaji lalui menemui bahawa kuasa sakti pada sang dewa dewi adalah suatu keyakinan infiniti pada tuhan maka tercetuslah hakikat kun fayakun dalam diri bukan seperti zaman ini yang meniti hakikat ilmu di Lauh Mahfuz. mengertikah kamu wahai manusia? sang dewa dan dewi tak wujud bukan pada jasad tapi pada kesedaran dan keyakinan bahawa mereka tahu yang wujud hanya Tuhan dan segala yang terpamer apapun dimensinya adalah manifestasi sifat dan keagungannya.. namun, manusia yang tak tahu hakikat diri kagum dan menyembah mereka. lalu dipahatkan kisah demi kisah di batu-batu, ukiran di dinding-dinding bangunan yang maha hebat ciptaan dan teknologinya. teori big bang juga mengakui bahawa semakin waktu berlalu semakin setiap bintang saling menjauhi. apakah sebabnya kayangan tak terlihat lagi oleh mata? apakah sebabnya sakti tak lagi dimiliki oleh manusia?

MayangSari said...

sadarkah kamu, apakah nama si Dia pada zaman dahulukala pada zaman melayu yang kamu kata sesat kerana mereka menganut agama Hindu dan Buddha? mereka berperang menggunakan segala kesaktian kerana ego-ego manifestasi dari tuhan. hancur semua dan segala. banjir besar berkali-kali menenggelamkan segala. lalu malaikat hairan dan bertanya, apala Allah ni makhluk suka berperang bermandi darah nak dicipta lagi. apala yang robot tu tahu. dah install keje buat je la keje, tak tahu, buat cara tak tahu, jangan nak memandai-mandai. jiwa-jiwa dimasukkan ke dalam jasad-jasad dan drama demi drama dipertontonkan... perang, hasad, perjuangan hitam demi hitam putih demi putih membentuk keseimbangan. keabadian wujud pada kesinambungan kehidupan. keabadian wujud dalam jiwa-jiwa dan segelintir yang mencapai hakikat ketuhanan menemui cinta sejati dan saling mengenali wajah walau mana pun zaman jiwanya dicampakkan.

manusia...manusia....
kamu tahu apa...
makan..minum..berak dalam kandang.
teruskanlah....
teruskanlah....

biarkan kami makan epal di atas ni dan mencampaknya jatuh tepat atas kepala kamu-kamu semua...
kelakar melihat kamu terpinga-pinga...
hahahahahahahaha

MayangSari said...

sakti wahai sakti...masuklah dalam diri...
hati demi hati hiduplah kembali...
aku seru kamu yang selalu tangisi diri
datang masuk ke zaman ini
walau benci melingkari
dendam kesumat ku tukar api menjadi pari-pari

aku seru...
kamu dan kamu dan kamu...
tunduklah menyembah Cinta yang Indah...

Anonymous said...

Mayang n Annur

Jiwa ku sedih melihat apek tua dan nyonya ditepi jalan mencari botol2 dan surat khabar lama..
Jiwa ku juga hiba melihat lelaki tua india yang berbantalkan lengan berbaring di kaki lima..
Jiwa ini simpati dengan jiwa sigila yang mundar mandir tanpa arah tuju..

Jiwa ku meratap sayu..Aku sangat2 sayang jiwa mereka semuanye, walaupun si budha, hindu agamanye.. ...

Alim ulamak berkata... "biarkanlah Allah yang menentukan segala-galanya. Kita ini cuma manusia...... lemahnya kita ini. Siapakah kita untuk merubah Takdir Allah"...

Dimanakah ilmu nilai rasa kemanusiaan yang kamu pelajari sepanjang hidup sebagai Manusia. Dimanakah apa yang 'jiwa' namakan sebagai perjuangan. Perjuangannya dimana?? Depan TV korek tahi hidung daa...

Yabeda

MayangSari said...

sorry pembaca selendang kuning...tak marah pun kat korang...cuma orang kat luar sana....

sorry kdg2 i jadi orang lain lak tetiba...huhu

MayangSari said...
This comment has been removed by the author.
MayangSari said...

testing...huhuhu

MayangSari said...

hehu

errr...apakah???

wahai mayangsari,apa sudah jadi dengan ruangan komen ini?seakan sedang dijajah,oh tidakkkkkk!haha

Yabeda,bersabarlah...kalau tak boleh sabar,pegi gigit bantal tu...haha

Anonymous said...

dalam ku mengejar, kucari dan mencari setiap pemasalahan..

dalam ku mengejar, ku temui jawapan dan penyelesaian..

namun, di dalam penyelesaian, kuterperangkap di dalam kejarku..

rupanya,kejarku lah yang mencipta pemasalahan..

kerana,kejarku pada yang palsu dan indah dimata..

akulah tokoh, akulah idola, aku pejuang bangsa, aku juga si serban dan si janggut panjang..

aku telah tewas..

dan kamu..kamulah si pintar itu..si pintar yang bakal tewas juga..

"kerana kamu juga sedang mencipta pemasalahan"


-penyelam laut cetek-

salam buat penyelam laut cetek,

haha,biasalah kita orang melayu skrang suka menyelam laut cetek je,hehe...

salam perkenalan ya dari selendang kuning..:D

tewas?haha...annur datang memang untuk ditewaskan...kira jadi batu pemijak je utk korang...tak mintak utk menang pun,apedehal kan?haha...mana ada manusia menang selamanya,itulah adatnya alam...ada masa kebaikan pun kalah,ye tak?haha...

segalanya cuma sebentar,tanpa permasalahan,kita takkan kemana...melalui salah jalan,kita tahu di satu kota,punya banyak jalan...jadi kalau lumba,selalunya yg pakar jalan mesti lebih tau cara2 mencilok ye tak?Hehe...jgn maraaa,nnt kena jualll...kat selendang kuning ada banyak berlaku jenayah pemerdagangan manusia,jgn tak tahu...hehe...

takda manusia yg pintar,itu cuma terma je...terma ka?kahkahkah...bila kita pintar tang sini,kita bodoh tang sana...jadi apa yg dimaksudkan dengan pintar tu?boleh annur tahu?hehe...hatta nabi saw pun kena tanya tukang kebun cara2 nak tanam pokok...mana ada manusia tahu semua...kita semua sentiasa memegang satu set modal,pintar dan bodoh sekali...haha...asal saja kita semua mengaku kita ni manusia biasa,salah silap itu perkara biasa...ye tak? ke salah telahan annur ni?hehe...

maafle annur tetiba rasa nak jadi mak nenek skit,haha.

maaf semua...cewah...