Puisi malam: kau kaya atau miskin, itu bukan minatku.

21:24 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: www.layoutsparks.com

"wahai semua pemegang kekayaan palsu, tunggu aku datang..."

bila kekayaan kau kira guna angka,
maka kekayaan kau adalah plastik.
ia adalah satu kemegahan tapi rupanya tak berguna.
sehingga angka itu menjadi satu berus lukisan yang memburukkan 'wajah' kau dari sehari ke sehari.
wajah kau hitam.
hati kau penuh resah.
setiap sen yang ada di dalam simpanan kau ibarat ulat yang menggigit setiap inci dari hatimu.
dan aku pasti ia sangat menyesakkan.
sehingga yang terlakar di wajahmu cuma masalah.
masalah bukan dari sesiapa,
ia dari diri kau sendiri.
sifat kemanusiaan kau gubah menjadi sifat kebinatangan,
sehingga bila lengkap transformasimu itu,
aku jadi terlupa,
kau itu manusia atau binatang?
aku tak pernah kisah dengan harta milik kau.
kau kata itu hak kau,maka tolong simpan sehingga kau puas.
tapi kau dengar satu kata-kataku ini.

"hidup ini ada naik turunnya.takkan selamanya kau berada di atas.mulai zaman ini yang hak akan ambil alih.maka tolong hayati semua yang kau ada sebelum ia pergi dan sejak itu percaya kata-kataku kau bukan sesiapa.aku jelik melihat manusia yang tiada budi bahasa.kau kaya atau miskin itu bukan minatku,aku cuma mahu tahu apa jenis budi bahasamu."

sumber gambar: weheartit.com

"bila aku sudah mula faham dengan teliti apa sebenarnya masalah pada dunia ini, kamu semua yang palsu bakal mati."

You Might Also Like

7 comments:

Anonymous said...

Annur dan Cik Mayang..

Blog sesat dan sewel ni betul2 ada pengertian yang mendalam..Puisi2 nya bukan dikarang saje-saje dan suka suka..Terpulang kpd pembaca menilai..kata mudahnye..Manusia memang gila..

Peace..
Yabeda..

MayangSari said...

bedu...

Anonymous said...

Mayang

kau kaya atau miskin..apa aku kesah..

ko tau tak si Kaya suka simpan emas..
Bertongkol emas diorang simpan. sayangkan emas tu, sampaikan tido pun dakap dan peluk lah erat-erat emas tu..

Yabeda

Miskin nye jiwa korang..

MayangSari said...

miskin jiwa kaya benda yang tunggu masa je nak expired

MayangSari said...

miskin jiwa kaya benda yang tunggu masa je nak expired

Anonymous said...

menonton Sang Kelibat,berdedai cuba menyantuni semula sisi ketuhanan dan cuba mengolah persetujuan hitam dan putih dogamtik dengan nilai kertas jamban,buat kalian yang merata nun disana dengan jiwa yang mentah melata,pesanan dari purba yang tak pernah berbunyi tapi diusik,ratahlar curiga dengan mulut cabul dan hati yang bacul,takutkan perjuangan,dendam aku dendam keramat,semoga bertemulah kesumat dengan azimat diangan,syabas kalian.

salam semua,

wahhh,ada pembaca barulah,siapa nama?Yabeda...salam perkenalan ek...ini geng dhada niiii....:D

errrkk??!...sdr Purba da kembali ke niiii...?