Puisi malam: rasa yang ada cuma beku, maafkanku cahaya...

21:50 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments

sumber gambar: scenicsreflections.com

"Setiap kali aku termenung, sebenarnya aku tidak sedar apa yang aku menungkan...segala rasa bercampur menjadi satu lalu akhirnya beku..."

aku bersandar dan melihat langit malam melalui tingkap,
jiwaku keletihan,
setelah seharian aku bercakap,
untuk malam ini aku mahu berdiam sahaja,
berdiam sambil menekan papan kekunci ini,
untuk dilepaskan rasa yang ada,
marah,benci,dan suka aku campurkan menjadi satu,
itulah diam.
setelah beberapa tahun kebelakangan aku menjadi seorang yang berkobar,
untuk tahun ini aku mahu berehat dan berjalan perlahan,
sambil memerhati segalanya dari jauh,
benih yang ada telah aku tanamkan,
dan kini aku cuma mahu duduk dan menunggu hasil,
ahhh,itu cuma di alam maya,
segalanya sedang berjalan dengan irama laguku,
dan di alam realiti aku sebenarnya masih berlari,
ramai kawan telah meninggalkanku,
hidup mereka semakin gah,
aku cuma mampu memandang dan membina impian di satu sudut hati,
dan juga memberi semangat kepada diriku sendiri,
pencarian diri telah membawa aku pergi masuk ke lubang cacing,
dan kini aku puas apa yang aku cari telah aku temui,
cumanya aku kini mahu keluarkan segala khazanah yang aku temui di dalam lubang cacing itu,
dan menghiasnya ke alam realiti pula,
aku ini ibarat siput,
jalanku lambat dan perlahan,
ramai yang memandang rendah keupayaanku,
dan aku?
cuma mampu fokus terhadap apa yang sedang aku tuju,
kerana aku pasti nanti aku akan sampai juga,
bila aku bercerita tentang siput,
aku langsung teringat kepada siput di kebun bunga,
pada suatu hari aku duduk dan memegang seekor siput yang kecil,
aku pandang dia lama,
dan aku letakkan semula dikawanan kiambang bertaut di kolam kecil itu,
diwaktu itu tidak aku terfikir kesan perbuatanku itu,
ya, aku terlalu memandang rendah terhadap siput itu,
tidak sampai sebulan,
rapuhlah hampir semua kiambang yang ada,
hatiku berbisik,
wahai nur,
jangan kau pandang rendah dengan apapun makhluk tuhan,
kerana setiap mereka punya potensi,
dan bila kau senang sekarang,
kesusahan sentiasa mengintai dan menunggu panggilan untuk bertugas...
bila kau di atas sekarang,
suatu hari nanti kau akan turun juga,
kerana kita semua cuma penggerak kepada sebuah cerita,
sebuah cerita yang bakal menjadi sejarah dunia,
dan adanya kita disini,
adalah untuk berbudi,
sekalipun kau pernah berbuat jahat,
itu juga budi,
kau berbudi demi perjalanan jiwa-jiwa manusia,
walaupun kau itu mereka ibaratkan seperti lalat,
tapi mereka tak mengerti,
tanpa lalat manusia takkan tahu erti sebuah kebersihan...

sumber gambar: laurieleig.com

"Aku mencintai seorang pencari erti...dan aku biarkan semua pencari kesempurnaan meninggalkan diriku...hari demi hari aku semakin rela bersendirian dan biarkan semua erti itu menjadi sejuk, beku dan kaku..."

"Penulisanku sebenarnya hanya untuk seseorang...seorang pencari pengertian...kerana aku cahaya layarnya sedang dia projektornya...manusia melihatku tanpa mereka sedar datangnya aku sebenarnya dari dia...kerana aku adalah pemancar erti dirinya...dan kami? kami adalah watak-watak CERMIN..."

You Might Also Like

11 comments:

Assalamu'alaikum..wahai Puteri Annur yg berseri2...

Bekukan semua siput dan cacing itu.. usah dibekukan cahayamu itu.. agar dapat menyinari gelapnya lubang cacing dan agar dapat menyuluh erti kemampuan seekor siput...

Dalam lubang cacing ada rahsianya... dan dalam diri siput ada maknanya...

Senyum2 selalu walaupun membeku... smg membeku sambil tersenyum..

Rafiz Rahim said...

Malam jumaa beku2 ni best buat sesuatu...

Anonymous said...

...kau berbudi demi perjalanan jiwa-jiwa manusia..

Terima kasih kerana ayat ini.. tatkala perjuanganku rasa macam hambar..

Yabeda

Anonymous said...

Alahai.. janganlah membeku dulu.. Baru je nak panaskan enjin.. dah nak masuk dalam freeze.. hmmm...

Tp mungkin penat kot ekk.. takpa lah.. rehat kejap yer.. lagipon situasi di luar sana kelihatannya seperti hambar..semua skrg ni sebok cerita pilihanraya je.. kebanyakan tak sabar2 nak tukar yg memerintah skrg ni..

Masa yg bagus utk berehat seketika. Bila dah pulih nanti tukar yang hambar jadi kembali berkobar yer..

seekz

wsalam semua,

Ab,dah geram sgt,tau annur buat apa?annur p tabur racun siput kat kolam tu...yg paling tak boleh blah apa tau?siap baca bismillah,hahaha~harap2 ikan tu sume tak matilah hendaknya...

sdr rafiz,pegi baca yasin tu haaaa...ada pekdahnyer...lalala~

Yabeda! bedoo...hmm,dah namanya hidup,lepas jatuh bangkitlah balik...apedehal kan...haha...senyum dan gembira selalu tau,hidup ttap kna diteruskan dear..:D

seekz,aah penat skit keje serupa bangla,haha...bak kata bos annur,keje kebun tak penah abis...rehat sehari,pokok leh mati...tapi annur sayang semua pokok2 tu walaupun abes dah tangan ni...ceh.

MayangSari said...

=p

koink...koink...

MayangSari said...

=p

koink...koink...

Rafiz Rahim said...

ini antara puisi yang terbaik dari blog ni...
Jangan mengaku kalah dalam perjuangan...

Terima kasih Annur atas kata2 semangat....

p/s ada sahabat pengeluar mee kuning menggunakan nama Annur sebagai produk...

salam semua,

wahwahwah...dhada da bukak blog!hehe

sdr Rafiz,hmm,puisi ni sayup je kan..terima kasih teman...wah nama mee tu kebetulan je kot? :D

Anonymous said...

salam... indah Nur nukilan mu di sini.mengandungi banyak maksud tersirat dan berguna bagi jiwa yang memahami.
teruskan berkarya ya.. semoga tuhan sentiasa mencurahkan ilham kepadamu..


LOST

wsalam LOST...hmmm,tq untuk doa yg sangat indah tu....

ya,harap2nya...skrang annur hampir kehilangan ilham,tu yg kejenya asik ngarut je...aduhai.