Puisi malam: simpan marahmu itu menjadi satu MURKA...

21:34 puteri jalanan a.k.a annur 24 Comments

sumber gambar: zilmitas.blogspot.com

"Makmurkanlah bumi tempat kami berpijak ini selebat hujanmu itu...jadikan kami raja kepada diri kami sendiri..."

itu.ini.sana.sini.

akhirnya keliru.
mahu dibuat yang mana ini.
mahu ditiru yang mana ini.

terus mengikut arus masyarakat atau ubah.
"ah,ikut saja permainan manusia,senanggg..." bisik satu suara.
"tidak,jangan ikut,ubah...berdiri tegak dan tetapkan pendirianmu..." ujar satu suara yang lain.

jika kau tidak suka permainan ini,jangan ikut serta dan bermain.
ia sungguh bodoh.
panjat ke atas dan jadi pembuat keputusan.
jangan bergantung, tapi jadikan dirimu tempat bergantung.

bila kau tetapkan satu jalan untuk kau lalui,
kau perlu berani.
hadap semua risiko,maki,hina dan semua manusia yang menghalang.
lawan jika perlu,
jika tidak kau harus terus bertahan sampai mati.
kerana hidup adalah perjuangan menegakkan kepercayaan kau sendiri.

satu dunia datang dan membawa api untuk membakar dirimu,
tapi jika kau pertahankan perkara yang benar,tuhan sentiasa bersamamu.
tetapkan kepercayaan ini dan melangkahlah dengan yakin.
katanya melayu ini bangsa diraja,
jadi tolong,
jangan jadikan marah itu satu perkara biasa,
kerana ia sangat hodoh.
simpan marahmu sedaya upaya supaya bila ia terkeluar nanti ia adalah satu MURKA.

sumber gambar: mbahgundul.blogspot.com

"datangkan kembali daulat itu, aku seru..."




You Might Also Like

24 comments:

MayangSari said...

sumpah bukan sebarang sumpah,
sumpah minta karmamu tumpah,
tulah bukan sebarang tulah,
barang tersentuh bumi terbelah.

aku seru diri empunya diri,
datang hadir bersama impi,
hanya jiwa sedari diri,
datanglah masuk ke dunia ini.

Mayang Sari

Macedonia said...

may Allah have mercy upon us ^_^.

MayangSari said...

banyaknya jawapan kepada teka teki yang ada ni. tapi sehingga kini masih tak ada yang mahu buka kod. kami tunggu dari blog hud-hud lagi tapi dah tukar blog baru pun masih tak ada yang mahu menyambut tangan kami. separuh gila kami nak pecahkan kod-kod ni mungkin belum ada yang benar2 serius. hampanya...

minta maaf annur kerana berterus-terang.

MayangSari said...

hidup bukan sekadar fakta yang terbuku dan tertulis. semua bagaikan puzzle. serpihan puzzle yang berada di kawasan terang memimpin kita ke puzzle di kawasan gelap dan tersembunyi.

Seru bukan sebarang seru,
Seru panggil hadir 'dirimu',
Zaman berzaman tiada jemu,
Tetap sendiri tiada bertamu.

Sedih dan letih. Hadirnya jiwa yang tiada mati hanya kerana belas kasihan memimpin kamu kepada DiriMu. Mengapa Tuhan aku bagaikan bisu, letih dan semu..?

Bagaimana lagi aku harus menjerit? Oh Tuhan... berikan aku ubat tidur atau ubat khayal agar sedarku tiada lagi menggangguku kerana aku seperti mati tenggelam dalam tangisan.

"Kalau tidak kerana kasihan tidak kami turun ke bumi."

** petikan kata-kata Sang Pendeta Pujangga Cinta **

MayangSari said...

Siapakah mereka yang bergelar Lagenda? Mengapa banyak lagenda kini bergelar mitos? Apakah jejak-jejak yang mereka tinggalkan? Ada...dan merata-rata. Mengapa kini tamadun yang hebat seperti baru ditemui? Kenapa kini? Apa ada dengan mereka dan apa kaitannya dengan kita? Adakah hanya DNA mereka sahaja yang kita warisi? Bagaimana pula dengan sifat, dendam, amarah, cinta, sumpah dan janji, menyelesaikan puzzle yang belum terungkai? Kenapa kamu wahai manusia sungguh penakut untuk berfikir dan meluaskan kepercayaan? Kebenaran tak akan pernah goyah jika diuji berkali-kali dan sekeras mana pun ujian itu. Kenapa kamu wahai manusia? Aku tak mahu mencaci maki kamu bukan kerana takut caci maki kembali kepada diriku sendiri tapi kerana aku menahan kemarahanku pada semuanya kamu. Harus bagaimana lagi aku katakan?

Adakah dengan memaksa diri tanpa ikhlas kamu fikir kamu akan ke syurga tanpa mengenal pemilik syurga itu.

Ya Allah.... bagaimana lagi Ya Allah....

Sesungguhnya aku lari dan mengelak dari murka Ya Allah...

Jika aku dipaksa, sampai ke tahapnya aku sendiri tidak mampu mengawal diriku kerana disaat itu aku bukan aku. Dan aku tak pernah pengecut dengan karmaku.

Manusia, ingat kamu..
Jangan sampai api datang sendiri membakar semua ego dan kejahilanmu.

Mayang Sari

MayangSari said...
This comment has been removed by the author.
MayangSari said...

Kamu fikir kami mengarut di sini?
Kami penat juga memakai topeng, kerana tentunya lelah jika bekerja.

Ya, kami tak suka pura-pura walau terkadang ia bagaikan alat untuk berdepan dengan manusia yang berbeza-beza tahap akalnya. Juga sebagai budi bahasa.

Sekali-kali kami tak mahu memperlihatkan wajah kami pada semuanya kamu. Untuk apa semua itu? Jika topengku saja kamu tak tahu baca jangankan wajah.

'Sia-sia' itu yang sering aku bilang pada adindaku. Berikan bunga habis pula dimakannya. Banyak bukan bermakna harus ditabur merata-rata.

Suatu saat, berkat dan rahmat akan ditarik kerana merajuknya Rasa baru kamu tahu wahai manusia.

Sudahlah.. aku tak boleh hadir lama-lama nanti tandus kering hampir mati tanamanmu itu wahai adindaku. Aku memang tak boleh bertandang lama-lama kerana memang sifatku harus sebentar dan sementara.

hahaha...apa lagi kekandaku sayang...jom kita berdangfoot disini,ewahhhhhh....haha~

relax...skrang tgh irama dangdut,apalagi dhada,layannn....

"cepatlah datang,aku menanti...duh aduh duh duh...ku ingin jumpa"...haha~

MayangSari said...

Kenapa dulu nabi ddatangkan dari kalangan orang Arab? Sbb masa tu kebebalan dorg dah ketara. Kenapa skrg konon2 kbangkitan datang dari arah timur? sama jugak sebabnya. memang mulut aku ni jahat. aku tunggu masa je nak sound.

ke nak aku listkn kebebalan2 tu semua? takde masalah pun. dan aku tak kisah orang nak cakap aku ego ke, bodoh ke, tlalu lantang ke. sampai suatu saat dan ketika aku pasti datang.

kerana aku benci kebodohan. semua tunggu penyelamat datang buat keje. korang buat apa? taik mata? citer sume dalam tempurung. kenapa? takut anak bini tak makan. takut periuk nasi hilang, takut bilik aircond hilang. tu namanya pengecut. kalo tak nak jadi bodoh macam aku, then gunakanlah kbijaksanaan korang mgadap kebebalan masyarakat. jangan cerita lebih. aku ngn adik ni tunggu masa je nk sound semua. biar kitorng calarkan keamanan kat blog2 yang acah2 lebih. acah2 pandai tapi cakap je. dah abis cakap, balik umah tido dgn sgt selesa, main fb, update semua keegoan dan keagungan diri,minta org puja puji pendapatnya yang hebat tu. macam merak. sombong. bulu je cantik tapi takleh terbang. pusing sana pusing sini macam model. wei merak ko cuma cantik je,kesudahannya orang gunakan ko sbg plambangan makhluk yang sombong atas muka bumi.

MayangSari said...

ya aku dn adik spt org yang sama tapi wajah blainan. nampak je dia bdangdut kat situ, kitorg dah lama tahan api dalam mulut ni.

MayangSari said...

aku tak mintak org jd macam aku. "blogger gila yang mengamuk".

tapi aku mintak korang guna otak berpikir. apa yg tak kena dalam masyarakat, dalam beragama dan berhujah. jujur dengan hati jangan jadi keldai dungu yang bawak kitab tebal. kita semua ulama jahat dan menyesatkan. tapi duk tuding jari kat orang. asal guna dalil je konon datang dari tuhan. maaf cakap, Islam sekarang dah tak asing. semua sama copy paste!

Moga yang asing itu dirahmati Tuhan!

MayangSari said...

Ingat Tuhan pandang ke zikir korang yang berbakul-bakul tu? tapi hati korang pikir lain. asik kata nak kenal Tuhan, nak kenal Tuhan, bila Dia datang korang layan macam sampah!

Cakap Tuhan Maha Pengasih tapi korang takut2kan orang kafir dengan orang yang buat dosa dengan neraka macam confident Tuhan masukkan dorang dalam neraka. Tak boleh ke korang highlight sifat Penyayang Tuhan dan highlight perkara baik dlm diri dorg? Lagi ajak ramai2 benci orang kafir. Barangsiapa yang membawa imej buruk dalam mperkenalkan Islam, mereka itulah musuh Islam. Menggalakkan permusuhan, menggalakkan ikut buta tuli kata-kata Sang Wali, duduk diam menyalak bawah tempurung. Cakap je amar makruf nahi mungkar, tapi cuma lawan dalam hati. itu pun entah ia entah tidak. yang lain tak diguna. bukan cacat pun. sempurna sifat. tapi malas dan semua untuk sesuap nasi. selagi aku hidup aku takkan berhenti. biar sekali jasadku mati tapi semangatku hidup 1000 tahun lagi. itu sumpah aku!

hahaha...lady of action da murka...

jom semua,kita menari lagi~~~

MayangSari said...

yela...yela...
let me rest in peace. sory wat onar...

gtg...

MayangSari said...

dgr lagu kurnia mizz nina...layan..

MayangSari said...

annur suh bukak blog..hm..inshaAllah.. tapi bukan sekarang..setahun ke dua tahun akan datang. bukan semua sisiku adalah kemarahan. banyak juga yang ingin dikongsikan.

Rafiz Rahim said...

Shhhh... Duduk diam-diam....

Seekz said...

Salam sejahtera kak mayang sari dan annur,

Jangan marah2 kak.. tak boleh memaksa2 sangat hal2 begini.. Memang semua sedang berada dalam keadaan yang selesa..nak makan minum dapat.. nak pegi bersuka-ria, beribadah, bersukan, holiday, apa saja semua tiada masalah.. takde duit pinjam dulu, kemudian bayar.. pendek kata, semuanya berjalan lancar la skrg ni..apa perlunya sebok lebih2 dgn apa yg akak simpan dalam hati tu.. kann..
Dunia fantasi yg ada sekarang ni telah menjadikan semua malas untuk berfikir.. jika ada yg merungut pon sedikit.. itupon merungut yg berkaitan politik..
Pencerahan gunakan blog memang bagus.. tapi tak semua org boleh terima.. diluar sana ada bermacam2 perangai.. ramai yg nak tahu hakikat yg ingin disampaikan.. tapi mereka sendiri pon mungkin tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.. sebab mungkin pasal keselesaan yg mereka ada skrg ni.. ataupon mungkin pasal ego.. hermm.. entahlah..
Kadangkala saya ada terfikir juga untuk berkongsi dengan rakan2, blog kak mayang dan annur ni.. tapi saya risau mereka tak boleh terima..saya sendiri pon masih banyak yg tidak faham apa yang cuba disampaikan disini dan dihud2.. saya tak mahu share sesuatu hal jika saya tak faham apa yg saya cuba nak share itu.. harap kak mayang sari faham apa yg saya merepek ni..
Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali mereka yg percaya dan melakukan amalan2 yg baik serta nasihat-menasihati hal2 yg benar dan nasihat-menasihati dengan kesabaran..
salam,
bye..

salam smua,

sdr Rafiz,bagus...dok situ diam2...blaja memahami...cewah...haha

Seekz,ini blog orang sesat,toksahla bgtau sesapa,kita2 je...haha...annur bukak blog ni mmg niat nak sesatkan korang sume,haha...lepas sesat,baru tahu cari jalan pulang...kalau dah rasa diri di jalan yang benar je,susah...tak payah blaja papa,dah tahu sume,tuhan takyah pimpin,sebab dah tahu jalan sendiri,haha...kopi pasta,senang 2 kali klik je,zaman modenla katakan...cewah...haha~

kira dalam blog ni,korang kena main permainan 'night walk'...permainan ni cuma untuk yang berani je...kalau yang manja tu,sila bungkus barang dan pulang,haha...keselamatan anda tak dijamin...guna matahati dan deria untuk berjalan...ia adalah satu permainan untuk menguji sejauh mana korang percaya pada keupayaan diri korang sendiri...belajar mengenali suara hati sendiri...belajar mempercayai suara hati sendiri...kalau masih nak ikut2 cakap orang,ini bukan tempatnya...blog ni bukan tempat yang sesuai utk jiwa2 yg macam tu...blog ni annur lukis ibarat sebuah hutan yang gelap dan penuh bunyi2 unggas...jadi korang kena jadi 'burung hantu'...annur bina game,jadi korang kena jadi pemain yang handal untuk menang...cewah...

korang bayangkan,annur bagi satu perumpamaan mudah...annur seorang penjual bunga,pastu annur tunjuk semua bukti2 yg annur ni seorang penjual bunga asli terkemuka di dunia,pastu annur tunjuk bunga plastik...annur cakap,ini bunga betul...takkan layu sampai bila2...tak perlu siram air,tak perlu baja...ini bunga betul2 original...kalau korang sengal,korang pun percaya...tapi kalau korang masih mahu menggunakan akal untuk berfikir,dan matahati untuk menilai...korang akan cakap,tipulah...ini bunga sama macam bunga plastik nenek saya kat kampung tu ha...zaman skrg banyak orang kena tipu dengan tipuhelah yang sama...taknak guna akal dan matahati untuk menilai,semua bagi pada ustad2 untuk buat keputusan soal kepercayaan kita sendiri...situasi ni sangat kelakar...karang kalau ustad tunjuk jalan salah,korang salahkan ustad tu ha...padahal yg patut diketuk pala,korang sendiri...pegi percaya sangat pesal,ustad tu pun manusia,bukan malaikat,ustad dok cerita bagaimana membina keluarga bahagia,padahal dalam masa yang sama dia sendiri mungkin dok pening napela agaknya anak2 dia takmau dengar cakap dia,mana ada manusia sempurna kat dunia ni...annur salah korang tunjuk,korang salah annur gelakkan,kan adil tu...kan tuhan ada bg akal untuk berfikir,tuhan cuma nak nguji je...korang adalah raja bagi diri korang sendiri...suka cakap suka,tidak cakap tidak...ya cakap ya,tidak kata tidak...bila dah tetapkan jalan,melangkah dengan yakin,kalau niat betul,insyaallah tuhan tu tunjukkan jalan betul...annur cakap ni sebenarnya banyak mengena pada diri sendiri,tapi selagi ada nyawa,kita belajarlah sama2...apapun kita semua kawan...

korang pernah main satu permainan ni tak,permainan menyanyi...permainan ni senang sangat...korang ajak sorang partner...pastu setiap dari korang kena nyanyi lagu,siapa yang ternyanyi lagu yang kawan tu nyanyi,dia kalah...kira siapa yang tak fokus dan terpengaruh dengan lagu dari pihak lawan,dia kalah...hidup pun camtu gak,setiap dari kita akan sentiasa bernyanyi...siapa yang tak fokus pada lagu nyanyian dia sendiri,dia akan kalah...jadi nak menang kena pandai main taktik...kena tahu lagu apa yang kawan tu suka...lagu apa yang ada irama2 yg syok didengar dan dapat menggoda tumpuan pihak lawan....ataupun nak senang,korang nyanyi je lagu yg korang suka,feel...layan....toksah peduli lagu pihak lawan,nnt korang menang gak...orang kata,kalau tak tahu berlawan,awak kena tahu pertahankan diri...

Seekz said...

Sesat!!! hihi.. salah masuk kawasan rupanya..herm..takpe2, sesat dihujung jalan balek ke pangkal jalan.. sesat dihujung jalan balek ke pangkal jalan..
Alamak..alapak.. jalan mana aku masuk tadi.. jalan kiri ke kanan.. jalan atas ke bawah.. jalanraya ke jalan-jalan cari makan.. adoii.. lupa sudaaa..

Elo tuan tanah.. mana jalan kluar ni.. saya da sesat sesesat-sesatnye ni.. tulun tunjukkan jalan keluar, plisss.. :-p

apa hello2?lain kali cakap elok2...

wahai tuan puteri,kahkahkah...

ini jalan mati,depan tu kubur...mana ada jalan kuar...nak kena patah balik ataupun terus ke depan sikit pastu terjun pacak batu sendiri,hahaha...ini blog,annur da pasang mantera...sekali masuk takleh lupa walaupun dalam hati ada benci,haha...habislah korang,jangan lupa pasang pendinding,nnt terkena penangan mantera annur,susahhhh....hahahahahaha...