Puisi malam: hargai setiap apa yang diberi...itulah makna syukur...

23:33 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.flowerfairyprints.com

"Hargai dulu benda di depan mata, baru minta yang lebih besar...itulah adabnya pada Sang Pencipta...syukur itu cuma terma...sedang maknanya kan cuma 'hargai setiap apa yang diberi' sudah banyak kali aku katakan, jangan tersekat dalam terma..."

gelap.
malam ini sungguh gelap,
yang wujud cuma cahaya bulan,
yang samar ditutupi awan yang bergumpalan,
dan aku disini melayan perasaan,
adakala tersenyum,
entah apa di dalam fikiran tak mampu pula aku huraikan,
aku cuma mahu menulis apa yang ada di dalam hati,
dan bercerita bersama teman-teman disini,

bunga.
apa yang menarik tentang bunga,
bagiku bunga adalah perlambangan bagi kebahagiaan,
pokok akan berbunga hanya bila dia bahagia...
hanya bila dia suka dilayan dengan penuh kasih sayang...
selepas berbunga dia akan berbuah..
dan menghasilkan benih-benih yang mewarisi sifatnya,
maka jika kita ingin mengubah dunia ini,
untuk jangka masa yang panjang,
ubahlah diri sendiri supaya kita bakal menghasilkan benih yang berkualiti juga,
itulah budi kita pada bumi tempat kita berpijak ini,
dan juga pada langit yang kita junjung sehariannya,
juga pada makhluk yang melata di dataran luas ini,
perkara ini...
sebenarnya sudah kerap kali aku fikirkan,
cuba bersikap jujur pada diri sendiri,
sebenarnya manusia adalah cerminan diriku sendiri,
aku ibarat penari,
yang mana bila mereka membuka lagu dan mula menari,
aku cuma perlu mengikut rentak lagu dan menari mengikut gerakku sendiri,
kreatif.
ah,sebenarnya aku terlalu banyak kerja,
tak sepatutnya aku membebel disini...
jaga diri wahai kawan-kawan annur sekalian...

sumber gambar: tumblr.com


"Bila kau dah mula hargai setiap apa sekelilingmu, percaya kataku...tuhan akan beri kau lebih...itulah maknanya apa yang mereka di luar sana suka katakan..'bersyukurlah nescaya kau adalah manusia terkaya'..."

"Berhenti cerita soal emas sana...perhati dulu apa yang engkau dah lakukan pada emas di tangan sendiri..."


You Might Also Like

3 comments:

MayangSari said...

ya...sy selalu tengok annur senyum sorg2...kdg2 ketawa sorg2...seram..
huhu

Felly Sophia said...

Hai. Dah lama tak jenguk sini. Oh ya, saya dah tukar link. :)

salam semua,maaf annur bz skit,

eh dhada,janganlah bocor rahsia...malu i...haha

Fel,annur pun dah lama tak jalan2 kat alam maya ni,ok nnt annur tukar ek...:D