Puisi malam: Jika kau tidak suka....ubahlah!

20:35 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments




"Jika kau tidak suka,ubahlah! berhenti bilang ini semua takdir."

"teruknya dunia sana,
oh mahalnya barang sini,
rosaknya budak zaman ini,
kacau bilaunya pentadbiran ini..."

itulah kita...
selalu saja mengomel dan mengomen...
kata kita itu salah...
kata kita itu zalim...
kata kita itu dosa...
kita bercerita semuanya disebuah kedai kopi yang hening...
oh bahagianya hidup kita...

kelakar.
kalau tidak suka ubahlah guna kudrat sendiri.
jangan berharap orang lain yang berubah...
sedangkan diri sendiri rupanya perosak bangsa...

kalau kau tidak suka dizalimi,
panjat naik dan jadilah pengusaha sendiri,
bina satu empayar supaya keadaan yang ada berubah,
jika kau tidak mahu,
maka jangan mengomel dan terus mengomen,
ia kelihatan sangat bodoh sedangkan tuhan beri kita semua akal fikiran yang sama,
masa diberi dalam sehari juga 24 jam,
maka dimana silapnya kita?

jika kau mahu jadi pemikir,
bagus.
tapi tolong jadikan pemikiran kau itu satu kenyataan pada realiti,
jika tidak semua jadi mainan debu di rak perpustakaan sana,
kita semua pandai,
kita semua bijak,
tapi tertindas di tanah sendiri,
maka sekali lagi,
dimana silapnya kita?
oh mungkin pada tuhan yang takdirkan semua ini terjadi,haha
wahai manusia,
sudah masa berhenti bercakap dan berusahalah!

sumber gambar: mysticwallpaper10.net

"Gapailah bintang di langit sana, kumpulkan dan jadikanlah ia satu hadiah yang terindah buat semua manusia..."

You Might Also Like

7 comments:

MayangSari said...

berhentilah meminta Tuhan menyiapkan kerja-kerja manusia. sungguh pemalas, dan hanya tahu bercakap sahaja.

tertariknya kita pada wanita itu bukan yang lain tapi, kerana ketakwaannya.. sebab ia bejilbab dan pandai menjaga maruahnya (menutup aurat yang syarie).. :D

Tidak kira apapun yang terjadi kita seharusnya meneruskan kehidupan ini sebagai seorang hamba (kepada Allah Ta'ala).. demi meneruskan kelangsungan kehidupan Islam buat rahmat sekelian-alam..

"Jika kau tidak suka... ubahlah!"

Salam tuan puteri.

Yang garang sangat ni pasaipa tatau. *gelak*

oh, bukan garang. mungkin tegas.

ya?

*senyum*

-AsaSiaga-

salam semua,

dhada,saborrrr....

Ab,maaf ye,tuan puteri salah kali ni...huhu

Asa Siaga,garang ek tuan putri tuuu?hehe...mahu tahu sesuatu?annur ni lmbut je sebenarnya,kahkahkah

MayangSari said...

hei gila...nape ko letak gambar kakak ko yang cun ni? huhuhu...
siap tukar gambar..sbb u seksi sgt...peminat u jd keliru...hahahaha

cik puan mayang,diam kau.