Puisi malam: selain dari itu, aku rela menjadi gambar yang kaku...

22:07 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: animedesktopnexus.com

"Aku sebenarnya seorang yang sukar untuk berehat..."

untuk malam ini aku sebenarnya tak tahu mahu menulis apa,
perasaanku serabut,
jiwaku kusut,
melihat kepada suasana alam maya buat aku bosan,
berkata mereka dengan penuh keyakinan,
aku hanya memandang ke luar tingkap dan mengeluh perlahan,
kerana setiap apa yang kita keluarkan kesan pertama sekali adalah pada diri sendiri,
berat kata maka beratlah tanggungan nanti,
maka kerana itu aku hanya biarkan semua mereka berkata,
sebelum terluka,kita takkan mengerti bahawa pisau itu sifatnya tajam,
maka aku hanya biarkan mereka menghayati erti di dalam kehidupan mereka,
biarkan mereka belajar,
kerana sekarang aku letih,
benar aku letih,
cahaya matahari kebelakangan telah menyerap habis tenagaku,
bunga dan semua pepohonan pula cuma mampu diam terpaku,
berborak bersama orkid puluhan warna sememangnya membahagiakan,
tapi entah kenapa...
jiwaku mahukan rehat...
wahai semua,
bermainlah kamu semua...
aku letih dan cuma mahu memandang...
bila kamu sudah berlumpur nanti,
marilah bersama denganku,
kita matikan diri perlahan-lahan dan meresap menjadi angin lalu...

sumber gambar: devilinspired.co.uk

"Beginilah aku yang sebenarnya...berdiri menghadap langit pada jasad...tapi sebenarnya aku sedang tidur...aku malas mahu terjaga disaat manusia merasakan mereka hebat di dalam kebodohan mereka sendiri...aku cuma hadir bila aku rasa kebodohan mereka sudah sampai ketahap kritikal...selain daripada itu, aku rela berada di sini menjadi gambar yang kaku..."




You Might Also Like

8 comments:

Anonymous said...

Salam,
jgn serabut2,jgn kusut2...nnt tarian nye tsasul...
p/s dah pndi bg salam nih=p hehehe

Tidurlah wahai puteri...
Tidurlah sambil matamu memandang...
Tidurlah sambil bibirmu tersenyum-senyum...

MayangSari said...

Hai Anon 02:44
bdk2je kn?xpun sayanaktahu.

ha..pandaipun...
huhu

AB tu mmg syg kat annur

uik... Puteri MayangSari... AB cuma nak tidurkan Puteri Annur je.... Dia penat tu...

wsalam semua,

haaaa bagusss...budi bahasa dah cantikkk'...ok,boleh sambung borak...lagi satu,tulis shortpom biar betik skit...ini tidak,annur skali baca macam 'pandi" hahahaaaa....

Ab,tq...terima kasih jadi pengawal keselamatan utk i...kahkahkah...

cik puan mayang,jaga mulut tu skit ek,karang annur lesingggg,baru tau...haha

Yup... sama2 kasih... MayangSari sgt sayang adiknya... :)

ps: Annur pun dah tulis 'shortpom' ..'betik'... skrg annur tak tanam pokok bunga lagi ke? tanam betik pula ke??

Ab...suka hati annurlah....Ab ada masalah keee annur tulis shotpom tuuu...haha...annur tak penah tgok depan mata sendiri teratai merah tu,tapi penah dengar...teringin gak nak tgok...dgr kata harga dia mencapai ribuan ringgit....bunga dia besarrrr....

Haha... suka hati Annurlah... janji suka hati (gembira) :)
Teratai Merah tu mungkin Induk segala teratai... Besar dan Merah Darah...