Cermin 20: dan Haqq lah yang akan memimpin jalanku disini...

22:15 puteri jalanan a.k.a annur 12 Comments


sumber gambar: myspace.com


"Datangnya aku kesini adalah untuk mengenal diriku sendiri...dan Haqq lah yang akan memimpin jalanku disini, kerana dia raja kegelapan Inderaloka bawah...sebenarnya sudah lama aku menyerunya...makin hari makin kuat seruanku, hanya kini dia datang...ternyata dia terlebih dahulu kenal siapa aku..."


Di dalam mimpiku.


Aku sedang berterbangan bebas dengan memakai busana sutera  merah bersari keemasan. Aku berterbangan dari satu gunung kesatu gunung yang lain. Aku sungguh gembira. Adakala aku akan berhenti diatas pokok yang paling tinggi untuk berehat dan memakan buah yang telah aku petik. Sedang aku berehat diatas satu pokok tiba-tiba tanganku dipegang.

“Mari...kita kesana...” tegur seorang lelaki segak yang juga memakai persalinan yang sama tetapi lebih menampakkan gaya kelakian. Entah kenapa, aku hanya mengikut pujukan seolah aku sememangnya sudah lama mengenali lelaki ini. Ada rasa senang di dalam hatiku bila bersama dengannya.

Lama kami berterbangan dari satu tempat kesatu tempat yang lain dan kadangkala jauh tinggi merentasi lautan. Burung yang berterbangan juga kami permainkan. Jauh kami mengembara. Akhirnya kami tiba disatu kawasan rumput yang lapang. Kami mendarat di tengah-tengah kawasan itu. Hari sudahpun malam. Kami berdua berbaringan diatas rumput hijau dan  ketawa bersama bercerita tentang pengalaman bermain angin siang tadi. Lama kami begitu, rancak bercerita sehingga kesatu saat kami berdua kehabisan cerita. Kami senyap. Hatiku mula berdebar.

“Cantik bulan malam ini..” ujar lelaki itu lembut.
“Ya..cantik...bintang yang mengiringi juga indah...” jawabku. Entah kenapa jiwaku bergetar.
“Telah lama aku menanti kepulanganmu Nian...”
“Aku punya urusan didunia sana wahai Arjuna...”
“Ya..setiap dari kita punya urusan...tapi kemanapun kita akan tetap bersama...”
“Arjuna, cuba kau lihat sana..bulan itu seolah tersenyum melihat kita kan?”
“Begitulah aku dan dirimu...sekalipun bintang tersorok dari kelihatan, tapi sebenarnya ia tetap ada mengiringi bulan...kemanapun dikau, semangatku ada untuk menemani jiwamu Nian...kerana kau itu belahan jiwaku..”
“Manis ya kata-katamu? Lebih manis dari buah yang kumakan siang tadi...haha”
“Tapi tidak semanis wajahmu sayang...”
“Ya, aku suka candamu.”
“Tentang ini aku tidak pernah bercanda.”
“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”
“Mana kau tahu?”
“Aku pasti kau sudahpun tahu hakikat ini.”
“Jiwaku cuma satu...jasadku saja yang beribu...wajahku pula setiap kali pasti seiras dengan yang kau  sedia tahu...mengapa kau masih tidak mengerti wahai sayangku?”
“Lalu mengapa perasaan cemburu itu masih perlu wujud?”
“Cemburu itu tandanya kau sayang padaku...”
“Permainan ini bagiku satu kebodohan.”
“Sudahlah...tidurlah lenakan jiwamu, kau tidur disini pasti kau bangkit disana...kelak kita pasti bertemu kembali...kerana kusedar ini cuma mimpimu...kembalilah kesana wahai Nian, selesaikan urusanmu...tetapi ingatlah pesananku bahawa sampai bilapun kita itu tetap satu biarpun aku cuma si pari-pari yang melindungi dirimu...”
Aku lalu terjaga dari tidur.

******
Di dunia penuh cermin. Di dalam kegelapan, yang wujud cuma cahaya putih berkilau yang terpancar daripada jasad Haqq.
Sebaik saja aku buka mata, aku terpandang Haqq. Terus aku menjerit ketakutan. Bagaimana dia boleh berada disini?
“Buat apa kau disini, pengecut?!” aku mula mengemaskan bajuku dan membetulkan rambutku yang kusut.
“Aku perlu mengejutkanmu puteri...berhenti memanggilku pengecut...dimana budi bahasamu...” bicara Haqq lembut tapi dengan suara penuh tegas. Pandangan matanya tepat kepadaku. Marah mungkin. Aku buat tidak tahu sahaja.
“Inilah budi bahasaku untuk pengecut sepertimu. Huh!” aku mula memandang cermin dan mengelap darah yang tersisa dihujung bibirku.
“Kau mahu ke aku tinggalkanmu disini?hmm?” Haqq pula mendekatiku dan berdiri memandangku dicermin dengan wajah sakit hati.
“Maksudmu?” Aku memandangnya pelik.
“Disini cuma mimpimu..” jawab Haqq sambil tersenyum sinis dihujung bibir.
“Mimpi? Jadi yang mana realitiku?”aku tidak peduli senyumannya, aku cuma mahu tahu kebenaran semua ini. Asyik mimpi sahaja, jadinya siapa aku ini?
“Sudahlah...sudah kuagak akalmu sukar menjejak...hehe...” kali ini Haqq tergelak kecil. Kelakar mungkin mengenakanku?
“Kau gelak?”aku mula menyampah melihat pengecut ini bergelak tawa pula.
“Sudah, mari kesini, pegang tanganku...” Haqq cuba mencapai tanganku. Dibibirnya masih tersisa senyuman.
“Tak mahu!”aku cepat-cepat tarik tanganku kembali. Mengapa aku mesti mengikut kata-kata pengecut ini? Ah, tak mungkin. Dalam aku mengelamun tiba-tiba tanganku ditarik.

“Oh, bagaimana ku boleh terlupa kau seorang yang degil ya...?” Haqq pantas menggengam tanganku kuat sambil memejamkan mata dan terus membaca mantera untuk kembali keinderaloka semula ditepi sungai tadi.


 ******


Inderaloka. Di tepi sungai ditepi unggun api. Hari sudahpun malam.

“Kenapa bawaku kesini?” tanyaku kepada Haqq. Wajahku sinis bercampur bengang. Semenjak dari senja tadi Haqq hanya mendiamkan diri. Bertafakur mungkin. Entah.

Haqq tidak menjawab. Matanya masih terpejam sambil duduk seakan bertafakur. Ikan bakar yang diberikan Haqq tadi masih belum aku habisi. Fikiranku sibuk berfikir mengapa Haqq dan aku disini? Mengapa tidak diistana gerhana? Dan buat apa kami berdua saja di hutan tebal begini? Seolah pelarian pula. Jangan sekali pun dia berani berbuat buruk padaku jika dia tidak mahu aku cincang badannya sehingga lumat. Walaupun aku tidak tahu memasak tapi setakat daging aku pernah belajar bagaimana melumatkannya. Sedang aku berkhayal, ikan bakar itu aku carikkan kasar dan membayangkan itu adalah sus                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              k di hadapanku kini.

“Hulk Hogan, jawablah!” jeritku kecil. Aku mulai geram. Diam sahaja dari tadi. Sakit mulut ke?

“Hmm..” jawab Haqq ringkas. Nada suaranya malas. Matanya sudah dibukakan. Pandangan matanya tenang. Walaupun begitu, aku tetap menyampah dengannya.

“Hmm, hmm...orang tanya lain, lain pula dijawabnya...!” aku mengambil kayu dan aku masukkan bagi menambah marak unggun. Sejuk benar malam ini. Sambil itu aku menyuap gelojoh ikan bakar tadi. Lapar pula.

“Siapakah kamu wahai puteri?” Haqq mula bersuara.

“Hah?” jawabku terkejut. Hampir tercekik ikan aku jadinya. Dia menculikku selepas itu baru dia berhajat mahu tahu siapa aku?

“Perkenalkan dirimu..” sengaja soalan itu dilemparkan Haqq kerana dia  mahu menguji berapa kuat ingatan puteri terhadapnya. Nada suaranya serius.

“Entah. Aku pun tidak tahu...didunia sana mereka memanggilku Nur...disini aku digelar Puteri Cahaya...kenapa bertanya?”

“Kau kenal siapa diriku?”

“Kan tempohari kau kata namamu Haqq?”

“Selain dari itu, apa yang kau tahu tentangku?”

“Seorang pengecut yang bertopeng.”

“Puteriiii...”

“Ya. Kenapa?”

“Kali ini jujur, kau rasa siapa aku?”

“Si pengecut bertopeng yang menyeksa manusia sesuka hati, tiada hati perut, ego, sombong, bongkak, berhati dingin, takut diperli, dipendekkan cerita Haqq adalah seorang manusia yang merasakan dirinya bagus dan benar dalam semua hal. Puas hati?”

“Menyeksa itu... satu keperluan...jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat.”

“Keperluan? Aku rasa akalmu sudah mereng, Haqq...mana pernah seksaan menjadi satu keperluan manusia? dan mana kau tahu jiwa mereka itu kotor? kau bukannya Tuhan!”     
                                                                                                                                            
“Ini benar. Tuhan pun mengerti.”

“Haqq,mari...”

“Kenapa?”

“Amik niii...sedap?”

“Kenapa mencubit tak tentu pasal ni?”

“Keperluan!”

“Keperluan apa? aku tak bersalah padamu.”

“Ini benar. Tuhan pun mengerti. Jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat, tahu?” perliku. Aku bulatkan mata memandangnya. Yang peliknya wajahnya tetap tenang. Kemudian aku menjolok-jolok unggun api kearahnya. Sengaja. Dia pula masih berwajah selamba. Sikitpun dia tidak mengelak. Makin sakit hati aku jadinya. Pernah juga aku terfikir untuk mencekik lelaki ini sehingga mati, tapi bila memikirkan nanti hanya aku seorang disini bersama mayatnya, aku terus seram. Nasib baik kau Haqq!

“Sudahlah, malam sudahpun lanjut, tidurlah wahai puteri...esok kita punya perjalanan panjang, terlalu banyak perkara aku perlu ajarkan padamu...” Haqq beralah. Suaranya lembut. Tapi aku dapat lihat senyuman halus dibibirnya. Entah kenapa. Sebenarnya hati Haqq berbunga dapat kembali berbicara berdua dengan Puteri Cahaya setelah berpuluh-puluh tahun dia menanti kepulangannya. Aku pula tidak tahu tentang ini.

“Memang dasar pengecut. Huh!” aku mula menjarakkan diri dan berbaring diatas kain alas yang disediakan Haqq untukku tidur. Panas hatiku. Cukuplah buat aku tidak kesejukan malam ini. Aku menjeling sambil memusingkan badan membelakanginya. Haqq pula masih bersila bertafakur. Wajahnya tenang. Tidur dalam keadaan duduk mungkin? Entah aku tak mahu peduli dengan pengecut seperti itu. Elok terbakar sekali dengan unggun tu lagi bagus, bisikku.

‘Kau memang cermin yang jujur, Puteri...benar aku seorang pengecut, tapi denganmu saja.’ Bisik Haqq di dalam hati. Walaupun wajahnya serius tapi sebenar hatinya gembira. 

******


Di dunia realiti. Di dalam pejabat Dr. Hakimi.

Dr. Hakimi mempersilakan Rin untuk duduk.
“Hmm...sekarang boleh beritahu saya, apa kegemaran Nur?” soal Dr. Hakimi kepada Rin. Wajah Rin pucat. Ini kali pertama dia disoal doktor.

“Err...Nur suka berpuisi doktor...”

“Jika tak keberatan boleh kongsikan dengan saya? mungkin semua ni boleh membantu?”

“Saya tak berapa ingatla doktor...tapi nanti saya bagikan satu puisi pelik yang pernah Nur tulis...”

“Okey...saya tunggu...emm..beberapa minggu sebelum kejadian, ada apa-apa yang Nur pernah bualkan dengan awak? Maksud saya...sesuatu yang lain daripada wataknya yang biasa...?”

“Oh, ada...satu petang tu di tepi tasik, Nur pernah mengadu pada saya...”

“Mengadu apa?”

“Dia kata...dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan...lebih kurang macam tulah ayat Nur...dan sebenarnya, err...”

“Sebenarnya?”

“Nur seorang yang suka bersendiri dan selalu bercakap sorang-sorang...dia hanya berkata-kata bila perlu saja.”

“Benar?tahu dia bercakap dengan siapa?”

“Emm...saya pernah terdengar dia berborak dengan seseorang ditepi tasik...dia juga pernah beritahu saya tentang konsep maya ke ilusi, entah saya tak berapa ingat...dia kata pernah jumpa seorang lelaki yang selalu hadir di dalam ilusinya...tapi nama lelaki tu dia sendiri tak tahu...dia kata macam dah lama kenal dengan lelaki tu...”

“Lelaki...hmm, ada tak apa-apa perbuatan Nur yang memelikkan awak?”

“Ada! Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

“Oh?”

“Ya...dan dia sangat suka pergi tasik...saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...macam orang kena rasuk pun ada saya tengok, eee seram!”

“Selalunya waktu bila dia pergi tasik tu?”

“Selalu lepas kelas, pukul 5 petang keatas...kadang dia lepak sampai maghrib, saya selalu je nasihat dia...tapi dia degil...tak pergi sehari, dia kata rindu..”

“Hmm...takpelah Cik Rin, saya rasa cukup setakat ni...biar saya berfikir dahulu...err, jangan lupa kongsikan puisi Nur tu ya?”

“Oh,okey doktor...”

Rin pun keluar dari pejabat Dr. Hakimi. Untuk beberapa minit Dr. Hakimi asyik termenung sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi dan dia bergegas untuk pulang.

******

Di dalam rumah Dr. Hakimi. Di kamarnya.
Dr. Hakimi berbaring sambil membaca buku novel misteri kegemarannya, Topeng. Tidak sampai setengah jam pun dia telah meletakkan novel itu ditepi dan mula berfikir tentang perbualannya siang tadi bersama Rin. Kebelakangan ini, kisah Nur selalu menganggu tumpuannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia menyilangkan tangannya ke dahi dan cuba menutup mata.

“Dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan..”

“Tak pergi sehari, dia kata rindu...”

“Saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...”

“Banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...”

“Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

Semua kata-kata Rin terngiang-ngiang kembali dibenaknya. Entah kenapa dia sukakan teka-teki ini.
‘Nur...saya akan bantu awak.’ tekad hati kecilnya. Dia mengambil diari dibawah bantalnya dan memeluknya erat.  Dia langsung teringat mimpi malam semalam.

Di dalam mimpinya.

Di sebuah hutan di waktu gelap malam. Dengan suasana berkabus, dia berjalan keseorangan. Tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan bergema. Halus bunyinya.

“Bulan mengambang umpama bidadari, igauan si pungguk segenap zaman, kalau tersurat hajat di hati, datanglah kemari ku ajak berteman...”

“Siapa?” tanya Hakimi. Dia kaget. Suara itu agak menyeramkan apatah lagi di dalam hutan tebal sebegini. Berdebar-debar pula hatinya. Dahinya mula berpeluh di dalam kesejukan.

“Aku datang kerana mahukan pertolonganmu, bantulah aku Hakimi...” lembut suara itu merayu. Hakimi memeluk tubuhnya. Entah kenapa, suasana sejuk semacam. Dia memandang sekeliling cuba mencari kelibat manusia di situ.

Tiba-tiba asap tebal berkepul di hadapannya. Lama-kelamaan asap tebal itu membentuk susuk tubuh seorang perempuan elok bersanggul kemboja bergaya seperti seorang puteri melayu. Puteri itu tersenyum manis. Hakimi terkedu. Wajahnya berkerut. Dia mula menelan air liur. ‘ Oh no, ini dah lebih...’ bisiknya. Dia mula membaca ayat kursi secara perlahan-lahan. Dek kerana sifat penakutnya sejak kecil, sehingga kini dia masih mengingati pesanan ibunya di antara kaifiat ayat kursi adalah untuk menghalau hantu syaitan.

“Namaku Cahaya...” bisik suara itu lembut ditelinganya. Hakimi melompat pabila puteri itu rupanya berada di sebelahnya kini. Tidak sampai sesaatpun! Ayat kursi yang dibacanya tadi habis berterabur semuanya. Sebentar, dia kenal wajah wanita ini. Mirip benar rupa Nur.

“Err...awak Nur kan?”

“Cahaya.”

“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”

“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”

“Ya...itulah niatku, tapi...”

“Tak usah bertapi lagi...ambil ini, ini akan membantumu...buka hanya setelah tiga hari...”

“Buku apa ni?”

“Itulah catatan hidupku...baca dan fahami...bantuku leraikan teka-tekinya...dengannya aku akan kembali semula kedunia realiti...”

Asap tebal berkepul kembali dan puteri itu telahpun lenyap. Hakimi serentak terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh. Mimpinya pelik benar. Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku. Hakimi membelek-belek buku itu. Ia sememangnya diari Nur. Dia tidak berani membuka. Dia akan mengikut pesan Puteri Cahaya di dalam mimpinya. Hanya tiga hari kemudian baru dia akan buka.

Bersambung...

sumber gambar: favim.com


"Di dalam diri setiap manusia punya satu watak yang sama...watak seorang yang sepi...dia selalu duduk kesana kesini dan mengeluh mengingati dosa-dosa silam...padanya hidup perlu diteruskan...dan setiap dari kita punya peluang untuk berubah...maka berubahlah jika itu yang diperlukan di dalam jalan ini...sepertimana sang puteri yang sebenarnya mencari Haqq dan Haqq yang sebenarnya menanti kepulangan puterinya...kisah yang aku coretkan ini adalah kisah benar, maka hayatinya sebelum terlambat..."



You Might Also Like

12 comments:

Rafiz Rahim said...

Best best

baca balik,annur baru je update.tadi ada part yg annur tak masukkan lagi.cerita puteri dengan haqq.belah atas skali.ce baca.

hmm,siri cermin kali ni annur bukak untuk sebarang pertanyaan,sebab annur rasa mesti ramai yg keliru dengan jalan ceritanya kerana puteri kerap kali bermimpi...jadi papa yg korang tak faham,bolehlah tanya kat ruangan komen ni k...

Anonymous said...

puteri mimpi apa?

=)

Macedonia said...

suka :)

MayangSari said...

mimpi dlm mimpi dlm mimpi dlm mimpi....

apa yg realiti?

Purba said...

Sejahtera annur dan mayang sari.....dr kenalan lama-purba.

Salam tuan puteri,

Kamu tahu, aku sukakan watak Haqq. Ianya, klasik.

Sungguh.

-AsaSiaga-

MayangSari said...

Salam Sejahtera buat Kakandaku Sang Purba...

Salam ya salam Puteri Annur..rindunye ayu..maaf lama tak ke mari..agak sibuk dengan urusan dunia yg tak pernah berhenti ni..ehehe

Rafiz Rahim said...

Apa kaitan cerita cermin dgn annur dialam maya dan annur di dunia sebenar.... hehehe

salam sejahtera semua,sori annur dah lupa diri,lalala~

eh en senyum,puteri mimpi jumpa awak,kahkahkah...

Mace,annur pun suka3....:p

cik puan mayang,realitinya adalah penuhkan tempat jemur kain dengan pokok bunga seri pagi,eh?

purba,siapa kamu?annur pasti kamu adalah makhluk bermata tiga...kahkahkah...

R1,ececeh...watak Haqq ke yg klasik...watak tuan puteri tu tak best ke...apelah...Haqq tu suka kejutkan si Nur tu tau,geram betul...

ayu,annur pun rinduuu sgt,meh syg cket...muah...

sdr Rafiz,wooo ini soalan bahaya oooo...tak bole sebarang jawab,jawapannya adalah rahsia...:o