Puisi kemboja putih: bila aku berkata, manusia suka pandang sebelah mata sahaja, hehe...

08:58 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments


"aku adalah pencipta topeng...ramai manusia yang membeli topeng buatanku...dan adakala mereka terlalu asyik dengan topeng itu sehingga bila aku datang mereka lupa siapa diriku...dan aku?hanya mampu tersenyum manis melihat tingkah mereka semua itu...jom kita bermain topeng...kita lihat topeng siapa lebih asli..."

cerita sebuah pohon,
tempohari aku berjalan sekitar taman yang hijau,
tiba-tiba aku tertarik pada sepohon tomato yang sangat comel,
aku tunduk dan cuba melihat jenis tanah yang didudukinya,
aku pegang kerana aku cuma tahu komposisinya sahaja,
oh tidak,
ada seekor ulat putih,
dan aku sangat kenal ulat itu,
kamu semua mahu tahu siapa ulat itu?
itulah ulat pembusuk akar,
aku cuma tersenyum,
tak lama lagi,
tak lama je lagi,
pokok ni akan layu dan mati.
aku katakan pada pekerja bangla disitu,
tolong tukarkan tanah ini,
jika tidak pokok ini semua bakal layu dan mati,
oh tidak katanya,
ini ulat banyak bagus wooo,
elok untuk akar,
saya sudah lama tahu,itu katanya...
aku cuma mampu tersenyum sinis,
hatiku berkata,
kita sama-sama tengok nanti,
ulat yang dipandang rendah ini bakal merosak keseluruhan pohon,
aku pasti.
malah sangat pasti.
secantik mana pun pohon yang tumbuh,
jika ulat pembusuk akar sudah datang,
bye-bye sayangku...

sumber gambar: totalwallpapers.com

"bila aku berkata orang selalu pandang sebelah mata sahaja...tapi tak mengapalah...kerana nanti semua akan terbukti walaupun disaat itu aku telahpun mati..."


You Might Also Like

3 comments:

Anonymous said...

siapakah kamu? berani menasihat aku.. huh!!aku lebih lama bercucuk tanam dari engkau.cukup sekadar melihat mata ulat sudah ku tahu ia baik atau buruk.mungkin itu yang terdetik dalam hati bangla itu

-xie-

Salam tuan puteri.

Kebetulannya aku ada menulis sesuatu tentang topeng. ada dalam draft. Nanti aku kongsikan kalau berkesempatan. Sibuk yang teramat.

Oh ya, lupa. apa khabar kamu?

Semoga semuanya baik saja ya.

-AsaSiaga-

salam semua,

xie,kalu da bangla,tetaplah bangla jugek...hehe,xie pandai baca hati orang,mana blaja niii???:p

R1,wahhh,bagus2,kongsi2lah dgn teman2 kat dunia maya sini,karya kamu selalunya terbaikkkk...:D