Puisi malam: apakah dendam itu...biarlah aku sahaja yang tahu...

23:12 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: greatnewmovies.com

"dunia sudah berubah...aku juga harus berubah...maafkan aku wahai ibu, aku bukan seperti semua mereka...berikan aku restu supaya tenang jalanku..."

aku duduk.
malas atau letih entah aku tak pasti.
berpura menonton tv sedang fikiran jauh menerawang,
teringat segala kenangan lama,

"aku ini bodoh"

itulah ayat kesukaanku dulu.
aku sebut setiap hari lalu menjadi ia seakan mantera yang membelenggu diri.
sehingga kini tali itu masih wujud cuma aku buat tidak tahu sahaja.

"yang lepas,biarkan lepas.setiap sesuatu perlu berubah dan belajar dari kesilapan lama." bisik hati kecilku.

di dalam anganku,
aku sedang berjalan sendirian bertemankan lampu neon dan angin malam,
sambil memeluk tubuh yang kesejukan aku menangis tanpa henti.

"Menangislah...jika ia satu keperluan jiwamu wahai sayangku...tanpa dia tak mungkin kita kan bertemu...tanpanya jiwamu tidak cukup kuat untuk bertemuku...jangan pernah sesal akan sesuatu yang dahulu...jadikanlah ia sebagai penguat jiwamu wahai cintaku..." pujuk seseorang dari belakang.

"Ha?" luahku terkejut sambil menoleh kebelakang dengan wajah yang sugul.

kosong.

tiada manusia atau sesiapapun disitu.

Aku berjalan lagi ditemani hujan rintik dan sambung menangis, malah lebih kuat dari tadi. Ditanganku menyala lampu telefon bimbit yang tertera mesej;

 "Aku terlalu banyak berlakon, sehingga aku sudah tidak tahu siapa diriku yang sebenar,malah aku sedar kadangkala ianya menyakiti hatimu...maafkan aku...maafkan aku wahai sayangku, demi dunia dan seisinya aku tolak perasaan ini buat sementara waktu...tapi ketahuilah, aku merindukanmu setengah mati..."

Aku tidak jadi menghantar mesej itu lalu aku simpan di dalam 'draft' sahaja. Aku lalu sambung berjalan tanpa setitik airmata pun yang mengalir. Semuanya sudah kering ditiup angin. Tidak sampai beberapa saat aku pun lenyap di dalam kabus malam.

sumber gambar: world-actors.blogspot.co.nz


"memerhati itu kesukaanku...mataku menyimpan segalanya...termasuk dendam terhadap sesuatu...apakah dendam itu, biarlah aku sahaja yang tahu..."







You Might Also Like

4 comments:

Rafiz Rahim said...

Betul la aku itu bodoh... Allah yg Bijak lagi Maha Mengetahui...

Rafiz Rahim said...

Banyaklah bertaubat... manusia sentiasa lupa akan tujuannya. ...

jom nyanyi...kita nyanyi lagu bunga matahari...lagu faveret annur ni...

"bunga matahari sangat cantik,
kembang di waktu pagi,
daunnya hijau bunganya kuning,
memikat kumbang mari...lalala..."

sdr rafiz,jangan serius sgt,nnt cepat tua...kim salam dengan isteri kamu...dah,amik gula2 ni,g men jauh2.

annur nak menyanyi lagu shae ni...oh oh oh oh,sayang apa khabar denganmu,disini kumerindukan kamu...lalala~

sdr rafiz,dah jangan bebel lagi...berdarah telinga annur ni dengar tau.

kita nak hepy2 kat ruangan komen ni...tujuan hidup takkan berjalan kalau hati kita tak senang...ada fahem?