Puisi bosan: mereka menyeruku...mereka ingat aku tak tahu...

21:52 puteri jalanan a.k.a annur 265 Comments

sumber gambar: painefreecrafts.com

"Aku mencintai makhluk yang dapat melihat di dalam gelap...wajahnya misteri tapi otaknya bijak...sama seperti burung hantu yang juga digelar kucing bersayap..."

pernah suatu masa,
ada seorang manusia ingin mengajarkanku akan ilmu hakikat,
aku hanya diam dan mendengar...
dia katakan ini ilmu tinggi...
aku pandang wajahnya,
katanya lagi,ilmu ini sebenarnya bukan tahap kamu,
tapi tak mengapalah aku cuba beri sekadar yang kamu mampu,
katanya terangkan padaku apa itu iman,apa itu taqwa...
aku mengeluh perlahan tanpa bunyi...
sambil menghirup air limau kegemaranku,
aku katakan iman itu percaya, taqwa itu yakin...
dia ketawa.
sudah ku agak itu reaksinya,
katanya jawapanku terlalu umum,
sesiapa saja mampu jawab...
aku lalu merenung dalam wajahnya dan aku katakan di dalam hati,
"kau sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa ilmu dan tahapnya tidak tertakluk pada sesiapapun..."
dengan muka selamba aku terus menghirup air limau tadi dan berborak bersama pohon di luar tingkap kereta...
wahai pohon,kau lebih mulia dimataku...
aku tak perlukan manusia yang merasakan ilmu itu satu senjata untuk membunuh manusia lain...
ada eloknya kau simpan ilmu itu untuk panduan dirimu sendiri...

sumber gambar: examiner.com

"bila putih berbisik padaku...aku katakan...okey,aku faham...aku tahu apa ubat mereka..."


You Might Also Like

265 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 265   Newer›   Newest»
Anonymous said...


Ada persoalan yg berlegar di fikiran sepanjang perjalanan usia ini. Tapi jika di sebut depan khalayak, nanti dipersoal kewarasan.

Lama mencari jawapan dari mereka yg memanggil diri mereka 'si arif' tapi banyaknya teori & sangkaannya saje.

Sgt menghargai kalau dapat ber emel dgn puan pd masa2 senggang.

Saya bukannya 'sesiapa' cuma org yg suka mengutip pengalaman utk dijadikan panduan meluruskan perjalanan diri sendiri.

Itupun kalau Putri tak merasakan bebanan.

t.a
sayyid.amirzam@yahoo.com






Anonymous said...

tuan, kalau jumpa makhluk tu kongsi dengan saya tau

-xie-

Anonymous said...

hehe

Anonymous said...

think of me

https://www.youtube.com/watch?v=ooUyoYW8m7A

tomorrow
https://www.youtube.com/watch?v=9h9gK_fYalg

MayangSari said...

sayyid amirzam...

feel free to ask anything...
poinunagar@gmail.com

Anonymous said...


Salam,

Sudah emel kepada selendang kuning & poinunagar.

Terima kasih

t.a

salam semua,maaf annur ada byk urusan...

en sayyid,salam perkenalan dari annur...da terima email kamu...:)

xie,kalau jumpa,kalau tak jumpa?hehe...lama mendiam orang besor niii...:p

anon,aik??kamu seru annur ka?kahkahkah...

Anonymous said...

ada yg mengatakan dia nak menunjuk-nunjuk. sedangkan dia mengikut petunjuk. Cuma kita terpikir antara si dia dengan peserta tilawah Alquran siapa yg lebih menunjuk-nunjuk?

Dia hanya sekadar menyatakan sedangkan mereka mendendangkan, melagukan, mempertandingkan, mentaranumkan. sedangkan ada di antara mereka tahu Alquran bukan barang pertandingan. Ada yg tahu bahawa haram bagi wanita meninggi suara pada kaum lelaki. Namun siapa yg berani mengutuk perbuatan mereka?

ada pula yang mengatakan Alquran roh, roh sapa? roh kamulah. Tapi kenapa ada yg menjualnya dgn harga yg sedikit sambil didengar didalam kereta2 mereka. Sedang mereka tahu ilmu Alquran bukan utk dijual beli. Namun siapa yg berani mengutuk si penjual ilmu Alquran itu? Berapalah agaknya nilai roh yg mereka kata tu?

ada pula kata kebenaran bukan brg main2. tapi kenapa ada yg buat permainan. Manusia begitu mudah kamu melabel org lain. dari 1 hingga 10 kamu letakkan. Namun dimana letak diri kamu? Oh barangkali kamu dari kalangan yg terbaik. Teringat aku kisah si iblis, bilamana dia lupa mendoakan dirinya sendiri. Mungkin ketika itu dia merasa dia adalah dari kalangan yg terbaik.
Atau mungkin mereka lupa iblis itu menghasut melalui amal ibadah.

Aku suka bila dijemput. bukan utk mengajar, utk belajar. Belajar megenal kehidupan.

anon,annur suka keberanian kamu....

ceritakanlah lagi...kami sudi mendengar...:)

Terus terasa kerdil diri Gill.
Benar suka entri ini dan komen-komen dari anon :)

Tuan puteri,

ah bukan main lagi selamba menghirup air limau.

Mulanya aku baca semacamnya cemas. kemudian tergelak. kemudian cemas semula. dan akhirnya tertawa.

Maaf.

-R1-

Anonymous said...

hehehe... yeke. kita ni tulis main ikut tergerak hati je. Cuba kamu tanya diri kamu, kamu tulis ikut sedap hati ke gerak hati?
kamu suruh senyum kami tak mampu, hanya ketawa terbahak-bahak yg mampu dilepaskan sambil menaip komen di blog kamu ni.
Mungkin riang sangat agaknya. melihat dan merasa telatah manusia.
terasa kecil alam ni bila dipermudahkan.

Anonymous said...

kita terdengar ada yg kata tentang si pendusta agama, namun sedarkah mereka, mereka pendusta Allah, Quran dan rasul.
Ada yg pula nak jadi khalifah, fahamkah mereka tentang amanah?
Ada yg nak berjuang jihad fisabilillah, tapi tak sedar ke mereka perbuatan mereka jahat di jalan salah.
Ada yang nak pergi berperang dgn sebilah pedang besi, namun pernahkah kamu pegang pedang zat yang pasti?
jgn kau rasa dirimu kebal, terkadang hanya sebutir peluru sahaja menjemput ajal.

saja je puteri kita duk menanya, nak belajar. belajar mengenal dgn pasti. kita takmau ikut-ikutan.

Anonymous said...

Mari kita fikir kisah tentang seorang manusia.
Dia ingin mencari dan berkenalan dgn A namun dia asyik bertanya pada S tentang perihal A dan keadaannya seolah-olah S amat mengenali diri A. Lalu dia pun asyik mendengar cerita dari S, belajar memahami hingga sampai satu tahap menjadi keyakinan dan pegangan bagi dia. S pun bercerita A begini begitu dan bermacam lagi. Lalu dibekalkan S bahan bacaan dan kitab sbg rujukan buatnya yg nak mengenal A beserta tatacara sekali. Sedangkan dia sendiri tahu A pun boleh bercakap dan menyatakan perihal dirinya terus pada org tu.
Lama dia mencari dan mengkaji hingga akhirnya S berkata padanya
“kau nak tahu bab rahsia?”
“apa dia?”
“Dia ada dalam kau. Dalam hati. Dan kau adalah dia.”
“oh benarkah. “ Lalu ia menjadi pegangan dan faham yg yakin bagi manusia itu.
Namun tanpa ia sedari perbuatannya itu mengundang murka dari A bilamana ia menyatakan perkara tidak benar tentangnya. Lalu tanpa dia sedari dia jadi kufur dan kafir yang nyata.
Rupanya kamu hanya sekadar mendengar cerita. Hai lah manusia sungguh bayangan syaitan itu kosong belaka.Tapi aku hanya mampu tersenyum sinis bila satu ketika kau pernah berkata dgn sombong bahawa org lain itu sesat.

Pang said...

Dia tak paham habis maksud@hakikat ilmu...

salam semua,

maaf annur bz skit kebelakangan ni,

hmm...bagusnya komen2 semua...annur pun tak tahu nak kata apa...

teruskan meluah...sangat menarik utk dihayati maknanya...bg annur pemahaman yang ideal bila segalanya kita pulangkan pada diri sendiri...dalam hidup kita perlu meluah...ia adalah untuk keyakinan diri kita sendiri...dan paling menyegankan sebenarnya itu juga sebenarnya untuk diri kita sendiri...sebab tu annur suka menulis puisi tentang apa yang annur rasa....annur nak meluah...ia satu keperluan...bukan untuk kamu,kamu dan kamu...itu cuma bonus jika dapat memberi manfaat...tapi sebenarnya semuanya untuk diri annur sendiri...rujukan untuk masa hadapan...apa yang annur percaya,annur perlu sentiasa baca...ia satu tanggungjawab yang berat...seribu kali annur baca,maka ia akan menjadi satu keyakinan dan membuah kepada tindakan atau amalan yang lebih elok nanti,mudah2an...jadi kepada kamu semua wahai pembaca selendang kuning,luahkanlah setiap apa yang kamu rasa...pada sesiapa saja yang kamu suka atau kamu selesa....belajar melihat dari kacamata manusia lain...terkadang petunjuk untuk teka teki kehidupan kamu ada disitu...cermin kamu adalah alam di depan mata kamu...

haha,annur sudah mengarut habuk....

Gill,terima kasih datang jenguk annur kat sini...sayang kamu!

R1,gelak saja,tak perlu minta maaf,hehe...perkataan kamu selalu buat aku gembira...kamu tahu?

anon,kalau kamu tanya annur tulis ikut apa,ya annur tulis ikut sesuka tangan annur menaip,haha...mengarut adalah kesukaan annur tau...dan mengatakan manusia lain sesat adalah pekerjaan kita semua...ini perkara biasa...yang paling benar kita saja,manusia lain semua sesat...haha...mari kita sama2 naikkan ego kita,tinggi lagi,tinggi lagiiii...wuuuu~~``##@#&^&^8

nak tahu apa ubat si putih?

meluah....tunjukkan...tunjukkan segalanya.....selepas itu kau akan lega...


Purba said...

Sejahtera....saya rasa ada 3golongan org2 yg berilmu tetapi di dlm kerugian....tidak mengenal pergertian shafaat dan manfaat pd diri...
1:golongan tidak faham berpura mengerti sgalanya...
2:golongan berpegetahuan tidak mencurah rasanya...
3:gerombolan yg bgai dicucuk hidungnya...

Sebenarnya bingung mana budaya kita,mana pula ugama kita?? Dibancuh dan gaul mcm rojak kesudahan mkan sakit perut berlumba ke jamban...apa kita ambil?? Apa pula kita buang??
Mengenal diri??? Ni lg satu penyakit smua org sebut.... Nk kenal diri yg mana??? Cara pengenalan pulak?? Dah kenal diri baru kenal tuhan??
Pada pendpt saya itu soalan mengarut bertanya atau belajar...boleh ke???
Cuba renung dan kembali pd asas fitrah manusia...dari mana asal kita?? Kemana harus kita tuju?? Dan apa berlaku setelah kita pulang?? Rasa ni soalan asas bg kita...mari kita kongsi pengetahuan begini...bkn keakuan..!!
Pd pendpt saya...dua asas perjalanan manusia melalui falsafah Dan seni..jika hayati mungkin kita dpt memahami rahsia diri secara total...
Author blog ni berpaksikn falsafah yg mana cabangnya terlalu luas...teruskan usaha anda dr sudut yg mgkn sukar untuk ditaksirkan...
Saya ada 3soalan yg mana dpt kita bersatu mengupas secara terbuka tnpa ada rasa keakuan didalm diri...
Siapa sebenar pencipta kita? Bagaimana sifat terbentuk dalm diri? Apa tujuan bg pnciptaan manusia?
Maaf jika menyentuh sesiapa pun...melayu perlu tahu kebenaran...melayu perlu miliki smula rahsia yg hilang...-PURBA.

wahhh...anon sila jawab soalan encik purba...meh sini kita tukar2 pendapat...mana tahu dapat memberi manfaat pada diri kita semua...yeyeh...

encik Pang,sila lempang kami semua disini yang masih tak sedar2 diri neh...hehehe...

apa cerita cik puan dhada?tunjukkan senjata apa yang anda ada...eceh...:P

ohhh,ada seorang lagi yang punya ayat berbisa...namanya R1...R1 ohhhh R1,mana kamu?pemikiran kamu diperlukan disini...

kepada kawan2 yang lain yang sememangnya hebat2 belaka bab2 ilmu2 spiritual ni,kalau mahu masuk gelanggang,silakan...

MayangSari said...

kufur kafir nyata. asik duk tngiang2 je.

toyol dan bakyol toyol dan bakyul...
bakyul tu apa? ntah. aku pun tak tahu, orang semua sebut aku pun ikutla...

ikut...ikut...ikut...
Si A ada ckp dgn dia kot. tu yg dia marah kt Annur tu. org sensitif mcm kita ni, satu perkataan je dh cukup buat kita bangun.

MayangSari said...

Pacat nak titon dulu, esok sambung...
Annur bawak darah td tu yg pacat terbangun...mana? mana? mana mknan yg berdarah tu? Kali lapar...

MayangSari said...

Kali tersenyum sinis... satu kali... dua kala... tiga kali... eh kali satu jela... Idola Raja Bersiong.

MayangSari said...

tggu aiz jap...

MayangSari said...

annur, kad jemputan dh bg dh kt kwn2.

Ilmu tanpa faham, apa ilmunya?

Ilmu tanpa amal, apa gunanya?

Ilmu dan berontak, apa adabnya?

-R1-

belajar tinggi untuk tikam orang lain. itu dah jadi adat orang melayu kini. tak sama pendirian, hang salah.
sedangkan ilmu itu sama level saja. tinggi rendah ilmu itu terpulang pada orang yang implikasikan ilmunya.

hang tak faham sebab itu bukan kefahaman hang. dan aku tak faham kefahaman hang sebab itu bukan kefahaman aku. tiap perkara tak akan sama dan jika nak di samakan, terjadilah clash of the titan, menghasilkan anak2 ilmu yg membesar.

ramai dok kata, kenal diri kenal tuhan. tapi, ramai pi buang diri untuk kenal tuhan, kemudian dok kata, hanya ALLAH saja yang dok ada... abis tu, hang dok wat apa di situ? hang pi wujud, kenapa? dok ada tercegat kat situ lagi. bukankah bersalahan dgn kata2 tadi.

bila kenal diri.. kenal diri lah.
bukannya kenal benda lain dah.

ALLAH tu tetap di situ. sentiasa dok ada. tak bersentuhan dgn apa-apa. orang kenal diri berlegar dlm ketuhanan. dan TUHAN tu mmg tak tersentuh apa=apa kerana ianya TIADA, hijab di sebalik nyata. dekat tak berjarak, jauh tak terpisah. WAJAH itu yg menjadi peledak kerinduan sang salik untuk terus meyelongkar cahayaNYA a.k.a alam maya

Haqq said...

Hehehe...ayat yg mudah difahami dipusing mcm gasing....jln lurus digasak konar baring....
Siapa pun bisa brkata2 dgn fasih dan lancar hatta burung kakaktua sekali pun....
Kita mau lihat dan memandang dgn apa yg kita mahu,minat, dan mula meneroka...teroka....apa kita jmp??? Oh!! Rahsia pembuatan tempe...cara bancuhan adunan bahan,masak dan dibungkus untk dijual...apa org lain buat??? Beli goreng dan ngapppp mkan....hanya tau Tempe tu sedap enak dimkan....tau resipi Nya bkn?? Meh sni aku bgtau!! Klu aku ckp tempe kau tak sedap...kau marah tak? Tentu marah bukan?? Apa kau kena buat??
Sekarang ni aku tak bercerita tentang tempe!!!!
Resipi atau rahsia kejadian alam yakni batang tubuh kita sendiri...pehal merepek???
Jgn jadikan pengetahuan kita satu kedangkalan...tak bisa terima atau berkongsi alter terahsia melayu....kononnya!!!
Haloo....melayu tak penah berahsia daa....smua dlm peribahasa,seni bina,gerak tari,dll.,.smua lg pandai tak pyh aku ckp lg.....
Tau tak dlm persilatan melayu ada sang hanuman??
Seni bina ada pertukangan di pnggil tanggam??
Gerak tari mengawal nadi dan pernafasan??
Pnah dgr quote,'bagai aur lupakn tebing'...??
Ini semua warisan sejati rahsia bangsa kita.....
Yang semua bercerita tang matrik,alter rahsia bagai,takda masaalah aku suka,org melayu pandai tp cuba kau semua cerita specific sikit...terang dan jelas sudah bca dpt aku ilmu...smua sampah!!!! Ceduk bulat2 dari orang luar.....
Nak kenal saintis melayu???
Gi jmp bidan kg....dia tau jantina bayi dlm perut dgn merasa guna tapak tngan je....tak pyh jmp doctor scan....
Masih tak caya la penulisan kau semua sampah??
Kau pergi Melaka jmp org Melayu boleh keluarkan batu karang tnpa alatan moden...
Oh mgkn aku tak betul....alter terrahsia letak kt matrik anda semua.....jelaskan secara detail jgn bingungkan pemikiran orang lain!!!!!
Perkenalan Ku hulur untuk berkongsi pengalaman disambut dgn ayat clash of the titan??????
Hahahaha......balik la cari rahsia istinjak dulu...
Lepas tu kita masuk fardu ain pulakkkkkk........
Anda kenal siapa aku?????
Kenali lah diri anda dulu......
Salam sejahtera .......,-purba.

tinggalkan tanda soal saja menyebabkan kita makin keliru. mohon kasih PURBA tinggalkanlah sedikit penerangan. melayu skrg ni mmg benggap, termasuklah saya. jadi, mohon di explain sekadar dua.

komen sy mula2 tu tak tuju pada sapa2 kecuali renspon pada artikel annur.

aihhh.. sebab tu kadang kala sy malas campur dlm pertembungan sebegini. lain org lain faham lain cara. tp semua cara, sy hormati sbb itu kefahaman mereka. sy explain sesuatu kesaktian itu dari sudut sains dan logik. mgkn PURBA faham kesaktian itu dari sudut kerahsiaan (yg sebenarnya tak de rahsia atau mgkn kita namainya sebagai ketuhanan).

nak explain dgn tinggalkan tanda tanya dgn sesuatu yg di luar adat, mgkn ada tidak tercapai oleh kefahaman pembaca. asbab tulah blog sy, menulis dlm bahasa sains yg mereka fahami, sesuatu dgn attribute sy. jika di paksa utk menerangkan dlm frasa kesaktian, ilmu hikmah atau bahasa ketuhanan, saya bimbang, pembaca tidak faham.

mgkn benar, tulisan saya sampah.. mgkn sampah kot.
sekurang2nya saya buat sesuatu..
dan itu cara saya dan faham saya.

maaf ANNUR kerana mencelah di sini. tu pun atas undangan. berkasar2 bukan cara saya, sy jenis touching. hati ada taman. ha3.. lain sy tuju, lain org faham. silap saya jugak.
saya benggap dan mangkaq.

wassalam

to saudara PURBA..
ayat 'clash of titans' tu tak merujuk pada tuan atau sesapa pun.

sy maksudkannya,
'jika ada pertembungan idea, ia akan menghasilkan 1 lagi idea'.

itu je.
maaflah, penulisan saya teruk. sukar utk di fahami. to ANNUR, maaf sekali lagi kerana mencelah di sini.

wassalam

MayangSari said...

lek ar... takmo gadoh2...
kita wat ice breaking dulu. en. purba.. apa khabar? smoga sihat hendaknya. kirim slm kt org johor.

MayangSari said...

aiz... akak yg jemput so takpayh mtk maaf kt annur. annur okay je. dia tgh keje tu yg diam je.

he3~
ni rumah annur.. tu kena santun dgn annur. kang annur zass saya. dia ganas walau nampak lembut. ha3

MayangSari said...

akak plak nampak je ganas tapi sebenarnya lembut. huhu

Purba said...

Jgn merajuk bro....saya cuma provoke hanya untuk lihat sejauh mana ketahanan mental kita.....pcaya tak komen pertama sy dlm blog anda? Kita smua harus bermula pada satu anjakan....penyatuan bangsa dan ummah....tp di mana punca penyatuan bermula? Ni kita kena cari formula... Ramai blogger yg bijak sy perhatikan...kita kena cari jln bagaimana perkukuh nilai budaya,ekonomi,sosial dan kebajikan bg smua.....kita ni terpisah angkara politik dan ugama...pcaya tak? Kelangsungan budaya jd kucar kacir....
Jgn sesekali minta maaf jika anda rasa pemahaman anda benar...sy hormati kepercayaan sesiapa saja....cuma yg sy mahukan kita bertukar pendapat dan bina semula warisan yg diambang kepupusan....lihat sekitar kita dimana org Melayu? Lihat dipasar,gedung beli belah,kita terpinggir ini perlu pembelaan...hanya dgn penyatuan ummah sahaja bro...formula semua ni,ilmu sejati je bro...bagaimana pula? Kita bergabung bentuk kefahaman mengenal duniawi dan ukhrawi baru seiring...
Jika kata2 sebegitu boleh melukakan anda...maaf anda layak....
Sy terkenang quote lirik sahabat sy yg dh pergi.....''tidur selimut beribu tampal,awan lalu nak dipintal..'
Kita khayal sebenarnya disuntik pelbagai kepercayaan sedangkan hakikat kita tak kemana2 pun.....
Saya takda blog untuk rujukan malah apapun kaitan internet sy benci....
Tapi sya rasa jika berminat anda mgkn tau mencari saya dimana kan?
Banyak sangat ingin saya kongsi kan....
Salam sejahtera ...-purba.

MayangSari said...

thanks purba. kali ni jgn salah step macam sy dulu. huhu

ha3.. tak pa bro.
mmg sy ni di lahirkan dgn jiwa mudah touching. nama pun dah cam pompuan. nak wat camna. tu attribute sy utk kali ni. layankan je la. tp alter ego, fuhhh, takut utk di kuarkan. so, keep it hidden dulu.

benar tu bro.
skrg ni kira sgt2 kucar kacir.
identiti jahanam terus.
melayu skrg cuba lari dari kebatinan yg mana sebenarnya spirtuality tu lah jadi 'core' utk bangsa ni.

asbab tu sy cuba tarik anak2 melayu kepada 'core' mereka dgn terma2 sains dan logikal.

mmg ia akan terkait dgn barat punya sbb terma2 spiritual dan metaphysic, barat mendahului. dan dgn terma2 barat tu ler, barulah melayu nak terima pakai.

kadang2 ada jugak org yg herdik perli kerana cuba naikkan spiritual melayu. gelaran karut, khurafat, jahil, dajjal etc tu dah makanan saya sejak dulu. tp,one word sy kata.. 'to hell'. those word mereka lemparkan tu sedikit sebanyak tidak mengugat kefahaman sy. bahkan seidkit bnyk, ramai 'sehaluan' di temui..

apapun, pemikiran purba sy hormati dan cuba nak adept supaya kefahaman sy akan lebih jitu lagi

Anonymous said...

Hai tuan purba, abg aiz dan kak mayang yg dihormati.. eh lupa pula pada tuan rumah yang comel.. Tuan puteri annur.. apa khabar sumer..

Maafkan saya mencelah.. jika salah harap dapat betulkan.. memang benar spt tuan purba kata.. ayat yg mudah kadangkala dipusing macam gasing.. kita manusia hanya mahu yang mudah2 sahaja.. tapi bila beri yang mudah.. tidak percaya pula.. jadi dipusing bagai gasing maka ramailah yg mula pening.. hingga yang menyampai pon sama pening gak.. bila ditanya lebih2 dimarah pula.. mengapa harus marah, adakah kerana lokek ilmu atau mungkin kerana tidak faham apa yg dikata..

Berani kerana benar.. takut kerana salah.. jika yakin dengan apa yang dipegang.. luahkan sahaja.. Tuhan sangat menyayangi setiap makhluk ciptaannya.. Jika ia zalim.. da lama kita semua musnah..

Seekz

pang said...

resam padi.
kalau dia kata ilmu dia tinggi bukan tahap awak. maka dia tak paham maksud ilmu tu, jadilah dia itu seperti azazil yang berasakan dialah yang paling hebat kerana ilmunya tinggi.Maka jadilah dia makhluk yang sombong yang mendoakan makhluk lain kecuali dirinya sendiri, dia telah tersesat dengan ilmu...

semakin berilmu seseorang semakin bodoh seseorang itu, sebab semakin banyak yang dia tahu semakin banyak yang dia tak tahu...

sebab itu depa yang berilmu itu adalah orang yang paling 'bodoh'...

ilmu Allah itu suci daripada segala sesuatu yang baru...ilmu Allah yang dinisbatkan kepada makhluk yang bersifat baharu itulah yang disebut-sebutkan oleh umum sebagai berbagai-bagai ilmu itu tinggi, ilmu itu dalam, ilmu itu luas dan sebagainya kerana daripada tidak berbatas(suci) dengan sesuatu apabila berbatas kepada makhluk yang berbatas...

MayangSari said...
This comment has been removed by the author.
MayangSari said...

- Ni kita kena cari formula... Ramai blogger yg bijak sy perhatikan...kita kena cari jln bagaimana perkukuh nilai budaya,ekonomi,sosial dan kebajikan bg smua.....kita ni terpisah angkara politik dan ugama...pcaya tak? Kelangsungan budaya jd kucar kacir....

-formula semua ni,ilmu sejati je bagaimana pula? Kita bergabung bentuk kefahaman mengenal duniawi dan ukhrawi baru seiring..

point yg harus difikirkan...

MayangSari said...

Plan tu mmg banyak. Nak diskuss kat sini ke atau privately?

MayangSari said...

Setiap kita punya potensi berbeza, dan ia saling melengkapi. Tapi hati-hati kerana dua segitiga bertindih ni akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat maka kita kena hati-hati dengan setiap gerak langkah kita. Mungkin ada yang mahu berkongsi petua?

MayangSari said...

Hantu Bisu yang menjelma, hanya yang faham bahasa bisu ini yang akan mengerti. Lain plan lain yg jadi. Malas nak perangla su..kita buat penyatuan jela.

Future Phenomenon,

Salam untuk kamu.

Kamu dari forum atas bawah?

-AsaSiaga-

hasell usiby said...

Sigaret Perisa Kafein:

ye saya

ehem2...baru beta tinggalkan negeri ni sehari,da kucar kacir jadinya...apelah...

takpe2,korang semua pun da besar panjang...jadi fikir apa yg terbaik...annur sediakan ruang,korang bergaullah dengan baik...jgn bersikap mcm budak2 sudah...

En Nusanaga aka Aiz,Selamat datang ya ke selendang kuning...kehadiran dan ilmu anda sangat kami hargai...mengajak kami memandang dari sudut yg lain...:)jgn cepat terasa hati,buang yg keruh,cedok yg jernih je sbg panduan k?

kepada Purba,jgn mare2...nnt cepat tuaaaa....tapi kadang2 tgok purba marah pun best jugak....sebab semua yg dia marahkan banyak logiknya...dari apa yg dia luahkan,annur perhati manusia nama purba ni banyak ilmunya...abang purba yg hensem,kongsilah dengan kami semua lagiiii....jgn simpan lama2 buat pekasam....hehe...jgn marah ye,karang annur lesingggg baru tau...:D

R1,betul tu,annur setuju,ilmu dan berontak,mana adabnya?R1 ni sekali dia hamburkan kata2,pehhhhh....dasatttt wooo....:p

Pang,teruskan melempang kami semua,biasalah manusia slalu je lupa diri...selalu kena diperingatkan...adanya encik Pang disini,kami dapar muhasabah diri...:)

cik puan mayang,jaga tempat ni elok2 tau,kadang annur bz tak sempat jenguk sini...tolong annur ya...:)

Seekz,bagussss...gitulah...adab dan budi bahasa senjata hebat tau...:D

ok korang,take care...





Anonymous said...

salam jumaat yg diberkati pada umat melayu.

wahkahkah kita gelak happy2 dulu.
Pertama sekali kita nak belajar dari kalian semua yg banyak bercerita bab ketuhanan, diri dan bangsa.

Ajarkan kita siapa tuhan, siapa Allah?

Ajarkan jugak pada kita dimanakah Allah ketika aku sedang sembahyang?
Dia tak bertempat, tak mungkin Dia tak mempunyai tempat. Bersalahan tiap baharu.

Apa bezanya ilmu kitab dgn ilmu AlQuran? Apa jalannya yang pasti kembali kepada Allah?

Luahkan perasaan masing2. tapi bukan kerana nak menunjuk ketinggian ilmu. Cukup utk berbincang-bincang mencari kebenaran. Biasa2 sudah la.


Anonymous said...

Kita jawab sikit apa yg kita paham spt yg disoal oleh cik purba.

Allah sebenar pencipta.

Diciptakan sifat luar dari zat tanah, air, api, angin. lalu di adun membentuk Adam. Ditiupkan roh menjadi kehidupan. Namun kamu carilah sendiri sifat yg kekal utk kembali kepada Dia dari zat apa.

Tujuan dijadikan adalah utk beramal dan menjadi saksi kebenaran dari apa yg dinyatakan dalam AlQuran.

Kadang2 manusia dia tau menyebut sahaja bab kenal diri namun tanpa dia sedari dia duk menyeru makhluk lain. Pasai apa? pasai duk menyeru kitab lain, dia tak pasan sheikh kitab tu yg mari. Org dah mati dtg mana nak nampak. Tah dah jadi setan ke apa ahli kitab tu dia pun tak tau.

Kita ni tak minat sgt nak berselisih bab2 camni. Mintak maaflah kawan.


pang said...

masing2 ada tangan sendiri, lempang la diri sendiri...

Anonymous said...

cuma yg sy mahukan kita bertukar pendapat dan bina semula warisan yg diambang kepupusan....lihat sekitar kita dimana org Melayu? nice quote, me like.

Memang warisan tu dah nak hampir pupus. Kenapa? Sebab org melayu la ni banyak duk baca kitab lain lebih banyak dari mengenal Quran yg sebenar. Kitab hadis, kitab hakikat, kitab confucius pun ada kadang2, kemudian tak tau apa keputusan apa yg mereka cari. Cuma nak juga kita tanya pada semua, kenapa dikatakan ahli kitab tu masuk neraka? siapakah yg dinamakan golongan ahli kitab ni?

Bincang lagilah jgn la layan ketat sgt. Ada keris sisip di sisi, ada pistol simpan di kaki. ala2 UTK gitu.

wahhh...sape 'cik' purba tuuu,annur nak kenal bole??? :P

MayangSari said...

Anon...tulisla nama...baru gentle. Nak kenal jugak orang hebat ni. Guna Anon je..tak rock la..

MayangSari said...

tak payah nak poyolah annur dan purba. wayang kuat. huhu

Anonymous said...

nama kita anun. nama di alam maya yg luas tak bersempadan. kita pun suka berimiginasi mencari realiti.
kita memang soft n gentle.
huahahaha...tapi kita ok.

Anun.

Anonymous said...

Apa khabar teman-teman sefikir

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…

Tak apa tak kisah
Tak rugi tak mati
Tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar ada dah dijampi
Ada pasang, surut-naik

Dikerah dijajah
Terus nista dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jgn merungut biar berjanggut
Diam akur
Kita mesti patuh
Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh terlampau
Biar kita melopong
Biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar saja
Jangan melawan
Jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam
Biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut
Kalut kolot
Terkunci mulut
Bergaduh bertutur
Kalah sabung menang sorak
Tiba masa kita gerak

Dik mari dik
Ya kak
Nama adik siapa?
Liya…
Adik tahu nyanyi tak?
Tahu…
Mari ikut kakak nyanyi sama-sama…

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk

Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja

Tolak Tambah
Kali ganda
Hitung kira segala nista
Maju mendung
Tinggi rendah
Berapa nilai
Nilai bangsa

Kak…Sekupang ke?
Dua kupang ke? Tiga kupang?

Sawah sebendang
Ladang sebidang
Tanah sekangkang
Pohon sebatang
Kerana uang semua hilang hanya tinggal shelai sepinggang

Yang jenin yang lebai yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi yang dibuai mimpi yang sawah terjual
Maruah tergadai

Kamu mahu lagi?

Ahli fikir…sabar, sabar, sabar, sabar, sabar, sabar.


ikut petunjuk ya sahabat2 sekalian jangan ikut telunjuk dan sabar, sabar, sabar

yang tak ikhlas
`pang`

Anonymous said...

Salam

Apa kalian dapat?
Penyaksian?
Pengakuan?
Kesedaran?
Kebenaran?
Kesejatian?
Cahaya?
Nur?
Kewujudan?
Pencerahan?
Kemuliaan?
Darjat?
Makam?

Ada pengesahan?
Siapa yang mengesahkan?

Siat saja kulit-kulit kamu itu
buang saja pakaian-pakaian kamu itu
telanjang saja
jangan terpedaya dengan kisah
tempuh dan rasa
yang rasa sahaja yang tahu kebenaranNya
Manis buah tak mampu dicerita
nanti khayal semua
Mati saja
kerana kalian tak pernah ada

YANG ADA HANYA DIA
YANG ADA HANYA DIA

Pusing-pusing macam gasing segala....

HAHAHAHAHAHA..........

NAGA JAUHAR

Anonymous said...

Salam


Aku sudah biasa dengan kamu semua
tapi hanya sebagai pemerhati.....

kita biasa bertemu dalam Dunia
Forum Atas Bawah

Masa itu aku di dalam kepompong
Belum menjadi rama-rama

Tapi tiba-tiba aku menjadi NAGA

HAHAHAHAHA...........

NANTI KU GEMPUR DENGQAN AIR DAN TAUFAN
BIAR MAMPUS SEMUA PENDUSTA

NAGA JAUHAR

Anonymous said...

naga baru balik bertapa...
apa khabar dari atas gunung?

kami ular tak pantas menjadi naga biar bertapa seribu tahun...

pang

Anonymous said...

kita ni kalau bincang bukan pasal nak tunjuk ilmu tinggi. Bukan nak tunjuk hebat diri. Cuma kita punya pikir bila mencari mesti ada keputusan.

Contohlah, Nabi Ibrahim lihat bintang baginda tanya, inikah tuhanku? bila hilang, "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang"
bila melihat bulan, baginda tanya, inikah tuhanku? bila terbenam, Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
bila melihat matahari, baginda tanya, inikah tuhanku? bila terbenam, Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

Cuma keputusan yg dia dapat ada pada diri dia sendiri ""Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

kesimpulannya disitu ada soalan di situ ada jawapan. Alquran yg memastikan dan mengesahkan apa yg kamu cari.

Namun bila kamu membaca kitab selain Alquran, tak sama ke perbuatan kamu dgn kaum Nabi Ibrahim ketika tu? kalau masa tu mereka adakan berhala, tapi sekarang mereka adakan kitab2 selain Alquran. Macamana yg dikatakan dalam Alquran jgn diada-adakan kitab selain Alquran?

MayangSari said...

anak-anak dewa turun kayangan. selamat datang wahai rakan-rakan lama. kenali aku melalui mata hatimu.

MayangSari said...

Anon...buka mata.. sekarang quran dah berjalan dan hidup. apa kamu mengarut ni? kamu kenapa nak mengamuk saja? mahu aku keluarkan jurus api atau angin? kamu jangan lebih, taring aku dah haus darah ni.

MayangSari said...

bukalah langkah silat kamu, aku mahu lihat apa bunga yang kamu ada. keluarkan ilmu yang paling hebat yang kamu ada, kamu jangan bagi aku ketawa pulak. orang sedang perhatikan kamu ni anon. nak menunjuk2 ilmu quran kamu pulak kat sini. pegi balik kampung sana tanam jagung banyak2.

MayangSari said...

kamu buta. di sini sedang berkumpul ramai pahlawan lama dari masa silam. kamu jangan malukan diri kamu sendiri. lebih baik kamu diam dari menyalak sebelum kamu dimakan orang lain buta2 je.

MayangSari said...

aku rasa lebih baik ko balik, kemas kain baju, pegi menyorok atas gunung. sebelum ko jadi lauk kat sini orang bedal ko. quran banyak isinya. namun kini tauhid yang dah menyerap. sebenarnya orang lain rileks saja kamu yang lebih.

kalau berani, bukalah langkah. Bodoh!

MayangSari said...

aku datang sini bukan nak lempang diri sendiri, aku datang nak terajang orang yang acah2 bagus. zaman dah lapuk sibuk lagi dgn firman hadis segala. nak mampus ke ko? ko ingat ko wakil Tuhan ke? sebelum ko kena pijak, baik ko blah.

Anonymous said...

aik melompat pulak makhluk bertaring ni. Kita duk tanya je. Kalau Quran hidup dan berjalan apa bukti dia?

Kamu nak keluar jurus angin ke api ke, keluarlah pun. Cuma kalau rasa ilmu dan diri kamu tu lebih baik dari ilmu Allah kamu nyatakanlah. Apa susah pun. Bukti dan nyatakan.

Mungkin kamu sendiri pun tak sedar yg jurus kamu tu dah memakan diri wahai pahlawan. Tu yg hangin je tuh. Bukan aku saja diperhatikan, kamu pun selalu diperhatikan.

Anonymous said...

kita tak cakap kita wakil sesiapa. Cuma kita nyatakan saja. Tapi bertanya gak hati kita ni, kamu melantun kenapa?

Anonymous said...

PaNG

Di atas sana tidak ada apa
sunyi dan kesendirian,
tiada udara, tiada cahaya, tiada warna
cuma bila turun ada tugas yg perlu digalas.

PaNG
Kamu bisa saja menjadi Naga atau apa saja warna,
kerna warna itu asalnya satu jua,
cuma siat saja kulitmu itu.

HAHAHA
Anon....
di sini tiada lagi kisah copy paste
dari kitab
kerana di sini tiada lagi titik dan huruf
hanya kekosongan

HAHAHA
Anon kamu mabok kalinya
di sini tiada lagi kesombongan dan amarah...........
yang ada hanya LAKON dan ISI ALAM
Biar ISI ALAM yang berkata.....

Mahu kongsi pengalaman silakan...
tapi jangan cerita rasanya...
nanti ramai yang mabok...
sebab isi tiada siapa bisa menghurai...
hanya yang merasa yang tahu rasanya......

Kamu mabok kalinya Anon........

Cerita Kosong
dan Kekosongan

HAHAHAHAHA.....

NAGA JAUHAR

MayangSari said...

Hei jaguh kampung umur setahun jagung, siapakah gerangan nama tuan hamba? Bacul pengecut tak taruk nama. Bodoh! Hak Tuih!

MayangSari said...

Ilmu aku lagi baik dari ilmu Allah?
HAHAHAHAHHAHAHAHHA...

hahahahahahahahahahha....
tak taruk nama eh? aku panggil ko bodoh ajelah.

hei bodoh, ko kenal Allah ke? cuba ko kenalkan Allah tu kat aku. aku nak dengar. aku nak tahu jugak sape tuhan ko tu. bukan main berlagak lagi ko ni.

Pang said...

best2 dalam pertembungan mencetuskan daya dari daya mencetuskan hasil
aku seru aku
wahai aku bertukarlah menjadi ultraman daia

kandung-mengkendong apa yang dikandung
seru-menyeru apa yang diseru
puji-memuji apa yang dipuji
tari-ditari mengorak seni
seni bukan sebarang seni
seni nyata lagi tersembunyi


mari menari wahai naga
biar gegak gempita sekian alam
biar seisi raya merasakan ria-Nya
Ya! demi raja segala raja

Anonymous said...

huh...ini saja buah yg kamu ada?
jurus caci nista. taklah sehebat mana.
layan je le. tapi sampai masa pasti ada jawapannya.

aku taklah mabuk sgt naga. cuma memandang apa yg nyata. kamu kata disini tiada kesombongan dan amarah. Namun yg aku lihat pada isi alam tu sebaliknya. yg aku nampak itu yg ada pada mereka. mungkin benar kata kamu hanya kekosongan. membuatkan mereka hilang pertimbangan.

cuma masih menunggu jawapan dari mereka? siapa tuhan siapa Allah? kesudahnya dia tanya aku balik. Hailah manusia nyata siapa kau sebenarnya.

Anonymous said...

mereka suruh kita buka mata, Quran hidup dan berjalan katanya. Tapi yg kita terpikir,
benar ke, layak ke Alquran tu hidup dgn keangkuhan, berjalan dgn kesombongan?
cuma barulah kita faham mengapa dikatakan api itu sombong, angin itu angkuh bila dia menyatakan diri dia dalam sifat.
itulah yg kita dapat lihat bila api dan angin mengeluarkan jurusnya.
Betullah tu, mungkin jagung itu lebih mulia dipandang.

MayangSari said...

wahai tuan jagung yang mulia...ajarkan kami yang bodoh selenga ni...huhuhuhuhu....

beritahu aku apa kelebihan iblis? siapa iblis. beritahu aku jika kamu hebat orangnya. bagitahu aku siapa khalifah. bagitahu aku siapa malaikat. beritahu aku siapa kamu jika kamu orang yang benar.

buang semua kitab. kita lawan dengan tangan kosong. aku mahu kamu kenalkan pada aku, siapa jin, siapa manusia, siapa haiwan jika benar kamu megikut petunjuk wahai manusia yang sombong. difikirnya smua kafir masuk neraka selama-lamanya. kedekut taik hidung masin. ko bawak Islam yang busuk bau bangkai. Aku mahu Ilmu Haqq. bukan najis yang tidak dicerna dengan baik.

MayangSari said...

beritahu aku siapa dajal... beritahu aku apa itu kiamat? beritahu aku dari apa yang kamu faham wahai manusia yang tidak bernama. ajarkan aku apakah yang wujud sebelum masa. beritahu aku apakah itu ilusi? aku mahu tahu apa yang kau faham bukan petikan ayat-ayat yang kau sendiri pun tak mampu nak pikul maksudnya. kau akan hancur jika kau mampu cerna apa yang kau pikul. namun tidak. kerana apa? kerana kau adalah keldai yang memikul kitab-kitab.

MayangSari said...

aku melanton kerana aku suka usik kamu. comel mcm kanak2 ribena. aku malas sebenarnya nak rebut2 buaian dgn kamu. kesian.

MayangSari said...

bagitahulah nama...nak berkenalan... asalmu mana? apa itu hitam? apa itu putih? aku ini jahil orangnya.

MayangSari said...

aku tidak mencela kamu wahai anon, tapi kesombongan kamu dengan kitab kamu yang tidak kamu mengerti. kenali kata dari hati bukan dari kesombongan diri. aku punya banyak wajah. jika aku pakai topeng syaitan, adakah aku syaitan? jika aku pakai topeng malaikat adakah aku malaikat? siapakah aku di sebalik topeng? dapatkah kau lihat wajahku?

MayangSari said...

kau mahu jurus air? aku boleh beri. tapi berhati-hati kerana aku takut kau lemas.

MayangSari said...

aku sayangkan kau wahai anon. semua juga aku sayang. kafir laknat juga berhak menerima kasih sayang. kasih sayang bentuk yang macamana?

kau datang sini dengan penuh api kebencian. aku simbah api, tahu pula kau marah. kau ingat aku tidak mengerti kata-kata kiasanmu di atas sana? kau ingat aku bodohkah wahai anon? aku tidak marah pada kamu, tak dapatkah kau rasakan? butakan rasa kau?

pang said...

Manusia bergaduh kerana tuhan
Manusia bersatu kerana tuhan

manusia memang unik
aku suka dan aku benci manusia
yang pasti aku paling benci aku

Labbaik Allahumma labaik
labbaika laa syarika laka labbaik
Inal hamda wan ni’mata laka wal mulka la syarikalah!

MayangSari said...

begini wahai anon, maafkan aku atas kelancangan mulutku. aku hanya berlakon mahu melihat apa isihatimu. jika aku katakan kau bodoh, aku juga sebenarnya bodoh. kita semua sama sahaja. apa lebihnya setiap satu kita? dan mengapa kita semua bersua? takdir ini bukan kebetulan wahai saudara. yang aku mahu bukan petikan firman atau hadis, tapi aku mahu dengar apakah yang kau rasa tentang kasih sayang Tuhan dan kemurkaannya pada kau secara peribadi. apakah yang kau rasa?

pernahkah kau menangis tanpa sebab dan merasa bersendiri dalam keramaian manusia? pernahkah kau kejang atas katil, badanmu panas dan menggigil, airmatamu tak berhenti mengalir kerana rasa cintanya kau padaNya? pernahkah kau hanya ingatkan Dia dalam setiap derap langkahmu meniti hari-hari? aku mahu kau jujur dengan hati. bukan datang membawa seribu ayat yang tidak kau mengerti. jika tiada Al-Quran, apakah peganganmu? bagaimana kau bisa mengerti kehidupan ini jika kau tidak punya apa,bersendiri terdampar di pulau yang sepi..

aku mahu kau hadir di sini dengan sebenar-benar hadir.

MayangSari said...

Sejuklah kau wahai jiwa, marilah ke datang ke pangkuanKu. BiarKu pujuk sedu sedan tangismu. Luahkan saja apa yang tak kena. Bagaikan kasih ibu pada anaknya, belaian ibu selembut sutera. Terawang-awang jiwa anak dibuai-buai kasih ibunya.

Wahai Anon, apakah yang kau rasa, hidup dalam alam kini yang penuh noda? Pejamkan matamu, bukalah mata hati dan lihat Cahaya itu... dah mula ramai di sini. Kamu tidak melihat merekakah di alam ghaib ilusi fikiranmu?

MayangSari said...

Anon..bagitahulah nama...nak biodata kamu...hehe

Kamu suka warna apa? Kamu suka makan apa? Janganlah marah wahai anon. Kena sakat, merajuk pula.

Nah..amek Kacang Cap Jempol ni...kita kongsi makan sesama ek..Syian dia..

etetomel tomey tomey ni...
Cak...mmmmmm...cak...
peek a boo...i see you..

MayangSari said...

Siapa lagi yang mahu tunjuk hebat di sini? Masuklah ke dalam gelanggang jika berani.

MayangSari said...

Serahlah pada annur. Sorry sis, lu suruh kakak lu jaga negeri ni. I memang pantang dicabar. Ingat perempuan ni makhluk bodoh yang lemah tak boleh bersuara lebih dari lelaki? Kalau tak, tak wujudlah Cik Siti Wan Kembang tu. Ratu hebat dalam perang, juga persahabatan. Kijang dan kancil jadi peliharaan. Dah terlalu lama wanita dihinjak2 oleh agama.

Cukup!

Purba said...

Sejahtera....terima kasih wahai cik anon...atas ingatan tuan yang sangat bijaksana yg tuan ambil bulat2 dr Quran...
Tersentuh jiwa kami...
Penceritaan kami disini sbg symbolic ttg diri..api,angin,naga sekali pun itu sbg lambang berkenaan diri...kami tidak sesuci anda dan kemuliaan kata2 anda...
Kami sekadar bertukar pndapat walau nmpk mcm berbalah... Ajar laa lagi...ingat kan lagi mana? Yg tak penah didgr,,,anda tentu nya seorang yg sangat bijaksana bukan?
Sini... Aku pulak tanya...Lu cerita apa ni? Ada ke kt sini citer tuhan atau setan? Yg keluar ayat mcm2 pehal?
Dari kecik kami tau semua tu..belajar ngaji..dgr ustat2...
Pekara yg sama...nak ingatkan Mende yg sama?
Berhentilah derr...kt sni lg rmai cekap guna ayat2 lu sebut...
Tak boleh ke tengok dan cuba fahami istilah sains,falsafah dan seni dr teman2 kami?
Yang lu tiba2 tembak dgn ayat2 nape?
Mana logik cerita Lu?
Sape iblis yg disebut? Apa bukti fizikal iblis ada? Logik? Lu mesti pandu pd kitab kan? Tak payah laa...smua kat sini pun tau....
Mereka contoh nusanaga cari melalui sains tau kewujudan iblis? Anda?
Falsafah dan seni ada jwpan ini semua....
Ini semua watak laa cik tembak oi.....
Allah pulak.....jelaskan laa....alif lam lam ha...
Budak kecik pun tau derr.....
Apa cerita suruh kembali atau berserah tp tak tau menghala kemana....
Jelaskan laa detail..jgn main sebut jer....
Meh sni aku bgtau....jgn bukan mulut klu xda bukti..jgn mencelah klu tak phm.....bkn satu jalan smp ke dia klu phm dia maha penyayang.....
Bgtau tang istinjak dulu ngan terang,asas je dlm kitab...
Kenapa manusia slalu dlm keadaan kotor?
Knapa 9rongga dlm tubuh sentiasa bernajis? Kenapa wajib dlm keadaan bersih?
Ini semua asas......jgn pulak ckp krn Allah kami tau tu.....tp rahsia disebalik semua tu.....?
Kami berbincang dan berbalah demi satu kebenaran....
Apahal datang bgtau Mende yg anda sendiri tidak paham.....?
Jika anda di pihak yg benar buktikan kata2 anda....
Cukup dgn logik siapa ini iblis? Jgn jwp dgn apa jua yg kami baca...
Dan kami bersedia apa jua soalan dr anda....
Jadi manusia jgn sinis....
Sombong,angkuh,meninggi diri semua watak jer....
Tau ke yg tersirat dlm hati mereka???
Sy nanti jwpn dr anda....
Salam sejahtera.

pang said...

ini blog luahan isi hati
tuan rumah pun dah jemput luahkan isi hati sama-sama.

tak payah nak terasa sangat la masing-masing pun dah kena tibai wakakaka best2

sakit hati itu best!

MayangSari said...

Jemput minum kopi semua wahai para tetamu... Tuan Puteri belum balik dari Taman Bunga di Istana.

Ada biskut dalam tong kat tepi tu. Tolong Pang, amekkan tong biskut tu. Tangan tak sampai ni.

Anon...janganlah menangis...mintak maaf. awak tak bodoh, saya lagi bodoh. tak pandai berenang. gurau2 je..tapi serius juga...

Mana Nusanaga ni...aku nak air Coke dalam peti ais tu...adoi..malasnya nak bangun...kopi pun kopilah...kopi pak belalang

salam semua,

apesal la korang ni...mcm budak kecik...budak kecik,kalau gaduh pun tau berbaik semula...dorang lagi matang dari korang yg kununnya dah berpuluh tahun kat dunia ni...

suka kutuk sana,kutuk sini,orang sana salah,orang sini salah,diri sendiri tetap suci kununnya...keluarkan semua senjata korang...lepas tu korang rasa apa?best dapat cucuk kawan sana?best dapat tikam sedara sendiri?gelaklah lagi kuat2...gelak sampai puas...korang tunjuk hebat,sebenarnya benda tu untuk diri sendiri je...bila kau meluah,apa yg kau mula rasa?hebat kan?kununnya menegakkan kebenaran...cewah...tapi sebenarnya bagus gak,sebab semua kata2 korang kat sini,akan dipertanggungjawabkan dalam masa sekejap je lagi...semua benda ada harganya...cakap mmg senang,bila rasa menangis sorang2...

dah hebat sangat bercerita tentang ilmu spiritual kununnya,tapi budi bahasa buang masuk tong sampah...nampak sangat pengetahuan tak kemana...ilmu tak berbuah pada perbuatan dan kata2...pakai cakap je,korang ingat korang sape?dah hebat sangat cerita soal spiritual,tapi keliling korang serabut mcm kata2 korang gak...

bila aku menulis,nampak macam main2 kan?

tapi nah! semua buktinya disini...

aku diam,korang ingat aku buta ke?

dah cukup hebat sangat semua kat sini agaknya...

takpe,annur nak tengok...

annur tak memihak pada sesiapa,hatta kakak sendiri atau teman kesayangan sekalipun,

ini semua untuk kita...

inilah sedikit babak drama yang sesuai jadi simbolik pada kehidupan kita sekarang,sama2 kita insafi diri sendiri...

semua dapat ilmu sikit,nak tunjuk hebat,

kalau dah hebat sangat,korang takkan dok asik komen kat sini sedangkan dunia realiti terlalu banyak yg perlu kita usahakan...

seminit kita lalai,tanah kita dah habis disapu orang asing...

seminit kita lalai,kampung kita habis tergadai...

seminit kita lalai,anak kita mampu pergi dan hilang entah kemana...

seminit kita lalai,generasi kita kelak bakal mengemis di tanah tumpah darah sendiri...

jangan kita rasa kita hebat,bila rupanya realiti tak sama dengan apa yang diimpi...

baik korang berhenti cerita soal ilmu2 spiritual,sebab aku dah muak!

berhenti dan mula bersatu hati jika benar tujuan kamu semua ke sini demi...ah!apa saja yang kamu sanjungi wahai kawan....

maafkan annur berkasar...annur cuma budak muda yang dah muak dengan pergaduhan menegakkan kebenaran segala...

MayangSari said...

derita itu perlu untuk jiwa membesar. sekalipun diri ditusuk duri, itu adalah pelajaran untuk mengenal erti kesakitan dan kemanisannya.

di sini kita belajar. supaya kita boleh berubah agar kita dapat mengubah. di gelanggang ini, bukan untuk menunjuk kehebatan namun beradu kekuatan supaya menjadi lebih hebat.

wahai anon yang ku sayang, aku beri kau luka kerana aku mahu kau luahkan apa yang di rasa. aku lukakan kau, kelak aku akan dilukakan. maka kau juga tetap merasa menang.

buanglah segala kepura-puraan kita namun luahkan apa yang di rasa. kau benci aku? luahkan saja. aku tak marah kerana aku pantas mendapatkannya. watakku mengundang kebencian kerana aku datang untuk membakar kesombongan. namun siapakah yang paling terbakar? aku sendiri. siapakah yang paling terluka? aku sendiri. kenapa? kerana aku cabar diri dan melukakan diri supaya aku jadi lebih kuat hari demi hari.

laksana rajawali yang mencarik-carik bulu sendiri di pergunungan. demi survival dan meneruskan kehidupan, kelukaan itu perlu demi sebuah pengertian.

derita itu wajib untuk jiwa membesar. aku mahu rasa derita kerana di situ aku rasakan hadirnya Kasih SayangNya yang menyambut aku jatuh dari langit yang tinggi. aku sangkakan aku terhempas, rupanya Dia masih mengasihani aku walaupun aku jahat. siapakah yang malu? aku. siapakah yang menyesal? aku. lalu aku pulang dengan langkah yang berat, berjalan dengan darah dan luka yang masih hangat darahnya...namun jiwaku tetap utuh malah lebih kuat.

kasihanilah aku wahai anon...maafkan aku atas kekasaranku.

Anonymous said...


HAHAHAHA

Kan tuan tanah dah marah...
Tapi masakan ada amarah
yg ada hanya lakon
skrip dari pengarah.
Layak orang mati aka patong
disuruh marah ya marahlah...
Lihat di hujung sana bukan masih ada ketenangan.....
minum kopi atau coke....
Sila sila bagi dingin ini badan....
Sudi sudikan...

HAHAHAHA

NAGA JAUHAR

MayangSari said...

setiap kita membawa watak yang berbeza. apakah watak anda? badut yang tersenyum tapi hati menangis siapa yang tahu?

anon...jangan kerana aku, kau tidak kembali bertandang di sini. Puteri yang baik hati cuma bersedih. hari ini kita bangga menjadi raja, hari esok kita akan menjadi pengemis yang pernah kita hina. adil bukan?

aku mengajar kamu erti berani menanggung derita agar kamu jadi kuat orangnya. akulah yang paling pantas menerima derita yang paling berat di antara semua jiwa. kerana apa? kerana semakin aku derita semakin aku kuat setelahnya lalu aku mampu memimpin jiwa yang lain pulang bersama-sama. kerana apa aku lukakan diri aku sendiri? aku aku sayang diri aku sendiri.

MayangSari said...

amuk di jpm? lakonan aja deh... mahu tahu apa selepas mati, makanya jangan takut untuk mati. sampai masa, ya mati aja.

air menitik menghasilkan gelombang. kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

MayangSari said...

seronok main terbang-terbang kat atas ni...agak-agak penat, turun jap makan kacang atas pokok. kulit kacang kita baling kat orang bawah. tengok dia mencari-cari siapa yang baling. hehehe...ketawa lagi...

anon...wei...bangunla...tidur lagi ke...da ngences tu...bangunla wei....

MayangSari said...

tidak aku turun ke muka bumi melainkan kerana kasihan.

jangan kamu sombong wahai manusia busuk. ni gangster tuhan datang nak terajang orang. busuk! toilet pun tak reti nak pam...apada...

MayangSari said...

la la la la la la la....
seronoknya nak sakat orang. aku teringin nak sakat lecturer-lecturer kat bilik aircond tu. konon ajar kitab tuhan. ke...jual ayat2 untuk cari makan? ustaz...ustazah bodoh! ajar orang puasa perut ko buncit. bini berderet. nak aje aku pijak.

MayangSari said...

hoi ustazah berjubah besar bertudung labuh. ko kata kena eratkan silaturahim tapi mulut ko laser tak tahu nak jaga. harta dikumpul bertimbun-timbun hasil jual ayat2 suci. padahal quran tak hidup dalam diri. serupa je kalo ko pijak quran tu.

MayangSari said...

wake up la wei....semua...
nak aku jerit ke sampai huru hara satu dunia? nak aku mengamuk lagi ke biar gempar satu negara? bodohnya....

imam mahadi yang duk dicari-cari tak berhenti-henti.

brado kapak...hoi...kenapa ko tido lagi? apa yang ko mengarut tu?

MayangSari said...

aku nak minum darah...aku haus ni...
grrr.......haaa......

darah....darah....
bawakan aku secangkir darah. hoi bodoh...ko amek belahan tengkorak kat tepi ko tu, tuangkan darah ke dalamnya...aku nak minum...aku haus...

MayangSari said...

para tetamu nak minum darah juga ke...

seekz...mana kamu nak....
ibu nak minta kamu susun tengkorak ni. dah bersepah-sepah.

sssss....taringku ini tak cukup panjang... kena minum darah lagi...
hmm...air mandian beta sudah siap wahai dayang-dayang? aku mahu bunga2 yang adindaku bawakan itu penuh dalam tub ye...

MayangSari said...

segar sungguh rasanya. bertenaga dapat minum darah mangsaku...

mm...melur yang bertaburan di lantai kayuku ini sungguh wangi baunya...

hari sudahpun malam...langsir putih jarang dihembus angin...

ku pejamkan mata...hm... ramai lagi yang akan bakal kunjung tiba di istana adindaku ini...

hasell usiby said...

Alamak, terlewat masuk parti.
Kesian cik anon kna teaw secara jemaah. apapun, trima kasih krn pkongsian tu. Bukan pe, rata2 bercerita dgn ayat tp hakikat bukti ntah ke mana. Crita tntg 7 ptala langit, tp selalu dlm khayal. Bila sbut syahadah, wajib ia bersaksi. Saksi tu dpt tgk, faham dan logik.

Jd, kna faham, cite falsafah ia boleh di faham dgn sains dan logik akal. Quran idup tu semesta alam lah, yg di compact jd pnulisan. Tp kalau x ada org yg keluarkan alam ilmu dari penulisan tu, jadi la kita umat keldai bwa kitab atau umat burung kakak tua.

Knp kita marah barat kaji pasal alam dan mahu memahami kewujudan tuhan? Sedang umat islam masih bgaduh sapa lebih islam, sapa lebih warak. akhirnya smua cium kaki cina, kaki org putih. tp marah kaki tu sbb busuk. Kenapa? sbb kita bodoh sombong. takkala org kita mahu maju, kita cantas potong. Masing2 tiba2 jd pjuang agama. Tp, masuk musim lain, x pula jd pjuang agama.

Ketahuilah aku bukan pjuang agama krana agama tu sistem idup. X Yah di juangkan. Hangpa ikut sistem idup tu, maka beragama lah angpa.

Aku juangkan ketamadunan insan. Pemikiran kewujudan. Itu niat n attributeku. x suka? apa aku peduli. ha3

seekz said...

Erkk.. Uma sepahkan saya pulak disuruh kemas.. Uma kemaslah sendiri.. :-p

Abg Aiz.. Best arr komen..macam bang beraham la.. Eh berahim.. Bukan cam uma.. Terpusing2.. Nak paham pon payah., terikut sgt dgn si anon tu.. Sudahnya minum darah sowang2.. Pastu suh kita kemas lak.. Lagi sekali :-p

Tuan naga ni pon sama.. Dulu ms jd kepompong suka memerhati.. Da jd naga mcm memerli.. Guna terma susah plak difahami.. Buat aku bengong sendiri.. Memang bengong pon aku ni.. Janganlah camni tuan naga jauhari.. Bagilah yg mudah kami mengerti.. Barulah boleh calit didahi.. Erkk.. Dahi!! Dahi pon dahilah..

Haa.. Pang.. Berapa bnyk puisi, sajak dan lirik lagu ada dlm simpanan.. Copy paste pastu tinggal gitu suh org pikir.. Igt semua org ni tere cam hang ka.. Fikir..fikir.,fikir.. Ahh.. Malas argghh.. Hang rajin fikir.. Kasik hurai seround tengok.. Ceq ni bukan malas.. Tp kurang rajin jaa.. Jgn marah naa semua.. Ceq ni pon kelaut jugak..huhu..

Tuan purba.. Bnyknyer soalan.. Subjektif pulak tu.. Soalan objektif takde ke?? Ngeèee...

Opss.. Tuan puteri.. Maafkan hamba.. Budi bahasa hari ini sudah kelaut jawa laa pula.. Mungkin gara2 tengkorak bersepah agaknya.. Haha..

MayangSari said...

oh perkemas bahasaku dan lenggok tariku...

bisa aja deh...baru warm up ni.
haah pang pelempang...aku tak baca pon sajak hang. sbb malas..takde jiwa hang dalam lagu tu.

seekz dah pandai melawan mak ya...aku sumbat tengkorak2 ni dalam mulut hang karang. jadi gajah pulak. hehehe

MayangSari said...

naga dalam kepompong. kecik plak tu kepompongnya. keluar2 jadi naga. asik hembus asap je dari hidungnya. naga mendengus asik ketawa. apa da..

Anonymous said...

hukhukhuk...

ramai sungguh pahlawan silam disini. hebat2 jurus seninya. berabuk-abuk keadaannya. kita layan jugak la.

banyak pulak soalan yg diajukan aku pun tak tahu mana aku nak jawap.

hehehe....

Anonymous said...

kamu tanya aku tentang iblis, tahukah kamu sapa yg iblis dekati semasa dia turun ke bumi? kenapa dia ingkar bila diperintah sujud? fizikal dia mmg kamu tak nampak mungkin laku dia yg jelas nyata di alam dunia.

kamu tanya tentang setan, tahukah kamu asalnya manusia yg mendusta Quran, org2 yg fasih ttg Alquran, hafiz2, namun apa yg mereka amal dari Quran yg mereka fasih, faham, blajar dr kecik?

kamu tanya ttg jin, tahukah kamu asalnya dr guru2 kitab yg mendustakan Quran yg mengajar kitab lain selain Quran semasa hidupnya, namun disanjung oleh para muridnya.

tanya tentang haiwan, cuba tgk haiwan bila org citer dgn dia apa reaksi dia?

tanya ttg pokok, cuba tgk reaksi dia bila org citer. keras, kayu tak boleh menerima. selenga.

pikir lah dulu sesama. kita layan enjoy2.

MayangSari said...

dan kau NAGA JAUHAR, siapa kau? aku tak kenal. aku tak tahu kau kawan atau lawan. aku rasa ko lawan. kau datang nak buat onar di sini bukan?

Tuih! Naga konon... kecik je aku tengok ko ni. apa keje ko turun ke muka bumi ni? nak acah2 dengan orang dengan ilmu ko?

bertarung dengan aku jika kau berani. kau juga bodoh. KETUA KEBODOHAN GOLONGAN SUFI. pemalas, buat kacau.

sapa halang jalan aku, dia akan mati. aku bagi peringatan pada seluruh alam.

MayangSari said...

hei anon bodoh. kau musuh aku. HAHAHAHAHAHAHAHHA.... bodoh nak mampus.

akan aku perangi golongan pendusta agama. akan aku cabut hingga ke akarnya. manusia dah jadi sesat gara2 orang seperti kamu. aku hitam yang akan memerangi golongan putih.

kau benar2 buta tak kenal aku siapa.

MayangSari said...

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. kau bukan lawan aku. kau cuma permainan buat aku.

aku dah nak start keje ni. kalau kau hebat, aku cabar kau halang jalan aku. aku nak tengok ada telor ke tak ko ni.

hahahahahahahaha

Anonymous said...

Meh sni aku bgtau....jgn bukan mulut klu xda bukti..jgn mencelah klu tak phm.....bkn satu jalan smp ke dia klu phm dia maha penyayang.....

baiklah aku nak tanya kamu cik purba, kalau bukan satu jalan, kenapa ada yg mengkiaskan 73 pintu 73 jalan? yg sampai hanya satu jalan. apa maksud dia? mungkin kamu lebih paham.

kenapa hati satu, baitullah satu? jalan pulak lebih dari satu.

memang dia maha penyayang. tapi kenapa ada yang ambik kesempatan? kenapa ada yg mempersenda? Dia nak ikut kamu ke kamu kena ikut dia? jalan dia ke jalan kamu?

Anonymous said...

kuikuikui..
terlompat2 aku eheheh...

Anonymous said...

ko buatlah keje ko dulu.
kang berpusing2 akal kau kang.
pusing3 tak gila gila.
cuma meroyan saje....huhuhu....

MayangSari said...

macam monyet ko terlompat2. itu je ke ilmu yang ko ada. bau taik ar...pi la balik cebuk dulu.

MayangSari said...

kulit ko anon dah nak start terkupas sikit demi sikit...dah nampak dah isi...comelnya ko ni...busuk pulak tu

MayangSari said...

manjenya anak monyet ni. aku nak tambat kat tepi pokok Melaka ni...nanti aku bagi makan eh...

MayangSari said...

ko dah jolok sarang tebuan...mati ko kejap lagi...kesiaannya ya allah...
aku tak boleh tolong ko monyet...sape suruh makan cili.

MayangSari said...

dan kau Puteri Jalanan, jangan kau berani halang aku memenggal kepala manusia yang bodoh ni. dasar puteri manja. lembik!

MayangSari said...

aaa....aku tak nak tengok orang gaduh...

aaa....aku tak nak tengok darah, habis kotor selendang kuning aku ni..

eee.e.....jijiknya...

puteri lembik manja. macam hantu ko menyeringai....waaa...leh tahan gak taring ko ya puteri..

Anonymous said...

bila dia nyata kita semua saksi saje.
nilai sendiri sama sama.

guru maya sudah berpencak royan.

Anonymous said...

libas libas tak kena kena. ilmu angin agaknya. angin push push from inside.

nak makan darah, dah mmg setan suka ke darah. makan la kau.

kenal diri tinggi tinggi, lepas tu taktau apa jadi.

Purba said...

Bertenang mayang....takda apa nak kita marah kan...takda apa jua nk kita perjuangkan....
Ingat lagi tentang nafas?
Yang dalam jgn dikeluarkan...yg luar jgn di masuk kan.....terpisah bgai langit dan bumi...tidak pernah bersama tidak jua terpisah selamanya....
Untuk saudara anon....
Sy akan jwp soalan anda...tp biar teman2 menjwp dr sudut mereka terlebih dahulu....
Dan untuk semua jwp laa dgn hati terbuka tanpa melukakan hati sesiapa.....dan mgkn anda boleh lihat yg sebenar kesantunan kami....
Pecaya lah yg tersurat tak semestinya itu yg tersirat....
Saya akan jawab soalan anda.....
Puan mayang tunjukkan sisi puteh anda walau sekelumit ...biar smua sedar siapa anda...kenapa anda begini....
Salam sejahtera ....

MayangSari said...

kau tidak pernah berubah...
tuah...tuah...

kesantunanmu ku sanjung.
sejukmu kujunjung...

aku rindukan masa-masa yang dulu. biarpun aku bersendiri, telah cinta dia menyerap ke dalam aku menjadi satu. tangisanku wahai tuah, terdengar ke serata alam...

MayangSari said...

aku baru dapat air dan api. sampai sekarang aku tak dapat jurus angin lagi. kesudahannya...makan pil setiap hari untuk atasi kerana aku tak tahu bersabar. ajari aku purba.

MayangSari said...

tuah...bagaimana harus kupujuk tangis ini....aku benci tuhan. bodoh!

MayangSari said...

hargai cinta kau tuah. jangan jadi seperti aku, bagaikan pungguk rindukan bulan. kau sudah mendapat pungguk yang jinak. jangan kau lepaskan lagi. apa lagi yang kau cari. kenapa seringkali kau lukai perasaan sendiri.

MayangSari said...

aku tak marah tuah. aku tak marah. aku cuma menyakat. seronok.

Anonymous said...

kita kalau bab istinjak korek jubor. baca niat utk diri kita boleh la cik purba. kotor manusia tu dek perbuatan dia, apa yg dibaca, apa yg dimakan, apa yg dipandang, apa yg didengar.
nak bersih pasal nak menghadap, mudah2an dia selalu beserta, bersama.
taulah nak sucikan zahir batin tu.
tapi kita amal kita, kamu amal kamu.

kita sinis pada mereka yg mengata kita tanpa usul periksa. kita bukan jenis suka nak berbalah sgt pun. hanya reclection sahaja.

MayangSari said...

aku juga tidak perjuangkan apa-apa. aku cuma turun mencari dia. rupanya aku diumpan saja turun ke mari. si bodoh tu dah tipu aku. Boss konon! pirahh...

Anonymous said...

mak ok je.

MayangSari said...

aku akan cuba wahai sang sapurba...
aku akan belajar ilmu nafas. aku bukan tak nak belajar tapi aku malas..adoi...nk kena pegi bertapa lagi ni..

MayangSari said...

hai anon...quran ko ajar ko jadi sampai macam ni ke? comelnya...

Anonymous said...

Kak mayang marah sapa ni...boss??
-min-

MayangSari said...

purba...aku nak buat macam mana...dah hobi aku suka pancung kepala...seronok tengok darah memancut keluar dari batang leher tu...hahaha...

sorry bro..nk terketawa..

MayangSari said...

marah diri sendiri

Anonymous said...

layan lagi jurus api kamu tu seronok pulak tgk menyemburnya. berkepul kepul peginya.

Anonymous said...

mentol mental.

MayangSari said...

bestkan jurus api aku ni anon...
fuuu...fuuu...seronok main api ni..
agak2 terbakar keluar pulak jurus air. kata manjara karisya...hahahahahhaha

sekali air bah...jangan nuh pula berubah...hahahahaha

Anonymous said...


berpeluh tak ketiak kamu.
kita dah nak terbaring baring kene ni.
aduih aduih aduih. hot item.
ilmu kamu tinggi sgt.
ilmu storyteller.

Anonymous said...

Ok truskan sakat menyakat....wow unik gila cara korang BERMESRA.....=)
-min-

seekz said...

Uma.. jom ikut saya panjat gunung..di atas sana nanti boleh mandi air terjun sejuk dan dingin.. Dah banyak sangat kotoran hitam melekat di badan.. meh kita bersihkan supaya bersih seluruh badan.. :-)

MayangSari said...

manjanya anak emak ni...yelah nak...nanti kita pergi ya..

MayangSari said...

anon...berpeluh jugak ketiak ni..bau asyem...ketiak siapa busuk...aum..aum..

MayangSari said...

anon...mintak sikit rexona..aum..aum..

Anonymous said...

Adoi bemanje2 pulek ank beranak ni....jeles i

-min-

hasell usiby said...

jadah..

baru tinggal tak sampai 24jam, dah beratus komen. terus naik traffik blog annur ni. ha3.

pada anon, tak pe, jom kita pakat2 sama berbincang. bukannye nak tunjuk sapa terer. biasalah, mesti ada gaduh sebab tak sehalaun, tp tak semestiny, kena tolak mentah2 perkara yg dtg. amik simpan, esok lusa mgkn berguna. skrg mgkn tak faham, esok lusa, mgkn kita lebih faham

sebab, kadang kala, sekali kita baca, mmg tak mgkn akan terus faham. silap2 leh jadi salah faham cam saya salah faham dgn post purba dlm ni.

kalau kita sama2 melayu, kena perlu test2..
perangai melayu mmg camtu.. suka test2..
melayu dulu test2, tp akhirnya yg mengetest dan di test dpt ilmu yg equal. aku cuba faham ko, ko cuba faham aku..so, to anon, ketahuilah, yg dok komen dlm ni dah melalui perjalanan hidup dan kesedaran serta pengalaman dlm memahami diri dan ketuhanan.

ni bukan bicara spiritual saja...
tp, melayu itu bangsa spiritual.
melayu dulu berspiritual yg logikal. di apply spirtual itu dlm budaya, dlm seni, dlm binaan, dlm sistem pemerintahan dan dlm teknologi...

tp skrg ke mana semua tu?
semua terselindung dlm kitab2 kuning yg cuba di terjemah tp di marah2 kerana cuba mencabar ketuhanan?

gila ke apa?
ketahuilah, bila kita sebut SUBHANNALLAH, maha suci DIA dari segala apa benda...
maka, ketahuilah, tak ada sesuatu pun yg mgkn dpt mencapaiNYA. kita berlegar2 dlm hal ketuhanan sahaja.TUHAN itu sesuatu yg tidak tersentuh.

apapun, annur,
maafkan sy kerana buat sepah dlm ni.

annur fikirkan tntg survivor bangsa kita tp ketahuilah, saya pun begitu.dan bagi sy, pemikiran bangsa inilah yg kena ubah..
sy pun kena berubah sbb sy pun masih dok depan pc, menaip komen dan makan gaji dari cina.

Anonymous said...

HAHAHAHA

aku minta dinginkan diri
tapi kenapa panas yang menjadi....
aduh...
Apa ada ribut dan taufan
atau mungkin juga tsunami
apa lagi bahasa yang termudah
untuk dikongsi.....

Ayuh kita cari ketenangan
hanya dengan ketenangan
gelombang aura menjadi lebih besar dan besar.....

.......... HU HAK

NAGA JAUHAR

MayangSari said...

aum.....okay...
hehe...

mari kita main air di lautan cina...uuuuuu....

splash....syyhhhhhhwwwwwuuuuu....
main skate board atas ombak...

wuuuuuuuuu....
wow...lihat awan di sana....
matahari pula indahnya....

wuuuuuuuu....
ada burung berkicauan...

waa......karang di lautan...
aku berenang ni....
menyelam.....ssshhhhhywuuuu...

eh... ada kapal lanun garuda karam di sana...
mari kita lihat...emas apa yang ada berbaki untuk kita...

MayangSari said...

aku baru pulang dari neraka...saki baki api tertinggal di baju...lalu aku bersihkan...

itu yang bersembur2 kat teratak annur ni...

sorry kwn2....
kita main air pulak....

wuuuuuuuu.....
gulp....sambil menyelam minumlah air...

siapa mahu belajar bernafas dalam air? mari sini, Manjara akan ajarkan kamu....


wuuuuuuuu.....

MayangSari said...

aku ni asik memain je..

hmm..macam ni..aku dah cerita banyak sebenarnya kat dalam blog. tapi si anon ni tak baca kot.

kat blog aku tu, terutama kat ruangan komen dah banyak yang aku jelaskan. tentang banyak perkara. cuma aku susun bukan dalam bentuk penerangan apa yang kini bukan orang keliru.

ilmu yang mahal bukan murah harganya. demi ilmu setiap kita pasti akan rasa derita. derita itu adalah ubat bagi menyahkan kesombongan dalam diri. anon aku mahu kamu mengerti apa yang aku mahu katakan.

hadirnya kita di sini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk menjernihkan kembali apa yang telah keruh setelah beribu-ribu tahun ia mula bersarang keladak demi keladak.

itu jugalah yang berlaku setiapkali Allah mengutuskan para nabi. namun kini, nabi dah tak diutuskan lagi. namun, al-quran yang telah diutuskan telah terbiar kesuciannya sehingga umat islam kini yang tercorot. jika islam itu yang paling benar, apa buktinya? kenapa kita asyik menyalahkan iblis dan syaitan? kenapa? kenapa kita tidak menjadi raja pada diri sendiri?

kamu semua di luar sana berpusing-pusing mencari jawapan, namun semua, seluruh dunia dah berpusing pening tapi tak jugak gila. apa yag salah di sini sebenarnya? umat islam sombong dengan al-quran. sombong dengan Allah. seolah-olah Allah menyebelahi mereka sahaja. jika begitu, siapa pula yang mahu membela orang kafir yang jumlahnya lebih ramai dari muslim? ke neraka selama-lamanya ke semuanya? kata Allah itu Maha Pengasih, namun mengapa kehidupan yang singkat ini menjadi cagaran kebahagiaan sesorang? itu tak adil. kasihan mereka. bukan aku tak kaji semua ini wahai anon dan pengikut2 kamu di luar sana. aku sampai nak mati berfikir tak berhenti2 tentang semua ini. begitu juga khalil yang kamu semua cemuh, dan juga rakan-rakan kita yang lain. namun, siapakah yang mampu memikirkan nasib jiwa-jiwa malang di luar sana? berjayakah pemimpin2 dunia dan para ulamak serta pendeta menyelamatkan umat manusia? tidak. jangan beri alasan, semua ini adalah kehendak Allah. masalah manusia mengapa asyik minta Allah yang selesaikan? SAMPAI BILA?!

di sini bermula segalanya. kumpulan haqq akan menjernihkan kekusutan semua ini satu persatu. bermula dari mengenal apa yang berhak seolah2 kita baru dilahirkan mengenal dunia. aku bukan mahu suka2 menyembelih manusia, yang aku mahu cantas ialah kebodohan dalam pemikiran manusia.

wahai manusia sekalian, kamu dianugerahkan otak, namun mengapa kamu sia-siakan?

MayangSari said...

keluarlah dari kebodohan. keluarlah..aku melutut dan merayu...keluarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.

cuba lihat di luar sana, berapa ramai orang yang kelaparan. mana tuhan? kenapa mereka tak dapat makan? jangan beritahu aku, itu kehendak tuhan. aku tak mahu tuhan yang sebegitu. sebagai contoh, kamu lihat putera arab yang sungguh bermewah-mewah dengan wanita dan kekayaan. mengapa tiada seorang ulamak pun yang menegurnya untuk mengagih-agihkan makanan pada si miskin di luar sana? itu bukan kehendak Allah tapi kesalahan dan kebodohan umat manusia. gunakan otak bagaimana kekayaan diagihkan sama rata di seluruh dunia.

fikir....fikir...dan fikir....
kita mampu lakukannya. mengapa nak tunggu mereka masuk syurga baru dapat makanan? ya Allah...aku hampir-hampir mati setiapkali memikirkan semua ini. anon, kamu bangga dengan alquran, namun kamu beritahu aku, apa sumbangan kamu pada manusia lain sekiranya benar kamu cerna alquran dengan baik? tidak ada wahai anon. aku tak kenal pun kamu..aku tak pernah dengarpun kamu menolong manusia di luar sana satu dunia. kamu kata islam hebat. mana buktinya? ramai lagi penganut kristian yang membantu insan2 lemah di luar sana. kejamnya islam, setelah mereka menolong manusia, kamu fikir mereka semua masuk neraka. adakah Allah begitu lemah dan berkecil hati hanya kerana manusia tidak menyembah Dia? adakah Dia perlu sembahan kita? tidak. adakah kamu golongan yang memikirkan wahai anon yang bijaksana. kalau itulah jawapan kamu tentang pokok dan binatang, maka mereka tiada nilai bagi kamu dan itulah puncanya alam semakin rakus dikerjakan oleh ketamakan manusia. nilai kemanusiaan kamu gagal. maafkan aku kerana kelancanganku. tapi aku tidak boleh lagi memendam semua ini. dah keterlaluan.

MayangSari said...

Demi KekuasaanMu, aku cabar manusia untuk mematahkan hujah aku. Dan ketahuilah, aku bukan sekadar berkata-kata bersuka ria. Aku turun nak buat kerja.

Mengapa aku suka memaki hamun kamu semua? Kerana aku mahu kamu semua bangun dan buka mata. Lihatlah wahai dunia, jeritan aku akan terpekik ke seluruh alam sehinggakan aku puas.

Tunggu aku datang dan merenggut segala kenikmatan kamu wahai manusia-manusia yang sombong dan bongkak. Aku tidak berdusta malah aku hadir untuk memancung semua kepala-kepala para pendusta di luar sana. Tuih! Bodoh semuanya kamu.

MayangSari said...

Sebelum ramai yang mati dipenggal, lebih baik kamu semua bangun wahai manusia yang bodoh. Bangunlah dari tidur yang lena. Bukaklah mata dan rasai alam dalam jiwamu...aku seru semuanya kamu....suuuuuuu.....

MayangSari said...

Hahahahahahahahaha

Anonymous said...

kamu dah abih makan pil eramin 5 kamu tu sari. gaya cerita kamu macam ubat tu je yg ko telan.

Quran memang utk seluruh alam, bawaklah dulu pada alam kamu diri kamu. tak payahlah bersusah payah pikir bermati-matian. Dia suruh pikir sikit saje utk kamu paham. utk buat pelihara diri, perang setan yg nak kacau kamu, tatatertib hidup, hukum hakam yg nak kena pegang, pedoman utk diri sendiri menjalani hidup itu saja. itulah maksud Alquran menguasai alam. kamu kawal diri sendiri bukan emosi dan fantasi. yg duk pi pikir raja arab wat apo? selesaikan diri sendiri dulu. yg nak balik kamu bukan pak arab tu yg teman kamu masuk kubur. wa cakap lu mantul kang lu marah. huahahaha..kita ni bahasa mmg sinis la ko jgn marah. gegegegege....bersihkan bodoh dalam diri masing2 dulu. nyata kat org kang malu diri sendiri je.

MayangSari said...

Demi Waktu, aku tidak berminat dengan kamu. Aku serahkan pada yang lain untuk menjawab. Kerana aku tahan marahku. Kasihan kamu. Sesungguhnya memang benar, kamu adalah orang yang tidak mengerti. Pantaslah dunia bukan dipimpin kamu. Sudahlah. Aku undur diri dari kamu wahai anon. Kerana kau lebih bijaksana. Aku yang jahil bukan siapa-siapa berbanding kamu yang maha tinggi ilmunya.

Anonymous said...

kerja Dia urusan Dia kamu tak payah la nak pikir sgt. Dia tahulah apa Dia buat. Tak susah pun bagi Dia nak mencipta alam ni. Tapi yang susahnya bila nak mendidik manusia utk ikut apa yg Dia kehendaki. Lain org suruh buat lain yg dibuatnya. Dari kecik dah ajarkan Quran elok semuanya, sampai besar dah cari kitab lain pulak. Pasai duk ikut nek moyang dia cakap. Islam bukan agama ikut nek moyang, agama disisi Dia. Kamu nak suh aku pikir apa pun suruh lah aku layan aje. Islam corot mundur pasal org dah tak ikut pedoman itu saja. Dia cipta kitab2 lain utk pedoman hidup manusia. Nak tunjuk dia lagi pandai. Kau belum ada pun Dia dah tau apa nak buat apa berlaku. Cuma bila dia nyatakan pada isi alam tu apa berlaku, kamu pandanglah ada ke takde dalam Quran cerita dia camtu. kalau ada nampak nyata kamu benarkanlah.
Kenapa ada yg berdoa Allah benar, Nabi dan Rasul benar, Alquran benar, Malaikat benar, Kiamat benar. Apa tujuan dia? kamu pikir la pulak. ko kan suka berpikir?

MayangSari said...

=)wow...pandainya kamu..lagi..?
ajarlah...aku mahu tahu...aku tak tahu..

pang said...

salam

seekz
puisi itu datang dari dalam lubuk hati aku yang dah penat lagi tenat

puisi, bidalan, perumpamaan, kiasan dan seumpamanya kalau boleh jangan dihuraikan, tetapi hendaklah dihayati, diamati, diakali oleh hati, akal, deria dan perasaan, kalau dihuraikan akan menimbulkan fitnah sebab masing-masing punya pemahaman yang berbeza-beza, semua dengan rahmat Dia jugak.

lagi pun rugilah kalau semua dah dihuraikan awal-awal dan tunggu masa untuk jamah ja, pasal apa rugi, pasal dah hilang satu nikmat yang dipanggil susah-payah.

mana usaha? mana pahit jerih? mana susah payah? mana berkat?

macam mana kita nak dapat rahmat jika hanya duduk diam(tak usaha)

pernah tak makan nasi berlauk ikan berkuahkan toyu masa sedang bersusah payah ketika memancing yang rasanya sedap sesangat daripada makan makanan yang siap masak kat kedai yang sedap tapi rasa biasa-biasa saja?

Anonymous said...

Bro hassel, kita ni mengomen mmg asalnya tujuan utk berbincang2. sekali tgk kena jurus pulak. waduhh...tak sangka lak ramai pendekar lam ni. layan jelah. dia bagi kasar kita pulang kasar, dia bagi lembut kita pulang lembut. Dia bagi bola lambung kita sapu jelah.

Kita pun duk membelek jugak sebenarnya kitab2 kuning ni dari dulu. Macam2 ada ceritanya. Cuma sampai masa kita tak jumpa apa keputusan cerita diorang ni. Duk mendgr ustat2 sampai tersengguk pun ada. Ada satu kitab tu keluarlah rajah anu, tubuh, cerita rahsia, sudah keputusan kitab dia, dia cakap "kau adalah aku, aku adalah kau" ada sesapa yg boleh menerangkan kita maksud kitab ni?keputusan dia tu.

Dia memang tak boleh dicapai, tapi ada yang boleh sampai. Sesiapa yg bersungguh utk menemui dia pasti akan ditemui.

MayangSari said...

aku tak sepandai kamu anon...kata-kataku salah semuanya. kerana bagi kamu itu semua cedokan kitab2 lain. yelah...aku ni bodoh...

Anonymous said...

kamu mengaku elok lah tu belajar lah lagi. inilah nama dia permainan silap. belajar dari salah silap.

Anonymous said...

SISSSSSSSS.........

Urusan Dia konon.......
ko rasa layakkah Allah sempurnakan urusan buat diri ko anon?
Allah kerja untuk ko ke?

mana tongkat.....
ada si buta ni....

itu baru asapnya....

HAHAHAHA

NAGA JAUHAR

MayangSari said...

terima kasih Naga Jauhar. =)
saja aku menduga kamu. kini kutahu akar budimu. kau juga tahu bukan, kita turun hanya kerana kasihan. biarkanlah mereka dengan labu-labunya..

Anonymous said...

aku bukan nak cari menang pun. aku nak carik benar. Bukan pasal nak tunjuk hero. cuma aku nak pasti kenapa org duk ckp alif tu tegak berdiri tak ke kanan tak ke kiri.

MayangSari said...

hai lah labu...hanyut pulak ke hulu...

hai lah labu...

MayangSari said...

jin mata buta pulak ko dah habis kaji ke? kelakarlah ko ni anon... yang ko kaji alif tak ke kiri dan tak ke kanan... hehehe...

lagi apa yang ko kaji? ilmu makrifat? sampai terlipat. hehehehhehe...

sayangnya aku kat ko ni anon...
alif ke kiri alif ke kanan...

Anonymous said...

Memang layak la pun utk diri aku yg selalu berhajat pada dia. Dia ciptakan aku. Dia tahulah nak menguruskan aku dari awal sampai akhir. Dia tak kerja utk sapa2 pun Dia nak menguruskan sapa2 pun sukati Dialah.

Tapi taktau la pulak kat kamu macamana? Mana kamu letakkan Dia? Cukup ke dgn lakon, wayang, sandiwara utk kau cerita pada Dia? Adakah mereka fikir mereka diciptakan dgn main-main? Adakah dgn Dia kau boleh buat main?

seekz said...

Wahh.. hebatlah anon.. ada permainan silap.. silap mata ek.. magik2.. fuhhh.. ilmu hitam tu.. berdosa la amal ilmu hitam nnt masuk nelake nanti.. ngeee.. Kau adalah aku, aku adalah kau.. owhh.. kau dgn aku sama lah.. kalau da sama jadilah satu.. jadi, marilah kita bersatu.. jgn lah pecah2 camni.. tak manis dipandang orang.. :-p

pang.. huhu.. betul2.. saya sokong.. klu dapat senang2, hilanglah satu nikmat.. hishh.. aku ni.. asek nak mudah2 je.. hargailah apa yg ada.. tak abes2 nak mengeluh. nanti bagi yg mudah kang tak percaya lak..

Tuan naga.. jangan runsing.. saya tahu tuan naga ni mesti bukan sembarangan punya pahlawan.. berdehem jek.. terkeluar api dari hidung.. jgn sembur lebih2 naa.. klu2 rasa nak terbersin ke.. tahan le.. risau hangus terbakar pulak teratak kecil ni.. :-)

Anonymous said...

Lagi satu naga aku nak tanya?
Tugas apa yang kau kena galas tu?
Kalau dah kekosongan, yang ada hanya isi alam. alam mana? Jin pun ada alam jugak.

Mohon pencerahan sebab kamu dah sampai atas.

Anonymous said...


Bila Ayam dengan itik berbicara
kambing-kambing tersenyum jadinya...

Aku tak salahkan ko anon
itu yang ko sangka
maka itulah hasil sangka sangkaNya.

Cernakan Kitab Kuning itu
lagi elok Tajul Muluk....
sampai ko binasa....
baru ko tahu jawapannya...
aku tolong hanguskan aja...
rentong

HAHAHAHA

NAGA JAUHAR

MayangSari said...

yo! alif ke kiri alif ke kanan...
kanan lagi...

mari kita menari...
gerak tari dewa dewi...

ke kiri lagi...ke kananla alif...

Anonymous said...

Seekz nampak sama tapi tak serupa. Permainan silap bukan kat mata. kat diri sendiri. Betulkanlah masing2 punya.
Nak bersatu boleh, tapi macamana yg dikatakan saudara kamu sesama islam adalah org yg mengikut pedoman Alquran?

Anonymous said...

Sebenarnya tak rugipun perbalahan ini anon

sebab ko juga yang untung
kerana dalam perbalahan ada jawabnya...

HAHAHAHA

NAGA JAUHAR

Anonymous said...

Ko tak bagi jawapan tak apa. Aku bukan menyangka, aku tak nampak nyata tugas yg kau galas tu. Yg aku dgr cuma cerita, lakon kata kamu. Dunia boleh la berlakon tunjuk betul. Dah rasa ye tak. Hu Hak kitab mana tu?

MayangSari said...

hu hak... hak hak hak..
hu hak... hak hak hak hak...

ini ilmu qigongla anon...aku ada kitabnya. ko nak pinjam..eh ko tak baca kitab agama lain...sori sori...

hu hak... hak hak hak..
hu hak... hak hak hak hak...

Anonymous said...

hu la mak ka tak.
powermu mek.

seekz said...

Seekz nampak sama tapi tak serupa. Permainan silap bukan kat mata. kat diri sendiri. Betulkanlah masing2 punya.
Nak bersatu boleh, tapi macamana yg dikatakan saudara kamu sesama islam adalah org yg mengikut pedoman Alquran?

Erkk.. silap ke.. oo bukan silap mata ke, silap sendiri rupenyer.. patutlah sama tapi tak serupa.. eh jadi klu sama tapi tak serupa.. kau bukan aku, aku bukan kau lah.. memang susah lah camni nak bersatu.. nak carik yg ikut pedoman alquran lagikk.. kena yg kuat main wayang.. berjubah ke hulu, berserban kehilir..berjanggut atas bawah.. nampok molek sungguh bila depan oghe rama.. tapi belakang kalo ada projek baek punya.. asyukkkk.. boleh la keta2 mewah.. rumah 3 4 bijik.. rezeki Allah katanya kannn.. org ramai pon hangguk je laa..

Purba said...

Salam...betul punya pertahan apa anda yakin,saudara anon?
Bersungguh dgn hujah pedoman kamu?
Terima kasih...
Mari sy jwbkan yg tersirat...
73 pintu 73 jalan....
Ini kod lah bro mcm kod no ekor...pintu n jalan formula kpd Allah menurut kitab, jwpn hanya 2jer..positif + negatif -...tak gtu? Jadi positif campurkan...negatif kita tolak kan...
7+3=10......7-3=4
Jadi pintu ada sepuluh jer...jalan hanya empat...
Ini lah satu jalan tak cara lain pun..,nk bukti?
Kita tgk 10 pintu...kan dah disebut rongga 9? Anda bgtau yg kesepuluh korek .....dan cuci...dgn tatabahasa cukup menyedihkan bg penjaga ayat2 suci seprti anda...
Ini rahsia pintu ketuhanan...bersih dan suci...walau siapa pun anda tetap di terima jika jalan ini dipilih...tp klu mandi n sabun smp tanggal kulit...tnpa niat kepada siapa ditujukan? Anda lebih faham...krn sgalanya kata2 nya anda boleh huraikan....
Kenapa 10 ni penting sgt? Sifat 20 tentu anda hafal ye tak? Mana lg 10 dlm diri manusia sehingga di gelar insanul kamil? 10 dlm 10,tuan anon...mgkn anda belum puashati lg...10 rongga dlm tubuh setiap satu punyai 2 penjaga...hitam dan putih...jika tak mandi hitam punya, jika mandi habuan si puteh...jgn lupa lepas gosok gigi tak lama mulut anda busuk juga kan?
Inilah keseimbangan...tak sempurna...! Tak salah bercerita ttg ketuhanan n nasihatkan guna ayat2 dia...
Tp mau logik....baru hitam dapat seiring dgn si puteh...12jam kamu 12 jam kami....tak perlu sinis..sini mmg smua watak gila2....
Apa kamu mau buktikan? Kami sesat? Kami kena Ikut kehendak tuhan? Kami bukan dogmatic ugama...kami diberi bebas tuhan kamu dgn di beri 10 sifat nya sbg pinjaman...dan 10 lg di hijab jika mau dan bersungguh menahan siksa n azab bg membuktikan ujud nya tuhan pd diri..bkn dunia...
Bgi keadilan semua pihak sila hurai kan apa itu 73 jalan dari kacamata sebenar pihak anda...
Fahami lah ,kata2 melambangkan sifat anda...mari kita bincang secara matang pekara ini....
Jangan jadi kan jumud,dangkal dan jahil sbgai pentas kita muzakarah...
Salam sejahtera ...

Anonymous said...

SeeK... ayat ko power
main wayang bukan lakon.....

Anon
Setiap insan ada tugas masing-masing
ada hak masing-masing
tugas-tugas inilah yg mesti digalas.

Alam ini mesti ditadbir.....
ada batas dan wilayahnya.

Apa yg ko nak risukan anon
Alif itu tegak berdiri tak bergoyang.....
Apa yg aku nampak ko sebenarnya takut syirik....
Tapi kalau ko tak syirikkan diri ko
mana ko nak tahu yg syirik dan yang tak syirik.....

Hahahaha...
jangan rentung sudah....

NAGA JAUHAR

Anonymous said...

salam purba,

cerita kamu memang jelas, panjang, dalam, byk nak kena pikir rongga dia tu bagi yg tak mengetahui. kita boleh la faham sikit2 apa yg kamu cakap. namun yg pasti bagi kita Dia tak bagi apa2 pinjaman pun pada kita. Dia bukan ah long nak bagi2 pinjam. Dia nak bagi kurnia bagilah itu Pemurah dia. Pinjam kita kena bayar balik. Kita tak mampu. Itu pada kitalah jgn awak anggap sinis pulak.

Baik, apa yg dikatakan Kata olehmu Allah yg satu, Tak beranak tak diperanak, takde ibu bapa, Takde yg seumpama. Apa maksud dia?

Org bercerita ttg tuhan, tapi kita tgk tepekong pun dipanggil tuhan, dalam Quran patung anak lembu pun org panggil tuhan, berhala pun dipanggil tuhan. sedangkan dalam dunia ada banyak benda yg org buat tuhan. Macamana dikatakan Dia takde umpama?


Zaman sekarang dari asal sebuah kitab Alquran beranak-anak jadi beratus-ratus buah kitab2 lain utk dijadikan bacaan pengamal2 agama yg isi dia sendiri pun diambil dari potongan ayat Alquran. Sedangkan dah jelas jgn kau ada-adakan kitab lain dari Alquran. Kenapa mereka tak ikut?

kita punya pandang kiasan 73 pintu 73 jalan tu ringkas je. Dalam isirumah sekurang2nya mesti ada satu naskhah Alquran, tapi cuba kamu pandang dalam rumah tu ada berapa banyak kitab2 lain yg bersama-sama dgn dia yg dijadikan pedoman isirumah tu? Kenapa baitullah satu tempat sahaja kita menghadap?

mintak maaflah purba kalau kita ni sinis dan kasar bahasa. kadang2 duk terkena jurus tu takleh nak fokus dibuatnya.

Purba said...

Salam jika itu jwpan anda cukup smp sini.... Terima kasih..
Salam sejahtera ....

Anonymous said...

memang betul la seekz apa yg kamu kata zaman sekarang memang susah nak cari sedara. yg digelar mursyid pun berpura2.
cakap naga pun ada betulnya banyak jawapan dan pelajaran yg kita temui di sini. Aku memang takut dgn syirik. Takut tak diterima. kadang2 niat pun dah boleh bawak ke arah tu.
yang pasti aku mengerti dan faham kenapa islam tu terasing bilamana aku lihat tak ramai sedara di luar sana. Terima kasih bagi mereka yg mendoakan kebahagiaan sesama islam yg terasing tu.

MayangSari said...

mari kita ambil nafas semua wahai para tetamu...

di istana ini ada banyak kamarnya. para pengiring dan dayang-dayang akan iringi anda ke kamar dan silalah berehat serta beradu.

esok hari kita kita akan ke atas gunung sana untuk mengambil angin.

jika ada apa yang kurang, sila beritahu ya. berehatlah dahulu sebelum kita ke gelanggang lagi.

Tuan Puteri berkirim salam pada semua, sudah mula sibuk lagaknya kerana segitiga hampir tercantum semuanya. usah ditanya apa yang perlu digalas, kerana setiap raja berbeza negerinya.

MayangSari said...

Anon yang disayangi. Jika aku syaitan, mahukah kau berteman dengan aku? Apa salah aku? Sedangkan kerana akulah kau menjadi hebat hari demi hari. Tidakkah kau sedar wahai saudara? Jika aku syaitan, benarkah aku ini wujud? Jika aku wujud dan dari awal takdirku untuk terseksa selamanya, hampalah aku. Ke mana harus aku bawa hati ini jika Yang Kuasa itu tidak mahu menerima aku? Tidakkah kau mengerti perasaanku wahai anon? Aku bertanya pada kamu jika benar kamu orang yang berilmu. Ajari aku siapakah yang mengetuai gerombolan ababil yang membawa batu-batu api dari neraka? Siapa? Kenalkan aku padanya. Aku mahu berkenalan.

Anon, ajari aku siapakah Tentera Allah? Siapa yang membawa bahtera Nabi Nuh belayar? Siapa tentera Nabi Sulaiman. Sungguh asyik aku mendengar cerita. Aku mahu tahu lagi.

Anon,aku jahil. Aku tak pernah belajar kitab Tajul Muluk. Demi Allah. Apa itu kitab kuning juga aku tidak tahu. Apa kandungannya? Ajarilah aku. Kerana aku tiada ilmu. Aku tak punya apa. Aku juga bukan siapa-siapa.

MayangSari said...

AKu suka berteman denganmu. Walaupun aku syaitan suka minum darah, tak mahukah kamu berteman dengan aku? Jika aku ajari kamu ilmu dan berbudi pada kamu, masihkah kau membenci aku? Jika aku syaitan, bagaimana aku bisa mendapatkan cintamu sedangkan kau benci pada aku. Mengapa aku dicipta dan mengapa aku dibenci? Bukankah kita ini refleksi sifatnya? Siapakah makhluk kesombongan Allah? Bukankah syaitan juga asalnya dari Allah? tidak dapatkah kau lihat bahawa Hitam juga Sisi Wajahnya yang sebelah.

MayangSari said...

Bebaskan jiwamu wahai Anon... kau sungguh terikat dan terbelenggu.

Pada pandanganmu, apa maksud Simbol Yin dan Yang? Ajari aku.

MayangSari said...

Aku sudi turun menemani kamu. Ramai sudah terbang dan bermain-main di atas sana. Kamu tidak cemburukah pada mereka?

MayangSari said...

http://migdalgideon.blogspot.com/2013_03_01_archive.html

Anon...jemput datang ke teratak hamba. takde apa pun cuma luahan rasa.

MayangSari said...

ops silap..
http://migdalgideon.blogspot.com/2013/03/suatu-ketika-saat-masa-belum-lagi-ilmu.html

sini...

Anonymous said...

nantilah aku pikirkan. kot tergerak di hati aku jalan je. tapi macam biasa la sari aku disini bukan utk bertarung, bertikam2, bertunjuk hebat, bertanding ilmu. Kitab kuning aku tgk tu nama dia hakikat insan. Tu yg aku mencari disini kalau2 ada antara mereka boleh bagi aku jawapan, keputusan, fahaman."Kau adalah Aku, Aku adalah Kau". Dimana Allah? Adakah mereka letakkan dalam diri?

Soalan yg kau tanya banyak2 tu adalah lebih baik kau ajukan pada Pencipta. Tentera Dia, kitab Dia, keampunan Dia, petunjuk Dia, cerita Dia, semuanya adalah hak Dia. Cuma jgnkan diduakan Dia dgn mencari kitab lain selain Alquran.

Memang aku terikat, aku terikat dgn pegangan. Pegangan yang aku yakini. Cukup bagi kita berpegang pada rukun yg 6.

Sekian Wassalam. mintak maaflah kot bahasa kita kasar.

MayangSari said...

Kesiannya aku dengan ko. iyalah..aku turun ke bawah lagi. kau kat mahu berbincangkan?

begini, kau bukak surah an-nur. maafkan aku, kerana aku tak mahir seperti kau. aku cakap bukak, ko pegi bukak jugak. aku sanggup lukakn diri aku menghadap kau kerana aku kasihan.

ko bukak tentang ayat Cahaya dalam Relung Cahaya tu. Jika kau orang yang benar, hanya dengan ayat itu sahaja, selam dan persembahkan pada aku. kerana aku tak faham. kau ajarkan aku tentang apa itu cahaya. apa itu cahaya yang berlapis-lapis.

ko kata nak bincang kan? ko jangan nak lari pulak. ko amek ayat tu bawak sini. keje copy paste tu keje kau. ko bawak sekarang sebelum aku aku heret ko.

MayangSari said...

Aku nak bagitahu ko sekarang dan semua kat sini. Puzzle mudah.

Akulah air. Dan aku yang bawak kapal Nabi Nuh tu sehingga mendarat. Nabi Nuh kenal aku.

persoalannya, siapakah aku?

MayangSari said...

Aku tahu kau datang sini niat kau untuk cari jawapan. Kau dah nak terbelit dengan kata-kata "Kau adalah Aku, Aku adalah Kau".

Sebelum kau mati terbelit, baik ko belajar macamana nak bukak hijab. Ko dah nak dapat dah tapi terhijab. Aku dah duk bakar-bakar hijab tu tapi tebal sangat.

Ko kena tembak pulak dari dalam biar kita sama-sama tembak sampai hijab tu tersingkap. Demi Allah, aku tak berniat mahu menunjuk-nunjuk. Aku kasihan pada kamu.

MayangSari said...

ni aku quote kata-kata ko, dan aku akan huraikan satu persatu. sebenarnya aku dah cakap banyak kali benda ni kat blog aku. tapi ko ni nak yang mudah aje. tapi jalan ko dah betul dah. dah nak sampai. mari kita sama-sama berjalan. luka sama-sama, penat sama-sama. kalau kau penat, aku tunggu kejap untuk kau ambil nafas, kalau aku penat, kau pulak tunggu aku. nanti kita makan bekalan yang kita bawa tu bersama-sama. kita kongsi. kalau kau lapar, kau makanlah lebih apa yang ada. air tu pun kau minumlah. aku takpe.

ko nak jawapan yang terus terhidang. kerana ko datang sini nak cari jawapan, aku bagi kau jawapan. aku akan cuba sampai kau faham. aku tak suka putus asa. sebab aku tak akan faham selagi aku tak ajar kau.

" memang betul la seekz apa yg kamu kata zaman sekarang memang susah nak cari sedara. yg digelar mursyid pun berpura2.

cakap naga pun ada betulnya banyak jawapan dan pelajaran yg kita temui di sini. Aku memang takut dgn syirik. Takut tak diterima. kadang2 niat pun dah boleh bawak ke arah tu.

yang pasti aku mengerti dan faham kenapa islam tu terasing bilamana aku lihat tak ramai sedara di luar sana. Terima kasih bagi mereka yg mendoakan kebahagiaan sesama islam yg terasing tu.

MayangSari said...

jap aku penat...nak rehat jap..tunggu aku tau anon...nanti aku datang balik.

MayangSari said...

Purba, kau tinggi sangat, mehla kita turun sama-sama kat bawah ni...kita cakap bahasa manusia. kanak-kanak bahasa kanak-kanak. nak bagi kanak-kanak faham kena guna bahasa yang mereka faham.

kasihan anak tu... duk tanya-tanya...marilah kita sama-sama turun ke bawah. jangan duduk atas sangat. naga jauhar, ko tinggi sangat tu. mehla turun bersentuhan dengan huruf dan perkataan.

MayangSari said...

kau adalah aku, dan aku adalah kau.
anon...kau adalah aku. sikap buruk kau mencarut2 kat sini, itulah cermin aku. panas baran aku itulah cermin kau. kalau aku tak bagi ko jelas dan faham, maka aku pun sampai ke sudah tak akan faham. bila aku sakitkan kau dengan kata-kata aku, maka aku sebenarnya sakitkan diri aku sendiri.

ko rasa ko faham tak? ni memang bicara orang gila, sebab ko nak belajar ilmu mabuk, takut kalau overdose, nanti jadi gila. cakap merapu-rapu. macam aku. iya kan?

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 265   Newer› Newest»