Puisi burung hantu: pastikan ini kali terakhir kamu menyelak halaman ini...kerana...

22:23 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: tumblr.com

"Walaupun aku seorang yang tak berapa pandai, tapi permainan magik adalah kesukaanku...dan tuhan beri kamu semua pada aku sebagai bahan eksperimen kepada permainan aku untuk kali ini...doakan aku berjaya ok?hehe...tanpa kamu siapalah aku..."

aku adalah seorang yang errr...
tak berapa pandai...
ya itulah aku...
tapi ya syukur tuhan masih kurniakan aku akal untuk berfikir,
itulah modal diriku...

setiap masa aku adalah seorang yang suka belajar,
tentang sesuatu yang baru,
tapi aku suka belajar sendiri,
kerana...
errrr....
aku seorang yang ego...
bila manusia tunjukkan aku jalan,
cepat saja aku menjeling dan berpaling,
tapi sebentar,
aku akan duduk dan berfikir semua senyap-senyap...
dan jika benar katanya aku akan mengangguk bersetuju,
dan entah bagaimana aku akan berlaku baik kepadanya,
ya sebagai membalas budi...
ok cukup setakat itu aku angkat bakul...

untuk malam sebenarnya aku mahu bercerita,
tentang peraturan...
err bunyinya seperti sangat kaku,
mungkin benarnya begini,
aku mahu bercerita kisahnya berjalan di dalam gelap,
semenjak sesuatu peristiwa,
aku kerapkali berjalan dalam gelap,
makin lama aku makin biasa,
biasa dengan kegelapan,
kata seorang sahabat,
ini adalah satu latihan yakin dan percaya pada diri,
mudah ya berkata-kata?
tapi jalani semuanya bukanlah semudah yang disangka,
apatah lagi jika kita masih percaya dengan peraturan biasa dunia ini,
jika aku beri kamu pisau,
dan dalam minda kamu sedia tahu pisau bisa buat kamu luka,
aku halakan pisau ke perutmu lalu aku katakan,
"jangan risau, jika pisau ini menyucuk, kamu tidak akan luka..."
adakah kamu akan percaya?
ahhh gila bukan?
kamu tahu apa yang aku suka tentang kegelapan?
magis...
benar...
kegelapan itu membawa kamu ke alam magis...
ia memutar kepercayaan kamu 360 darjah sehingga kamu menjadi seakan biul seketika,
ia bermain dengan kepercayaan kamu...
bagaimana rumah yang indah dapat dibina?
imaginasi...
imaginasi adalah alat untuk kamu mencipta sesuatu,
kamu adalah pengarah,
pengarah untuk lakonan hidup kamu...
arahkan apa yang kamu mahu,
gunakan kuasa itu...
sudah berapa banyak kali aku bereksperimen tentang ini,
jika aku dapat ingat,
emmm,semenjak aku kecil,
benar!
apa yang aku dapat hari ini,
semuanya adalah apa yang aku imaginasi kan sejak dulu,
aku tak pernah takut untuk berimaginasi,
kerana imaginasi adalah arahanku pada dunia belah sana,
kamu tahu di dunia belah sana mereka sentiasa bergerak,
mereka bergerak 24 jam untuk merealisasikan imaginasi kita,
kerana terlalu rumit proses di dunia belah sana,
manusia cuma mampu mentafsir ini semua sebagai takdir,
ahhh...kita sebagai manusia memang pemalas untuk berfikir...

sebab itu aku selalu katakan,
wahai manusia, bermimpilah akan apa yang kamu inginkan!
gunakan kuasa itu, jangan malu...
impikan dengan penuh teliti akan apa yang kamu mahukan,
cipta,cipta dan cipta!
arahkan pada pekerja di dunia belah sana...
mereka selalu menunggu arahan dari kamu...

ohhh jangan tanya apa yang aku impikan,
nescaya aku akan dilempang berkali-kali oleh ibuku,
haha...

hmm,aku sudah letih membebel,
cukup untuk kali ini,
panjang umur aku akan membebel lagi...
tata semua...

sumber gambar: autumnearthsong.com

"Pastikan ini kali terakhir kamu menyelak selendang kuning ini...kerana laman ini telah pun aku mantera kan...jika selepas ini kamu selak laman ini lagi, maafkan aku...kerana magis aku memang menjadi! haha...hilangkan aku dari fikiran kamu jika kamu mampu, wahai sayangku..."

You Might Also Like

7 comments:

Salam tuan puteri.

Aku sudah lama tak berkunjung ke sini. Jujurnya aku sudah lama tak berkunjung ke mana2 pun. Aku cuma habiskan masa aku, mengembara.

Dan pulang, aku disambut dengan tulisan yang sepertinya..mengugut.

*gelak*

Ya, mungkin magis kamu menjadi.

Ke mana saja aku pergi, aku akan pulang dan berkunjung ke sini semula.

Cheers

-R1-

Anonymous said...

Mantera beradu dengan irama dan lagu..

Seekz

salam sejahtera semua,

R1,sememangnya aku mengugut...kamu...sanggup?hehe...terima kasih ya sudi2 jenguk sini lagi...aku juga tahun ini bz dengan berbagai hal...singgah di alam maya untuk menulis sebentar dan berlalu sahaja...untuk datang dan melawat dengan kerap seperti tahun lepas,ya masih belum punya kudrat...terlalu letih aku gamaknya ya...kamu juga aku kira letih mengembara...setiap dari kita kan punya impian masing-masing,maka kejarlah,benar kan R1?

*senyum* :p

Seekz,nyanyilah lagi...apa ya lirik seterusnya?

kepompong said...

I miss you....

-kepompong-

November said...

Ada kamu pangil aku? :)

take care puteri

salam semua,

wahhh,kepompong datangle...rindu annur ka?heheh...annur dah kata,annur ada letak mantera,tak caye...ape khabar kepompong?sihat ka?:p

November,aah,annur seruuuu....wuuuu~~~hehe...take care tu menatang apa?:p

Anonymous said...

Setakat jadi penyanyi back up boleh arr.. Tuan puteri.. Huhu..

Seekz