Puisi gila: ohhh lihat sana!

09:13 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: layoutsparks.com

"Mari kita berjalan sesuka hati di dalam kegelapan hati...kamu semua tahu? mari sini aku mahu beritahu satu rahsia...di dalam kegelapan hati, ada sesuatu yang sangat berharga tau...penjaganya iaitulah apa yang mereka gelar syaitan...wuuuuu~~~"

Ada yang memintaku ceritakan sesuatu,
sesuatu yang berilmu,
aku tergelak,
apa yang telah aku nukilkan selama ini bukan ilmu?
hehe...
tafsirkan makna ilmu jika benar kamu orang yang bererti...
jangan berkata sesuka hati,
wahai saudara...

jika kamu tidak kenal permata,
aku beri kamu permata,
pada fikiran kamu akankah permata itu kamu kenali?
fikir sedalamnya baru bersuara,
itu petanda orang bijaksana...

jika kamu tidak tahu menilai mutiara,
aku beri kamu manik,
nescaya kamu tertipu dengan helahku,
aduhai....jangan begini wahai saudara...
selagi hayat dikandung badan,
belajar mendalami sesuatu barulah hidup punya erti...

aku muda,
mana layak berkata pada mereka yang lebih tua,
beginilah kata kamu...
bagiku andai budi bahasa dan adab sopan dijaga teliti,
hamba sekalipun mampu berkata kepada sultannya...
bukankah begitu?
atau kamu punya pendapat yang lebih agung?

sekalipun aku muda umur setahun jagung,
jalanku bukan semudah yang kamu fikirkan,
ahhh tak perlu peduli semua ini,
kita semua manusia sama sahaja,
takdir yang terjadi biarkan terjadi,
asal saja kita belajar dan tak kesitu lagi....
itu lebih mulia dan lebih insani...

salam sejahtera wahai rakanku semua...
maafkan aku buat kali ini,
berkata sinis ego sekali,
sengaja memanaskan pagi yang sejuk ini...

sumber gambar: fanpop.com

"berundur jika kamu takut berjalan disini...jalan ini sangat bahaya...hanya untuk mereka yang berani...hehe...ohhh lihat sana!"

You Might Also Like

3 comments:

Anonymous said...

Ahh.. Syaitan.. Mengapa kamu sangat irihati pada manusia.. Tidakkah ada kerja lain selain daripada mengajar manusia membuat kejahatan.. Jika kamu tiada.. Pasti kami semua akan hidup bahagia didunia ini.. Dan tidak perlulah syurga lagi kerna kami sudahpun ada dunia yang aman dan bahagia..
Neraka?? Da sume hidup aman dan damai.. Takde syaitan nak ajar buat jahat.. Buat pe neraka lagi..
Tuhan?? Eh.. Lupa pulak.. Hihi.. Errkk..

Seekz

syaitan perlu ada untuk tapis si palsu...kebenaran bukan murah...ingat tu Seekz...

hatihamba77 said...

;]=dikejauhan ...
Menjauhilagi _Jauhdidalamkegelapanhati ..,dihujungnyamenanti'penyesalanberharga'&pasti

pijauhjauh