Puisi rama-rama: percayalah,selepas kematian adanya kehidupan...

13:53 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments



"Aku katakan pada semua pari-pari di dunia ini...mari kesini, aku mahu bercerita...datanglah mendekat...disini,semua pembaca selendang kuning telah aku anggap sebagai pari-pari..."

Aku duduk termenung dan memandang makanan khas untuk tumbuhan,
Aku menongkat dagu dan memandang kucing yang berkeliaran,
Tumbuhan pelbagai warna juga aku tenung,dalam…
Aku lalu bersandar di kerusi dan berpusing-pusing cuba berfikir,lama…
Aku bertanya pada kucing,
“Wahai kucing…mengapa banyak makanan yang wujud di dunia ini,
Ikan juga tetap menjadi pilihan hatimu?”
Kucing itu menjawab,”aku suka makan biskut fiskis”
Aku lepuk badannya dan aku katakan,”biskut itu juga diperbuat dari ikan,sengal.”
Ohhh tidak, itu cuma ilusiku,
Sebenarnya kucing itu hanya memandang mataku,lama dia begitu…
Ahh aku tak faham pandangan matanya…
Aku lalu berbisik,”suka hati kaulah,janji kau bahagia,kucing…kerana hidup kau cuma makan dan tidur…kau dan ketua kau sama sahaja…”
Kucing itu tersenyum penuh makna,
“yela2…jap aku ambil dalam almari…” aku lalu membuka almari dan mengambil biskut kegemarannya; fiskis,
Dengan cepat mereka semua berlari ke ruang makan yang biasa,
Aku taburkan biskut di bekas yang disediakan khas untuk mereka,
Tiba-tiba fikiranku berputar nakal,
Aku tutup bekas tersebut dan aku ugut kucing-kucing yang ada,
“bagitahu dulu, kenapa kucing suka makan ikan?”soalku pada semua mereka,
Mereka hanya memandang wajahku meminta simpati,
Tak sampai beberapa saat aku terpukau dengan cahaya di mata semua mereka,
Tanpa aku sedar aku telahpun berlalu dari situ dan membiarkan mereka menjamah biskut dengan selesa,
Aku lalu duduk kasar di atas kerusi dan menggigit beg tanda geram,
Ohhh jangan percaya aku cuma bercanda,
Mana mungkin wanita melayu terakhir sepertiku tergamak menggigit beg,
Sebenarnya aku cuma mengetap bibir sahaja,
Pada siapa harus aku tanyakan semua ini,
Aku segera berlari dan mengejar anak bos ku…
“kak…kenapa kucing suka makan ikan?”soalku,
“sebab ikan memang makanan kucing.” Jawabnya ringkas,
“alah…jawapan lain?” soalku lagi,
“sebab kucing dan ikan adalah jodoh sejak azali...” jawabnya lagi,
“isy akak ni…” aku tepuk bahunya dan berlalu pergi,
Dia hanya tergelak dan menggeleng kepalanya melihat tingkahku,
Aku lalu duduk termenung di tepi kolam dan cuba bertanya pada ikan-ikan yang ada,
Aku lalu teringat peristiwa beberapa bulan lepas,
Kucing menyauk ikan di akuarium menggunakan tangannya,
Aku tergelak kecil dan menekup mulut,kelakar betul…
Sejenak aku tersedar dari mimpi dan mula berpijak pada realiti,
“wahai ikan, ceritakan kenapa kucing suka makan kau?”
“sebab tuhan takdirkan begitu…”jawab salah seekor ikan disitu,
“ini jawapan budak tadika…jawablah betul-betul..” ujarku lagi tanda rimas,
“sebab kami menarik?” jawab seekor ikan betina disitu sambil tersenyum manja,
Aku geram lalu mengambil getah dan melestik ikan tersebut,
Ahhh,tak kena pulak…ikan betina tadi cepat berenang dan ketawa puas dapat mengenakanku,
Aku menjeling dan berlalu,malas mahu melayan ikan begitu,
Ohhh kawanku semua…
Sampai sekarang aku masih pening mahu menjawab soalan ini,
Kenapa kucing suka makan ikan????


sumber gambar: my.opera.com

"Setelah aku menangisi bangsaku, kini aku mahu keadaan harmoni semula...semasa aku beli pokok sireh itu, aku jaganya dengan baik,tapi tetap ia mati juga...tapi entah bagaimana tiba-tiba melalui pohon yang sama ia tumbuh semula...dan kini ia semakin berkembang dengan sihat...begitulah hidup...selepas kematian, ada kehidupan..."

You Might Also Like

8 comments:

Kucing suka makan ikan sebab.... kucing tak dapat makan pari-pari, kalau dah dapat rasa lazatnya pari-pari mesti kucing tak nak lagi makan ikan... hehehehe...

Tajuk puisi rama2 tp Annur cite ttg kucing makan ikan.... kongpius...huhuhu...
selepas mati hidup semula.... setuju!!

Ab,annur rasa gambar dalam post ni patut ditukarlah,apa pendapat Ab?

annur kadang takut gak menyalahi syariat,nanti orang fikir bukan2 pulak...yela,kita ni siapa je kan...

annur suka minta pendapat mereka yang lebih berilmu...aduhai...pening r pala annur ni...kadang ilmu yang diajar masa kecik2 dulu dah banyak hilang dek kerana dosa yang terlampau banyak...bila setan luar nak masuk dalam badan annur ni,setan belah dalam sume halang,dorang kata apa tau?"full2...dah takda ruang dah!"

ce Ab bg penerangan sikit...

maafkan annur ya...

Anonymous said...

Kucing2 dirumah sy, bukan takat ikan.. ayam goreng, roti gardenia pon depa sebat jugak.. hihi..

seekz

Anonymous said...

Ape yg aku phm penulis bkn subjek kan pada kuceng..tp maksud d sblik kesah 2 cth benda yg simple mcm nape ikan yg kuceng suka mst ada penerangan ny stiap bnd yg jd mst ada sebab musabab.... wlpun hal kecil dng petanyaan o kemahuan kita nk tahu benda 2 lme2 mst jumpe jwpn wlpun remeh je bnd 2...moral kalo nk phm kne taw dr akar umbi hahaha werk2..ape aku merepek ni

ya,subjek bukan pada kucing...itu cuma perlambangan kepada satu konsep pemangsa dan mangsa...ohhh annur suka bab ni...hihi

siapakah nama kamu anon?

Anonymous said...

blh terangkan konsep mangsa dan pemngsa .....nk tahu jugak nama saya zainon

ohhh,patutlah...

apa?mangsa pemangsa????!

alien apa tu?datang dari planet mane?

zainon!tangkap alien tu!zainon ka?kahkahkah....