Puisi malam: aku lalu bangkit walaupun penuh luka disetiap sisi...

00:55 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: theladiesfeed.wordpress.com

"bila aku lemas, seakan magis ada seseorang juga merasakan benda yang sama...cuma dalam suasana yang berbeza..."

"pernah tersebut...janji sangat lama...yang terikut-ikut pun tetap lalai jua..." -Tidak lama lagi; Imran Ajmain-

aku duduk termenung sambil mendengar lagu ini...
berulang kali...
"tidak pernah puas ku curahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."
mendengar ini aku hanya tersenyum...
lalu ingatanku terimbau pada suatu pagi yang hening...
disebuah kedai kopi bersama seorang teman rapat...

ketika itu hatiku sedih pedih mengenang sesuatu...
dia bertanya mengapa wajahku muram...
aku memandang wajahnya sekilas dan hanya tunduk menggeleng...
wajahnya serius dan terus membakar sebatang rokok buat penyejuk hati...
aku tidak dapat menipu diriku sendiri bahawa ketika itu hatiku sedih...
tanpa aku sedar airmataku menitik pada meja makan..
dengan pantas aku meminta maaf dan terus berlari ketandas untuk membasuh muka...
keluar saja aku senyum seolah tiada apa-apa...
dengan muka berang, dia faham dan menarik aku pergi kasar...
selepas dari itu aku sudah lupa apa yang terjadi...
oh sebenarnya aku perlu lupakan ini semua untuk terus tegak berdiri...
jika tidak pilihan aku yang terakhir adalah MATI...

sumber gambar: goodreads.com

"pernah suatu masa setiap pagi aku sambut hariku dengan satu ayat..."tuhan, aku mahu mati..."..entah kenapa tuhan masih mengasihani aku dan berikan aku nyawa sehingga kini...aku lalu bangkit walaupun penuh luka disetiap sisi..."


You Might Also Like

3 comments:

MayangSari said...

Aku tahu siapa makhluk asing tu. Mungkin dia burung hantu agaknya kot.

Salam tuan puteri.

Aku percaya, semakin luka, semakin calar, ianya semakin indah.

Hati yang tercalar, adalah hati yang terindah.

Ianya rapuh.

Berbahgialah mereka yang walang hati-nya!

:)

-R1-

Serunding Kuning said...

..hidup yg bgmana ? dn mati yg bgmana ?..adakh tika dn kala ini kta mati atau hidup ? sbnrnya kta dtg dr mana dn nk blik ke mana pula ?..