puisi sang puteri: tarian itulah seni pertahankan diri kemegahan bangsaku, MELAYU...

06:22 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: beinspiredbylinabazzalin.blogspot.com

"seni pertahankan diri bangsaku sebenarnya berupa tarian jika benar kamu teliti...tarian punya dua maksud...kamu persembah dan lagi satu kamu pertahan...bukan pertahan apa, cuma pertahankan kepercayaan kamu saja...oleh kerana itu pukulannya bisa kerana tenaga itu datang dari dalaman kamu..."

aku berjalan...
lalu sekejap aku pandang langit...
aku senyum dan duduk berteduh kerana terlalu panas...
aku kebawahkan sedikit topi buat penghalang haba panas suria sana,
aku senyum sinis kerana terfikirkan satu perkara...

"senjata"

ahhh...manusia semua fikir itu material saja...
manusia fikir dengan senjata senang saja mahu tundukkan yang lain...
dangkal...

jarang sekali dalam dunia aku lihat manusia yang benar2 faham apa itu senjata...
senjata jangan diberi pada monyet,
habis semua orang ditembaknya...
tak kira apa tembak sajaaaa....
wahhhh hebat...
kalau aku kata mereka bodoh pasti mereka marah...

bagiku,
manusia yang hebat adalah manusia yang benar faham maksud senjata...
ia beri kamu kuasa pertahankan diri...
iaitu bertindak hanya bila diserang...
jangan sesuka hati kamu gunakan ia seakan mainan tangan...
apa kamu ingat dunia ini ayah kamu yang punya...

ohhh sebenarnya tujuanku menulis puisi buat kali ini belum tersampai...
sebenarnya aku mahu ceritakan...
bahawa bila kamu punya senjata,
simpan...
dan gunakan bila perlu saja...
jangan kesana kesini megah dengan senjata terhunus ditangan...
sarungkan dan sisipkan dipinggang,
itu sudah mencukupi...

ada lagi...
jangan kamu sangka senjata kamu yang terhebat sekali di alam semesta,
sehinggakan kamu mencuba tikam segala di depan mata,
kamu bukan kelihatan hebat bahkan memalukan saja,
kerana sikap itu terlalu kebudakan jika kamu benar teliti setiap inci perkara,
tiada ribut, tiada angin kamu tiba-tiba rasa perkasa,
maka tolong wahai pembaca selendang kuning,
gunakan akal dan jadikan hati sebagai paksi akal itu menari...
barulah layak digelar pahlawan melayu sejati...

sumber gambar: melialissa.blogspot.com

"walaupun aku punya senjata, aku lebih suka gunakan ia untuk menari saja...tetapi di dalam tarian, aku sentiasa peka pada sekeliling dan tidak lalai...tarian itulah seni pertahankan diri kemegahan bangsaku, MELAYU..."



You Might Also Like

4 comments:

Anonymous said...

jangan kau seru apa yang kau tak tahu.
bila ia datang kau tak paham.
malah kau hambur dgn caci cacian.
ke sana ke mari kununnya nak berjuang.
tapi perbuatan kau nyatakan kebodohan.
jgn kau nanti apa yg kau tak mengerti.
kerana mengikutkan rasa isi hati.
konon kau rasa ilmumu tinggi.
jgn kau rasa hebat bila kau berkumpulan.
kerana itulah ciri2 musuh Ilahi.

alahai....marah benar cik anon kita ni...datang rumah orang,tunjuk senjata tapi pakai topeng tutup muka segala...kan tak semenggah perangai tu...

kita melayu,orangnya santun...

sebelum berlawan,kenalkan diri dulu...itulah adabnya...

itulah adab sopan tinggalan nenek moyang kita dulu...

apeke nama orang besorrr ni...sampaikan datang hunus senjata segala...kita kawan yok...:D

Anonymous said...

salam.

ini bukan senjata cik nur. hanya sekadar bersendaloka di bulan mulia. namun kalau terkena isihati. mohon maaflah. takde niat pun nak menyakiti sesama manusia.
kita tak pakai topeng pun. tak pandai nak berlakon. cuma tergerak je nak tulis. takde niat pun nak berlawan. tapi kita rasa pelik juga bila kita menulis semua org igt kita nak menikam. sedangkan kita tulis biasa je. kalau tak sependapat tak mengapa.

kalau awak beri nama awak annur,
nama kita Anun. Alif nun wau nun.
Nyata.
nak kawan boleh takde masalah. kita taklah besar mana pun. cukup2 je. Ada lagi yg lebih besar.

semua kata2 kt sebenarnya utk diri sendiri...satu hakikat yg menyakitkan jika kita benar faham intinya...

semua seakan cermin...