Puisi si kuning: adanya kami disini adalah untuk mengajar kamu semua cara bersukaria yang sebenarnya....

23:57 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments


sumber gambar: free-hdwallpapers.com
"bila aku berkata, orang bilang aku main-main...tapi mereka tak tahu bahawa aku sebenarnya sedang serius dalam ketawa...bila aku ketawa,mereka tak tahu bahawasanya aku tak pernah lupa tujuanku..."

petang  semalam,
aku duduk dan termenung di sebelah anak bos ku,
selepas berborak aku terasa bosan pula,
aku terus berlari menuju ke pohon kemboja putih,
aku menjingkit kaki dan memetik sekuntum bunga,
aku senyum dan duduk kembali di bawah pohon besar tadi,
aku lalu memusingkan bunga kemboja itu dan menilik2 di tengahnya,
mana tahu kan ternampak tuan puteri kemboja disitu,
lalu aku katakan,
“kak,cube tengok kat dalam bunga ni, dalam tu ada puteri kemboja tau...dia duduk dalam warna kuning tu...”
“yeke,mana?” dia pun melayan sahaja kerenahku...
“itu...dia tengah menari...selagi bunga ni berbau harum,puteri tu selalu ada...”jawabku dengan muka tak bersalah...
“betulke?” dia bertanya seolah tak percaya...
“betul...mak akak yang kata aritu...”ujarku lagi,
Dia pun mengangguk setuju...
Aku hanya tergelak di dalam hati...
Seorang lagi...
Ya, seorang lagi kena tipu....heheh...
Siapa mangsa yang seterusnya?
Kamu yang sedang membaca puisi ini mungkin?hahaha...
Oh,maaf ya! Kadang aku memang terlalu nakal...inilah perangaiku yang sukar aku ubah sejak dulu...

Lamaaa dahulu...wuuuu~~~ jom menari!

sumber gambar: www.gamingcapacity.com

"adanya kami disini adalah untuk mengajar kamu semua cara bersukaria yang sebenarnya...bibir kamu mengukir gelak tawa, tapi hati kamu sentiasa sedar dan fokus pada tujuan...gelak tawa kami sebenarnya satu amaran bagi yang sedar siapa kami yang sebenarnya...kami satu-satunya warna yang paling benci kemarahan...kerana kami tak kenal marah, kami cuma kenal murka...yeyeh..."

You Might Also Like

1 comments:

Anonymous said...

WANGIAN ITU PERLU DIKEKALKAN


-SANG PENGABDI-