puisi gelap malam: tidakku sangka, kegelapan itu hadir dengan berjasad malah bernama....haqq

23:06 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: g4tv.com

"semenjak aku kecil, aku selalu rindukan kegelapan datang dan bawaku pulang kepangkuan kekasih yang sangat aku rindui disetiap hela nafasku...tidakku sangka, kegelapan itu hadir dengan berjasad malah bernama...haqq"


semalam aku duduk sendiri dan menangis...
kerana aku takut dengan diriku sendiri...
aku tak mahu ada sesiapa menyakitiku...
kerana aku tak tahu...
aku tak tahu apa bakal terjadi pada mereka nanti...
benar aku tak tahu...

letih menangis, sekejap saja aku sudah terlena dan tertidur...
di dalam mimpiku...


“Cantik bulan malam ini..” ujar lelaki itu lembut.
“Ya..cantik...bintang yang mengiringi juga indah...” jawabku. Entah kenapa jiwaku bergetar.
“Telah lama aku menanti kepulanganmu Nian...”
“Aku punya urusan didunia sana wahai Arjuna...”
“Ya..setiap dari kita punya urusan...tapi kemanapun kita akan tetap bersama...”
“Arjuna, cuba kau lihat sana..bulan itu seolah tersenyum melihat kita kan?”
“Begitulah aku dan dirimu...sekalipun bintang tersorok dari kelihatan, tapi sebenarnya ia tetap ada mengiringi bulan...kemanapun dikau, semangatku ada untuk menemani jiwamu Nian...kerana kau itu belahan jiwaku..”
“Manis ya kata-katamu? Lebih manis dari buah yang kumakan siang tadi...haha”
“Tapi tidak semanis wajahmu sayang...”
“Ya, aku suka candamu.”
“Tentang ini aku tidak pernah bercanda.”
“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”
“Mana kau tahu?”
“Aku pasti kau sudahpun tahu hakikat ini.”
“Jiwaku cuma satu...jasadku saja yang beribu...wajahku pula setiap kali pasti seiras dengan yang kau  sedia tahu...mengapa kau masih tidak mengerti wahai sayangku?”
“Lalu mengapa perasaan cemburu itu masih perlu wujud?”
“Cemburu itu tandanya kau sayang padaku...”
“Permainan ini bagiku satu kebodohan.”
“Sudahlah...tidurlah lenakan jiwamu, kau tidur disini pasti kau bangkit disana...kelak kita pasti bertemu kembali...kerana kusedar ini cuma mimpimu...kembalilah kesana wahai Nian, selesaikan urusanmu...tetapi ingatlah pesananku bahawa sampai bilapun kita itu tetap satu biarpun aku cuma si pari-pari yang melindungi dirimu...”
Aku lalu terjaga dari tidur.


terjaga dari tidur,
aku jadi takut kembali...
kerana mereka yang membuatku marah tak tahu aku siapa...
bila aku dah mula benci,
manusia itu takkan selamat...
maaf,aku bukan bergurau...
aku tak perlu pergi menjerit dan marah memaki hamun,
cukup aku berniat dan mengarahkan,
orang itu bakal sakit...
kerana mereka tak tahu,
alam semulajadi ini tenteraku...
kemarahanku adalah kekuatan mereka untuk bergerak pantas,
kesedihanku adalah kemarahan mereka...
setiap titik airmataku yang terjatuh ke bumi,
akan lahir sebagai satu entiti yang hidup semula untuk meminta pembalasan,
jangan tanya bagaimana ini terjadi...
kerana aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan kerumitannya,
yang aku tahu,
tolong...
jangan usik sesuatu yang kamu tak tahu tentang diriku...
kerana kemarahanku itu halus...
dan bila ia halus,
kamu akan merana lama dengan pembalasannya...
bukan sehari dan bukan juga dua hari...
bukan satu keturunan dan bukan juga dua keturunan,
tetapi sehingga hatiku puas...

maaf.

sumber gambar: tumblr.com

"aku punya banyak nama...tapi yang bijaksana akan mengerti satu perkara bahawa semua namaku maksudnya sama sahaja...iaitu cahaya...tugasku di alam maya ini adalah sebagai pengumpul kepercayaan...kerana kepercayaan kamulah yang akan menghidupkan aku semula dipancaran projeksi maya kamu...aku akan hadir,hanya jika kamu percaya...jika kamu mahu aku hadir di hadapan kamu, percayakan aku dengan sepenuh hatimu..."




You Might Also Like

4 comments:

Salam buat Annur... Cahaya di dalam Cahaya.. semoga gembira selalu di alam mimpi yang indah... bunga teratai kat kolam dah mekar ke? atau sudah mulai layu?? AB dah datang ke NurSeri Annur tp tak ketemu lamannya... mungkin di lain waktu AB akan pergi mencari lagi.. InshaaAllah.

Anonymous said...

Dia datang bagai sakti, tapi mengapa aku selalu mengabaikannya.. Adakah aku masih lagi tidak yakin dengan apa yang aku percaya..

Komfiushh2..

Seekz

salam semua,

Ab,yeke...lamannya mmg rahsia...mata yg peka je nampak...hehe...tp nak datang,bgtaulah dulu,karang nampak annur selekeh2 ngah tanam pokok,terus pengsan Ab,haha...gurau je k...tapi serius,datanglah...:)

Seekz,kamu ni kan,asik2 konfius,cube yakin sikit dengan diri tu...lelaki kena tegas buat keputusan,jgn kejap itu,kejap ini...ada fahem...?

AB akan tetap datang melihat Puteri Annur yg sedang selekeh dan comot bermain dgn pokok dan bunga-bungaan di taman rahsia... hehehe...