puisi malas sekali lagi: aku benci pada manusia lemah,jika aku jumpa manusia begini....

21:51 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: buddytv.com

"aku benci pada manusia lemah...jika aku jumpa manusia begini...aku rasa adalah lebih baik aku gertak mereka sehingga mati...itu lebih bermaruah buat mereka daripada hidup mengengsot dan terus-terusan menangis..."

aku duduk dihadapan komputer dan aku termenung sambil menongkat dagu...
ada airmata yang mengalir...
berkumandang pula lagu Pink Just give me a reason,
aku hanya tersenyum bersama airmata yang masih bersisa,
ia lagu kegemaranku buat masa sekarang...

setiap pagi kini aku bangun dengan lemah,
termenung sebentar kemudian barulah bersiap untuk ketempat kerja,
melihat pada tarikh,oh raya...
pengertian raya bagiku adalah memberi gembira pada orang sekelilingku,
dan aku?
biar saja begini...
aku cuma terlalu letih mungkin,
sehinggakan bila fikir tentang raya,
fikiranku cuma satu,
tidur...

jika tidak didesak ibuku,
nescaya raya pertama juga aku mahu bekerja,
kerja?
ya...itulah kegilaanku sekarang...
kerja mematikan segala kesedihan...
itulah peganganku sekarang...

ketika aku bekerja,
telah aku matikan hatiku,
dan aku cuma hidup bersama akal...
oleh kerana itu aku selalu kelihatan serius ketika bekerja.
ok berhenti.

aku sudah terlalu mengarut...
bercerita tentang sesuatu yang tak memberi erti pun...

tahu kenapa aku tak mahu menulis buat masa ini?
kerana sekarang aku seakan mati perasaan...
ya,semuanya lemah dan sedikit2 mati...

maaf.

sumber gambar: bookfairyhaven.blogspot.com

"pernah suatu masa dulu...lamaaa dahulu...mereka penuhi baju terakhirku dengan darah...mereka semua ingat aku lupa....maaf sayang...aku tak pernah lupa...tiba masa kamu semua akan aku cari satu persatu...ketika itu aku mahu tahu, adakah mereka masih ingat wajah ini?jangan kamu ingat aku datang kesini,suka2...kini aku lahir kembali untuk menjejak kembali kesemua mereka...oh maaf ya,aku hanya bergurau!...biasalah bergurau time raya2 begini kan?hahahaaaa..."



You Might Also Like

3 comments:

MayangSari said...

aku cop org yg mcm muka red indian kumpulan black eye peas ni...

Salam tuan puteri,

jika 'mematikan' hati bisa buat kamu gembira,

ya. kenapa tidak? :)

-AsaSiaga-

salam semua,

mayang,amekla...

R1,terima kasih...kata2 kamu selalu buat aku tenang kembali...rasional yang ada pada diri kamu buat aku kagum...