puisi malam: adakala berfikir juga aku tak mampu...

20:26 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: vampire-zombie.deviantart.com

"jangan salah sangka kerana aku juga manusia biasa...bukan semua masa aku suka berfikir...adakala aku juga termasuk di dalam kalangan yang suka mengikut rasa yang membuak berbanding berfikir dengan waras...dan aku rela dibenci kerana itu, bilamana aku sudah mula letih dengan segalanya..."

pernah suatu masa dahulu,
aku membayangkan berjalan di satu kawasan yang sangat sejuk,
disitu tiada sesiapa,
yang ada cuma aku yang kesejukan...

dan kini seseorang bawa aku ke kawasan itu,
sama seperti anganku dahulu,

dan kawasan itu,
benar dingin,
kerana pembawanya juga dingin...

ada sesuatu tentang diriku yang tak ramai tahu,
dan mungkin pembawa itu juga tak tahu,
bahawa aku,
sungguh tak tahan dengan dingin.


sumber gambar: notisme.deviantart.com


"dingin itu buat aku beku tidak bergerak...adakala berfikir juga aku tak mampu..."


You Might Also Like

0 comments: