puisi sang puteri: mari baca apa yang kami fikirkan...

18:26 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: favim.com

"ramai orang dengki dengan kami kerana semenjak dari dahulu hidup kami penuh dengan tuah...apa saja yang kami buat, mereka semua selalu tak perasan...jika perasan pun mereka tak mampu pegang kami...oh maaf, aku cuma mahu beritahu pada dunia,jom semua kita berkawan...ops!"

dahulu,
aku cuma pemerhati,
selalu memerhati,
dan aku sememangnya seorang yang suka memerhati,
bersama satu air tin dan keropok aku akan duduk di hadapan komputer dan memerhati,
sehingga satu masa kami berpakat...
berpakat untuk membina sebuah kawasan di dunia maya sini hanya untuk orang-orang seperti kami,
selalunya kami adalah dikalangan mereka yang dibenci masyarakat...
kerana kami akan sentiasa menentang apa yang kami tidak suka,
dan selalunya apa yang kami tidak suka adalah sesuatu yang lari dari garisan,
kami berpakat membina satu kawasan untuk kami beritahu dunia apa yang kami rasa,
apa yang kami fikirkan...
kami mahu bangun dengan berani,
tanpa ada rasa ketakutan lagi terhadap dunia,
rasanya ada salah faham disini,
sebenarnya kami bukan takut dengan dunia,
kami cuma takut dunia berantakan dengan spiritual kami,
jadi kami tahan dulu apa yang kami rasa,
bila tiba masanya,
kami semua akan keluar,
satu persatu kekhalayak ramai,
dengan berani dan penuh bangga pada diri...
dan aku salah seorang dari mereka,
aku takkan sekali2 biarkan kawan-kawanku semua,
takut dengan diri mereka sendiri...
dan kepada kawan-kawanku semua,
kalau kamu takut,
mari,berpaut padaku.


sumber gambar: camphalfbloodroleplay.wikia.com

"dalam senyap sebenarnya aku dulu seorang yang begini...aku suka belajar tentang apapun...fikiran aku tidak tertakluk pada sesuatu saja...aku akan buka buku dan belajar tentang apa saja yang aku suka...begitu juga dengan kamu, jangan takut untuk selidiki apa saja yang kamu minati..."

You Might Also Like