puisi pagi: kau itu kuat, kenapa asyik mengaku diri itu lemah?

11:36 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: picsaypro.com

"kau itu kuat, kenapa kau asyik mengaku diri itu lemah? dalam hidup kau punya pilihan untuk jadi kuat ataupun lemah, lalu kenapa kau pilih lemah? sikap itu sangat melemaskan tahu tak..."

untuk pagi ini aku mahu beritahu,
bahawa jika kau digoda ataupun diuji,
kau jangan salahkan syaitan yang merasuk atau mereka yang menggoda,
kau salahkan diri kau sendiri,
itu lebih bermanfaat,
kalau kau salahkan syaitan yang merasuk,
bermakna kau menidakkan keupayaan diri kau untuk berbuat keputusan,
kau lemah sebagai seorang manusia,
dan manusia yang lemah adalah makanan,
makanan bagi makhluk yang kuat,
ohh makhluk itu tidak semestinya kuat dan benar-benar kuat pun,
hanya kau yang lemah...

mari sini aku ajarkan,
untuk menjadi raja kepada diri kau sendiri,
kau perlu tegas,
berani berkata tidak,
bila manusia seluruhnya mengajak kau berkata ya,
kau patut berdiri tegak diatas keputusan diri kau sendiri,
manusia itu semua adakala cuma ujian tuhan buat dirimu,
maka tak perlu hiraukan jika hati kau sudah bertekad,
tolong jangan jadi lembek dan melembekkan orang lain,
aku tidak suka mereka yang punya kepercayaan yang lembek,
yang bila kawan mengajak itu dan ini,
dan ia pergi jauh dari prinsip hidup yang kau pegang,
kau terikut seolah kau itu hamba si dia,
bila kau perlu berkata tidak,
katakan tidak saja,
tak perlu banyak cerita.

hidup kau susah asyik dipujuk itu dan ini,
semua kerana salah kau sendiri,
yang tak pernah mahu mengajar manusia lain,
tentang prinsip hidup kau sendiri.
kau biarkan kau hidup di atas kemahuan dan pujuk rayu orang lain.
kalau kau lelaki,
tolong pergi ke jabatan pendaftaran negara,
dan tukar nama kau menjadi polan BINTI si polan,
kerana itu lebih bermaruah,
dan jika kau perempuan,
tolong jadi kuat dengan apa jua jenis godaan yang merosak,
kalau aku mampu pasti kau juga mampu.

aku hormat pada mereka yang berpendirian.

maka tolonglah diri kau sendiri,
untuk lepas dari belenggu yang kau hadapi.

sumber gambar: 3dsmax.tutorials

"lepaskan diri kau sendiri...kau perlu kuat kerana hidup ini adalah perjuangan kau sendiri...adakala penjara itu buatan tangan kau sendiri..."

You Might Also Like

3 comments:

Iya, semoga kita semua kuat menghadapi dugaan. Hihi.

-HeroinSeven-

Carol said...

Terima kasih :')
Semoga lepas ni makin kuat

:D