puisi petang: dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?

17:54 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: 4loveimages.blogspot.com


"bila kau terjatuh, jangan cepat melatah...bangun dan senyumlah...dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?"

"hidup adalah satu perjuangan mempertahankan apa yang kau percaya."

ayat ini sungguh konflik,bukan?
jika semua orang mempertahankan apa yang mereka percaya,
aduh,
boleh porak peranda dunia jadinya...

yang bergaduh, teruskan bergaduh,
dendam tak habis hingga tujuh keturunan,

yang lena dibuai hiburan indah,
teruskan lena tak mengapa biarkan dunia pusing segala,

yang mengambil kesempatan,masih giat mengadakan rancangan,
bagaimana untuk menguasai bumi bertuah nusantara ini,

yang bercinta teruskan bercinta,
katanya dunia milik kita,

yang bekerja teruskan bekerja,
menyuap anak bini dirumah yang menangis perlukan dana,

yang berfikir teruskan berfikir,
sehingga manusia lena dalam zikir,

lalu wahai semua manusia,
dalam kesibukan kita semua mempertahankan apa yang kita percaya,
adakala kita perlu pertimbangkan beberapa perkara.

ahhh,aku setuju pada satu pendapat,
adakala kita perlu tunduk pada kepercayaan manusia lain,
bukan kerana dayus,
tapi kerana kesatuan dan hormat menghormati sesama insan.
dengan berpegang kepada satu kefahaman,
bahawa kepercayaan itu tidak statik dan ia boleh berubah-ubah.

dan,
aku bukan sesiapa pun di dunia ini,
cuma mungkin seorang yang tuhan anugerahkan sifat tak berhenti berfikir,
sehingga aku olah segala macam persoalan diri menjadi satu puisi yang sepi,
untuk diabadi sebagai satu karya seni bahasa yang mungkin tak dipersetujui,
oleh sesetengah manusia yang masih ego untuk memahami,
jiwa manusia seperti kami.

kerana kau tahu,
memahami jiwa manusia lain adalah satu penyelesaian,
kepada banyak masalah zaman kini.

ohhhh,terlalu bersepah puisi aku kali ini,
maaf ya.


sumber gambar: bajiroo.com

"mungkin apa yang kau percaya hari ini, akan menjadi sesuatu yang kau tentang di hari esok, siapa tahu kan?...ini semua kerana manusia adalah satu makhluk yang sering berperang dengan kata-katanya sendiri di dalam satu arena yang bernama takdir..."

You Might Also Like

4 comments:

MayangSari said...

Ada-ada masa rasa hidup ni indah kan biarpun pedih. Kt alam maya ni la tempat kita luahkan semua yang berserabut dalam jiwa ni kan?

Rindu kat Dora ngan Diego tak? Mia Dora Faris Diego...aritu k.na lukis gambar2 suruh faris teka. Sume dia teka betul. Kira perbendaharaan kata dia dah meningkat banyak. Patu k.na lukis gmbr pokok dia ckp ini tree. Belajar dgn kartunla tu. Sweetnya tengok perkembangan diorang. Jomla join discussion kat Post Boneka tu. Join k.na mengarut-ngarut kat situ. Asik simpan sendiri. Kita citerla mana yang patut.

MayangSari said...

Untuk mengubah frequency dan vibration zarah-zarah jasad sang immortal menggunakan kuasa Percaya dan Yakin yang amat tinggi sehingga membuatkan dirinya mampu menembusi lapis-lapis hijab yang tebal yang mengasing-asingkan alam-alam. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang difilemkan oleh orang Barat adalah perkara yang benar seperti lohong langit yang menjadi jalan pintas dan tempat turun naiknya malaikat. Semenjak akhir-akhir ini pintu langit terbuka dan menyebabkan banyak jiwa-jiwa hitam yang turun ke muka bumi kerana ketidakstabilan alam yang mengakhiri Zaman Putih. Masa untuk kepimpinan Golongan putih seperti Para Nabi dan Wali-wali sudah tamat tempoh dan kini dunia sudah mulai dimasuki jiwa-jiwa para dewa dewi dan juga geng-geng immortal yang lain juga ramai yang turun ke muka bumi untuk membantu menstabilkan alam yang sedang bergoyang kerana ketidakstabilannya. Sebenarnya satu rahsia yang umat Islam tidak tahu dan juga orang-orang di Barat... ZAMAN atau masa golongan putih telahpun kiamat. Bermaksud masa mereka sudah berakhir di mana alam-alam yang ditanggapi manusia ataupun matrix-matrix palsu yang dibina oleh manusia telahpun kiamat dan dimensi matrix binaannya mulai runtuh kerana kepercayaan manusia terhadap alam dan kehidupan mulai berubah. Ini juga dinamakan kiamat. Pada akhir zaman yang lalu baru-baru ini ramai jiwa-jiwa besar yang memegang alam turun beramai-ramai untuk mengubah putaran alam dari kiri ke kanan berubah menjadi kanan ke kiri. Dari zaman putih kepada zaman hitam. Masa kepimpinan para nabi sudahpun tamat kini bermula pula zaman dewa dewi. Sudah juga aku terangkan di post-post yang lalu kumpulan immortals ini bukan Tuhan tapi mereka adalah manifestasi sifat-sifat dominan Tuhan. Sifat mereka jelas berbeza-beza dan ini juga yang membuatkan jawatan yang mereka pikul di Institusi Ketuhanan juga berbeza-beza. Dominant Coalition adalah kumpulan Dewa Dewi Trinity berkembar yang membentuk Bintang Daud ataupun Star of David. Kuasa Kehendak dan Percaya yang tinggi membuatkan mereka mampu mengetuai kumpulan immortals yang lain memegang alam bersama-sama dan menolak putaran alam kerana tiang alam sudah bergegar dan hampir-hampir roboh kerana ramai jiwa-jiwa yang sakit lalu kutukan-kutukan mereka semakin merosakkan alam dan berantakan.

sori dhada,dah lama tak jenguk tenet ni...terima kasih atas perkongsian ilmu tu...

buat masa ni annur disuruh diam...

dhada,ilmu kita semua berbeza kan?apa yang dhada ceritakan annur tak tahu,ni baru tahu...dan bila annur tahu,annur kata wahhh...jadi korang semua yang masih menanti akhir zaman tu dah keluar garisan...ops...alah dhada,kita da bgtau banyak kali zaman da baru,dorang takmau percaya...apa nak buat,sapa nak caya cakap2 orang gila mcm kita ni,hehe