puisi rindu: jika kau perhati dengan jujur, pasti kau mengerti bahawa...

13:55 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: surrealist.co.uk
"adakala aku keliru...jika kita ibarat bawang yang mana penuh lapisan menyelimuti diri...jadi siapa sebenarnya kita...kerana jika sampai pada akhirnya kau itu tetap lapisan...akhirnya aku mengaku bahawa falsafah ini sebenarnya mudah...di lapisan manapun bawang tetap bawang...kau dikenali kerana lapisan-lapisan itu semua, maka tak perlu nafikan keberadaan setiap satunya..."

untuk hari ini aku kesini,
dan bertegas untuk kesini hari ini,
semata-mata untuk mengucapkan salam ulangtahun buat sebuah kawasan usang,
kawasan usang yang telah memberi banyak kesan kepada diri kami dan juga untuk sesetengah orang,
disitu terlalu banyak pertemuan dan perkenalan kembali berlaku,
pertembungan ideologi,
pertembungan ego,
dan juga pertembungan emosi berlaku,
segalanya membantu kami untuk berubah dan terbang,
terbang mencari diri sendiri,
kearah yang berlainan antara satu sama lain,
tetapi sebenarnya tetap di dalam ruang bumi yang sama,
yang rapat terus rapat,
dan yang jauh makin menjauh,
masa adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan,
ahhh jangan salahkan masa,
kerana itu sememang tugasnya...
dan kita semua akan tetap berjalan...
kearah yang sebenarnya kita mahukan sama ada kita sedar ataupun tidak...

sekian.

sumber gambar: taod.blog.com

"hidup umpama larian...kita berlari dengan sepenuh hati ataupun tidak...diakhir nanti kita tetap akan sampai...jika kau perhati dengan jujur, pasti kau mengerti bahawa walaupun kau berlari dengan sepenuh hati ataupun tidak, letihnya sama sahaja..."

You Might Also Like

2 comments:

Rafiz Rahim said...

mendalam ayat terakhir tu...

apa yang mendalamnya...?