puisi sang puteri: kerana bak kata seorang kesayanganku,di dunia ini hak kita semua sama...

18:20 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: 123rf.com


"bila aku tahu rahsia sesuatu perkara, aku akan mulakan ujiannya pada diriku sendiri...jadi kamu semua tak perlu risau...aku adalah bahan eksperimen pertama untuk setiap penemuanku..."

sudah lama aku mahu ceritakan tentang ini,
tentang....
idola...

cuba kamu semua perhatikan,
apa ciri-ciri seorang idola...
padaku satu...
iaitu yakin.

mesti kamu semua pelik kenapa tiba-tiba aku bangkitkan soal ini,
dan sesiapa benar kenal diriku tahu yang aku seorang yang serius,
walaupun dalam tawa...

kamu tahu...
apa pentingnya idola...
ikutan...
ya,ia akan menjadi ikutan ataupun ikon...

nampak mudah ya...
tapi bukan semudah yang kamu sangka,
kerana ia memberi impak yang besar pada semesta,
ikon ibarat satu medan magnet yang menarik ramai pengikut disekeliling mereka,

ilmu ini penting,
ya,mengkaji tentang selok belok ini penting...
kerana jika kau mahu mengubah semesta,
kau perlu manipulasi setiap idola yang ada...
barulah kesannya hebat...

senang cerita,
kau ubah kepala setiap sesuatu persatuan,
zaman dahulu juga sama bukan,
kamu mahu tangkap sesuatu negara,
tangkap rajanya dahulu...

ok,berbalik kepada tadi,
bagaimana memanipulasi seorang idola,
adalah dengan cara kau menjadi idola kepada ramai idola...
dan apa rahsia seorang idola,
yang paling penting,
kau yakin.
kau yakin dengan setiap apa yang kau buat walaupun ia kelihatan seperti si bodoh,
mari sini aku mahu terangkan,
zaman kini si bodoh selalu menjadi idola si pandai,
kau nampak?
jadi jangan terkejut kemana arah bumi kita sekarang,
jadi kini aku mahu mengajar si pandai supaya menjadi si bijak,
jangan lagi diperbodohkan oleh mereka yang bodoh,
jika kau mahu dunia berubah,
bangun dan jadilah idola,
tapi ingat syaratku,
hati kau mesti suci.

itu saja untuk kali ini.

sumber gambar: weheartit.com

"yakini diri...kau akan nampak kesannya nanti...percaya kataku jika kau mahu dunia kau berubah...mereka yang berani selalu menang bukan kerana apapun,kerana ketakutan mereka yang penakut...kerana bak kata seorang kesayanganku,di dunia ini hak kita semua sama..."



You Might Also Like

0 comments: