puisi malam: apapun,tolong jangan menilai aku,tapi nilailah diri kamu sendiri...

20:48 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: best-wallpaper.net

"di bilik kecil itu, aku teruskan dengan impianku...pada mereka aku cuma pemimpi...pada mereka aku cuma si bodoh sepi...pada mereka aku cuma sang pemuisi dan tak siapapun peduli...ahhh,apa saja sangkaan mereka...kerana aku adalah aku, dan aku punya caraku tersendiri untuk hidup di atas bumi ini...untuk mereka yang mendengki, ini perutusanku, mari kita berkawan...jika tak mahu, teruskan dengan kedengkian itu, aku tak perlu risau kerana setiap dari kita berjalan di atas karma kita sendiri..."

perlahan aku menyauk ikan kecil di kolam,
aku perhatikan beberapa ikan timbul...
mati.
ya,ikan itu mati.
aku mengeluh lagi.
aku perlu guna cara lain,fikirku.

tak mengapalah,belajar daripada kesilapan.
begitu bisik hati kecilku.

aku lalu mengambil makanan ikan dan aku taburkan kepada mereka semua,
eh,berudu.
aku senyum.
banyak betul berudu disini, asyik mereka bermain bersama ikan semua,
adakala aku lihat mereka seolah menyamar menjadi ikan kecil.
hidup memang begini,
ruang yang ada selalu direbut demi sebuah kemandirian.
demi sebuah kehidupan.
semua orang mahu hidup,
semua orang perlu hidup,
manusia bunuh membunuh kerana mereka semua mahu hidup,
setiap dari mereka berasa sangat keperluan untuk menang.
siapa yang menang mereka yang akan kekal,
itu sangka mereka.

pada filasafat mereka,
bumi ini tempat untuk mereka yang menang.

dan kau yang sedang membaca,
jangan tanya apa pula filasafat aku,
kerana aku lain,
aku ini tidak tetap,
mungkin hari ini aku si singa,
esok aku menjadi si kucing pula,
sifat yang panas baran adakala mudah bertukar menjadi manja,
diriku tidak tetap,
aku bisa menjadi sesiapa saja yang aku mahu.

satu kesukaran dalam menjadi satu diri yang teguh,
adalah mengawal.
mengawal sifat supaya seimbang kiri dan kanan.
aku tak mahu menjadi si lembek yang dipijak,
tetapi aku juga tak mahu menjadi si jahat yang memijak,
kalau kamu tanya aku mahu menjadi apa,
ini jawabku,
aku mahu menjadi si jahat yang memijak si jahat yang derhaka,
kerana aku adalah penjahat yang taat.
aku berbuat jahat kerana disuruh.
aku disuruh untuk menumpaskan mereka yang derhaka itu,
jadi aku sangat yakin aku adalah seorang penjahat yang dimaafkan.
kerana hanya permata mampu memotong permata,

mungkin salah pemikiranku itu,
mungkin juga betul,
apapun,tolong jangan menilai aku,
tapi nilai diri kamu sendiri,
itu lebih bermanfaat untuk kita semua,

buat masa ini,
itu kepercayaan aku,
mungkin esok lusa ia akan berubah,
mungkin juga esok lusa aku masih dengan kepercayaan itu,
malah makin teguh,
aku tak tahu,
kerana aku adalah seorang yang dipandu,
oleh satu kuasa tertinggi yang aku sangat hormati.


sumber gambar: 123rf.com

"menghormati alam dan seisinya adalah satu pelajaran wajib bagi bangsaku...kerana mereka semua kini sedang dilanda satu penyakit yang serius...iaitu,mengambil mudah setiap satu ciptaan tuhan...dan kini aku datang untuk membantu bangsaku...dengan cara apa, biarlah rahsia..."


You Might Also Like

2 comments:

Anonymous said...

diriku tidak ternilai la tuan puteri

-xie-

hmm...betul tu xie...sorila lama tak balas komen,keje mcm orang gila...