puisi malam: dengan senyuman itu dia asyik menari...

21:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: shameet.wordpress.com


"sekalipun perempuan itu melihat bulan terbakar, aku pasti ketika itu hatinya sebegini malap kerana kasihnya pada seseorang...kerana bagiku hati adalah rumah kita yang abadi..."


hari ini aku mahu ceritakan perihal seorang perempuan,

wajahnya aneh.
gaya solekannya keras.
senyumannya sinis.
aku tahu dia menyimpan satu dendam,
tapi dia cantik.
disatu lorong aku lihat dia merangkak.
sekejap dia berhenti dan duduk bersimpuh,
kukunya yang panjang dialunkan lembut.
dengan senyuman itu dia asyik menari.
kemudian dia merangkak kembali.
pandangannya keliling dunia.
entah apa yang dia cari aku pun tak tahu.
aku fikir niatnya mahu memberontak.
dia berhenti lagi dan duduk bersimpuh.
langsung dia menari seperti tadi.
kemudian dia berbaring di peha ibundanya.
dia mengalah dari terus memberontak kepada siapa entah aku tak tahu.
hatinya syahdu lalu dia memerhatikan bulan sambil mengingati kekasih hatinya,
entah bagaimana,
bulan itu terbakar,
belum sempat bulan itu hangus,
bulan itu berpusing seolah mengelilingi tempat dia berdiam,
manusia semua gempar.
dan perempuan itu terusan hairan melihat kejadian itu,
tak lama lepas itu bulan itu jatuh ke bumi,
dan tergolek-golek di hadapan matanya,
jatuhnya ia seakan manik,
tak sampai beberapa saat,
mataku terbuka.
aku terkejut dan terus mengusap muka minta diampunkan segala dosaku.

begitulah ceritanya.

sumber gambar: smh.com.au

"seingat aku beginilah kukunya..."

You Might Also Like

0 comments: