kisah malam: maka, aku arahkan tidurlah wahai semua jiwa2...

09:05 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: flickr.com

"jangan berkeras untuk tahu...kerana kebenaran sejati itu akan menentang segala yang kau percaya...maka, aku arahkan tidurlah wahai semua jiwa2...biar yang hak saja bangun..."

Tidak sampai beberapa lama selepas aku lena,
“jangan risau sayang...tiada satu pun dari kita yang sempurna...” kabus menyelubungi ruangan.
“siapa?” soalku.
“ketahuilah jahat hasilkan baik,baik pula akan hasilkan kejahatan...” pesan suara itu lagi.
“hah?” aku benar tidak mengerti maksud suara ini.
Tanpa membalas pertanyaanku, suara itu pun lenyap.
Aku lalu terjaga dari tidur.
Untuk sebentar aku duduk termenung. Apa maksud mimpiku tadi?
Suara itu selalu datang memberitahu sesuatu melalui mimpiku.

Ya,selalu.

sumber gambar: www.splashnology.com

 "adakala perkara yang kita terlalu ingin tahu adalah sesuatu yang menyakitkan, kerana itulah kita dilarang keras untuk mengetahuinya...lawan peraturan ini jika kau berani, jika tidak tenggelam saja dalam kepalsuan, itu lebih menenangkan..."


You Might Also Like

2 comments:

RR said...

kita memang berkawan pun... yang cakap gelaran tu, biasalah orang yang tak faham akan gelar cik puan begitu...
Diam itu sebaiknya, sebab itu adalah satu rahsia...

RR,sila buang gelaran puan,tinggalkan cik sahaja,sekian.

oik,ape ni...asik pakai nick lain2 je...apebenda nak disembunyikan pun annur tak tahulah...hehe