puisi malam: magik dan logik? tak perlu ada salah faham...hehe

22:48 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: fanpop.com

“Magik adalah satu sains yang tidak kita fahami” tingkah Jane di dalam Thor.

Sejak kecil, aku percaya pada magik.
Aku percaya pada keajaiban.
Aku juga percaya pada kisah pari-pari yang diberitakan kepadaku,
Meningkat dewasa aku semakin diajari tentang ilmu logik.
Ilmu yang menerangkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan akibat.
Ilmu yang menerangkan bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan kronologi.
Kronologi yang kompleks, jauh mendahului kiraan masa manusia, yang akhirnya membuahkan sesuatu kejadian, maka itu yang mereka kenali sebagai magik.
Manusia akan menilai sesuatu berdasarkan tahap ilmu dan pengetahuannya.
Jika melebihi daripada paras itu, maka mereka suka menganggap ianya sebagai keajaiban.

sumber gambar: digital-art-gallery.com

"alam ini adalah buku yang terbentang luas untuk dipelajari...pada pandangan mataku, semua ini magik!wow..."

Tentang tadi, walaupun akalku dipenuhi dengan ilmu logik,
Tetapi jauh disudut hati, aku masih percaya pada magik.
Bukan menunjukkan aku bodoh dalam memahami ilmu logik,
Tapi jangan pelik bila aku katakan,
Dengan mempelajari ilmu logik lah, membuatkan aku tambah percaya pada magik.
Kerana logik adalah satu ilmu penerangan tentang magik.
Ilmu logik datangnya daripada pertanyaan ‘kenapa’ tentang magik.
Ilmu logik perlu ada untuk membuatkan manusia memanipulasi setiap kronologi di dalam magik untuk menghasilkan satu lagi magik yang lain.
Ada sesetengah manusia suka pada logik.
Ada sesetengah manusia pula suka pada magik.
Padaku mereka tiada salahnya.
Setiap dari mereka benar dari sudut pandangan yang berbeza.
Mereka yang mencari tuhan berdasarkan logik, itu benar.
Mereka yang mencari tuhan berdasarkan magik, juga benar.
Tetapi perlu diingat,
Mungkin mereka benar, tapi salah satu mereka pasti tidak tepat,
Tidak tepat pada masa dan ketikanya.
Kesalahan pada yang tidak tepat adalah kegagalan dalam mencapai target.
Itu saja.
Anak panah yang mencapai bulatan itu benar,
Anak panah yang mencapai bulatan yang paling tengah itu benar dan tepat!
Dan itulah yang kita mahukan, tepat!
Ya, tepat.
sumber gambar: rangerpulse.com

"padaku helang sifatnya penyabar...lama dia memerhati dari atas, sedang mangsa tidak sedar pun bahawa ia sedang diperhatikan...tetapi sekali dia turun, mangsa itu bakal mati."

Lagaknya seperti helang yang mengintai mangsanya dari atas langit sana,
Perlahan dan senyap.
Tetapi, 1 2 3,
Dapat!
Bijak bukan?
Tentang magik dan logik tadi,
Tak perlu ada salah faham,
Anggap saja logik itu perlu,
Dan magik itu wujud,
Lama masanya, maka itu logik,
Sekelip mata, maka itu magik.
Mudah kan?
Padaku, adalah menjadi satu kebodohan bila kita pisahkan magik dan logik.
Seruku,
Pada semua kalian yang percaya pada logik,
Pada semua kalian yang percaya pada magik,
Bersatulah!
Tahu kenapa aku berada di dunia maya sini membawa watak sebagai cahaya?
Kerana hanya aku yang jujur menerangkan sesuatu yang kamu ego untuk mengaku kewujudannya.
Ketahuilah wujud aku disini tiada sebarang kepentingan,
Kecuali untuk membawa kamu semua melihat dengan jelas apa yang gagal kamu perhati dengan kemampuan deriamu.
Dan aku adalah satu-satunya dari golongan mereka,
Yang masih percaya pada magik bahawa kamu semua masih punya harapan.
Disaat mereka merasakan sampah patut dibuang dan dilupuskan,
Aku adalah manusia yang sanggup mengutip sampah itu untuk diteliti nilainya dipasaran semasa.
Jadi, kerjasamalah dengan diriku,
Dengan cara kamu buka seluasnya akal dan hatimu,
biarkanlah aku masuk dengan izin untuk menerangi,
dan menjadi seorang puteri yang berfungsi sebagai penyeri,
di alam mimpi yang penuh ilusi ini.

sumber gambar: flickrhivemind.net


 "aku suka bermain dengan alam...mereka adalah kawanku...mereka selalu faham apa yang ada di dalam hatiku...bila aku gembira matahari bersinar cerah...bila aku sedih matahari turut muram...dan bila aku marah aku akan kutuk seluruh bumi dan seisinya...apa yang terjadi?entah aku tak mahu ambil tahu...dan aku paling tak suka marah...sebolehnya aku mahu gembira selalu...oh alam! mari kita menari..."

You Might Also Like

4 comments:

CHOR19 said...

salah satu ilmu yang paling logik di dunia tp dibenci "MATEMATIK TAMBAHAN" :P

Hunny Anie said...

Haha..sama la kita annur..dari kecik memang suka betul dengan dunia fantasi & pari2 nih..dan hampir 70 peratus percaya wujudnya pari2..haha! Dah besar cam gini pun kadang msih jua minat dengan kisah pari2..huhu

Salam perkenalan yer annur..teruskan menulis..suka membaca & menghayati tulisan kamu. Seorang yang puitis ya.. ;)

hai Chor,yelah...addmth mmg logik sgt,haha...

Hunny,dear...salam perkenalan jugak tau...takdala puitis sgt,kdg straight jugak...tp fairytale mmg syok kan?hehe...berangan putera idaman dtg...hehe

Hunny Anie said...

Iyalah,memang best pun kan..rasa mcm ada satu keseronokan bila melihat dan menonton cerita2 fairytale nih..hehe..kadang tuu berangan jugak.depan cermin kot2 ada putera kayangan dtg..haha! Pastuu,tetiba pulak pkai gaun puteri raja..gituuww..kihkih!

Selamat petang yang penuh bunga-bunga senyum :)