puisi santai: pesan wanita itu...

17:43 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: wallsave.com

"dahulu aku seorang yang petah berkata2 di dalam realiti...aku bangga mencari musuh dan aku panah kesemua mereka...sehinggalah satu masa takdir membuatkan aku terdiam...dan kini aku hanya berkata2 di alam mimpi bersama bibir yang telah terkunci...pesan wanita itu, kita disuruh diam kerana dalam kita ada dia...kita disuruh diam, jangan sampai sesiapa tahu dalam kita ada dia..."

pernah suatu masa,
aku mahu melawan semuanya,
aku tentang semua mereka,
yang bagiku salah dalam segalanya,
ditanganku punya pedang kata2,
yang aku gilap dengan azimat agama,
sehinggalah suatu masa diriku terduduk kerana hempasan takdir dariNya,
lalu aku katakan,
"kenapa tuhan...kenapa..."

ketika itu hadir seseorang,
dengan jujur dia berkata,
"kau takkan dapat kalahkan sesiapa,sebelum kau kalahkan dirimu sendiri..."
"kau tidak akan fahami sesiapapun,sebelum kau benar faham dirimu sendiri..."
"ketahuilah, musuhmu yang sebenar adalah dirimu sendiri..."

semenjak itu aku selalu termenung dan menangis,

ya, menangis.

dan aku selalu menangis...

sehinggalah pada suatu hari,
kesedihanku bertukar menjadi satu tekad,
aku buang semua kepercayaan lama yang memburu semua manusia,
kepercayaan lama yang membuatkan aku menyalahkan semuanya,
dan aku bina satu kepercayaan baru.

lalu aku katakan,
"wahai tuhan, izinkan aku mengenali diriku sendiri...."

sumber gambar: funwallz.com

"melalui penulisan, aku belajar tentang diriku sendiri...jika penulisanku ada yang menyakiti, maafkanlah...kerana aku sedang belajar memahami irama jiwaku sendiri...dan aku akui, bukan semua lagu yang terhasil itu kedengaran merdu di setiap yang mendengar...bak kata seorang kesayangan, kita semua tak sempurna..."



You Might Also Like

0 comments: