Puisi petang: Sang Hinggap datang lagi...

16:45 puteri jalanan a.k.a annur 13 Comments


sumber gambar: juweialhaj.blogspot.com

"Kau kata cinta kita kan abadi...sama seperti air terjun itu...maka sehingga kini hatiku sedih melihat simbol keabadian itu.."

Satu.dua.tiga.
Hanya satu akan abadi.
Bagi makhluk, dua itu satu jika benar dirasai,
Ada kanan, pasti ada kiri.
Ada lelaki pasti ada perempuan disisi.
Bercantumnya mereka, maka ia abadi.
Kerana abadi punya misteri.
Yang bukan mudah untuk ditelusuri,
Segala jejak yang ia pernah lalui,
Dan segala memori yang terlekat pada diri.

"dua hati yang berdegup sebagai satu...mereka tidak pernah berpisah...yang satu pergi, yang satu akan menjadi si pari-pari..."

Jika kau sebut abadi,
Pastikan kau cari satu,dua,tiga  dan misteri yang menyelubungi,
Abadi bisa jadi neraka jika selalu disalaherti,
Abadi juga bisa jadi syurga buat jiwa yang lepas dari mahu tanpa henti,
Jangan buka cerita tentang yang maha abadi,
Kerana ia satu kesakitan yang takkan mampu kita mengerti,
Selagi wujud diri masih mampu kita rasai.

"ketahuilah, kita sememangnya tidak pernah berpisah...kemanapun kau pergi, aku akan ikuti...walaupun ia berupa fitrah bagi diri, tapi sebenarnya lebih kepada sayang dalam hati..."

Bila kegelapan sudah selubungi,
Menyebut juga tidakku berani,
Segala keramat kata ilahi,
Sebelum ia termaktub jelas pada realiti,
Manusia kata ia hukuman buat diri,
Buat dosa yang dilakukan sebelum ini,
Tapi daku merasa ia satu keindahan yang tak bisa dimengerti,
oleh jiwa yang lemah dalam pertarungan di dunia ini.

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan disini,
Tapi setiap kalinya seolah tersekat maka lahirlah puisi canggung seperti ini,
Maafkanku kerana ini saja mampu kuberi,
Kerana aku ini hanya penyampai erti,
Dan bukannya pemilik khazanah alam ini.

“Abadi itu kunci kelima yang sulit untuk difahami.”

"Selagi ia mengalir, maka cinta kita abadi, wahai sayangku...aku tidakkan menuntut apapun janji jika kau tidak sudi...tetapi benarkan aku mengenang segala kenangan di dalam hati..."

"Oh, maaf aku hanya penyampai isihati Sang Hinggap saja...katanya; selepas gerabak ini, dia akan pergi kegerabak lain pula...kerana wujudnya dia hanya sebagai bayang-bayang...dia akan hadir dimana saja cahaya itu hadir..."

sumber gambar: flickr.com

"aku hadir kerana seruan dari dunia belah sana...tanpa seruan, aku lebih suka tidur dengan lena.."

13 comments:

puisi petang: cerita petang tadi...

16:42 puteri jalanan a.k.a annur 69 Comments

sumber gambar: alanagkelly.blogspot.com

"aku sangat suka membaca buku kehidupanku sendiri..."
petang ini,
aku duduk termenung merenung langit sini,
bersama kekanda yang aku sangat kasihi,
kami berbual tentang semua yang ada dihati,
adakala kami ketawa dan menangis tanpa henti,
kami berdua memang begini,
jika bukan pada adik beradik sendiri,
pada siapa lagi kami mahu luahkan rasa hati,
kerana manusia suka menjauhi manusia seperti kami,
yang digelar gila..oh itu terma manusia zaman kini.
tak mengapalah jika itu hukuman buat kami,
kami terima tetapi selagi aku bernafas di dunia ini,
jangan sesiapa sakiti kekanda yang aku kasihi,
kerana sakitnya bakal menjadi sakitku jua jika kamu mahu mengerti.


sumber gambar: madmonkeyes.deviantart.com


"setiap orang akan ada masa 'weng'nya sendiri dan ini masaku."

"jarang manusia dapat memahami diriku, kerana bila aku sudah mula bermimpi selalunya aku sangat lena"









69 comments:

Santai: Apa warna kegemaran pembaca selendang kuning??? jom berkongsi...

20:34 puteri jalanan a.k.a annur 27 Comments

sumber gambar: colorfulkidsworld.com


Apa warna kegemaran korang semua? 

jom berborak tentang warna dengan annur...kita sama2 mengarut,sama2 belajar ok?

ps: jumpa diruangan komen...jangan mareee...:p

sumber gambar: urrandomid.blogspot.com

"warna punya seribu makna... tafsirkan jika kau punya jiwa yang berasa..."



Selingan: "dimanakah cinta? soalan ini bukan untuk sesiapa, melainkan ia perlu ditanya pada diri kita sendiri...dimanakah cinta sesama manusia sehingga kita jadi lebih jelik dari haiwan...oh tolong, jangan minta aku ulang lagi ayat hud2 itu....tanpa kita sedari, terlampau banyak tanda soal bertebaran di jalanan..."

27 comments:

Puisi pagi: Kisah naga, kucing dan kasut?hmm...

12:06 puteri jalanan a.k.a annur 32 Comments


sumber gambar: toonpaperszone.blogspot.com

"Pernah suatu masa dahulu aku idamkan kasut sebegini buat berjalan...tapi apakan daya ramai manusia bilang aku ini kuat sangat berangan...tapi tak mengapa, aku tukar impianku ini dengan kasut jernih yang tak dapat dikesan, rasa-rasa ada tak sesiapa disini yang mengerti apa yang aku sedang karutkan?hehe..."

Jiwaku terasa kosong pula sejak kebelakangan,
Tapi seorang penchinta mintaku dendangkan sebuah puisi angan-angan,
Ya untuk lelapkan jiwa yang terasa bosan,
Aduhai...entah apa ya aku mahu tuliskan,
Tentang langit yang kebiru-biruan?
Atau tentang burung yang sedang riang berkicauan?
Atau mungkin tentang gosip terhangat dipasaran?
Aku harap bukan tentang dunia yang sibuk berlawan,
Kerana aku sudah letih menghadap cerita manusia seakan haiwan,
Bunga yang aku tanam dirumah aku rasa lebih elok kubawa berteman,
Bersama mereka jiwaku tenang hatipun ibarat dalam taman,
Mungkin kerna tenaga positif yang mereka berikan,
Buat aku rasa terkadang diawang-awangan,
Tempohari baru sahaja aku dan si mayang sari hiasi taman,
Alah bukannya apa sangat sekadar meletakkan gambar sebagai hiasan,
Sebagai penyeri dan juga permainan,
Buat si kecil gembira dan bergelak sakan,
Seperti kataku sebelum ini segala hak si kecil kita mesti berikan,
Baru hidup mereka bahagia dan kita juga kan rasa terkesan,
Melihat senyuman dari bibir si kecil yang kemerah-merahan,
Adoi apa ni asyik bercerita mengarut tentang taman,
Apakata kita tukar cerita tentang anganku seharian,
Begini...mari kesini aku mahu ceritakan,
Aku ini kan orangnya panas baran,
Bak kata ibuku aku ini naga peliharaan,
Pantang salah cepat saja aku beri tentangan,
Alah konon hebat bak kesatria pahlawan,
Sedang aku berjalan-jalan,
Aku berjumpa dengan seekor kucing  yang sedang berjalan,
Lagaknya seakan gagah berjalan pun cuma keseorangan,
Aku sememang dilahir suka mengusik sakan,
Apalagi aku dekati kucing itu dan aku sergah tanpa kesian, 
Si kucing yang nampak hebat tadi habis lari bertempiaran,
Aku pula ketawa terbahak-bahak tanda kemenangan,
Tapi entah bagaimana sedang aku bergelak sakan,
Aku terpijak tahi kucing yang tadinya aku sergahkan, 
Aduhai sekejap cuma aku sudah dapat balasan,
Terasa diri hebat sangat sedang kita semua kan cuma makhluk tuhan,
Baiklah kepada rakan-rakan annur sekalian,
Sama-sama kita ambil pengajaran,
Dari kisah yang telah annur ceritakan,
Kita semua pasti punya silap dan kesalahan,
Belajar dari yang lepas dan sentiasa bergerak kehadapan,
Bukan untuk sesiapa sebenarnya untuk kita sendirian,
Kerana pujangga pernah berkata manusia ramai benarnya kita ini hanya berseorangan,
Jaga diri ya wahai kawanku sekalian,
Dan oh maaf puisi pagi ini agak tidak berperasaan,
Harapnya dapatlah jadi pengubat buat jiwa yang mahukan dendangan...

sumber gambar: shine.yahoo.com

"Errr...maaf ya aku ini sebenarnya cuma hamba suruhan, jadi tuan puteri ini pun cuma untuk semalaman...aku harap jejakku yang tertinggal disini bisa saja jadi pedoman buat semua teman..."

salam sayang dari annur...:)

ps: layankan video ni..heh..heh...heh...*gelak gaya ultraman* bayangkan annur berlawan dgn dhada,haaaa sape sokong annur??? annur cop yg merah...*sori dhada* :p

"di selendang kuning, mari sama-sama kita rasai apa itu 'hidup'...jangan serius sangat, tak syok r...tengok budak kecik, mereka gembira dengan segala yang ada disekeliling mereka...bukankah jiwa mereka itu suci?yeah...bak kata mas idayu, cintaku seratus persen (ada kaitan ka?)....kahkahkah..oh maaf2, annur kebelakangan kepala sering tercabut dari badan....mengarut je kejenye..."

32 comments:

Santai : Bonda selalu tanamkan, jangan pernah menyerah...

14:42 puteri jalanan a.k.a annur 47 Comments

sumber gambar: itstimeforqanda.blogspot.com

"Dia telah berdiri, coba berlari...tak pernah dia jelang, hidup yg inginkan... kilau hari-hari dan birunya langit, terhapus rasa indah, terpejam oleh lelah..." -Lihat, Dengar, Rasakan- Sheila On 7-

"Acik...munge.." bicara si kecil itu sambil menyentuh lembut bunga.
"Bunga, sayang..." ujarku cuba membetulkan perkataannya.
"Mu...nge..." cubanya lagi. Ah, lama-lama nanti dia pasti pandai, bisik hati kecilku. Aku lalu tersenyum.

"bonda selalu tanamkan, jangan pernah menyerah...jalani dan panjatkan kelak syukur kau ucapkan.." -Lihat, Dengar, Rasakan- Sheila On 7-

begitulah hidup si kecil...setiap hari adalah percubaan baru bagi mereka...dan kita si dewasa selain mengajar dan memperbetulkan apa yang perlu, adakala kita lupa untuk duduk dan bermain bersama mereka...ketawa bersama mereka...memeluk, memandang mata mereka dan memberitahu yang kita sangat sayangkan mereka...binalah memori indah buat mereka...kerana memori itulah yang menjadi penguat diri mereka tatkala mereka ditimpa ujian hidup maha hebat nanti...sepertinya annur...bila dah besar dan diuji dengan berbagai ujian, annur akan duduk keseorangan dan teringat nyanyian ibu di tepi tingkap ketika annur kecil dahulu...tatkala itu annur akan tersenyum sambil menangis dan mengaku bahawa nyanyian itulah penguat diri...kadang bila kita sedang marah, kita pandang wajah ibu kita tertunduk...sebab ia punya cahaya yang kita rindu...

"mudahkan hidupnya, hiasi dengan belaimu...terangi harinya..." -Lihat, Dengar, Rasakan- Sheila On 7-

itulah apa yang jauh disudut hati kita suarakan...sejahat mana pun kita...sekaya mana pun kita...datangnya kita dari rahim ibu...dan adakala kita memang bukan anak yang taat, tapi bila ingatan datang, berdoalah...ketika itu mintalah apa yang kau mahu tentang ibumu...insyaAllah tuhan pasti kabulkan bila kau meminta dengan tulus...

untuk para ibu dan ayah di luar sana, hargailah anak anda...beri mereka memori-memori yang indah diwaktu mereka kecil dan percayakan saya, ia akan menjadi penguat ketika mereka diuji kelak...itulah jalinan kasih sayang kita buat mereka...

itulah kasih sayang...

ya...

itulah kasih sayang...

peluk mereka dan alirkan rasa sayang itu...kerana kita tak tahu entah bila kita dijemput ilahi...maka, jadikanlah setiap masa bersama mereka itu adalah memori terindah buat kamu sekeluarga...

sumber gambar: aircastlesandslides.com

" Ini waktu mereka bersukaria, maka berikan hak mereka..."

salam sayang dari annur...:)


47 comments:

puisi tengahari: maaf, aku cuma penari kotak musik...

13:25 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments

sumber gambar: afternoah.com


dunia ini sesak.
sesak dengan manusia yang merasakan mereka benar dalam semua perkara.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan mereka tuhan penghukum jiwa.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang bermuka masam seakan dicampak dengan keras keneraka.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan diri mereka mulia selain dari golongan mereka itu patut didakwahkan.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan pendidikan agama mereka adalah yang terbaik dan benar datang dari nabi.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang mencela sesama mereka, bergaduh atas perkara yang kebudak-budakan.

dunia ini sesak,
sesak dengan kepalsuan dalam beragama.

dunia ini sesak,
sesak dengan kata-kata kosong tak berasa.

dunia ini sesak,
sesak dengan kasta-kasta yang memecahbelahkan masyarakat.

dunia ini sesak,
sesak dengan hinaan terhadap golongan yang mereka hukum kafir itu, tuhan itu milik kamu saja?

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia zombi yang tak punya fikiran cuma dibenar mengangguk saja.

aku mahu luas.
seluas lautan ciptaan tuhan,
seluas langit ciptaan tuhan,

luas.
satu saja bagiku penyelesaiannya.

kasih sayang.

"jangan mengangguk pada puisiku ini jika kau tidak bersetuju, bangkang saja jika perlu, kerana aku bercakap berdasarkan apa yang aku alami, apa yang aku rasai dan tentu ia bukan pendapat majoriti kamu kerana aku bukan tuhan yang tahu segala-galanya."


sumber gambar: naomifami.deviantart.com

"dan aku suka mereka yang teguh pada pendirian, bukan mengangguk menggeleng sesuka saja. Tolong hentikan kepercayaan ikut-ikutan kerana bagiku ia jelek sekali."

"diluar cuaca agak panas ya?oh, maaf aku lupa memberitahu yang aku ini cuma penari kotak musik saja...kotak dibuka, ada lagu, maka aku akan menari...selain dari itu aku lebih rela berdiam diri."

16 comments:

puisi yang tak bertajuk...

13:18 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: thegoodtypist.blogspot.com

setitik air bisa merebak ke semesta,
dan itulah aku pada jagat raya,
cuba memberi terbaik melalui apa yang aku suka,
biarpun aku hanya ibarat burung bernyanyi dihutan sana,
tapi hidupku bahagia...
biarpun sendiri, hidupku gembira...
tak perlu tahu siapa aku diluar sana kerana aku sangat suka bersendiri saja...
ia sungguh menenangkan jiwa...

"bisunya aku di dunia ini, berkata-kata aku di dunia sana.."

ps: maaf jika nukilanku kebelakangan agak hilang rasa...entah kenapa...

6 comments:

Puisi pagi semalam: Mimpiku perihal seorang kumbang berkepak pelik...

14:37 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments




sumber gambar: wpmu.org

Sedang aku leka menonton cerita bersama keluarga,

Tiba-tiba di dalam hati kurasakan satu seruan dari yang disana,

Aku langsung berhenti mononton dan duduk bersandar dikamar lama,

Melayan perasaan yang entah apa namanya,

Aneh, bila rasa sayup ini datang aku seolah jadi manusia leka,

Termenung lama seakan dunia dan seisinya hanya lukisan sahaja,

Yang aku tatap tanpa sebarang pun bahasa,

Yang terlahir cumalah sebuah senyuman kecil penuh makna,

Di dalam dunia sana aku adalah seorang penari,

Disana aku digelar kemboja sari,

Disana juga aku mampu menari tanpa henti,

Masa selalu saja tertidur menungguku habis menari,

Bosan pula bercerita tentang penipuan tari,

Apakata kita tukar cerita tentang kesukaanku sehari-hari...

Kamu semua tahu? aku sangat suka pada pepohonan,

Juga pada bunga-bungaan yang penuh dengan haruman,

Kedamaian mereka semua selalu beriku nyaman,

Dan juga sebagai satu cara untukku melepas lelah dari dunia yang penuh dengan lakonan.

Haiii...asyik cerita bebunga dan dedaunan sahaja...

Oh,lupa pula...

Malam tadi aku ada bermimpi tentang seorang kumbang,

Seorang?

Ya seorang...

Tapi jangan tanya macam-macam,

Sebab di dalam mimpi itu ia memang kumbang,

Sambung cerita...

Kumbang itu rupanya sangat pelik,

Kepaknya lebih dari empat aku kira,

Seperti biasa benda yang pelik sememangnya satu kesukaanku,

Aku kejar kumbang itu sehingga kemana entah aku tidak peduli,

Oleh kerana di dalam mimpi itu aku tidak memakai cermin mata,

Jadinya aku selalu tersalah tangkap,

Jaringku asyik mengena pada lebah,

Mungkin lebah itu marah,

Maka ia mengejarku cepat,

Apalagi berlarilah aku takut disengat,

Eh,yang peliknya kumbang tadi ikut berlari disebelahku,

Dalam ketakutan berlari aku sempat mengenyit mata pada kumbang tadi,

Kumbang itu lalu tersenyum dan kami berdua pun berlari dengan gembira,

Berlari?

Ya kami berlari...

Walaupun kumbang itu berkepak tapi ia benar berlari...

Sempat juga aku bertanyakan namanya,


sumber gambar: wildharestudio.info

Kamu semua tahu? Dia kata namanya singa.

Sejenis kumbang yang mengaku singa,

Aku tak tahu nak kata apa lagi,

Langsung terkedu.

Lama juga kami begitu,

Berlari dengan gembira tanpa jemu,

Sehinggalah aku terjaga bila terdengar bisikan ibuku,

Su...bangun...makan ubat...

Haiii....mimpi rupanya...

Maaf semua,itu sahaja untuk kali ini...

Selalu sahaja serius kali ini kita santai sahaja ya....


di dalam dunia mimpi, semua mampu terjadi seperti kumbang namanya singa yang berlari pakai  kaki walaupun punya kepak disisi...”

dan diselendang kuning, kerja kamu semua adalah bermimpi...mari semua, annur tuntuni jalan  kamu semua disini...kita sama-sama terbang dilangit yang tinggi...”

pesanan seorang sahabat kesayanganku..*kata-kata punya warna dan tenaganya tersendiri*, maka, seraplah mana-mana tenaga yang baik yang aku alirkan didunia maya sini, dan tinggalkan apa sahaja yang buruk kerana aku juga insan biasa punya masa terkeluar juga dari garisan  tetapan ilahi, semoga kamu semua sentiasa berbahagia...itulah doaku selalu pada yang maha  esa...:) “



sumber gambar: prieteni.ro

"mari kita menari didunia yang kelam kabut ini...disini aku cuba selubungi kamu dengan kegelapan, maka berehatlah dengan selesa...aku akan kenderai mimpi semua kamu..."

9 comments:

puisi tengahari: Maka wahai semua bijaksana...

14:18 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments

sumber gambar: 3tongallery.typepad.com
realiti...
semua yang aku ceritakan dialam maya ini realiti.
tidak sekarang,nanti pasti semua kan kamu temui,
biarpun aku telah pergi dari dunia ini,
untuk berehat menemui kekasih abadi...

halang jalanku jika berani.
jika tidak bersahabat saja denganku itu lebih aku sukai,
biarlah semua tampak seakan mainan tapi tidak pada hati,
biarpun jasadku mati tapi semangatku tetap berjalan sehingga kehari ini,
maka kerana itu aku yakin sehingga bila-bila ia akan tetap berjalan tanpa henti,
untuk memberi senyuman pada yang sudi memahami,
dan terus menari dihadapan semua untuk menyakiti musuh sembunyi.
kerana gerak tarianku dialam mimpi punyai seribu makna jika kamu benar terokai...

"maka, wahai semua bijaksana, kenalkah kamu siapa sebenarnya yang sedang bercakap ini?"

"aku bina permainan ini, mulai sekarang kamu akan jadi pembawanya..."

14 comments:

puisi tengahari: hidup ibarat boomerang?

14:48 puteri jalanan a.k.a annur 24 Comments


sumber gambar: pdfcast.net

"ya...hidup ibarat boomerang, apa yang kau lemparkan pada alam pasti akan datang kembali"

Hidup.soal besar pada diri.
bila sinar matahari berlari menyentuh kedaratan bumi,
ketahuilah sebenarnya ia membawa satu mesej suci,
bahawa senyumlah wahai seluruh makhluk ilahi,
apapun masalah semalam pasti punya penyelesaiannya nanti,
yakini ini dan bahagia pasti kau temui.

Mengapa mesti bersedih tentang sesuatu yang kau tidak pasti?
Mengapa termenung tentang sesuatu yang bakal pergi?
Hidup punya kadar dan masanya tersendiri,
Adakah kau lupa selepas hujan mentari pasti datang kembali?

Alam sekeliling semua memberi petunjuk pada diri,
Harus dilakukan apa selepas ini?
Buka mata hati dan jujurlah menerima realiti,
Luaskan harapan dan melangkahlah dengan yakin diri,
Kerana dunia ini sentiasa datang dan bertanya setiap pagi,
Wahai manusia yang berhati suci,
Nyatakan maumu dan kami ini tenteramu jika kau ketahui.

"setiap pemikiran punya getarannya tersendiri,dan getaran itu adalah satu arahan kepada semesta dan jagat raya ini..."

"maka, positifkan pemikiran kamu hari ini"

sumber gambar: howtoraiseyourvibration.blogspot.com

24 comments:

Puisi pagi: walaupun berpura-pura tu perlu,tapi janganlah selalu sangat...

11:21 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: artstudiosnorarts.deviantart.com

1: 
disatu petang yang indah.

Bosannya.
Bukak lagu sambil duduk tepi jalan tunggu ayah.
Wah.lagu matilah kau,once.
Matilah kau...lalala~
Nyanyi dengan muka emo.
“woi! Gila ke!” tiba2 satu suara lelaki dari dalam kereta.
Buat muka tak tahu sambil nyanyi lagi kuat dari tadi.
Dalam hati matilah kau! Aku takda mood,kau jangan kacau.
Nyanyi lagi sambil gerakkan kaki.
Muka takda perasaan.
Tiba-tiba.
Menggelinjang  macam orang gila.
Rupanya kena gigit semut api.
Tak guna.
Woi semut.dengar ni.
Matilah kau...di dalam hatiku...
Ok,ayah da sampai.
Cerita tammat.

2:
dialog dua beradik sengal.

annur: kekna,pegi buat air.
dhada: kaulah pegi.
annur: malas r.jap eh. *kenyit mata kat dhada*
annur: wah...abah buat air sedap tau...*jerit kuat2 dari ruangtamu,abah dalam bilik*
abah: yeke?*keluar dengan muka terkejut*
annur: iyeee...
abah: jap abah buat.
annur: hihi *sambil kenyit mata kat dhada lagi*
abah: nah air sirap. sedap tak?
annur: wahhhh,sedapnyer! *muka hepy giler walaupun air sirap tu agak manis*
dhada: kurang asam punya budak.*dia pun hirup jugak,poyo jer*
annur: adakala kita perlu guna taktik untuk hidup dengan gembira atas dunia ni. *terus minum lagi sambil muka takda perasaan*

"adakala perasaan memang perlu diekspresikan supaya tak makan dalam"

"panggil aku gila jika kau suka"

"bagiku tiada manusia normal atas dunia ni, kita semua sama, punya gila tersendiri,gila harta,gila kuasa,gila perempuan,gila game,gila kerja dan macam2 lagi gila...ini cuma terma.."

"terlalu banyak diskriminasi dalam dunia gila ni"

"dunia pun gila,jadi apa yang diharapkan dari manusia yang berhidup atasnya?ok,berpura-pura...lalala~"

sumber gambar: weheartit.com

ps:walaupun berpura-pura tu perlu, tapi janganlah selalu sangat,bosan tau tak..senyumlah sikit...

3 comments:

Santai : puisi faveret annur...

17:25 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments


salam sejahtera semua..
post kali ni annur nak santai je...time petang2 gini,keje biasa annur adalah layan perasaan,haha...
dan ini adalah puisi faveret annur...dipetik dari filem Ada Apa Dengan Cinta...puisi seorang lelaki bernama Rangga...sesiapa yang pernah tengok filem ni,pasti tahu...oh,annur da tengok cerita ni puluh2 kali...hehe...

puisi ni sangat mendalam, menceritakan kisah kesepian seorang manusia...jadi,harap korang semua enjoy dengan puisi ni...

ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,
kulari kepantai kemudian teriakku,
sepi...
sepi dan sendiri aku benci..
aku ingin bingar,
aku mahu dipasar...

bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau pekat...
seperti berjelaga jika ku sendiri...

pecahkan saja gelasnya biar ramai...
biar mengaduh sampai gaduh...
ada malaikat menyulam jaring labah-labah,
belang ditembok keraton putih,

kenapa tak goyangkan saja locengnya biar terdera?

atau...

aku harus lari hutan..belok kepantai?

"bukan tak mahu hidup berteman,
boleh saja jika ada yang sudi memahami caraku berjalan,
bukan kumahu hidup dalam larangan,
tapi fitrahku begini siapa saja yang sudi faham tanpa cacian?"


"sebuah karya dari hati pasti sampai kehati juga..."



7 comments: