Puisi malam: kerana telah tertakdir begitulah cinta kita...

20:29 puteri jalanan a.k.a annur 59 Comments

sumber gambar: trendhunter.com

"Bila aku makan buah beracun itu...mulai saat itu kita akan berpisah wahai sayangku...kerana telah tertakdir begitulah cinta kita...dan aku tahu disaat itu, kau...sedang tersenyum manis...sangat manis..."

aku duduk merenung rintik hujan sana,
aku tadahkan tangan dan merasa titisannya,
aku lalu tersenyum dan melangkah perlahan,
buku peribadiku aku buka dan terpampang sepotong ayat disitu,
aku senyum sinis dan memandang air terjun sana,
aku ketawa lalu menghadap langit,
lalu aku katakan pada langit,
"ayat ini...
ya ayat ini cuma sebuah cerita lama,
pada dia ia cuma sebuah ayat lapuk..."
aku tergelak sambil menggenggam tangan sekuat hati,
wajahku tersenyum manis tapi hatiku sakit,
aku layarkan ketawa ke lautan jiwa,
sambil berkata,
wahai ketawa,
belayarlah dikau keseluruh lautan jiwaku,
dan tolong jangan kembali lagi...
kerana aku rela kau pergi bersama rasa itu,
rasa sakit yang aku layarkan sebagai ubat buat jiwa,
jika ini permainannya,
aku akan bermain,
ya benar aku berjanji aku akan bermain,
sehingga hatimu puas,
aku akan jalani semua yang ditakdirkan,
tapi ingat satu perkara,
hatiku sakit.

sumber gambar: chasingsooz.tumblr.com

"Aku...kau halang dari tahu kebenaran itu, maka mari kita sama-sama jadi manusia yang sakit...wahai sayangku, bermainlah sehingga kau puas...selama-lamanya kita akan begini...tersenyum dihadapan semua, dan menangis tatkala bersendiri..."




59 comments:

Puisi malam: Aku tidak sukakan keramaian...

22:28 puteri jalanan a.k.a annur 57 Comments

sumber gambar: myspace.com

"Aku selalu berfikir...dan setiap kali aku berfikir, aku sering tertanya...adakah seseorang yang sama seperti diriku tapi dia...seorang lelaki? sehingga kini pencarianku sebenarnya belum lagi berakhir...aku tak pernah berjumpa dengan diriku...tapi dalam bentuk seorang lelaki...bagaimana agaknya rupa wajah itu..."

semenjak aku kecil.
ya semenjak aku kecil,
aku mahukan hidup seperti perempuan lain,
seperti budak perempuan yang lain,
tapi...
tapi...aku tak mampu...
bercerita tentang gosip terkini,
oh ia sangat menyeronokkan bagi seorang perempuan,
gila...ya bagiku itu semua gila...
kasut itu lawa,
feshen itu yang paling terkini,
beg tangan itu murah,
baju itu nampak hebat...
oh tolong aku mahu pergi ketandas dan muntahkan semua rasa loya itu...
begitulah sikapku bila berhadapan dengan situasi begitu...
dan kerana itu aku semenjak kecil jika tidak bermain bersama kawan-kawan,
aku akan duduk termenung dan berfikir,
adakala aku menangis keseorangan kerana tiada siapa yang faham jiwaku,
kepada siapa harus aku luahkan rasa ini,
sehingga aku menjadi si kera sumbang yang hanya tahu berkawan dengan beberapa orang sahaja,
aku tak tahu...
aku tak tahu kenapa aku begitu...
wahai manusia,
maafkan aku...
kerana aku memang tak tahu...
aku memang tak tahu kenapa aku seperti ini...
maka tolong...
terima aku seadanya...
terima juga kawan-kawan yang senasib denganku...
kerana kami...
kerana kami tidak tahu kenapa kami begini...
maafkan kami semua wahai manusia...
kerana kami tidak seperti semuanya kamu...

sumber gambar: crazychops.com

"Aku tidak sukakan keramaian...bila ditengah keramaian, aku akan memencilkan diri...dan puisi yang aku telah tuliskan semuanya puisi seorang manusia yang sangat suka bersendiri...walaupun aku sedang berkata-kata, mahukah kalian percaya pada sesuatu?"

"Disaat aku sedang rancak berkata-kata juga sebenarnya aku sedang bersendiri...tapi tiada siapa yang tahu..."



57 comments:

Puisi malam: rasa yang ada cuma beku, maafkanku cahaya...

21:50 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments

sumber gambar: scenicsreflections.com

"Setiap kali aku termenung, sebenarnya aku tidak sedar apa yang aku menungkan...segala rasa bercampur menjadi satu lalu akhirnya beku..."

aku bersandar dan melihat langit malam melalui tingkap,
jiwaku keletihan,
setelah seharian aku bercakap,
untuk malam ini aku mahu berdiam sahaja,
berdiam sambil menekan papan kekunci ini,
untuk dilepaskan rasa yang ada,
marah,benci,dan suka aku campurkan menjadi satu,
itulah diam.
setelah beberapa tahun kebelakangan aku menjadi seorang yang berkobar,
untuk tahun ini aku mahu berehat dan berjalan perlahan,
sambil memerhati segalanya dari jauh,
benih yang ada telah aku tanamkan,
dan kini aku cuma mahu duduk dan menunggu hasil,
ahhh,itu cuma di alam maya,
segalanya sedang berjalan dengan irama laguku,
dan di alam realiti aku sebenarnya masih berlari,
ramai kawan telah meninggalkanku,
hidup mereka semakin gah,
aku cuma mampu memandang dan membina impian di satu sudut hati,
dan juga memberi semangat kepada diriku sendiri,
pencarian diri telah membawa aku pergi masuk ke lubang cacing,
dan kini aku puas apa yang aku cari telah aku temui,
cumanya aku kini mahu keluarkan segala khazanah yang aku temui di dalam lubang cacing itu,
dan menghiasnya ke alam realiti pula,
aku ini ibarat siput,
jalanku lambat dan perlahan,
ramai yang memandang rendah keupayaanku,
dan aku?
cuma mampu fokus terhadap apa yang sedang aku tuju,
kerana aku pasti nanti aku akan sampai juga,
bila aku bercerita tentang siput,
aku langsung teringat kepada siput di kebun bunga,
pada suatu hari aku duduk dan memegang seekor siput yang kecil,
aku pandang dia lama,
dan aku letakkan semula dikawanan kiambang bertaut di kolam kecil itu,
diwaktu itu tidak aku terfikir kesan perbuatanku itu,
ya, aku terlalu memandang rendah terhadap siput itu,
tidak sampai sebulan,
rapuhlah hampir semua kiambang yang ada,
hatiku berbisik,
wahai nur,
jangan kau pandang rendah dengan apapun makhluk tuhan,
kerana setiap mereka punya potensi,
dan bila kau senang sekarang,
kesusahan sentiasa mengintai dan menunggu panggilan untuk bertugas...
bila kau di atas sekarang,
suatu hari nanti kau akan turun juga,
kerana kita semua cuma penggerak kepada sebuah cerita,
sebuah cerita yang bakal menjadi sejarah dunia,
dan adanya kita disini,
adalah untuk berbudi,
sekalipun kau pernah berbuat jahat,
itu juga budi,
kau berbudi demi perjalanan jiwa-jiwa manusia,
walaupun kau itu mereka ibaratkan seperti lalat,
tapi mereka tak mengerti,
tanpa lalat manusia takkan tahu erti sebuah kebersihan...

sumber gambar: laurieleig.com

"Aku mencintai seorang pencari erti...dan aku biarkan semua pencari kesempurnaan meninggalkan diriku...hari demi hari aku semakin rela bersendirian dan biarkan semua erti itu menjadi sejuk, beku dan kaku..."

"Penulisanku sebenarnya hanya untuk seseorang...seorang pencari pengertian...kerana aku cahaya layarnya sedang dia projektornya...manusia melihatku tanpa mereka sedar datangnya aku sebenarnya dari dia...kerana aku adalah pemancar erti dirinya...dan kami? kami adalah watak-watak CERMIN..."

11 comments:

Puisi malam: Lepaskan aku, nanti aku akan kembali juga...kan kita ini satu?

01:48 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar:  angelfire.com

"Lemas ku dalam pelukanmu,
tidak ku perlu kau begitu,
inikah ertinya bercinta, 
berikan ruang agar ku selesa..."
-Lemas, Ruffedge-

aku mahu berjalan,
aku mahu memandang,
sekalipun aku tersalah aku mahu berjalan dengan kakiku sendiri,
jika tidak untuk apa aku punya kaki,
kau beri aku akal,
maka aku mahu gunakan ia dengan upayaku yang kau tali kan,
biar wajahku tercalit dengan lumpur kotor itu,
biarkan aku belajar,
biarkan aku belajar bahawa lumpur itu kotor,
lumpur itu busuk,
kerana fitrahku memang sebegini,
takkan mahu percaya sebelum aku rasainya sendiri,
sebelum aku lihatnya sendiri,
oh tuhan,
aku ini kau cipta berfitrahkan degil,
maka beri aku kepercayaan,
jika benar kita ini satu,
tiada apa yang dapat memisahkan kita.
tak perlu kau risau.
haha, aku memang degil.
maafkan aku tuhan...
tolong jangan gelakkan aku bila aku terjatuh,
kerana aku kan cuma budak baru belajar...

sumber gambar: tumblr.com

"aku tahu bahawa jalan ini halus dan mulus...ramai yang telah tergelincir...tapi aku ini makhlukmu yang degil, biarkanlah aku berjalan sendiri...mereka kata bila terjatuh, ia menyakitkan...tapi aku tak mahu percaya sebelum aku rasa, bila aku sudah rasa, baru aku terduduk mengaduh dan mengeluh oh tuhan benar ia sangat menyakitkan...tapi paling kurang aku bangga dengan diriku...setiap apa yang aku katakan, aku telah rasa terlebih dahulu...untuk permainan yang entah berapa kali ini, aku akan pastikan aku takkan jatuh ke dalam lubang yang sama, untuk kali ini bantulah aku, kerana setelah kalah beberapa kali kini aku sedar tanpa kau sebenarnya aku bukanlah siapa-siapa...kerana wujudku bersandar padamu...dan dengan gerakmu kini aku melangkah tanpa rasa ragu..."

sumber gambar: today.com

"dengan perpisahan, aku mula belajar erti sebuah rindu yang tidak aku rasai ketika kita bersama selalunya...ketika aku mencari, tolong bersembunyi, kerana jika aku tahu kau dimana, aku jadi malu kerana diperbodoh sesuka...jadi tolong berlakon bahawa kau tidak tahu supaya bila aku terjumpa kau nanti aku dapat rasa yang akulah hero di dalam permainan maya ini...walaupun sebenarnya aku tahu bahawa aku cumalah si bodoh yang terlalu memujamu..."

"permainan maya setiap dari kita berbeza pentasnya...maka tolong ini pentasku...kerana di dalam mimpi undang-undang yang paling menggelikan hati adalah KITALAH HERO.yeah."

5 comments:

Puisi malam: ruangan mimpi adalah makmal diriku...

20:24 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: www.members.iinet.net.au

"Untuk setiap hari kini aku belajar...belajar menyayangi setiap makhluk tuhan...sedang sebenarnya aku adalah seorang yang kejam..."

aku berdiri di bawah pohon itu,
kaku,
masih menunggu,
hujan pula makin lebat,
aku halakan tangan menadah hujan yang ada,
sejuk,
hatiku berbisik,
wahai nur mengapa kau suka begini?
berteduhlah ia pasti selesa,
tak mahulah,satu suara lagi membalas,
bila aku menyebut hujan,
aku mahu tahu apa rasanya berhujan,
begitulah kehidupanku yang lain,
setiap apa yang aku kata,
aku mahu rasa,
tanpa rasa aku cuma manusia penipu,
penipu kepada diriku sendiri,
mengatakan sesuatu yang tidak pernah aku rasa,
mengatakan sesuatu yang tidak pernah aku tahu,
maka selalunya bila aku mempelajari sesuatu,
aku akan diam untuk menjalani setiap apa yang aku telah pelajari,
supaya aku menjadi satu manusia yang kukuh,
di dalam pengetahuan dan kepercayaan yang aku ada.

sumber gambar: earlymartian.blogspot.com

"Aku semakin dekat dengan kota khayalanku, sedang aku tidak tahu dengan cara bagaimana aku akan sampai ke sana...aku cuma tahu, aku akan sampai kesana...inilah apa yang aku baca pada graf kehidupanku...terlalu banyak magis..."

"mimpi adalah kepakaranku...dan ruangan mimpi adalah makmal diriku...disitu aku mencipta segala yang tidak pernah ada sehingga semuanya bertukar menjadi realiti...segala apa yang aku ada sekarang adalah mimpiku dahulu..."

7 comments:

Puisi malam: Kamu mahu tahu siapa mereka?

00:17 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments

sumber gambar: funfactory.spruz.com

"wahai manusia...buka fikiranmu...lapangkan kepercayaanmu...luaskan sehingga segalanya terpancar pada raut 'wajah' mu..."

hidup ini cuma tiga hari.
itulah kata-kata pujangga.
betul juga,bisikku.
hidup kita selama ini dilipat-lipat di dalam almari maya.
tetapi kita seakan ditipu dengan wujudnya ilusi masa,
dengan wujudnya makhluk yang bernama masa ini,
segala perkara cuma berwujud sementara,
tanpa masa barulah wujudnya keabadian,
ya,seperti yang pernah aku katakan sebelum ini,
indahnya bunga memang sementara,
tapi abadinya bunga di dalam hati setiap pencinta...
jasad bakal tua dan mati,
tapi tidak jiwa,
ia akan terus hidup pabila menyatunya ia dengan Yang Maha Abadi...
kerana itulah aku sangat suka pada rangkap lagu Gurindam Jiwa ini,
oh, ini lagu kesukaanku...
selalu saja orang tergelak bila tahu hobiku mendengar lagu-lagu lama,haha...

"anak cina pasang lukah,
lukah dipasang di tanjung jati,
di dalam hati tidak ku lupa,
bagaikan rambut tersimpul mati.

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga..."

sungguh tinggi ilmu yang ada di dalam rangkap-rangkap sebegini...
tapi, hanyalah jauhari mengenal manikamnya...hmm...

sumber gambar: hindumythologybynarin.blogspot.com

"Alangkah indah bila cinta manusia seperti cintanya dewa dan dewi...manusia kata mereka sesat...beritahuku, mereka yang sesat atau para penyembah buta mereka yang sesat?mereka hebat di dalam bidang mereka masing-masing sehingga mencipta kekaguman pada mata yang memandang...mereka hebat dalam menggunakan sifat-sifat tuhan yang diberikan kepada mereka, maka beritahuku lagi sekali wahai semua manusia, sesatkah mereka?kamu buka cerita soal akidah, maka beritahuku apa makna akidah itu melalui kefahaman kamu sendiri...aku mahu tahu apa yang bersisa kepada dirimu setelah apa yang kamu pelajari selama ini...kerana aku muak dengan kepercayaan ikut-ikutan."

"kamu mahu tahu siapa mereka?mereka lah para pencinta tuhan..."



15 comments:

Puisi malam: Bunga itu rahsia diriku...

23:40 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments

sumber gambar: pinterest.com

"mari kesini wahai pembaca selendang kuning, bersama denganku, kita belajar menghargai setiap apa yang ada di dalam taman ini...rama-rama, ulat, cacing, burung dan semua makhluk yang ada, setiap satunya punya fungsi mereka masing-masing...maka jangan dikeji biarpun ia berupa cacing yang sangat menggelikan..."

ada yang bertanya mengapa aku terlalu suka pada bunga,
ya aku pun pelik kenapa,
bunga itu rahsia diriku.
harumannya membawa pergi diriku ke alam sana,
sehingga aku yang tertinggal cuma jasad seakan tak bernyawa...

tapi kini haruman bunga cuma tinggal kenangan semata,
tak mengapa...kerana kini aku hadir dan membawa segulung jiwa,
untuk dimasukkan ke dalam setiap bunga yang aku jumpa,
setelah jiwaku aku serahkan pada mereka,
maka tolong wahai semua manusia,
jaganya dengan baik kerana di dalam itu punya rahsia diriku dan sebenarnya rahsia diri kamu juga...

sumber gambar: templates.com

"Bunga itu rahsia diriku...ku harap ia sentiasa tersimpan kemas sebagai haruman di dalam kuntuman bunga-bunga..."


11 comments:

Puisi malam: kau kaya atau miskin, itu bukan minatku.

21:24 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: www.layoutsparks.com

"wahai semua pemegang kekayaan palsu, tunggu aku datang..."

bila kekayaan kau kira guna angka,
maka kekayaan kau adalah plastik.
ia adalah satu kemegahan tapi rupanya tak berguna.
sehingga angka itu menjadi satu berus lukisan yang memburukkan 'wajah' kau dari sehari ke sehari.
wajah kau hitam.
hati kau penuh resah.
setiap sen yang ada di dalam simpanan kau ibarat ulat yang menggigit setiap inci dari hatimu.
dan aku pasti ia sangat menyesakkan.
sehingga yang terlakar di wajahmu cuma masalah.
masalah bukan dari sesiapa,
ia dari diri kau sendiri.
sifat kemanusiaan kau gubah menjadi sifat kebinatangan,
sehingga bila lengkap transformasimu itu,
aku jadi terlupa,
kau itu manusia atau binatang?
aku tak pernah kisah dengan harta milik kau.
kau kata itu hak kau,maka tolong simpan sehingga kau puas.
tapi kau dengar satu kata-kataku ini.

"hidup ini ada naik turunnya.takkan selamanya kau berada di atas.mulai zaman ini yang hak akan ambil alih.maka tolong hayati semua yang kau ada sebelum ia pergi dan sejak itu percaya kata-kataku kau bukan sesiapa.aku jelik melihat manusia yang tiada budi bahasa.kau kaya atau miskin itu bukan minatku,aku cuma mahu tahu apa jenis budi bahasamu."

sumber gambar: weheartit.com

"bila aku sudah mula faham dengan teliti apa sebenarnya masalah pada dunia ini, kamu semua yang palsu bakal mati."

7 comments:

Puisi malam: Hijau itu lencana diriku...

21:43 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar: nice-cool-pics.com


"Tolong bantuku hijaukan kembali bumi ini...sebelum ia hijau, aku tak mahu pulang kesana..."

pagi ini aku duduk sebentar,
memandang semua pepohonan yang beraneka warna,
semuanya dipenuhi hijaunya daun...
ya,hijau...itulah lencana diriku,
aku mahu warnakan bumi ini dengan hijau...
oh tolong,ambilkan pensil warna itu,
aku mahu mula mewarna...

pada anganku,
aku mahu warnakan bumi ini dengan hijau...
pada mulanya sedikit demi sedikit,
lama nanti aku pasti bumiku kan hijau kembali,
sama seperti dahulu...
setelah itu barulah hatiku lega dan aku pun dapat pergi dengan tenang hati,
semoganya...

di dalam lukisanku,
aku mahu letakkan pelbagai flora dan fauna,
hmm,tetapi aku tak berapa pandai melukis mereka semua,
aku memang perlukan sesiapa yang tahu melukis untuk membantuku,
untuk sesiapa yang tahu,
tolong ya lukiskan burung berterbangan beramai-ramai,
lukiskan juga singa bermain dengan si anak kecil,
oh ada lagi,
lukiskan juga arnab berlari-lari ditengah-tengah jalan raya,
kerana zaman sekarang manusia memandu seakan jalan itu baru dibelinya semalam,
aku mahukan arnab-arnab itu menjadi satu fonemena ajaib di jalan raya,
mungkin sejak itu ramai manusia insaf dan memandu sambil menunduk hormat kepada semua arnab-arnab yang ada...
mungkinlah...
rasanya itu saja buat masa ini,
dan aku?
aku mahu melukis bunga-bunga disetiap jalan yang ada,
aku mahu melukis pokok-pokok yang tinggi disetiap bandar,
banyak pokok aku mahu lukiskan,
dan semuanya hijauuuuuu,wuuuu~~~~
tapi ada sesuatu yang aku tertinggal,
aku juga mahu lukiskan gambar gelak tawa manusia dari setiap peringkat taraf hidup,
mampukah aku?
tapikan...aku tak berapa pandai melukis gambar orang,
jika pandai pun sekadar orang lidi,
rasanya mesti tak sesuai,
jadi kalian semua kenalah bantu...
boleh???

sumber gambar: layoutsparks.com

"bila kalian melukis wajahku, tolong pastikan ia berlatar belakangkan hijau...hijau itu lencanaku..."

5 comments:

Puisi malam: simpan marahmu itu menjadi satu MURKA...

21:34 puteri jalanan a.k.a annur 24 Comments

sumber gambar: zilmitas.blogspot.com

"Makmurkanlah bumi tempat kami berpijak ini selebat hujanmu itu...jadikan kami raja kepada diri kami sendiri..."

itu.ini.sana.sini.

akhirnya keliru.
mahu dibuat yang mana ini.
mahu ditiru yang mana ini.

terus mengikut arus masyarakat atau ubah.
"ah,ikut saja permainan manusia,senanggg..." bisik satu suara.
"tidak,jangan ikut,ubah...berdiri tegak dan tetapkan pendirianmu..." ujar satu suara yang lain.

jika kau tidak suka permainan ini,jangan ikut serta dan bermain.
ia sungguh bodoh.
panjat ke atas dan jadi pembuat keputusan.
jangan bergantung, tapi jadikan dirimu tempat bergantung.

bila kau tetapkan satu jalan untuk kau lalui,
kau perlu berani.
hadap semua risiko,maki,hina dan semua manusia yang menghalang.
lawan jika perlu,
jika tidak kau harus terus bertahan sampai mati.
kerana hidup adalah perjuangan menegakkan kepercayaan kau sendiri.

satu dunia datang dan membawa api untuk membakar dirimu,
tapi jika kau pertahankan perkara yang benar,tuhan sentiasa bersamamu.
tetapkan kepercayaan ini dan melangkahlah dengan yakin.
katanya melayu ini bangsa diraja,
jadi tolong,
jangan jadikan marah itu satu perkara biasa,
kerana ia sangat hodoh.
simpan marahmu sedaya upaya supaya bila ia terkeluar nanti ia adalah satu MURKA.

sumber gambar: mbahgundul.blogspot.com

"datangkan kembali daulat itu, aku seru..."




24 comments:

Puisi malam: Syyhhh...aku sangat licik...ramai yang telah tergelincir...

00:13 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: coolawesome.com

"permainan ini sangat kelakar...mencari-cari tak pula ditemui, rupanya ada dibelakang mencuit selalu..."

takkan **a* mampu lari dari bayangan si buta itu...hehe

inilah kisahnya yang ingin aku ceritakan buat malam ini,
pada semua sahabat selendang kuning yang sangat aku kasihi,
kita semua punya "wajah"
kerana itulah kita mampu dibeza-beza dan dikenali antara satu sama lain...
tapi semenjak aku kecil,
aku mencari satu wajah,
aku cuma mencari dan sebenarnya sangat takut untuk berhadapan dengan wajah itu,
wajah itu seringkali berlalu dan memandangku sekilas,
aku pun pelik...
siapa sebenarnya wajah itu,
dia ada dimana-mana bersembunyi di balik topeng manusia lain,
mata itu....
ya, mata itu...
mata itu selalu melihatku...
sedang aku berborak mesra bersama teman,
aku terpaku sejenak kerana dimata temanku itu,
sebenarnya di dalam itu dia...
bergerak dari jasad ke jasad demi melihatku,
aku bukan selalu perasan,
kadang saja kerana aku ini adalah sejenis manusia yang bercakap sambil memandang tempat lain,
tak mahu bertentangan mata dengan sesiapapun,
itu lebih menenangkan jiwa bagiku...
kata sesetengah orang aku ini penakut,
mungkin ya, mungkin juga tidak....
kadang bila aku mahu menguji,
aku suka menikam mata...
kerana aku mahu melihat sejauh mana permainan manusia,
tapi terkadang saja...itu bukanlah kesukaanku...
hari sudahpun malam,
hmm,selamat malam semua...

sumber gambar: shana-jay.blogspot.com


"syarat permainan ini adalah diam...diam dan cuba fahami gerak langkahku perlahan-lahan...aku sangat licik...ramai yang telah tergelincir...hanya satu jalan keluar...kenali keseluruhan wajahku...bukan separuh seperti yang kamu semua sedia tahu...untuk zaman ini aku mahu beritahu...hitam atau putih, itu aku...kata-kata ini datangnya dari bibirku yang berwarna merah...ia satu dugaan untuk sang pencinta...ia juga satu amaran bagi sang penderhaka...bila dunia sudah hilang kestabilan, aku akan nyalakan api kemarahan dihati keduanya...yang benar disaat itu, maka dialah pemenang sehingga kemasa yang ditentukan...jangan risau, masing-masing akan aku beri peluang...ini adalah permainan mencari cinta, maka bergembiralah sebentar lagi aku datang untuk menguji ketajaman deriamu...dan aku hanya boleh merayu, oh sayang, kenali aku!"

2 comments: