Puisi malam: hargai setiap apa yang diberi...itulah makna syukur...

23:33 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.flowerfairyprints.com

"Hargai dulu benda di depan mata, baru minta yang lebih besar...itulah adabnya pada Sang Pencipta...syukur itu cuma terma...sedang maknanya kan cuma 'hargai setiap apa yang diberi' sudah banyak kali aku katakan, jangan tersekat dalam terma..."

gelap.
malam ini sungguh gelap,
yang wujud cuma cahaya bulan,
yang samar ditutupi awan yang bergumpalan,
dan aku disini melayan perasaan,
adakala tersenyum,
entah apa di dalam fikiran tak mampu pula aku huraikan,
aku cuma mahu menulis apa yang ada di dalam hati,
dan bercerita bersama teman-teman disini,

bunga.
apa yang menarik tentang bunga,
bagiku bunga adalah perlambangan bagi kebahagiaan,
pokok akan berbunga hanya bila dia bahagia...
hanya bila dia suka dilayan dengan penuh kasih sayang...
selepas berbunga dia akan berbuah..
dan menghasilkan benih-benih yang mewarisi sifatnya,
maka jika kita ingin mengubah dunia ini,
untuk jangka masa yang panjang,
ubahlah diri sendiri supaya kita bakal menghasilkan benih yang berkualiti juga,
itulah budi kita pada bumi tempat kita berpijak ini,
dan juga pada langit yang kita junjung sehariannya,
juga pada makhluk yang melata di dataran luas ini,
perkara ini...
sebenarnya sudah kerap kali aku fikirkan,
cuba bersikap jujur pada diri sendiri,
sebenarnya manusia adalah cerminan diriku sendiri,
aku ibarat penari,
yang mana bila mereka membuka lagu dan mula menari,
aku cuma perlu mengikut rentak lagu dan menari mengikut gerakku sendiri,
kreatif.
ah,sebenarnya aku terlalu banyak kerja,
tak sepatutnya aku membebel disini...
jaga diri wahai kawan-kawan annur sekalian...

sumber gambar: tumblr.com


"Bila kau dah mula hargai setiap apa sekelilingmu, percaya kataku...tuhan akan beri kau lebih...itulah maknanya apa yang mereka di luar sana suka katakan..'bersyukurlah nescaya kau adalah manusia terkaya'..."

"Berhenti cerita soal emas sana...perhati dulu apa yang engkau dah lakukan pada emas di tangan sendiri..."


3 comments:

Puisi malam: izinkan aku nyalakan sebuah cahaya...

21:04 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments

sumber gambar: suziegilbert.wordpress.com

"Ilmu yang diilhamkan kepada helang pasti lain dengan ilmu yang diberi kepada harimau...seorang raja langit...seorang lagi raja di bumi..."

benar...tapi tak tepat...
kita benar tapi tak tepat.
itu saja.
itu saja silap kita.
bila kau berada di bumi, kau lihat kambing yang dimakan ular,
kau menangis.
kau kata mengapa ular sanggup memakan kambing,
tapi rupanya yang terbang memandang ia satu keseimbangan alam,
satu kronologi kepada babak-babak kehidupan,
ular perlu memakan kambing untuk hidup.
kambing perlu mati untuk memastikan ular tetap hidup,
bila ular hidup, maka keseimbangan alam akan stabil,
katak yang menjadi satu ketakutan akan mati.
beginilah hidup wahai temanku sekalian,
ilmu seorang pemelihara pasti tidak sama dengan ilmu seorang pemusnah...
memusnah cuma perlu sedetik,
sedang memelihara memerlukan masa berjuta tahun...
dalam masa yang sama pencipta berterusan dengan kegilaannya...
sehingga bilapun tiga segi ini akan berlawan sesama sendiri,
demi menjamin sebuah keseimbangan sejati...

sumber gambar: achuislemochroi.deviantart.com

"Alam yang ada kini sebenarnya sangat gelap walaupun mentari terik setiap hari...mohon izinkan aku nyalakan sebuah cahaya di wilayah cermin dua dimensi ini..."



10 comments:

Puisi malam: Jika kau tidak suka....ubahlah!

20:35 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments




"Jika kau tidak suka,ubahlah! berhenti bilang ini semua takdir."

"teruknya dunia sana,
oh mahalnya barang sini,
rosaknya budak zaman ini,
kacau bilaunya pentadbiran ini..."

itulah kita...
selalu saja mengomel dan mengomen...
kata kita itu salah...
kata kita itu zalim...
kata kita itu dosa...
kita bercerita semuanya disebuah kedai kopi yang hening...
oh bahagianya hidup kita...

kelakar.
kalau tidak suka ubahlah guna kudrat sendiri.
jangan berharap orang lain yang berubah...
sedangkan diri sendiri rupanya perosak bangsa...

kalau kau tidak suka dizalimi,
panjat naik dan jadilah pengusaha sendiri,
bina satu empayar supaya keadaan yang ada berubah,
jika kau tidak mahu,
maka jangan mengomel dan terus mengomen,
ia kelihatan sangat bodoh sedangkan tuhan beri kita semua akal fikiran yang sama,
masa diberi dalam sehari juga 24 jam,
maka dimana silapnya kita?

jika kau mahu jadi pemikir,
bagus.
tapi tolong jadikan pemikiran kau itu satu kenyataan pada realiti,
jika tidak semua jadi mainan debu di rak perpustakaan sana,
kita semua pandai,
kita semua bijak,
tapi tertindas di tanah sendiri,
maka sekali lagi,
dimana silapnya kita?
oh mungkin pada tuhan yang takdirkan semua ini terjadi,haha
wahai manusia,
sudah masa berhenti bercakap dan berusahalah!

sumber gambar: mysticwallpaper10.net

"Gapailah bintang di langit sana, kumpulkan dan jadikanlah ia satu hadiah yang terindah buat semua manusia..."

7 comments:

Puisi kemboja putih: bangsa aku adalah yang terhebat kata mereka...yeah...

23:16 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments

sumber gambar: redbubble.com

"Maharaja lawak adalah cerita kegemaran bangsaku...mereka bertanding lawak siapa nombor satu...dan aku sangat bangga dengan itu..."

bangsa aku...
katanya kaya dengan emas...
tapi rupanya cincin di tangan habis digadai lepas...

bangsa aku...
katanya hebat berdagang keserata dunia,
tapi rupanya yang berkokok lebih miskin dari yang tidur sahaja...

bangsa aku...
katanya gah serata dunia...
tapi rupanya budi bahasa ibarat kolam yang bocor...
diisi berkali tapi tak mahu juga penuh...

bangsa aku...
katanya agama melebihi kaum lain di dunia...
tapi malang sekali mereka hanya pandai di dalam buku...
masa yang ada cuma diguna untuk mengkaji saja sedang praktiknya itu belum benar sebegitu...

bangsa aku...
katanya hebat bahasanya tinggi...
tapi berkata bercampur-campur dimana perginya jati diri bangsa pribumi...
sehinggakan takut pada budaya sendiri...

bangsa aku...
katanya tuan di tanah sendiri...
tapi setiap hari bertuankan ilusi sendiri,
hanya menjadi kuli di tanah tumpah darah sendiri..

bangsa aku...
ceritanya menggunung tinggi,
tentang penyatuan sesama sendiri,
tapi sekali disapa balasannya sinis sekali...

bangsa aku...
aduhai bangsaku...
aku merayu jangan cerita soal agama lagi,
sebelum ilmu sedia ada belum habis diamalkan empunya diri...

oh tolong,
bangsa aku...

sumber gambar: elchanan.deviantart.com

"Oh, mereka kata bangsaku adalah bangsa yang paling hebat sekali di dunia, aku adalah manusia yang paling gembira jika benar tekaan itu...haha"

9 comments:

Puisi malam: Sebenarnya aku...selalu tidur...

22:19 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: www.jokeroo.com


"Adakala aku terasa mahu menjadi arnab..."
malam ini,
aku....
aku cuma mampu duduk dan menguis habuk di tikar ini,
dengan rasa hati yang sangat menyebalkan...
oh,bodoh...ini semua bodoh...
aku sebenarnya terlalu banyak kerja dari terus menguis habuk ini...
walaupun aku terlalu banyak kerja,
sebenarnya...aku...
sebenarnya aku selalu tidur...
tiap-tiap hari pekerjaan aku yang utama adalah tidur...
oh,maaf...

sumber gambar: mspaforums.com

"Semenjak aku kecil, setiap kali aku bermain 'game'...aku tidak pernah menang...walaupun 'game' ular di dalam telefon bimbit...oh! aku sebenarnya 'loser', tapi aku adalah seorang yang gembira..."

7 comments:

Puisi malam: selain dari itu, aku rela menjadi gambar yang kaku...

22:07 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: animedesktopnexus.com

"Aku sebenarnya seorang yang sukar untuk berehat..."

untuk malam ini aku sebenarnya tak tahu mahu menulis apa,
perasaanku serabut,
jiwaku kusut,
melihat kepada suasana alam maya buat aku bosan,
berkata mereka dengan penuh keyakinan,
aku hanya memandang ke luar tingkap dan mengeluh perlahan,
kerana setiap apa yang kita keluarkan kesan pertama sekali adalah pada diri sendiri,
berat kata maka beratlah tanggungan nanti,
maka kerana itu aku hanya biarkan semua mereka berkata,
sebelum terluka,kita takkan mengerti bahawa pisau itu sifatnya tajam,
maka aku hanya biarkan mereka menghayati erti di dalam kehidupan mereka,
biarkan mereka belajar,
kerana sekarang aku letih,
benar aku letih,
cahaya matahari kebelakangan telah menyerap habis tenagaku,
bunga dan semua pepohonan pula cuma mampu diam terpaku,
berborak bersama orkid puluhan warna sememangnya membahagiakan,
tapi entah kenapa...
jiwaku mahukan rehat...
wahai semua,
bermainlah kamu semua...
aku letih dan cuma mahu memandang...
bila kamu sudah berlumpur nanti,
marilah bersama denganku,
kita matikan diri perlahan-lahan dan meresap menjadi angin lalu...

sumber gambar: devilinspired.co.uk

"Beginilah aku yang sebenarnya...berdiri menghadap langit pada jasad...tapi sebenarnya aku sedang tidur...aku malas mahu terjaga disaat manusia merasakan mereka hebat di dalam kebodohan mereka sendiri...aku cuma hadir bila aku rasa kebodohan mereka sudah sampai ketahap kritikal...selain daripada itu, aku rela berada di sini menjadi gambar yang kaku..."




8 comments:

Puisi malam: Aku bencikan remeh-temeh,kerana sekali aku turun....

22:46 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments

sumber gambar: sarahemarsh.blogspot.com

"Aku cukup benci pada perkara remeh-temeh, maka tolong selesaikan segala hal mengarut itu, aku tak mahu tahu..."

benar tapi tak tepat...
kena tapi tak menyucuk...
menyucuk tapi tak mati...

kerana patah kata sebegini,
kita masih hidup dalam bayangan sendiri,
mengeluh tak berhenti,
asyik marah sana sini,
rupanya sendiri tertuding jari,
kerana karma rupanya buatan tangan sendiri.

bila sakit sapu ubat sendiri,
kerana manusia dah tolak diri ketepi,
mulai saat itu belajar hidup berdikari,
berbekal kepercayaan yang senipis rambut sendiri.

bila menangis salahkan itu salahkan ini,
semua salah...diri kononnya tetap suci,
sedangkan yang terjadi cerminan diri sendiri,
kalau benci ubahlah guna kudrat yang diberi ilahi...
kalau tak mahu berdiam diri itu jalan yang paling berbudi...

aku bukan sesiapa disini,
hanya berpesan pada diri sendiri,
dan juga pada teman yang sudi memahami,
jiwa manusia seperti kami,
yang manusia gelar mental dan gila tak takut mati...

oh,kepada semua sahabatku,
mohon jaga diri...
dan mohon gerakkan kepercayaan menjadi satu keyakinan sejati...

sumber gambar: sfx.co.uk

"Aku seorang yang pemalas untuk ambil tahu segala macam hal remeh-temeh...tetapi sekali aku turun, aku akan pastikan semua yang palsu itu mati."


14 comments: