Puisi malam: apakah dendam itu...biarlah aku sahaja yang tahu...

23:12 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: greatnewmovies.com

"dunia sudah berubah...aku juga harus berubah...maafkan aku wahai ibu, aku bukan seperti semua mereka...berikan aku restu supaya tenang jalanku..."

aku duduk.
malas atau letih entah aku tak pasti.
berpura menonton tv sedang fikiran jauh menerawang,
teringat segala kenangan lama,

"aku ini bodoh"

itulah ayat kesukaanku dulu.
aku sebut setiap hari lalu menjadi ia seakan mantera yang membelenggu diri.
sehingga kini tali itu masih wujud cuma aku buat tidak tahu sahaja.

"yang lepas,biarkan lepas.setiap sesuatu perlu berubah dan belajar dari kesilapan lama." bisik hati kecilku.

di dalam anganku,
aku sedang berjalan sendirian bertemankan lampu neon dan angin malam,
sambil memeluk tubuh yang kesejukan aku menangis tanpa henti.

"Menangislah...jika ia satu keperluan jiwamu wahai sayangku...tanpa dia tak mungkin kita kan bertemu...tanpanya jiwamu tidak cukup kuat untuk bertemuku...jangan pernah sesal akan sesuatu yang dahulu...jadikanlah ia sebagai penguat jiwamu wahai cintaku..." pujuk seseorang dari belakang.

"Ha?" luahku terkejut sambil menoleh kebelakang dengan wajah yang sugul.

kosong.

tiada manusia atau sesiapapun disitu.

Aku berjalan lagi ditemani hujan rintik dan sambung menangis, malah lebih kuat dari tadi. Ditanganku menyala lampu telefon bimbit yang tertera mesej;

 "Aku terlalu banyak berlakon, sehingga aku sudah tidak tahu siapa diriku yang sebenar,malah aku sedar kadangkala ianya menyakiti hatimu...maafkan aku...maafkan aku wahai sayangku, demi dunia dan seisinya aku tolak perasaan ini buat sementara waktu...tapi ketahuilah, aku merindukanmu setengah mati..."

Aku tidak jadi menghantar mesej itu lalu aku simpan di dalam 'draft' sahaja. Aku lalu sambung berjalan tanpa setitik airmata pun yang mengalir. Semuanya sudah kering ditiup angin. Tidak sampai beberapa saat aku pun lenyap di dalam kabus malam.

sumber gambar: world-actors.blogspot.co.nz


"memerhati itu kesukaanku...mataku menyimpan segalanya...termasuk dendam terhadap sesuatu...apakah dendam itu, biarlah aku sahaja yang tahu..."







4 comments:

Puisi pagi: ahhh, takda hal lah!

09:05 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: quizilla.teennick.com

"hidup memang indah kalau kita mahukan ia indah...sekalipun manusia beri kamu limau yang masam, jangan mudah rasa tergugat, buatlah air limau yang manis dari limau yang masam itu, ahhhh...takda hal lah!"

semalam ada seseorang kata aku bodoh,
aku bengang,
sampai hari ini aku masih dengan rasa bengang itu,
dia siapa?berani berkata begitu denganku,
dia kata aku bodoh bila aku sedang tidur,
eh,apa maksud kata-katanya ni,
kerap kali aku terfikir,
mengikut pemikiranku yang manusia suka gelar mengong ini,
dari tidur kan wujudnya mimpi?
tapi aku tak perlu tidur pun untuk bermimpi,
bagiku bermimpi ibarat memakan kacang rebus di tepi jalan sahaja,
waktu dimarahi bos juga aku boleh bermimpi berada di tepi pantai memakai topi reben dan berlari gembira,
jadinya,apa maksud kata-kata manusia kucing berambu ini,
mungkin dia mahu katakan yang aku ini pandai,
tapi dia malu,
aku rasa begitulah...
ya,dia segan mahu memujiku...
ini jawapan yang paling baik boleh aku fikirkan...
hmm...

sumber gambar: mubi.com

"wahai manusia,mari aku ajar kamu semua cara-cara menangani orang gila yang merata di seluruh dunia, kamu semua mahu tahu bagaimana? caranya adalah kamu jadi lebih gila dari mereka, nescaya mereka terkejut dan kagum."



2 comments:

Syair pagi: kisah 35 kuntum kemboja...dan apa kisahnya kuntum yang ke 7?

09:38 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: sasterakuduniaku.blogspot.com


"tersebutlah kisah...."


35 kemboja berkuntum mesra,
sebagai meraikan indahnya cinta,
yang ke 7 tersenyum manja,
kirimkan salam buat yang disana.

bila malam datang menjelma,
bulan pula terang sahaja,
akan tetapi sesuatu terjadi tiba-tiba,
bulan terus bermuram durja.

laut berbisik dalam rahsia,
hanya terpilih mendengar suaranya,
katanya mengapa manusia begitu rupa,
sang puteri menggeleng kerana terlalu berduka.

bila terjadi sang puteri berlari segera,
kerana tak mampu hadapi semua mereka,
yang hanyut di dalam keasyikan cinta,
sang puteri bingung lalu bersandar di pohon kelapa.

sampai di kamar puteri menangis saja,
katanya ia benci mahu tinggalkan semua,
tetapi dipujuk ibunda angkatnya,
katanya adab itu kan budaya melayu kita.

sampai disini kisah aku coretkan pada semua,
benar atau tidak biarkan ia dalam rahsia,
akan tetapi sehingga ke akhir masa,
sang puteri gagal fahami mereka.

sumber gambar: www.radioinformasi.com

"35 kemboja mengiringi mesra, dalam tidur mahupun jaga, yang ke 7 mengusik manja, katanya sang puteri ingat pada siapa?"


0 comments:

Puisi malam: aku tidak pernah takut bilamana aku mengerti bahawa....

23:03 puteri jalanan a.k.a annur 12 Comments

sumber gambar: scribblesscriptsandsuch.blgospot.com
"aku boleh jadi sesiapapun...permaisuri yang kejam, hero yang dingin, ataupun sang puteri yang berani...kerana sebenarnya aku itu satu...rasai aku bila kamu di dalam kegelapan...aku akan datang dan nyalakan lilin sebagai penuntun jalanmu disini...aku tidak pernah takut bilamana aku mengerti bahawa di dalamku wujudnya Yang Haqq..."

wahai semua sahabatku,
untuk kali ini aku mahu berkata-kata...
ah,sebenarnya aku pun tak tahu mahu menulis apa,
aku cuma mahu bertanya pada kalian semua,
jika dunia ini ibaratnya papan kekunci komputer,
butang yang mana jadi pilihan kalian?
ya,sebagai pelambang diri kamu sendiri,
apa fungsi kamu pada sistem realiti ilusi maya cermin 2 dimensi ini?

jika aku, aku pilih butang 'space'...
begitulah aku didunia ini,
cuma jadi penyebab kepada naiknya kalian kelangit tinggi,
menjadi penyebab berfungsinya bahasa di dunia cermin ini,
jika tidak pasti tulisansepertiinitanparuanguntukberhentidanmengambilnafas,
sesak bukan?

ya,izinkan aku menjadi butang SPACE kamu di sistem dunia cermin 2 dimensi ini,
dan sekembalinya kamu ke alam 3 dimensi,aku cuma wujud dalam ingatan dan hati kamu,
dari situ tujuan sebenarku bermula...

sumber gambar: omtimes.com

"aku adalah asap pengkhayal...melaluiku kamu akan masuk ke alam mimpi...indah atau ngeri, kamulah penentunya...maka gunakan aku untuk kamu terus berjalan disini...tanpa aku mimpi kamu tak bererti...dan...siapa 'aku'?hehe...akulah kamu...di dalam sana...cari aku di dalam dirimu...disana aku duduk dan menanti kamu datang menyelamatkanku...dan namaku? CAHAYA...di dalam diri setiap dari kamu wujudnya Puteri Cahaya...tolong simpan rahsia bahawa Seri adalah nama keramatku..."

12 comments:

Puisi pagi: Mari sini aku mahu bisikkan sesuatu....

10:02 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: kirschwasser.deviantart.com
"aku boleh jadi sesiapapun termasuk kamu...tutup mata dan 
fikirkan aku, tanpa kamu tahu nanti sebenarnya gerak aku itu gerak kamu,ohhh jangan terkejut kerana rupanya kita seirama!...hehe..."

aku diam.
maafkan aku wahai sahabat selendang kuningku,
untuk tahun ini aku banyak diam,
sebenarnya aku seorang yang suka bersendiri,
aku sangat suka duduk di dalam dunia putih,
disana hanya aku,
bertanyakan tentang semuanya,
terlalu banyak persoalan sehingga adakala fikiranku kusut,
berfikir tentang manusia dan kesengalannya,
berfikir tentang hidup dan falsafahnya,
itulah kesukaanku,
untuk mendapatkan hikmah,
aku banyak bersendiri,
bergaul bila perlu sahaja,
melihat dan berfikir itu kesukaanku,
sehingga ada yang bengang dan bertanya siapa aku?
siapa aku di dalam selendang kuning ini?
sungguh angkuh dan penuh sikap keakuan,
aku cuma mampu tersenyum
kerana sesiapa saja yang sedang membaca ini,
dialah 'aku'...

greenfire.wordpress.com

"bila aku terlalu poyo dengan meletakkan gambar seolah-olah ayu,ramai yang cemburu dan menyampah...mari sini aku mahu bisikkan pada kamu, sebenarnya aku pun menyampah dengan sikap poyo sebegini,haha...tapi kamu mahu tahu sesuatu?mari sini aku beritahu...menjadi seorang yang poyo,seronok tau!haha..."




2 comments:

puisi malam: dan aku katakan "ye nak beli bunga apa?"

22:24 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: fineartamerica.com

"Aku harap kegilaanku kepada bunga tidak menjadikan wajahku seperti ini...ohhh tidakkk..."

pagi ini aku berjalan perlahan ke taman bunga,
sambil menjinjing beg,aduh letihnya...
pagi lagi bobby dah tunjukkan rupa,
aku mengerling dan malas mahu ambil kisah,
bobby cuma pelik melihat tingkahku,
bobby adalah sejenis anjing tersesat yang comel,
dia tahu adab bertemu denganku,
dia selalu pandang aku dari jauh sahaja,
tak berani mendekat,
adakala aku sengaja mengusik dengan memanggilnya,
bila dia datang aku berlari masuk kesemak sana dan mengintainya perlahan...hehe
mengusik adalah pekerjaan tetapku...
aku bukak sahaja radio,salurannya klasik nasional...
tiba-tiba keluar lagu putih-putih melati,
cepat sahaja aku letakkan beg dan pandang sekeliling lalu menari dengan senang hati,
putih-putih melati,merah-merah delima,siapa yang baik hati pasti kuterima,wooo ohhh,
sambil menyanyi aku mengutip sampah yang ada,
buka almari dan beri makan kucing-kucing yang ada,
oh sebenarnya aku ini kejam,
kerana terpaksa...aku memberi makan kepada mereka,
supaya bos ku tidak memecatku,oh tidakkkk,
maafkanku wahai kucing,
tolong doakan aku murah rezeki ok,
aku pun duduk sambil menyanyi-nyanyi,
sambil tanganku laju menekan sms,
aku termenung mengunyah roti canai,
haiii...bilalah agaknya aku dapat bertemu dengan putera idamanku,
ada pelanggan pula,
aku pun mendekatinya,
sebelum dia bersuara aku halakan wajah ke cermin motornya dengan wajah selamba,
aku betulkan tudung sedikit sambil berkata,
ohhh apek...cermin you lawa eh..
dia hanya terkedu melihat tingkahku,
aku gelak besar melihat wajahnya,
dan aku katakan "ye nak beli bunga apa"?

sumber gambar: annejulie-art.com


"aku tak pernah pun peduli manusia mahu berkata apa kerana aku adalah seorang yang selalu berbuat sesukanya saja...lalala..."

3 comments:

Cermin 20: dan Haqq lah yang akan memimpin jalanku disini...

22:15 puteri jalanan a.k.a annur 12 Comments


sumber gambar: myspace.com


"Datangnya aku kesini adalah untuk mengenal diriku sendiri...dan Haqq lah yang akan memimpin jalanku disini, kerana dia raja kegelapan Inderaloka bawah...sebenarnya sudah lama aku menyerunya...makin hari makin kuat seruanku, hanya kini dia datang...ternyata dia terlebih dahulu kenal siapa aku..."


Di dalam mimpiku.


Aku sedang berterbangan bebas dengan memakai busana sutera  merah bersari keemasan. Aku berterbangan dari satu gunung kesatu gunung yang lain. Aku sungguh gembira. Adakala aku akan berhenti diatas pokok yang paling tinggi untuk berehat dan memakan buah yang telah aku petik. Sedang aku berehat diatas satu pokok tiba-tiba tanganku dipegang.

“Mari...kita kesana...” tegur seorang lelaki segak yang juga memakai persalinan yang sama tetapi lebih menampakkan gaya kelakian. Entah kenapa, aku hanya mengikut pujukan seolah aku sememangnya sudah lama mengenali lelaki ini. Ada rasa senang di dalam hatiku bila bersama dengannya.

Lama kami berterbangan dari satu tempat kesatu tempat yang lain dan kadangkala jauh tinggi merentasi lautan. Burung yang berterbangan juga kami permainkan. Jauh kami mengembara. Akhirnya kami tiba disatu kawasan rumput yang lapang. Kami mendarat di tengah-tengah kawasan itu. Hari sudahpun malam. Kami berdua berbaringan diatas rumput hijau dan  ketawa bersama bercerita tentang pengalaman bermain angin siang tadi. Lama kami begitu, rancak bercerita sehingga kesatu saat kami berdua kehabisan cerita. Kami senyap. Hatiku mula berdebar.

“Cantik bulan malam ini..” ujar lelaki itu lembut.
“Ya..cantik...bintang yang mengiringi juga indah...” jawabku. Entah kenapa jiwaku bergetar.
“Telah lama aku menanti kepulanganmu Nian...”
“Aku punya urusan didunia sana wahai Arjuna...”
“Ya..setiap dari kita punya urusan...tapi kemanapun kita akan tetap bersama...”
“Arjuna, cuba kau lihat sana..bulan itu seolah tersenyum melihat kita kan?”
“Begitulah aku dan dirimu...sekalipun bintang tersorok dari kelihatan, tapi sebenarnya ia tetap ada mengiringi bulan...kemanapun dikau, semangatku ada untuk menemani jiwamu Nian...kerana kau itu belahan jiwaku..”
“Manis ya kata-katamu? Lebih manis dari buah yang kumakan siang tadi...haha”
“Tapi tidak semanis wajahmu sayang...”
“Ya, aku suka candamu.”
“Tentang ini aku tidak pernah bercanda.”
“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”
“Mana kau tahu?”
“Aku pasti kau sudahpun tahu hakikat ini.”
“Jiwaku cuma satu...jasadku saja yang beribu...wajahku pula setiap kali pasti seiras dengan yang kau  sedia tahu...mengapa kau masih tidak mengerti wahai sayangku?”
“Lalu mengapa perasaan cemburu itu masih perlu wujud?”
“Cemburu itu tandanya kau sayang padaku...”
“Permainan ini bagiku satu kebodohan.”
“Sudahlah...tidurlah lenakan jiwamu, kau tidur disini pasti kau bangkit disana...kelak kita pasti bertemu kembali...kerana kusedar ini cuma mimpimu...kembalilah kesana wahai Nian, selesaikan urusanmu...tetapi ingatlah pesananku bahawa sampai bilapun kita itu tetap satu biarpun aku cuma si pari-pari yang melindungi dirimu...”
Aku lalu terjaga dari tidur.

******
Di dunia penuh cermin. Di dalam kegelapan, yang wujud cuma cahaya putih berkilau yang terpancar daripada jasad Haqq.
Sebaik saja aku buka mata, aku terpandang Haqq. Terus aku menjerit ketakutan. Bagaimana dia boleh berada disini?
“Buat apa kau disini, pengecut?!” aku mula mengemaskan bajuku dan membetulkan rambutku yang kusut.
“Aku perlu mengejutkanmu puteri...berhenti memanggilku pengecut...dimana budi bahasamu...” bicara Haqq lembut tapi dengan suara penuh tegas. Pandangan matanya tepat kepadaku. Marah mungkin. Aku buat tidak tahu sahaja.
“Inilah budi bahasaku untuk pengecut sepertimu. Huh!” aku mula memandang cermin dan mengelap darah yang tersisa dihujung bibirku.
“Kau mahu ke aku tinggalkanmu disini?hmm?” Haqq pula mendekatiku dan berdiri memandangku dicermin dengan wajah sakit hati.
“Maksudmu?” Aku memandangnya pelik.
“Disini cuma mimpimu..” jawab Haqq sambil tersenyum sinis dihujung bibir.
“Mimpi? Jadi yang mana realitiku?”aku tidak peduli senyumannya, aku cuma mahu tahu kebenaran semua ini. Asyik mimpi sahaja, jadinya siapa aku ini?
“Sudahlah...sudah kuagak akalmu sukar menjejak...hehe...” kali ini Haqq tergelak kecil. Kelakar mungkin mengenakanku?
“Kau gelak?”aku mula menyampah melihat pengecut ini bergelak tawa pula.
“Sudah, mari kesini, pegang tanganku...” Haqq cuba mencapai tanganku. Dibibirnya masih tersisa senyuman.
“Tak mahu!”aku cepat-cepat tarik tanganku kembali. Mengapa aku mesti mengikut kata-kata pengecut ini? Ah, tak mungkin. Dalam aku mengelamun tiba-tiba tanganku ditarik.

“Oh, bagaimana ku boleh terlupa kau seorang yang degil ya...?” Haqq pantas menggengam tanganku kuat sambil memejamkan mata dan terus membaca mantera untuk kembali keinderaloka semula ditepi sungai tadi.


 ******


Inderaloka. Di tepi sungai ditepi unggun api. Hari sudahpun malam.

“Kenapa bawaku kesini?” tanyaku kepada Haqq. Wajahku sinis bercampur bengang. Semenjak dari senja tadi Haqq hanya mendiamkan diri. Bertafakur mungkin. Entah.

Haqq tidak menjawab. Matanya masih terpejam sambil duduk seakan bertafakur. Ikan bakar yang diberikan Haqq tadi masih belum aku habisi. Fikiranku sibuk berfikir mengapa Haqq dan aku disini? Mengapa tidak diistana gerhana? Dan buat apa kami berdua saja di hutan tebal begini? Seolah pelarian pula. Jangan sekali pun dia berani berbuat buruk padaku jika dia tidak mahu aku cincang badannya sehingga lumat. Walaupun aku tidak tahu memasak tapi setakat daging aku pernah belajar bagaimana melumatkannya. Sedang aku berkhayal, ikan bakar itu aku carikkan kasar dan membayangkan itu adalah sus                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              k di hadapanku kini.

“Hulk Hogan, jawablah!” jeritku kecil. Aku mulai geram. Diam sahaja dari tadi. Sakit mulut ke?

“Hmm..” jawab Haqq ringkas. Nada suaranya malas. Matanya sudah dibukakan. Pandangan matanya tenang. Walaupun begitu, aku tetap menyampah dengannya.

“Hmm, hmm...orang tanya lain, lain pula dijawabnya...!” aku mengambil kayu dan aku masukkan bagi menambah marak unggun. Sejuk benar malam ini. Sambil itu aku menyuap gelojoh ikan bakar tadi. Lapar pula.

“Siapakah kamu wahai puteri?” Haqq mula bersuara.

“Hah?” jawabku terkejut. Hampir tercekik ikan aku jadinya. Dia menculikku selepas itu baru dia berhajat mahu tahu siapa aku?

“Perkenalkan dirimu..” sengaja soalan itu dilemparkan Haqq kerana dia  mahu menguji berapa kuat ingatan puteri terhadapnya. Nada suaranya serius.

“Entah. Aku pun tidak tahu...didunia sana mereka memanggilku Nur...disini aku digelar Puteri Cahaya...kenapa bertanya?”

“Kau kenal siapa diriku?”

“Kan tempohari kau kata namamu Haqq?”

“Selain dari itu, apa yang kau tahu tentangku?”

“Seorang pengecut yang bertopeng.”

“Puteriiii...”

“Ya. Kenapa?”

“Kali ini jujur, kau rasa siapa aku?”

“Si pengecut bertopeng yang menyeksa manusia sesuka hati, tiada hati perut, ego, sombong, bongkak, berhati dingin, takut diperli, dipendekkan cerita Haqq adalah seorang manusia yang merasakan dirinya bagus dan benar dalam semua hal. Puas hati?”

“Menyeksa itu... satu keperluan...jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat.”

“Keperluan? Aku rasa akalmu sudah mereng, Haqq...mana pernah seksaan menjadi satu keperluan manusia? dan mana kau tahu jiwa mereka itu kotor? kau bukannya Tuhan!”     
                                                                                                                                            
“Ini benar. Tuhan pun mengerti.”

“Haqq,mari...”

“Kenapa?”

“Amik niii...sedap?”

“Kenapa mencubit tak tentu pasal ni?”

“Keperluan!”

“Keperluan apa? aku tak bersalah padamu.”

“Ini benar. Tuhan pun mengerti. Jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat, tahu?” perliku. Aku bulatkan mata memandangnya. Yang peliknya wajahnya tetap tenang. Kemudian aku menjolok-jolok unggun api kearahnya. Sengaja. Dia pula masih berwajah selamba. Sikitpun dia tidak mengelak. Makin sakit hati aku jadinya. Pernah juga aku terfikir untuk mencekik lelaki ini sehingga mati, tapi bila memikirkan nanti hanya aku seorang disini bersama mayatnya, aku terus seram. Nasib baik kau Haqq!

“Sudahlah, malam sudahpun lanjut, tidurlah wahai puteri...esok kita punya perjalanan panjang, terlalu banyak perkara aku perlu ajarkan padamu...” Haqq beralah. Suaranya lembut. Tapi aku dapat lihat senyuman halus dibibirnya. Entah kenapa. Sebenarnya hati Haqq berbunga dapat kembali berbicara berdua dengan Puteri Cahaya setelah berpuluh-puluh tahun dia menanti kepulangannya. Aku pula tidak tahu tentang ini.

“Memang dasar pengecut. Huh!” aku mula menjarakkan diri dan berbaring diatas kain alas yang disediakan Haqq untukku tidur. Panas hatiku. Cukuplah buat aku tidak kesejukan malam ini. Aku menjeling sambil memusingkan badan membelakanginya. Haqq pula masih bersila bertafakur. Wajahnya tenang. Tidur dalam keadaan duduk mungkin? Entah aku tak mahu peduli dengan pengecut seperti itu. Elok terbakar sekali dengan unggun tu lagi bagus, bisikku.

‘Kau memang cermin yang jujur, Puteri...benar aku seorang pengecut, tapi denganmu saja.’ Bisik Haqq di dalam hati. Walaupun wajahnya serius tapi sebenar hatinya gembira. 

******


Di dunia realiti. Di dalam pejabat Dr. Hakimi.

Dr. Hakimi mempersilakan Rin untuk duduk.
“Hmm...sekarang boleh beritahu saya, apa kegemaran Nur?” soal Dr. Hakimi kepada Rin. Wajah Rin pucat. Ini kali pertama dia disoal doktor.

“Err...Nur suka berpuisi doktor...”

“Jika tak keberatan boleh kongsikan dengan saya? mungkin semua ni boleh membantu?”

“Saya tak berapa ingatla doktor...tapi nanti saya bagikan satu puisi pelik yang pernah Nur tulis...”

“Okey...saya tunggu...emm..beberapa minggu sebelum kejadian, ada apa-apa yang Nur pernah bualkan dengan awak? Maksud saya...sesuatu yang lain daripada wataknya yang biasa...?”

“Oh, ada...satu petang tu di tepi tasik, Nur pernah mengadu pada saya...”

“Mengadu apa?”

“Dia kata...dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan...lebih kurang macam tulah ayat Nur...dan sebenarnya, err...”

“Sebenarnya?”

“Nur seorang yang suka bersendiri dan selalu bercakap sorang-sorang...dia hanya berkata-kata bila perlu saja.”

“Benar?tahu dia bercakap dengan siapa?”

“Emm...saya pernah terdengar dia berborak dengan seseorang ditepi tasik...dia juga pernah beritahu saya tentang konsep maya ke ilusi, entah saya tak berapa ingat...dia kata pernah jumpa seorang lelaki yang selalu hadir di dalam ilusinya...tapi nama lelaki tu dia sendiri tak tahu...dia kata macam dah lama kenal dengan lelaki tu...”

“Lelaki...hmm, ada tak apa-apa perbuatan Nur yang memelikkan awak?”

“Ada! Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

“Oh?”

“Ya...dan dia sangat suka pergi tasik...saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...macam orang kena rasuk pun ada saya tengok, eee seram!”

“Selalunya waktu bila dia pergi tasik tu?”

“Selalu lepas kelas, pukul 5 petang keatas...kadang dia lepak sampai maghrib, saya selalu je nasihat dia...tapi dia degil...tak pergi sehari, dia kata rindu..”

“Hmm...takpelah Cik Rin, saya rasa cukup setakat ni...biar saya berfikir dahulu...err, jangan lupa kongsikan puisi Nur tu ya?”

“Oh,okey doktor...”

Rin pun keluar dari pejabat Dr. Hakimi. Untuk beberapa minit Dr. Hakimi asyik termenung sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi dan dia bergegas untuk pulang.

******

Di dalam rumah Dr. Hakimi. Di kamarnya.
Dr. Hakimi berbaring sambil membaca buku novel misteri kegemarannya, Topeng. Tidak sampai setengah jam pun dia telah meletakkan novel itu ditepi dan mula berfikir tentang perbualannya siang tadi bersama Rin. Kebelakangan ini, kisah Nur selalu menganggu tumpuannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia menyilangkan tangannya ke dahi dan cuba menutup mata.

“Dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan..”

“Tak pergi sehari, dia kata rindu...”

“Saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...”

“Banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...”

“Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

Semua kata-kata Rin terngiang-ngiang kembali dibenaknya. Entah kenapa dia sukakan teka-teki ini.
‘Nur...saya akan bantu awak.’ tekad hati kecilnya. Dia mengambil diari dibawah bantalnya dan memeluknya erat.  Dia langsung teringat mimpi malam semalam.

Di dalam mimpinya.

Di sebuah hutan di waktu gelap malam. Dengan suasana berkabus, dia berjalan keseorangan. Tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan bergema. Halus bunyinya.

“Bulan mengambang umpama bidadari, igauan si pungguk segenap zaman, kalau tersurat hajat di hati, datanglah kemari ku ajak berteman...”

“Siapa?” tanya Hakimi. Dia kaget. Suara itu agak menyeramkan apatah lagi di dalam hutan tebal sebegini. Berdebar-debar pula hatinya. Dahinya mula berpeluh di dalam kesejukan.

“Aku datang kerana mahukan pertolonganmu, bantulah aku Hakimi...” lembut suara itu merayu. Hakimi memeluk tubuhnya. Entah kenapa, suasana sejuk semacam. Dia memandang sekeliling cuba mencari kelibat manusia di situ.

Tiba-tiba asap tebal berkepul di hadapannya. Lama-kelamaan asap tebal itu membentuk susuk tubuh seorang perempuan elok bersanggul kemboja bergaya seperti seorang puteri melayu. Puteri itu tersenyum manis. Hakimi terkedu. Wajahnya berkerut. Dia mula menelan air liur. ‘ Oh no, ini dah lebih...’ bisiknya. Dia mula membaca ayat kursi secara perlahan-lahan. Dek kerana sifat penakutnya sejak kecil, sehingga kini dia masih mengingati pesanan ibunya di antara kaifiat ayat kursi adalah untuk menghalau hantu syaitan.

“Namaku Cahaya...” bisik suara itu lembut ditelinganya. Hakimi melompat pabila puteri itu rupanya berada di sebelahnya kini. Tidak sampai sesaatpun! Ayat kursi yang dibacanya tadi habis berterabur semuanya. Sebentar, dia kenal wajah wanita ini. Mirip benar rupa Nur.

“Err...awak Nur kan?”

“Cahaya.”

“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”

“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”

“Ya...itulah niatku, tapi...”

“Tak usah bertapi lagi...ambil ini, ini akan membantumu...buka hanya setelah tiga hari...”

“Buku apa ni?”

“Itulah catatan hidupku...baca dan fahami...bantuku leraikan teka-tekinya...dengannya aku akan kembali semula kedunia realiti...”

Asap tebal berkepul kembali dan puteri itu telahpun lenyap. Hakimi serentak terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh. Mimpinya pelik benar. Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku. Hakimi membelek-belek buku itu. Ia sememangnya diari Nur. Dia tidak berani membuka. Dia akan mengikut pesan Puteri Cahaya di dalam mimpinya. Hanya tiga hari kemudian baru dia akan buka.

Bersambung...

sumber gambar: favim.com


"Di dalam diri setiap manusia punya satu watak yang sama...watak seorang yang sepi...dia selalu duduk kesana kesini dan mengeluh mengingati dosa-dosa silam...padanya hidup perlu diteruskan...dan setiap dari kita punya peluang untuk berubah...maka berubahlah jika itu yang diperlukan di dalam jalan ini...sepertimana sang puteri yang sebenarnya mencari Haqq dan Haqq yang sebenarnya menanti kepulangan puterinya...kisah yang aku coretkan ini adalah kisah benar, maka hayatinya sebelum terlambat..."



12 comments:

Puisi malam: Pari-pari si bunga kenanga....

22:00 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: fineartamerica.com


"Aku pernah terdengar yang setiap bunga yang harum itu punya pari-parinya yang tersendiri...dan aku bayangkan ini adalah pari-pari bunga kenanga...hmmm..."

pagi ini aku membasuh terung untuk dijadikan biji benih,
ohhh tak sepatutnya cerita basuh terung masuk di selendang kuning ini,
sungguh memalukan,
ok kita tukar cerita,
ehem-ehem...
ini cerita aku menyusun sekumpulan keladi dan kaktus,
hmm...rasanya cerita ini juga tak patut,
tak menarik,
ok berbalik kepada terung juga lah...
tempohari aku menuai terung,
menuai ka?kahkahkah...
ditepi terung itu terdapat sepohon kecil kenanga,
entah bagaimana aku terdengar bunga kenanga itu memanggilku,
aku menoleh dan memandang lama bunga itu,
bila aku tersedar yang aku sedang digoda,
aku cepat-cepat tutupkan mata,
aku bisikkan pada hatiku.."jalan...jangan datang sini lagi..bahaya..."
aku cepat memetik terung dan berjalan seolah berlari,
cuba melarikan diri dari digoda lagi,
aku bersembunyi disebalik pokok ceri dan cuba menahan nafas,
adakala aku menjeling pohon kenanga tadi,
cuba melihat bunga yang sekejap tadi menyeruku,
tanpa aku sedar kakiku cepat melangkah kesitu,
dan cepat saja aku ketepikan pohon itu,
aku katakan padanya,
"kali ini saja tau!"
akhirnya pohon itu telah kubeli...
oh teruknya rasa ini...
aku kalah lagi, pada sekuntum bunga kenanga...
haiiii....

sumber gambar: lensadaridesa.blogspot.com

"Kenanga punya auranya yang tersendiri...harumannya mampu membuatku terbang kelangit tinggi...entah mengapa aku pun tak tahu...walaupun bunganya pemalu tunduk kebawah sahaja, tapi godaannya memang cukup kuat..."









8 comments:

Puisi kemboja putih: bila aku berkata, manusia suka pandang sebelah mata sahaja, hehe...

08:58 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments


"aku adalah pencipta topeng...ramai manusia yang membeli topeng buatanku...dan adakala mereka terlalu asyik dengan topeng itu sehingga bila aku datang mereka lupa siapa diriku...dan aku?hanya mampu tersenyum manis melihat tingkah mereka semua itu...jom kita bermain topeng...kita lihat topeng siapa lebih asli..."

cerita sebuah pohon,
tempohari aku berjalan sekitar taman yang hijau,
tiba-tiba aku tertarik pada sepohon tomato yang sangat comel,
aku tunduk dan cuba melihat jenis tanah yang didudukinya,
aku pegang kerana aku cuma tahu komposisinya sahaja,
oh tidak,
ada seekor ulat putih,
dan aku sangat kenal ulat itu,
kamu semua mahu tahu siapa ulat itu?
itulah ulat pembusuk akar,
aku cuma tersenyum,
tak lama lagi,
tak lama je lagi,
pokok ni akan layu dan mati.
aku katakan pada pekerja bangla disitu,
tolong tukarkan tanah ini,
jika tidak pokok ini semua bakal layu dan mati,
oh tidak katanya,
ini ulat banyak bagus wooo,
elok untuk akar,
saya sudah lama tahu,itu katanya...
aku cuma mampu tersenyum sinis,
hatiku berkata,
kita sama-sama tengok nanti,
ulat yang dipandang rendah ini bakal merosak keseluruhan pohon,
aku pasti.
malah sangat pasti.
secantik mana pun pohon yang tumbuh,
jika ulat pembusuk akar sudah datang,
bye-bye sayangku...

sumber gambar: totalwallpapers.com

"bila aku berkata orang selalu pandang sebelah mata sahaja...tapi tak mengapalah...kerana nanti semua akan terbukti walaupun disaat itu aku telahpun mati..."


3 comments:

Puisi malam: Oh maaf, aku cuma mahu bermain disaat kamu semua serabut dengan undi...

22:24 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: mumssimplylivingblogat.blogspot.com

"Untuk setiap hari kini, aku terlalu perasan yang aku ini bunga sedangkan aku kan cuma manusia...aku sudah tidak kisah apa mahu jadi pada dunia, aku cuma tahu yang bunga dan alam ini terlalu indah....tolong jangan kejutkan aku dari lena ini wahai putera idamanku...ohhh....haha"

untuk hari ini dan kebelakangan ini,
aku terlalu gila,
gila melihat keindahan alam,
gila melihat kekayaan alam,
gila melihat gerak tari alam,
mereka semua kini mengenaliku,
bila aku berjalan mereka kerap menegurku,
oh tidak,
adakala aku terpaksa menutup mata sambil berlalu,
aku tak mahu digoda semua mereka,
setiap dari mereka memanggilku untuk datang dan memelihara mereka,
aku terpaku,
tak tahu mahu berkata apa,
bila berada di dalam taman,
aku jadi lupa pada dunia luar,
aku jadi lupa pada masalah semua,
tapi tidak pada seseorang,
oh lupakan, aku cuma bergurau...haha

jika tidak ada sesiapa disitu,
adakala aku menjadi si gila yang menyanyi berseorangan,
dan membawa si kucing berjalan melihat keindahan alam ciptaan tuhan,
sambil mengucap salam pada semua makhluk disitu,
oh maaf,
aku bukan sesiapa,
cuma si gila yang terlalu asyik melihat kemesraan alam...

sumber gambar: blog.interflora.co.uk

"Maafkan aku oh tuhan...manusia dan dunia semua sudah kulupakan....aku cuma mahu bermain-main di taman bunga ini..."

"Oh, belajar tentang pohon sama seperti aku belajar tentang manusia tau...kerana sifirnya sama sahaja...hehe...oh maaf aku mahu sambung menari dan menyanyi...lalala~"

8 comments: