Puisi bosan: mereka menyeruku...mereka ingat aku tak tahu...

21:52 puteri jalanan a.k.a annur 265 Comments

sumber gambar: painefreecrafts.com

"Aku mencintai makhluk yang dapat melihat di dalam gelap...wajahnya misteri tapi otaknya bijak...sama seperti burung hantu yang juga digelar kucing bersayap..."

pernah suatu masa,
ada seorang manusia ingin mengajarkanku akan ilmu hakikat,
aku hanya diam dan mendengar...
dia katakan ini ilmu tinggi...
aku pandang wajahnya,
katanya lagi,ilmu ini sebenarnya bukan tahap kamu,
tapi tak mengapalah aku cuba beri sekadar yang kamu mampu,
katanya terangkan padaku apa itu iman,apa itu taqwa...
aku mengeluh perlahan tanpa bunyi...
sambil menghirup air limau kegemaranku,
aku katakan iman itu percaya, taqwa itu yakin...
dia ketawa.
sudah ku agak itu reaksinya,
katanya jawapanku terlalu umum,
sesiapa saja mampu jawab...
aku lalu merenung dalam wajahnya dan aku katakan di dalam hati,
"kau sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa ilmu dan tahapnya tidak tertakluk pada sesiapapun..."
dengan muka selamba aku terus menghirup air limau tadi dan berborak bersama pohon di luar tingkap kereta...
wahai pohon,kau lebih mulia dimataku...
aku tak perlukan manusia yang merasakan ilmu itu satu senjata untuk membunuh manusia lain...
ada eloknya kau simpan ilmu itu untuk panduan dirimu sendiri...

sumber gambar: examiner.com

"bila putih berbisik padaku...aku katakan...okey,aku faham...aku tahu apa ubat mereka..."


Puisi malam: di dunia ini, yang 'real' cuma kamu...

23:07 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: tumblr.com

"di dunia yang putih, aku selalu berselubung kesejukan...bukan kerana takutkan dunia...tapi kerana aku tak mahu menyakiti dunia dan seisinya...belum sampai masanya lagi, bisik hati kecilku ketika menyelak jendela..."

pagi tadi aku termenung,
lama...
entah apa yang berada di fikiranku,
menyelak jendela dan mengeluh perlahan...
aku duduk di kerusi dan termenung lagi,
ahhh...teruknya angin aku hari ini...

berlakon seperti seorang yang bepengertian sangat membosankan...
ia mampu buat orang gila berfikir...

menyamar jadi si gadis bunga yang manis tambah memualkan diriku sendiri,
sedangkan berapa banyak pokok bunga mati di tanganku orang tak tahu,
tahu memuji sahaja...

manusia kalau masuk bab memuji,
tingkatnya nombor satu...
sampai tergolek para patung dibuatnya...
mengarut semua ini...
benar-benar mengarut...

adakala aku bosan dengan dunia ini,
bilamana aku rasakan,
bahawa aku adalah seorang yang paling normal sekali atas dunia...
yang lain semua gila...

teruknya rasa ini,
kita selalu rasa kita adalah yang terhebat sekali,
sedangkan sebenarnya kita bukanlah sesiapa...
cuma kita tak sedar...


sumber gambar: periscopegirl.com

"Di dunia ini yang 'real' cuma kamu...yang lain cuma lukisan tangan kamu sendiri...melukislah dengan hati yang tulus...barulah gambar kamu itu indah untuk diabadikan sebagai sebuah karya seni agung..."



3 comments:

Puisi si kuning: errr...encik limau datang dari planet mana ya...boleh saya tahu?

22:48 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: kigdomofazuria.wordpress.com

"fitrah itu buat kita dan orang sekeliling kita selesa...jika fitrah kau warna kuning seperti limau ini, berbanggalah! kau takkan tampak indah jika kau berwarna ungu ataupun biru...ia kelihatan sangat pelik...errr...encik limau datang dari planet mana ya,boleh saya tahu?"

sebenarnya aku belum lagi habis bercerita,
tentang kegelapan,
mengapa aku suka kegelapan,
ia menenangkan...
gelap...mengajar aku erti kuat...
kuat dalam jati diri...

tiba-tiba,
aku terdengar pokok limau berbisik,
"aku letihlah jadi limau...kadang aku teringin jadi durian..."
aku dengar sahaja mataku sudah bulat,
aku lalu pergi kepada pokok limau tadi dan mencekik dahannya,
aku katakan,"jika kau nak jadi durian,satu hari nanti masih wujudkah air limau kegemaran aku?"
limau tadi terus tertunduk malu...
aku pun menjeling marah dan berlalu dengan hati yang sakit...
maaf semua aku emo sedikit malam ini,
aku seorang yang sangat sensitif jika kegemaranku diganggu...

sumber gambar: kuro-vortex92.deviantart.com

"jadilah diri sendiri...jika kau asyik meniru orang lain, dunia ini tak meriah,tahu?walaupun durian itu gagah penuh duri segala, tapi air durian tak sesedap air limau...wahhh...lemons for all!ececeh...skipping pulak..."

7 comments:

Puisi burung hantu: pastikan ini kali terakhir kamu menyelak halaman ini...kerana...

22:23 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: tumblr.com

"Walaupun aku seorang yang tak berapa pandai, tapi permainan magik adalah kesukaanku...dan tuhan beri kamu semua pada aku sebagai bahan eksperimen kepada permainan aku untuk kali ini...doakan aku berjaya ok?hehe...tanpa kamu siapalah aku..."

aku adalah seorang yang errr...
tak berapa pandai...
ya itulah aku...
tapi ya syukur tuhan masih kurniakan aku akal untuk berfikir,
itulah modal diriku...

setiap masa aku adalah seorang yang suka belajar,
tentang sesuatu yang baru,
tapi aku suka belajar sendiri,
kerana...
errrr....
aku seorang yang ego...
bila manusia tunjukkan aku jalan,
cepat saja aku menjeling dan berpaling,
tapi sebentar,
aku akan duduk dan berfikir semua senyap-senyap...
dan jika benar katanya aku akan mengangguk bersetuju,
dan entah bagaimana aku akan berlaku baik kepadanya,
ya sebagai membalas budi...
ok cukup setakat itu aku angkat bakul...

untuk malam sebenarnya aku mahu bercerita,
tentang peraturan...
err bunyinya seperti sangat kaku,
mungkin benarnya begini,
aku mahu bercerita kisahnya berjalan di dalam gelap,
semenjak sesuatu peristiwa,
aku kerapkali berjalan dalam gelap,
makin lama aku makin biasa,
biasa dengan kegelapan,
kata seorang sahabat,
ini adalah satu latihan yakin dan percaya pada diri,
mudah ya berkata-kata?
tapi jalani semuanya bukanlah semudah yang disangka,
apatah lagi jika kita masih percaya dengan peraturan biasa dunia ini,
jika aku beri kamu pisau,
dan dalam minda kamu sedia tahu pisau bisa buat kamu luka,
aku halakan pisau ke perutmu lalu aku katakan,
"jangan risau, jika pisau ini menyucuk, kamu tidak akan luka..."
adakah kamu akan percaya?
ahhh gila bukan?
kamu tahu apa yang aku suka tentang kegelapan?
magis...
benar...
kegelapan itu membawa kamu ke alam magis...
ia memutar kepercayaan kamu 360 darjah sehingga kamu menjadi seakan biul seketika,
ia bermain dengan kepercayaan kamu...
bagaimana rumah yang indah dapat dibina?
imaginasi...
imaginasi adalah alat untuk kamu mencipta sesuatu,
kamu adalah pengarah,
pengarah untuk lakonan hidup kamu...
arahkan apa yang kamu mahu,
gunakan kuasa itu...
sudah berapa banyak kali aku bereksperimen tentang ini,
jika aku dapat ingat,
emmm,semenjak aku kecil,
benar!
apa yang aku dapat hari ini,
semuanya adalah apa yang aku imaginasi kan sejak dulu,
aku tak pernah takut untuk berimaginasi,
kerana imaginasi adalah arahanku pada dunia belah sana,
kamu tahu di dunia belah sana mereka sentiasa bergerak,
mereka bergerak 24 jam untuk merealisasikan imaginasi kita,
kerana terlalu rumit proses di dunia belah sana,
manusia cuma mampu mentafsir ini semua sebagai takdir,
ahhh...kita sebagai manusia memang pemalas untuk berfikir...

sebab itu aku selalu katakan,
wahai manusia, bermimpilah akan apa yang kamu inginkan!
gunakan kuasa itu, jangan malu...
impikan dengan penuh teliti akan apa yang kamu mahukan,
cipta,cipta dan cipta!
arahkan pada pekerja di dunia belah sana...
mereka selalu menunggu arahan dari kamu...

ohhh jangan tanya apa yang aku impikan,
nescaya aku akan dilempang berkali-kali oleh ibuku,
haha...

hmm,aku sudah letih membebel,
cukup untuk kali ini,
panjang umur aku akan membebel lagi...
tata semua...

sumber gambar: autumnearthsong.com

"Pastikan ini kali terakhir kamu menyelak selendang kuning ini...kerana laman ini telah pun aku mantera kan...jika selepas ini kamu selak laman ini lagi, maafkan aku...kerana magis aku memang menjadi! haha...hilangkan aku dari fikiran kamu jika kamu mampu, wahai sayangku..."

7 comments:

Cermin 21: “Kau pasti tahu kesan ilmu itu kepada jiwamu. Mampukah kau, Haqq?”

01:21 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments

sumber gambar: journeyingtothegoddess.wordpress.com

"Tafsirkan cermin kali ini jika kamu berani...aku sudah puas memerhati di dunia maya sini...tapi jarang sekali aku lihat ada yang mampu fahami apa sebenarnya yang sedang terjadi..."

Inderaloka. Pagi yang cerah.

Subuh lagi aku telah terjaga. Aku lihat Haqq masih tidur. Jadinya aku berbuat keputusan untuk mandi dan menyegarkan diri. Aku perlu cepat sebelum dia tersedar dari tidur jika tidak segan aku nanti. Selepas bersiap, aku menyisir rambutku menggunakan tangan dan ketika itu Haqq telahpun terjaga dari tidur. Untuk beberapa lama, dia duduk termenung melihatku. Mamai mungkin?

“Aku mahu pulang kedunia nyata. Hantar?” itulah ayat pertamaku pada Haqq pagi ini. Haqq masih tepat memandangku. Wajahnya tiada perasaan.

“Haqq, kau dengar atau tidak permintaanku?” ujarku lagi. Sakit pula hati aku melihat Haqq seperti patung hidup sebegitu.

“Inilah nyatamu.” Itu saja jawapannya. Dia kemudian bergegas mandi dan bersiap sediakan sarapan pagi buat kami. Aku melihat sahaja. Malas untuk membantu. Aku mahu pulang. Itu sahaja yang ada di dalam hatiku sekarang. Dunia apa ini? Dengan pakaian yang ala-ala tuan puteri ini. Adakala aku jadi terlalu rimas. Aku mahu jeans. Aku mahu t-shirt ringkas. Bukan kain yang membataskan pergerakanku seperti ini. Dengan sanggul bagai. Aku Nur, bukan Cahaya! Oh Tuhan.

“Ini bukan nyataku. Aku pasti. Di dunia sana aku punya ibu dan ayah. Punya kakak, adik dan abang. Aku rindukan mereka semua, pulangkan aku Haqq? Aku benar tidak mengerti kenapa aku sampai boleh kesini.” Rayuku. Haqq yang sedang sibuk hanya berdiam diri. Wajahnya tenang.

“Dimana pun kau berada, setiapnya pasti punya tujuan.” Untuk seberapa lama baru Haqq bersuara. Aku memandangnya pelik. Aku mengeluh perlahan.

“Maksudmu? Maka beritahuku apa tujuanku di Inderaloka ini?” Haqq berdiam diri lagi. Aku mula geram. Aku berdiri di hadapannya dan memegang bahunya. Haqq hanya menjeling dan berpaling muka.

“Haqq, jawablah!” aku goncangkan bahunya. Haqq menolak tanganku perlahan dan dia masih terus bersiap. Aku terus-terusan  mengacau urusannya.

“Kenapa mesti pulang kedunia sana? ada apa yang istimewa?” akhirnya Haqq membalas rungutanku dengan sebuah pertanyaan. Entah kenapa, Haqq terasa hatinya seperti ada satu kebencian pabila puteri menyebut dunia sana.

“Bukankah sana tempat asalku?” soalku pada Haqq. Haqq menjeling lagi. Kenapa dia ini?

“Sini asalmu, sana persinggahanmu.” Jawab Haqq ringkas. Dia duduk sambil menyuakan aku bubur nasi dan air kopi sebagai sarapan pagi. Entah darimana dia dapatkan semua ini, aku pun tidak pasti. Aku duduk disebelahnya sambil menyuapkan sarapan pagi. Entah kenapa, airmataku mengalir kerana terlalu merindui dunia sana.

“Kenapa menangis?” soal Haqq sambil menyuap bubur nasi tanpa sebarang perasaan.

“Aku rindukan dunia sana...entah bagaimana mereka semua tanpa kehadiranku...” jawabku lemah sambil mengelap airmata yang menitis. Hatiku sebak.

“Berhenti menangis, setiap sesuatu berlaku dengan kadarnya.” Balas Haqq selamba. Aku memandang mukanya dan mencebik kuat. Letih bercakap dengan manusia tak berperasaan. Aku teruskan makan. Terasa lapar pula. Aku makan sambil menangis teresak-esak. Haqq pula makan dengan berselera sekali.

“Nangis pun habis juga bubur ini ya...” seloroh Haqq sambil mengambil bekas di tanganku dan membersihkan di sungai sana. Naik merah wajahku diperli sebegitu.

‘Mestilah habis, lapar...’ bisikku di dalam hati. Segan ditegur sebegitu.

“Bersiap, kita gerak.” Arah Haqq.

“Gerak kemana? Untuk apa? Dan kenapa hanya kita berdua? sudah lama aku ingin menanyakan benda ini padamu, Haqq...” Ya, inilah waktu yang aku tunggu-tunggu.

“Di bibirmu ada sisa nasi tadi...” ujar Haqq sambil tersenyum.

“Hah?” aku terus berlari kesungai. Kurang asam! Lain aku tanya, lain pula dia jawab. Haqq hanya tergelak kecil melihat gelagatku. Malas mahu bertanya lagi, selepas itu kami pun memulakan perjalanan kepuncak gunung ini.

******
Inderaloka. Di sebuah pondok. Seorang lelaki separuh usia sedang duduk berzikir.

“Benar Haqq, aku telah kembali dari pertapaanku.” Lelaki itu bercakap sendirian dengan menutup mata. Jari telunjuknya menyentuh lantai dan dia pusingkan perlahan beberapa kali dengan mengikut arah jam. Serentak dengan itu, angin dihadapan pondok itu turut berputar membentuk puting beliung yang kecil.

“Bila ketenangan sejati ditemui, alam dan diri bergerak selari, dengan kehendak Yang Maha Abadi, segala yang terjadi semua di bawah kawalan hati.” Pawana menyebut perlahan pesanan gurunya, Sang Petapa.

Setelah beberapa ketika, Pawana duduk bersandar di beranda dan termenung melihat anak sungai di tepi pondoknya. Sudah sepurnama dia disini. Tempohari, kerana kasihan kepada Puteri Cahaya dia menyuakan air kristal dengan niat membantu puteri. Dia sedia tahu seksaan Haqq terhadap puteri, maka baginya tidur dan bermimpi panjang adalah ubat terbaik. Untuk mengeluarkan puteri dari situ, dia masih belum mampu. Ilmu sakti kegelapan milik Haqq masih gagal dia tembusi. Dan dia juga sangat pasti, sesiapa pun di Inderaloka ini tidak mampu mengeluarkan mana-mana pun tawanan di Istana Gerhana.

Dahulu, Ilmu sakti cahaya diturunkan padanya manakala ilmu sakti kegelapan diberi pada Haqq. Kata gurunya, keduanya perlu demi menjaga keamanan bumi bertuah nusantara ini. Walaupun dia tidak setuju tentang ilmu yang diajarkan pada Haqq, tetapi dia tidak berani membantah keputusan gurunya. Ini kerana, baginya ilmu kegelapan terlalu bahaya untuk dipelajari, jika disalahguna boleh membawa kepada kesesatan yang nyata. Kata gurunya lagi, walaupun tujuannya satu, jalan perlu berpisah kiri dan kanan, baru timbangannya sekata. Setiap satu punya fungsi masing-masing sama seperti malam dan siang, tanpa salah satunya, bumi akan hancur. Walaupun diakhir nanti timbul pertembungan jalan kiri dan kanan, tetapi itu cuma satu jalan cerita untuk memberi pengertian sejati buat jiwa para pendukungnya. Salah jika hitam tak gelap, salah juga jika putih tak terang. Itulah perlambangan yang diberi gurunya.

Dan kini, Haqq memerintah Inderaloka Bawah, sedangkan dia cuma seorang pengembara bebas. Dia hanya akan keluar bertarung bila nusantara di dalam bahaya saja. Selain dari itu dia lebih suka bersendirian mengingati Sang Pencipta. Dia tidak berkehendakkan kekayaan, baginya itu semua perosak jiwa. Dia lebih suka zuhud seadanya saja. Tapi berlainan pula dengan adik seperguruannya, Haqq. Baginya kekayaan dan kekuasaan perlu demi mencapai tujuan. Manusia yang bodoh hanya layak menjadi hamba kerana ilmu itu kuasa, kejahilan itu sengsara.  Dia lalu teringat perbualannya dulu bersama Haqq.

“Aku tidak suka ilmumu. Bagiku itu sesat. Terlalu penuh dengan samar dan tipudaya. Aku tidak mengerti mengapa guru mesti mengajarkan ilmu itu kepadamu.” Bantah Pawana.

“Setiap dari kita punya tempat masing-masing, abangku Pawana.” Jawab Haqq tenang.

“Kau pasti tahu kesan ilmu itu kepada jiwamu. Mampukah kau, Haqq?”

“Aku terima seadanya.”

“Kerana terlalu kasihkan dirimulah aku berkata sebegini. Lepaskan ilmu itu Haqq, jika tidak mungkin kelak kita kan bermusuhan.”

“Guru pernah berpesan, kebencian antara kita itu satu pertembungan yang pasti. Tanpa itu bumi tidakkan seimbang.”

“Darah dan airmata bukan mainan, Haqq!”

“Jika itu pertaruhannya demi sebuah jiwa suci, aku akan lakukan.”

“Apa saja yang kau mengerti tentang kesucian? Kegelapan menolak kesucian!”

“Kau berkata tanpa asas, abangku.”

“Sehingga kemati, aku akan pertahankan pendirianku ini, jika kau tidak mahu berundur, satu hari nanti kita akan bertemu semula untuk sebuah perhitungan. Ini sumpahku.”

“Teruskan jika itu maumu wahai abangku, Pawana.”

Pawana terjaga dari lamunan pabila kucing belaannya, Supi mengusap kakinya. Dia tersenyum hambar.
“Ingatlah, kamu berdua itu cermin antara satu sama lain.” Pesan gurunya. Pawana mengeluh perlahan 
bila teringat kata-kata ini. Sehingga kini dia masih gagal menerimanya.

******
Inderaloka, ditepi air terjun.

Hari sudah menjengah tengahari dan aku mula letih berjalan. Cuaca pula makin panas. Haqq masih gagah berjalan mendaki gunung ini. Aku yang berjalan lenggang kangkung tanpa sebarang bungkusan ini pun sudah mengah, sedangkan Haqq yang memikul bungkusan yang entah apa isinya masih cergas aku lihat. Aku menggeleng sambil beralasan di dalam hati mungkin kain ini membataskan langkahku.

“Haqq, berhenti sebentar, kakiku letih.” Ujarku setelah beberapa lama berdiam kerana menyimpan tenaga untuk pendakian. Aku memegang dahan pokok berdekatan dan mula menarik nafas panjang.

“Memang kita akan berhenti disini sebentar. Ambil ini, tukar pakaianmu supaya lebih mudah pergerakan. Hari pun sudah meninggi. Aku mahu mencari sesuatu, lakukanlah keperluanmu.” Jawab Haqq ringkas. Dia memang begitu, terlalu diam sehingga suasana sangat suram kurasakan. Dia hanya berkata-kata bila perlu sahaja. Selain dari itu dia lebih suka berdiam diri.

Aku sambut huluran persalinan itu dan ucapkan terima kasih. Hmm, ambil berat juga ya dia padaku? Aku lihat Haqq berjalan masuk ke dalam hutan, tidak pula aku bertanyakan kemana dia pergi dan mencari apa. Aku pun punya urusan sendiri. Aku berjalan menuju air terjun untuk menyegarkan diri. Dek kerana terlalu gembira kerana telah lama tidak mandi di air terjun, aku mula menyelam lama. Ketika aku bangun kepermukaan terkejut aku bila melihat seorang wanita sedang duduk menangis dibatu berdekatan. Wajahnya tidak kelihatan, tangisannya saja yang sayup kedengaran. Aku kaget dan memandang sekelilingku.

“Hanya kerana sekuntum bunga, ayahanda sanggup mengasingkan beta sehingga kegunung ini....untuk apa disini? Oh tuhannnn....” tangisan wanita itu makin kuat. Suaranya mendayu-dayu. Pakaian dan perhiasannya sama sepertiku. Aku kerut dahi. Siapa wanita ini?  Aku cepat menyarung persalinan yang diberi Haqq tadi dan berusaha melangkah semua batu di sini untuk mendekati wanita itu.

“Err..maafkan hamba jika bertanya, siapakah tuan hamba dan mengapa menangis keseorangan disini?” aku cuba menyentuh bahu wanita itu tetapi yang peliknya pabila aku hampir menyentuh saja wanita itu ghaib. Aku sedang bermimpikah? Aku usap mataku berkali-kali.

“Bunga itu rahsia diriku, Nur...tanpa harumannya aku akan mati...” suara wanita itu kedengaran dari belakangku pula. Serta-merta aku berpaling kebelakang dan kulihat wanita itu sedang duduk bersimpuh. Wajahnya sayup memandang air terjun sana seperti ada sesuatu yang sedang dikenangkan. Aku terpinga-pinga, bukankah tadi wanita ini menangis?

“Bukankah hidupnya kita pada nafas?” aku beranikan diri untuk berbual dengan wanita misteri itu. Jika benar tekaanku, melihat susuk tubuhnya dan pandangan matanya dia mungkin sebaya denganku. Tapi, bagaimana dia kenal namaku ya? Pelik. Separuh wajahnya pula ditutupi dengan kain seakan jaring halus berwarna kuning. Oh, wanita ini sangat misteri.

“Nafasku pada haruman bunga, nadiku pada semangat mereka...mereka itu aku, aku itu mereka...” ujar wanita itu lembut. Sebelah tangannya ditadahkan kelangit dan entah bagaimana berbagai jenis bunga menghujani dirinya. Sehingga batu tempat duduknya penuh dengan bunga-bungaan yang sangat harum.
“Tetapi bunga akan layu dengan cepat sekali...” balasku pelik.

“Layu bunga itu janji yang pasti, bila tiba masanya nanti setiap dari kita pasti pergi menghadap Ilahi.”

“Err..tapi kita adalah manusia dan kita bukan bunga.”

“Alam itu ada di dalam diri, Nur...kerana dirimu penuh alam lah kau berada disini...tujuanmu satu untuk mengenali asal usulmu sendiri...”

“Bagaimana kau kenal diriku? Dan siapakah kamu?”

“Ambil kemboja putih ini, simpan dengan cermat, ini akan memimpinmu tentang siapa aku, siapa dirimu dan siapa sebenarnya kita...”

“Baiklah, tapi maaf kerana kurisau bunga ini akan layu sebentar saja lagi. Layu bunga itu janji yang pasti bukan?”

“Ini bukan sebarang kemboja Nur, inilah sebabnya aku digunung ini. Bunga ini satunya bunga yang tidak pernah layu jika kau mahu tahu. Usianya panjang. Semangatku telah terkunci di dalamnya, kerana itulah ia sentiasa subur dan mekar tanpa henti. Kerana ini jugalah aku belum lagi mati. Ia satu hukuman yang  sangat menyakitkan...”

“ Hah? Maksudmu?”

“Ah lupakan, ingat pesanku, jaga bunga ini sama seperti kau menjaga nyawamu sendiri, untuk setiap malam hidulah harumannya sebelum kau tidur, ia punya ubat untuk jiwamu...aku tahu kau terseksa disini...”

“Oh, terima kasih...”


“Izinkan aku pergi...kelak kita kan bertemu kembali untuk melerai sumpahan sang dewi...aku akan setia merinduimu, Nur...” wanita itu meniup angin kearahku dan tiba-tiba aku tersedar. 

Rupa-rupanya aku masih berendam. Aku bingkas menyarungkan pakaian dan berehat di bawah pokok sana. Sedang aku  berehat, kemboja putih tadi teruntai jatuh dihadapanku. Ah, aku sudah lali dengan segala keajaiban di Inderaloka ini. Aku lalu mengambil bunga itu dan menyelitkan ditelinga. Rambut kubiarkan lepas sahaja. Lagipun masih basah, tak elok bersanggul. Kerana terlalu panas, aku pun tertidur untuk beberapa ketika.



sumber gambar: pinterest.com


"Aku suka menjadi patung tak berbunyi di dunia maya ini, aku cuma hadir bila aku rasa kehadiranku itu mampu memberi erti...selain dari itu, aku rela menjadi patung dan menari sendiri tanpa siapa pun peduli...ada seorang sahabatku berkata, bertenanglah...dunia akan berputar pada aturannya...ia punya sistem, maka semuanya sedang berlaku seperti yang ditakdirkan...tiba masanya Haqq pasti akan keluar...mendengar saja ini, jiwaku pedih...aku mahu kedamaian terjadi di hadapan mataku...bukan nanti atau setelah aku mati...tapi bisik hati kecilku, wahai Nur, bersabarlah...jangan tergesa-gesa kerana ikan yang sedang berenang takkan mampu ditangkap dengan tangan yang gelojoh..."

15 comments:

Puisi rama-rama: percayalah,selepas kematian adanya kehidupan...

13:53 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments



"Aku katakan pada semua pari-pari di dunia ini...mari kesini, aku mahu bercerita...datanglah mendekat...disini,semua pembaca selendang kuning telah aku anggap sebagai pari-pari..."

Aku duduk termenung dan memandang makanan khas untuk tumbuhan,
Aku menongkat dagu dan memandang kucing yang berkeliaran,
Tumbuhan pelbagai warna juga aku tenung,dalam…
Aku lalu bersandar di kerusi dan berpusing-pusing cuba berfikir,lama…
Aku bertanya pada kucing,
“Wahai kucing…mengapa banyak makanan yang wujud di dunia ini,
Ikan juga tetap menjadi pilihan hatimu?”
Kucing itu menjawab,”aku suka makan biskut fiskis”
Aku lepuk badannya dan aku katakan,”biskut itu juga diperbuat dari ikan,sengal.”
Ohhh tidak, itu cuma ilusiku,
Sebenarnya kucing itu hanya memandang mataku,lama dia begitu…
Ahh aku tak faham pandangan matanya…
Aku lalu berbisik,”suka hati kaulah,janji kau bahagia,kucing…kerana hidup kau cuma makan dan tidur…kau dan ketua kau sama sahaja…”
Kucing itu tersenyum penuh makna,
“yela2…jap aku ambil dalam almari…” aku lalu membuka almari dan mengambil biskut kegemarannya; fiskis,
Dengan cepat mereka semua berlari ke ruang makan yang biasa,
Aku taburkan biskut di bekas yang disediakan khas untuk mereka,
Tiba-tiba fikiranku berputar nakal,
Aku tutup bekas tersebut dan aku ugut kucing-kucing yang ada,
“bagitahu dulu, kenapa kucing suka makan ikan?”soalku pada semua mereka,
Mereka hanya memandang wajahku meminta simpati,
Tak sampai beberapa saat aku terpukau dengan cahaya di mata semua mereka,
Tanpa aku sedar aku telahpun berlalu dari situ dan membiarkan mereka menjamah biskut dengan selesa,
Aku lalu duduk kasar di atas kerusi dan menggigit beg tanda geram,
Ohhh jangan percaya aku cuma bercanda,
Mana mungkin wanita melayu terakhir sepertiku tergamak menggigit beg,
Sebenarnya aku cuma mengetap bibir sahaja,
Pada siapa harus aku tanyakan semua ini,
Aku segera berlari dan mengejar anak bos ku…
“kak…kenapa kucing suka makan ikan?”soalku,
“sebab ikan memang makanan kucing.” Jawabnya ringkas,
“alah…jawapan lain?” soalku lagi,
“sebab kucing dan ikan adalah jodoh sejak azali...” jawabnya lagi,
“isy akak ni…” aku tepuk bahunya dan berlalu pergi,
Dia hanya tergelak dan menggeleng kepalanya melihat tingkahku,
Aku lalu duduk termenung di tepi kolam dan cuba bertanya pada ikan-ikan yang ada,
Aku lalu teringat peristiwa beberapa bulan lepas,
Kucing menyauk ikan di akuarium menggunakan tangannya,
Aku tergelak kecil dan menekup mulut,kelakar betul…
Sejenak aku tersedar dari mimpi dan mula berpijak pada realiti,
“wahai ikan, ceritakan kenapa kucing suka makan kau?”
“sebab tuhan takdirkan begitu…”jawab salah seekor ikan disitu,
“ini jawapan budak tadika…jawablah betul-betul..” ujarku lagi tanda rimas,
“sebab kami menarik?” jawab seekor ikan betina disitu sambil tersenyum manja,
Aku geram lalu mengambil getah dan melestik ikan tersebut,
Ahhh,tak kena pulak…ikan betina tadi cepat berenang dan ketawa puas dapat mengenakanku,
Aku menjeling dan berlalu,malas mahu melayan ikan begitu,
Ohhh kawanku semua…
Sampai sekarang aku masih pening mahu menjawab soalan ini,
Kenapa kucing suka makan ikan????


sumber gambar: my.opera.com

"Setelah aku menangisi bangsaku, kini aku mahu keadaan harmoni semula...semasa aku beli pokok sireh itu, aku jaganya dengan baik,tapi tetap ia mati juga...tapi entah bagaimana tiba-tiba melalui pohon yang sama ia tumbuh semula...dan kini ia semakin berkembang dengan sihat...begitulah hidup...selepas kematian, ada kehidupan..."

8 comments:

Puisi malam: jangan risau, tiba masa aku akan pergi..arghhh...cerita sedihla pulak!

23:06 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: kerrick.deviantart.com

"Aku lihat dunia...aku pandang langit dan mengeluh...wahai langit...manusia sudah tidak harmoni...apa yang perlu aku lakukan?aku lalu terduduk dan menangis bersama bumi..."

haiii...
baru saja mahu berpuisi,
mengeluh pula aku malam ini...

haiii...
mengeluh lagi...
berapa panjang lagi jalan aku ini,
aduhai...
walaupun umur aku muda,tapi aku letih...
aku nak berehat,tapi bila aku bangun tidur,
aku tahu aku perlu bekerja lagi dan lagi,
impianku menjadi penghijau bumi masih belum dipenuhi,
aduhai...
ohhh aduhai...

aku sungguh tak bertenaga malam ini,
aduhai...oh apekkk aduhai...
adakala kau lebih mulia dimataku...


sumber gambar: samtherainbowfairy.blogspot.com

"Ohhh manusia...kenapa kamu tak pernah nampak apa yang aku nampak...tak mengapalah, janji kamu semua bahagia...jangan risau, tiba masa aku akan pergi dan tak perlu menyemak di hadapan mata kamu semua lagi..."

6 comments:

Puisi gila: ohhh lihat sana!

09:13 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: layoutsparks.com

"Mari kita berjalan sesuka hati di dalam kegelapan hati...kamu semua tahu? mari sini aku mahu beritahu satu rahsia...di dalam kegelapan hati, ada sesuatu yang sangat berharga tau...penjaganya iaitulah apa yang mereka gelar syaitan...wuuuuu~~~"

Ada yang memintaku ceritakan sesuatu,
sesuatu yang berilmu,
aku tergelak,
apa yang telah aku nukilkan selama ini bukan ilmu?
hehe...
tafsirkan makna ilmu jika benar kamu orang yang bererti...
jangan berkata sesuka hati,
wahai saudara...

jika kamu tidak kenal permata,
aku beri kamu permata,
pada fikiran kamu akankah permata itu kamu kenali?
fikir sedalamnya baru bersuara,
itu petanda orang bijaksana...

jika kamu tidak tahu menilai mutiara,
aku beri kamu manik,
nescaya kamu tertipu dengan helahku,
aduhai....jangan begini wahai saudara...
selagi hayat dikandung badan,
belajar mendalami sesuatu barulah hidup punya erti...

aku muda,
mana layak berkata pada mereka yang lebih tua,
beginilah kata kamu...
bagiku andai budi bahasa dan adab sopan dijaga teliti,
hamba sekalipun mampu berkata kepada sultannya...
bukankah begitu?
atau kamu punya pendapat yang lebih agung?

sekalipun aku muda umur setahun jagung,
jalanku bukan semudah yang kamu fikirkan,
ahhh tak perlu peduli semua ini,
kita semua manusia sama sahaja,
takdir yang terjadi biarkan terjadi,
asal saja kita belajar dan tak kesitu lagi....
itu lebih mulia dan lebih insani...

salam sejahtera wahai rakanku semua...
maafkan aku buat kali ini,
berkata sinis ego sekali,
sengaja memanaskan pagi yang sejuk ini...

sumber gambar: fanpop.com

"berundur jika kamu takut berjalan disini...jalan ini sangat bahaya...hanya untuk mereka yang berani...hehe...ohhh lihat sana!"

3 comments:

Puisi si nilam mawar: jangan pernah takut akan kegelapan...

09:08 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: yannieroxxx.deviantart.com


"Selalunya aku suka menyimpan mahkota diriku...terkadang saja aku memilih untuk memakainya dan memperlihatkan pada semua...tetapi pabila keadaan manusia sudah melampau, aku akan turun sambil memakai mahkota itu..."


setiap yang berlaku punya sebab,bukan sengaja semuanya terjadi...

ini adalah satu hakikat yang memalukan,
dan juga menyakitkan,

bagi sang pendosa ia ibarat menerima hukuman yang hina,
bagi sang pencinta ia ibarat berada di syurga inderaloka,
sebuah syurga yang menjadi duduk letaknya sang pencinta,
yang punya hati umpama permata..
berkilau tapi diam tak berkata...
hanya menanti jauhari datang menilai harganya.

aku rela ditinggalkan oleh manusia yang tak mengerti,
dari merayu mereka datang dan duduk disini,
kerana apa yang ada padaku tidak layak mereka perhati,
jauh lagi dari merasai,
kerana haruman bunga itu rahsia tidakkan mampu mereka ketahui,
jika hati dipenuhi debu-debu lama yang masih lagi tidak dicuci.

aku sering saja mahukan kebaikan untuk semua manusia didunia ini,
tetapi jika budi bahasa masih tak mahu diperbaiki,
rasakan kutukanku kerana memang layak ia menjadi makanan setiap hari,
aku mengutuk bukan sesuka hati,
semuanya punya sebab yang tersendiri,
kutukanku bukan pada realiti,
tapi di dalam hati demi menjaga semua hati,

maafkan aku wahai semua manusia didunia ini,
bukan niatku memarahi,
tetapi sudah aku tetapkan bahawa diriku ini,
paling tak suka marah kerana sekali aku marah aku bukan diriku lagi,
kata-kataku selalunya cepat saja menjadi realiti,
malah aku paling takut marahku bertukar jadi murka dan bakal merosak karma kamu nanti.

maafkan aku sekali lagi.

sumber gambar: themetaphysician.com.au


"Kegelapan selalu menyelimutiku...dan di dalamnya aku tenang...jangan takut akan kegelapan...kerana kegelapan selalu saja mengajar kamu erti berani..."

0 comments:

puisi pagi: bonda...masih wujudkah puteri kemboja itu?

08:51 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: besiwaja.blogspot.com

"ceritakan padaku kisahnya sekuntum bunga...sekuntum bunga namanya kemboja...warnanya putih ditengahnya kuning..."

kata ibunda angkatku,
ditengah-tengah itulah puterinya...
warnanya kuning dan haruman itu datangnya dari dia,
selagi kemboja putih itu wangi,
maka puteri itu ada di dalamnya...
aku lalu bertanya,
siapa tuan puteri itu?

mari kesini dan dengari ceritaku,
suatu masa dahulu ada seorang perempuan,
kerana terlalu sukakan bunga kemboja,
setiap hari kuntuman bunga kemboja diselitkan di rambutnya,
sehinggakan baunya semerbak jauh pergi,
untuk setiap malam,kuntuman bunga yang telah dipakai diletakkan di atas sebuah dulang,
bunga itu disusun manis satu persatu,
kemudian sebuah lilin dinyalakan ditengah-tengahnya sebagai penuntun jalan,
dulang penuh bunga kemboja putih itu lalu dihanyutkan disebuah sungai ditepi rumahnya,
hendak dijadikan cerita maka hanyutlah dulang itu ke hulu sungai sana,
disana adalah tempat berdiamnya seorang putera raja yang suka berkelana,
pabila saja ternampak dulang itu maka diambilnya dan disusun disebuah laman,
hari ke hari begitulah ceritanya,
sehingga ke satu masa,
perempuan itu teringin mahu tahu kemana dulang itu pergi,
maka diikutlah kemana halanya dulang itu hanyut,
akhirnya tiba di sebuah rumah ditepi sungai,
dan terkejutlah perempuan itu pabila ternampak ratusan bunga kemboja disusun cantik,
disekelilingnya terdapat lilin yang dinyalakan menjadikan laman itu penuh seri,
tidak lama kemudian muncullah seorang putera sambil tersenyum...
mereka jatuh cinta lalu hidup bahagia selama-lamanya...

sumber gambar: noieizan.blogspot.com

"aku lalu bertanya kepada bonda angkatku, "bonda...masih wujudkah puteri kemboja itu?" bonda hanya tersenyum dan mengangguk lalu mengusap lembut ubun-ubunku..."


0 comments:

Puisi pagi: jika aku katakan ini gambar puteri gunung ledang,kamu percaya?

08:48 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: zazzle.com

"Bila mencari sesuatu,pastikan kamu kenal 'wajahnya' dulu...barulah bijaksana namanya..."

pagi begini aku mahu bercerita,
ya sekadar coretan pagi,
begini,
tempohari ada seorang makcik mencari orkid,
aku pun menunjukkan rumah orkid,
aku kata padanya itu...
tapi yang peliknya muka makcik itu berkerut,
aku tanya mengapa?
dia kata "mananya orkidnyeee?"
aku pula pelik,
lalu aku tunjukkan buat kedua kali,
"itu...itulah orkid..."
makcik itu masih pening-pening lalat,
aku geram lalu aku duduk disebelah kawanan orkid,
dan aku tersenyum manis,"makcik,ini semuaaaa orkid..."
makcik itu kata..."ohhhh..."
aku sudah mula faham situasi ini,
makcik ini tak kenal orkid,
tapi dia mencari orkid,
sejenak aku berfikir,
jika aku katakan bunga heliconia itu orkid,
pasti makcik ini percaya,oh bahaya,memang bahaya...sikap begini sangat bahaya...
peratus untuk ditipu hidup-hidup sangatlah tinggi mencapai awan,
jadi apa pengajaran cerita ini wahai semua kawanku sekalian???

sumber gambar: fineartamerica.com

"jika aku katakan ini adalah gambar puteri gunung ledang,kamu percaya?kenali sifat,baru kamu tahu siapa orangnya...jangan melilau sesuka saja..."


2 comments:

Puisi pagi: Aku sangat tegas soal ini.

08:53 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: kirawinter.deviantart.com

"Kad ini semua aku sudah tidak peduli, aku cuma mahu bermimpi...tolong selesaikan semua ini untukku...aku mahu tidur..."

dunia.dunia.dunia.
kali ini aku mahu mengeluh tentang dunia.
wahai dunia,aku nak tidur.
wuuu...teruklah begini.
dunia kata siapkan kerja dulu.
sha la la in the morning...
oh lagu ini memang sedap.
tapi aku mengantuk.
biskut kacang ini memang sedap.
tapi maafkan aku kerana aku memang mengantuk.
oh tolong ini kunyahan terakhir.
walaupun mengantuk makan tetap kena diteruskan.
kerana aku perlu bekerja keras hari ini,
dhada,hakuna matata...hakuna matata...
bersihkan segalanya di tepi pasu itu...ok kakakku?haha
eh sebentar,hakuna matata itu apa?

sumber gambar: fanpop.com

"Aku paling menyampah jika mimpiku diganggu...aku sangat tegas soal ini...siapa ganggu aku akan sumpah jadi biskut kacang ataupun naget ayam."


7 comments: