puisi malas: seorang kesayangan pernah berpesan...mesejnya lebih kurang begini...

21:30 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: conceiveeasy.com

"aku suka menulis...tapi sebagai penulis, aku perlukan masa menyerap segalanya disekelilingku untuk aku lontarkan di dalam penulisan...aku suka lontarkan apa yang aku rasa di dalam kehidupan ini untuk diabadikan sebagai satu arca seni yang tersendiri...dunia sekarang terlalu dambakan sesuatu yang segar..."

aku tunduk sambil menulis sesuatu...
ada orang memanggilku dan aku tenungnya lama...
wajahku lemah...
tiada sebarang kata-kata terkeluar dari bibirku,
cuma aku sampaikan melalui cahaya di mataku sahaja...
"ada apa..." ujarku di dalam hati ketika memandangnya...
dia seolah faham dan menggeleng kemudian berlalu pergi...
begitulah aku selalunya...
perkataan aku lontarkan di dalam hati saja dan aku pancarkan mesej melalui mata...
"maaf..." itulah ayat yang aku lontarkan perlahan...
buat masa ini aku tak mahu diganggu dan berkata tentang apapun...
aku...
aku mahu bersendirian...
maafkan aku...
nukilanku kebelakangan terlalu terkeluar dari garisan yang seharusnya...

sumber gambar: 3dworldmag.com

"seorang kesayangan pernah berpesan...mesejnya lebih kurang begini...sekarang bukan masanya kita sibuk bercerita siapa kita di waktu dulu...tetapi sekarang adalah waktu membentuk siapa kita di waktu hadapan..."

8 comments:

puisi sang puteri: tarian itulah seni pertahankan diri kemegahan bangsaku, MELAYU...

06:22 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: beinspiredbylinabazzalin.blogspot.com

"seni pertahankan diri bangsaku sebenarnya berupa tarian jika benar kamu teliti...tarian punya dua maksud...kamu persembah dan lagi satu kamu pertahan...bukan pertahan apa, cuma pertahankan kepercayaan kamu saja...oleh kerana itu pukulannya bisa kerana tenaga itu datang dari dalaman kamu..."

aku berjalan...
lalu sekejap aku pandang langit...
aku senyum dan duduk berteduh kerana terlalu panas...
aku kebawahkan sedikit topi buat penghalang haba panas suria sana,
aku senyum sinis kerana terfikirkan satu perkara...

"senjata"

ahhh...manusia semua fikir itu material saja...
manusia fikir dengan senjata senang saja mahu tundukkan yang lain...
dangkal...

jarang sekali dalam dunia aku lihat manusia yang benar2 faham apa itu senjata...
senjata jangan diberi pada monyet,
habis semua orang ditembaknya...
tak kira apa tembak sajaaaa....
wahhhh hebat...
kalau aku kata mereka bodoh pasti mereka marah...

bagiku,
manusia yang hebat adalah manusia yang benar faham maksud senjata...
ia beri kamu kuasa pertahankan diri...
iaitu bertindak hanya bila diserang...
jangan sesuka hati kamu gunakan ia seakan mainan tangan...
apa kamu ingat dunia ini ayah kamu yang punya...

ohhh sebenarnya tujuanku menulis puisi buat kali ini belum tersampai...
sebenarnya aku mahu ceritakan...
bahawa bila kamu punya senjata,
simpan...
dan gunakan bila perlu saja...
jangan kesana kesini megah dengan senjata terhunus ditangan...
sarungkan dan sisipkan dipinggang,
itu sudah mencukupi...

ada lagi...
jangan kamu sangka senjata kamu yang terhebat sekali di alam semesta,
sehinggakan kamu mencuba tikam segala di depan mata,
kamu bukan kelihatan hebat bahkan memalukan saja,
kerana sikap itu terlalu kebudakan jika kamu benar teliti setiap inci perkara,
tiada ribut, tiada angin kamu tiba-tiba rasa perkasa,
maka tolong wahai pembaca selendang kuning,
gunakan akal dan jadikan hati sebagai paksi akal itu menari...
barulah layak digelar pahlawan melayu sejati...

sumber gambar: melialissa.blogspot.com

"walaupun aku punya senjata, aku lebih suka gunakan ia untuk menari saja...tetapi di dalam tarian, aku sentiasa peka pada sekeliling dan tidak lalai...tarian itulah seni pertahankan diri kemegahan bangsaku, MELAYU..."



4 comments:

Puisi malam: aku lalu bangkit walaupun penuh luka disetiap sisi...

00:55 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: theladiesfeed.wordpress.com

"bila aku lemas, seakan magis ada seseorang juga merasakan benda yang sama...cuma dalam suasana yang berbeza..."

"pernah tersebut...janji sangat lama...yang terikut-ikut pun tetap lalai jua..." -Tidak lama lagi; Imran Ajmain-

aku duduk termenung sambil mendengar lagu ini...
berulang kali...
"tidak pernah puas ku curahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."
mendengar ini aku hanya tersenyum...
lalu ingatanku terimbau pada suatu pagi yang hening...
disebuah kedai kopi bersama seorang teman rapat...

ketika itu hatiku sedih pedih mengenang sesuatu...
dia bertanya mengapa wajahku muram...
aku memandang wajahnya sekilas dan hanya tunduk menggeleng...
wajahnya serius dan terus membakar sebatang rokok buat penyejuk hati...
aku tidak dapat menipu diriku sendiri bahawa ketika itu hatiku sedih...
tanpa aku sedar airmataku menitik pada meja makan..
dengan pantas aku meminta maaf dan terus berlari ketandas untuk membasuh muka...
keluar saja aku senyum seolah tiada apa-apa...
dengan muka berang, dia faham dan menarik aku pergi kasar...
selepas dari itu aku sudah lupa apa yang terjadi...
oh sebenarnya aku perlu lupakan ini semua untuk terus tegak berdiri...
jika tidak pilihan aku yang terakhir adalah MATI...

sumber gambar: goodreads.com

"pernah suatu masa setiap pagi aku sambut hariku dengan satu ayat..."tuhan, aku mahu mati..."..entah kenapa tuhan masih mengasihani aku dan berikan aku nyawa sehingga kini...aku lalu bangkit walaupun penuh luka disetiap sisi..."


3 comments:

puisi burung hantu: percayakan aku dengan rela, kerana aku tidak suka kepercayaan yang memaksa...

14:50 puteri jalanan a.k.a annur 34 Comments

sumber gambar: eternal-dream-art-deviantart.com

"jangan salah anggap kehadiranku disini...aku cuma mahu ceritakan apa yang aku percaya di dalam kehidupan ini...jika kamu rasa kamu benar,teruskan...cuma ingat, kita semua cermin antara satu sama lain...percayakan aku jika kamu mahu, jika tidak, pergi saja dan cari jalan kamu sendiri, tapi ingatlah kita semua tetap satu..."

jangan pernah lari dari akal logik.
apapun yang kau percayakan pastikan ada bukti pada realiti,
jangan terbang dan melilau sesuka saja,
takut nanti kau terjatuh ke lembah yang kau sendiri tidak tahu dimana ia,
dunia atas sana tiada jalan yang tetap,
kau boleh kekiri atau kekanan tanpa ada yang halang,
tapi ingat,
sekali kau terjatuh pasti sakit.
dengar kataku,
pasti sakit.
walaupun aku bergelak tawa,
tapi sebenarnya aku seorang yang serius dan tak bermain2 dalam kata-kataku.

sumber gambar:hdwallpapers4desktop.com

"aku berjalan di dunia maya ini dengan membawa cahaya di tanganku, ikutiku atau tidak, terpulang pada kamu...percayakan aku dengan rela, kerana aku tidak suka kepercayaan yang memaksa..."

34 comments:

Puisi si kuning: adanya kami disini adalah untuk mengajar kamu semua cara bersukaria yang sebenarnya....

23:57 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments


sumber gambar: free-hdwallpapers.com
"bila aku berkata, orang bilang aku main-main...tapi mereka tak tahu bahawa aku sebenarnya sedang serius dalam ketawa...bila aku ketawa,mereka tak tahu bahawasanya aku tak pernah lupa tujuanku..."

petang  semalam,
aku duduk dan termenung di sebelah anak bos ku,
selepas berborak aku terasa bosan pula,
aku terus berlari menuju ke pohon kemboja putih,
aku menjingkit kaki dan memetik sekuntum bunga,
aku senyum dan duduk kembali di bawah pohon besar tadi,
aku lalu memusingkan bunga kemboja itu dan menilik2 di tengahnya,
mana tahu kan ternampak tuan puteri kemboja disitu,
lalu aku katakan,
“kak,cube tengok kat dalam bunga ni, dalam tu ada puteri kemboja tau...dia duduk dalam warna kuning tu...”
“yeke,mana?” dia pun melayan sahaja kerenahku...
“itu...dia tengah menari...selagi bunga ni berbau harum,puteri tu selalu ada...”jawabku dengan muka tak bersalah...
“betulke?” dia bertanya seolah tak percaya...
“betul...mak akak yang kata aritu...”ujarku lagi,
Dia pun mengangguk setuju...
Aku hanya tergelak di dalam hati...
Seorang lagi...
Ya, seorang lagi kena tipu....heheh...
Siapa mangsa yang seterusnya?
Kamu yang sedang membaca puisi ini mungkin?hahaha...
Oh,maaf ya! Kadang aku memang terlalu nakal...inilah perangaiku yang sukar aku ubah sejak dulu...

Lamaaa dahulu...wuuuu~~~ jom menari!

sumber gambar: www.gamingcapacity.com

"adanya kami disini adalah untuk mengajar kamu semua cara bersukaria yang sebenarnya...bibir kamu mengukir gelak tawa, tapi hati kamu sentiasa sedar dan fokus pada tujuan...gelak tawa kami sebenarnya satu amaran bagi yang sedar siapa kami yang sebenarnya...kami satu-satunya warna yang paling benci kemarahan...kerana kami tak kenal marah, kami cuma kenal murka...yeyeh..."

1 comments:

puisi mengarut: kini aku datang untuk membangkitkan kembali rahsia itu...

06:39 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments

sumber gambar: deviantart.com


"biarkan aku menjadi si lembek yang dilindungi semua...kerana aku tak mahu sesiapapun tahu apa yang aku fikirkan...biarkan aku dan bunga sendiri-sendiri saja...sampai masanya aku akan ajari kamu apa itu bunga dan mengapa aku terlalu asyik dengannya...disitu ada rahsia yang telah terkubur sejak aku mati dahulu...dan kini aku datang kembali untuk membangkitkan kembali rahsia itu..."


"bunga itu rahsia diriku,Nur...tanpa harumannya aku akan mati..."-Puteri Cahaya-
-


selagi lembu diberi rumput,
monyet dikalungkan bunga,
biawak menelan sisa sambil mendabik dada,
melatalah sang durjana konon tahu segalanya...
tidak merasa dikatakan dosa?
tidak melihat pahala pula?
dimana silapnya?
diisi atau kulitnya?

-nukilan usang manusia terasing-

sumber gambar: eureka48.deviantart.com

"aku sukakan gambar ini, tolong jangan tanya kenapa, kerana aku juga tidak tahu jawapannya...begitulah hidup...kita sukar mentafsir mengapa dan kenapa kita sukakan itu, tertarik pada ini, minatkan perkara itu, ia seolah tiada jawapan dan akhirnya jadi persoalan yang tak berpenghujung...sedangkan semua yang kita suka adalah kod-kod rahsia yang menyimpan satu maklumat penting tentang siapa kita yang sebenarnya dan apa tujuan kita di atas dunia ini..."





"tangkap aku jika kau mampu,sayangku....haha"


10 comments: