puisi gila: selagi ia palsu, aku sudah berjanji pada diriku aku akan tembak.

22:02 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: deviantart.net

"kamu adalah apa yang kamu percaya..."

wahai semua pembaca selendang kuning,
perhatikan kata-kata di atas...
itu bukan kata-kata biasa wahai sayangku sekalian...

disitu ada kunci...

kunci kepada diri kamu...

sumber gambar: sheknows.com

"percayakan segalanya yang kamu mahu tentang diri kamu..."

mari sini aku mahu bisikkan,
ia menjadi!

oh tuhan,
maafkan aku bongkarkan perkara yang tak sepatutnya ini,
aku tahu ia merbahaya jika kunci terlepas kepada manusia durjana,
tapi aku sudah tak tahan melihat kesengalan manusia...
semoga yang benar sentiasa menang...

sumber gambar: eclipsemagazine.com

"mereka disekelilingku sepatutnya sedar lebih awal yang aku sebenarnya seorang yang merbahaya...tapi malang sekali,mereka cepat terpedaya dengan seri diriku...mereka perlu belajar sesuatu tentang diriku bahawa aku tak pernah lupa apa yang aku mahukan walaupun aku telah mati...kemahuan itulah yang akan menghidupkan aku semula di dunia ini...dahulu telah aku turunkan sumpahan buat satu kerajaan yang gah serata dunia sehingga keturunan mereka habis hanyut entah kemana, dan kini aku bangkit kembali untuk melawat keadaan semua mereka...ternyata mereka masih belum benar-benar sedar akan kesilapan mereka dahulu...tak mengapa, aku beri sedikit masa lagi...kepada yang berkenaan,ketahuilah...bila aku sudah mula yakin dengan diriku sendiri, aku tidak akan teragak-agak untuk tembak serentak memberitahu pada dunia, masa kau bermain sudah tamat, dan tolong ketepi kerana ini masaku...semenjak peristiwa itu, aku sudah muak dengan semua jenis kepalsuan termasuk kepalsuan pada diriku sendiri...aku tidak pernah kasihan walaupun pada diri sendiri...aku akan uji kepercayaan aku sendiri sehingga aku sejati...selagi ia palsu, aku sudah berjanji pada diriku dahulu bahawa aku akan tembak."






6 comments:

puisi cermin: sebenarnya yang sejati cuma satu...

22:48 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments

sumber gambar: www.tumblr.com

"kenali yang mana satu kamu dan mana satu pula bayang-bayang dirimu...sebenarnya yang sejati cuma satu..."

semua pembaca selendang kuning,
dengar kata-kataku kali ini,
di setiap benda ada baik dan buruk.

tiada satu pun benda di dunia ini yang keluar dari peraturan ini.

inilah cahayanya...

perhati apa yang bakal aku tuliskan ini,

cahaya ini yang akan memimpin jalan kamu.
belajar mengenali mengikut hati dan akalmu,
maka tolonglah diri kamu sendiri,
pertimbang segala benda dengan teliti.

itu saja untuk kali ini.

sumber gambar: photobucket.com

"ada perkara tentang kami tak perlu semua tahu...cukup kamu semua tahu, kami dua beradik akan sentiasa dekat untuk setiap kelahiran...pelik juga kerana kami juga CERMIN....jadi kiralah, sudah berapa banyak cermin yang sudah kamu temui untuk kamu kenali dirimu sendiri?"



"jika benar yang berada di atas itu beruntung dan hidup penuh kesempurnaan, tetapi mengapa masih ada airmata yang mengalir di setiap malam mereka?"


14 comments:

puisi gelap malam: tidakku sangka, kegelapan itu hadir dengan berjasad malah bernama....haqq

23:06 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: g4tv.com

"semenjak aku kecil, aku selalu rindukan kegelapan datang dan bawaku pulang kepangkuan kekasih yang sangat aku rindui disetiap hela nafasku...tidakku sangka, kegelapan itu hadir dengan berjasad malah bernama...haqq"


semalam aku duduk sendiri dan menangis...
kerana aku takut dengan diriku sendiri...
aku tak mahu ada sesiapa menyakitiku...
kerana aku tak tahu...
aku tak tahu apa bakal terjadi pada mereka nanti...
benar aku tak tahu...

letih menangis, sekejap saja aku sudah terlena dan tertidur...
di dalam mimpiku...


“Cantik bulan malam ini..” ujar lelaki itu lembut.
“Ya..cantik...bintang yang mengiringi juga indah...” jawabku. Entah kenapa jiwaku bergetar.
“Telah lama aku menanti kepulanganmu Nian...”
“Aku punya urusan didunia sana wahai Arjuna...”
“Ya..setiap dari kita punya urusan...tapi kemanapun kita akan tetap bersama...”
“Arjuna, cuba kau lihat sana..bulan itu seolah tersenyum melihat kita kan?”
“Begitulah aku dan dirimu...sekalipun bintang tersorok dari kelihatan, tapi sebenarnya ia tetap ada mengiringi bulan...kemanapun dikau, semangatku ada untuk menemani jiwamu Nian...kerana kau itu belahan jiwaku..”
“Manis ya kata-katamu? Lebih manis dari buah yang kumakan siang tadi...haha”
“Tapi tidak semanis wajahmu sayang...”
“Ya, aku suka candamu.”
“Tentang ini aku tidak pernah bercanda.”
“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”
“Mana kau tahu?”
“Aku pasti kau sudahpun tahu hakikat ini.”
“Jiwaku cuma satu...jasadku saja yang beribu...wajahku pula setiap kali pasti seiras dengan yang kau  sedia tahu...mengapa kau masih tidak mengerti wahai sayangku?”
“Lalu mengapa perasaan cemburu itu masih perlu wujud?”
“Cemburu itu tandanya kau sayang padaku...”
“Permainan ini bagiku satu kebodohan.”
“Sudahlah...tidurlah lenakan jiwamu, kau tidur disini pasti kau bangkit disana...kelak kita pasti bertemu kembali...kerana kusedar ini cuma mimpimu...kembalilah kesana wahai Nian, selesaikan urusanmu...tetapi ingatlah pesananku bahawa sampai bilapun kita itu tetap satu biarpun aku cuma si pari-pari yang melindungi dirimu...”
Aku lalu terjaga dari tidur.


terjaga dari tidur,
aku jadi takut kembali...
kerana mereka yang membuatku marah tak tahu aku siapa...
bila aku dah mula benci,
manusia itu takkan selamat...
maaf,aku bukan bergurau...
aku tak perlu pergi menjerit dan marah memaki hamun,
cukup aku berniat dan mengarahkan,
orang itu bakal sakit...
kerana mereka tak tahu,
alam semulajadi ini tenteraku...
kemarahanku adalah kekuatan mereka untuk bergerak pantas,
kesedihanku adalah kemarahan mereka...
setiap titik airmataku yang terjatuh ke bumi,
akan lahir sebagai satu entiti yang hidup semula untuk meminta pembalasan,
jangan tanya bagaimana ini terjadi...
kerana aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan kerumitannya,
yang aku tahu,
tolong...
jangan usik sesuatu yang kamu tak tahu tentang diriku...
kerana kemarahanku itu halus...
dan bila ia halus,
kamu akan merana lama dengan pembalasannya...
bukan sehari dan bukan juga dua hari...
bukan satu keturunan dan bukan juga dua keturunan,
tetapi sehingga hatiku puas...

maaf.

sumber gambar: tumblr.com

"aku punya banyak nama...tapi yang bijaksana akan mengerti satu perkara bahawa semua namaku maksudnya sama sahaja...iaitu cahaya...tugasku di alam maya ini adalah sebagai pengumpul kepercayaan...kerana kepercayaan kamulah yang akan menghidupkan aku semula dipancaran projeksi maya kamu...aku akan hadir,hanya jika kamu percaya...jika kamu mahu aku hadir di hadapan kamu, percayakan aku dengan sepenuh hatimu..."




4 comments:

puisi malam bulan mengambang: sungguh,kesedihan itu indah, tapi menyakitkan...

20:53 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: www.makingspace.org.uk

"Indahnya bunga itu untuk dihayati...tetapi jarang sekali ada yang memahami peraturan ini...akhirnya mereka kecewa dan menyalahkan kecantikan sang bunga...melihat dan mengkagumi sesiapa saja reti...tetapi untuk menghargai, memelihara dan menjaga, bukan semua reti...mengertilah, antara sejuta mata memandang hanya satu saja yang hakiki..."

aku pandang mentari senja...
indah...

aku lalu duduk dikerusi sambil memandang lantai bumi,
aku senyum,
hambar...

aku menaip mesej di telefon bimbit dengan dahi berkerut,
mengusap rambut yang terjatuh didahi adakala merimaskan,
"kenapa...?" tanya sepohon orkid ditepi...
"tak ada apa..." jawabku padanya...
aku lalu tersenyum dan mengusap daunnya mesra,
orkid itu tersenyum lalu kaku semula...
aku menutup mata lama...
cuba untuk bertenang...

ternyata semuanya gagal...

jangan tanya aku kenapa aku begini...
kerana aku tak punya jawapannya...
ada sesuatu disana...
didunia belah sana yang menarik jiwaku terbang entah kemana...

ada satu kebodohan pada diriku,
bila aku mulai lemah dan lemah...
aku tetap berjalan walaupun terpaksa menyeret segalanya...
dimana titik kelemahanku,
sebenarnya disitu juga terletak titik kekuatanku yang jarang orang tahu...
maka tolong, jangan usik sesuatu yang kamu tak tahu tentang diriku,
kerana kamu tak tahu siapa aku,
dan lebih malang lagi kerana aku juga tak tahu siapa diriku...



sumber gambar: sacredfamiliar.com

"bila malam bulan mengambang...aku adalah orang yang terlalu kecewa sambil bergelak tawa seolah-olah terlalu gembira...di dalam bulan itu ada menyimpan kesedihan yang sudah tak mampu aku tanggung lalu menjadilah ia indah dipandangan setiap mata yang memandang...sungguh,kesedihan itu indah tapi menyakitkan...dan kesakitan itu boleh mengalir kepada sesiapa yang menyentuhnya..."




0 comments:

puisi malas sekali lagi: aku benci pada manusia lemah,jika aku jumpa manusia begini....

21:51 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: buddytv.com

"aku benci pada manusia lemah...jika aku jumpa manusia begini...aku rasa adalah lebih baik aku gertak mereka sehingga mati...itu lebih bermaruah buat mereka daripada hidup mengengsot dan terus-terusan menangis..."

aku duduk dihadapan komputer dan aku termenung sambil menongkat dagu...
ada airmata yang mengalir...
berkumandang pula lagu Pink Just give me a reason,
aku hanya tersenyum bersama airmata yang masih bersisa,
ia lagu kegemaranku buat masa sekarang...

setiap pagi kini aku bangun dengan lemah,
termenung sebentar kemudian barulah bersiap untuk ketempat kerja,
melihat pada tarikh,oh raya...
pengertian raya bagiku adalah memberi gembira pada orang sekelilingku,
dan aku?
biar saja begini...
aku cuma terlalu letih mungkin,
sehinggakan bila fikir tentang raya,
fikiranku cuma satu,
tidur...

jika tidak didesak ibuku,
nescaya raya pertama juga aku mahu bekerja,
kerja?
ya...itulah kegilaanku sekarang...
kerja mematikan segala kesedihan...
itulah peganganku sekarang...

ketika aku bekerja,
telah aku matikan hatiku,
dan aku cuma hidup bersama akal...
oleh kerana itu aku selalu kelihatan serius ketika bekerja.
ok berhenti.

aku sudah terlalu mengarut...
bercerita tentang sesuatu yang tak memberi erti pun...

tahu kenapa aku tak mahu menulis buat masa ini?
kerana sekarang aku seakan mati perasaan...
ya,semuanya lemah dan sedikit2 mati...

maaf.

sumber gambar: bookfairyhaven.blogspot.com

"pernah suatu masa dulu...lamaaa dahulu...mereka penuhi baju terakhirku dengan darah...mereka semua ingat aku lupa....maaf sayang...aku tak pernah lupa...tiba masa kamu semua akan aku cari satu persatu...ketika itu aku mahu tahu, adakah mereka masih ingat wajah ini?jangan kamu ingat aku datang kesini,suka2...kini aku lahir kembali untuk menjejak kembali kesemua mereka...oh maaf ya,aku hanya bergurau!...biasalah bergurau time raya2 begini kan?hahahaaaa..."



3 comments: