puisi petang: dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?

17:54 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: 4loveimages.blogspot.com


"bila kau terjatuh, jangan cepat melatah...bangun dan senyumlah...dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?"

"hidup adalah satu perjuangan mempertahankan apa yang kau percaya."

ayat ini sungguh konflik,bukan?
jika semua orang mempertahankan apa yang mereka percaya,
aduh,
boleh porak peranda dunia jadinya...

yang bergaduh, teruskan bergaduh,
dendam tak habis hingga tujuh keturunan,

yang lena dibuai hiburan indah,
teruskan lena tak mengapa biarkan dunia pusing segala,

yang mengambil kesempatan,masih giat mengadakan rancangan,
bagaimana untuk menguasai bumi bertuah nusantara ini,

yang bercinta teruskan bercinta,
katanya dunia milik kita,

yang bekerja teruskan bekerja,
menyuap anak bini dirumah yang menangis perlukan dana,

yang berfikir teruskan berfikir,
sehingga manusia lena dalam zikir,

lalu wahai semua manusia,
dalam kesibukan kita semua mempertahankan apa yang kita percaya,
adakala kita perlu pertimbangkan beberapa perkara.

ahhh,aku setuju pada satu pendapat,
adakala kita perlu tunduk pada kepercayaan manusia lain,
bukan kerana dayus,
tapi kerana kesatuan dan hormat menghormati sesama insan.
dengan berpegang kepada satu kefahaman,
bahawa kepercayaan itu tidak statik dan ia boleh berubah-ubah.

dan,
aku bukan sesiapa pun di dunia ini,
cuma mungkin seorang yang tuhan anugerahkan sifat tak berhenti berfikir,
sehingga aku olah segala macam persoalan diri menjadi satu puisi yang sepi,
untuk diabadi sebagai satu karya seni bahasa yang mungkin tak dipersetujui,
oleh sesetengah manusia yang masih ego untuk memahami,
jiwa manusia seperti kami.

kerana kau tahu,
memahami jiwa manusia lain adalah satu penyelesaian,
kepada banyak masalah zaman kini.

ohhhh,terlalu bersepah puisi aku kali ini,
maaf ya.


sumber gambar: bajiroo.com

"mungkin apa yang kau percaya hari ini, akan menjadi sesuatu yang kau tentang di hari esok, siapa tahu kan?...ini semua kerana manusia adalah satu makhluk yang sering berperang dengan kata-katanya sendiri di dalam satu arena yang bernama takdir..."

4 comments:

puisi bosan: manusia yang bermaruah adalah manusia yang...

14:57 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: people.ucsc.edu

"setiap orang akan lakukan kesilapan...manusia yang bermaruah adalah manusia yang bangun hadap masalah sendiri, tak pernah mengalah dengan setiap cabaran hidup...dan akhirnya bangkit menebus maruah lama yang pernah terhempas oleh kerana kesilapan sendiri..."

pernah suatu masa ada seseorang datang dan katakan padaku,
"aku mahu mati..."
aku jeling.
dia kata lagi, "tiada guna hidup kalau sedih tak habis2..."
aku jeling buat kedua kali sambil menghirup air tin perisa teh kundur kegemaranku,
dia lalu pelik dan bertanya,"aku nak mati, kau tak rasa papa ke?"
aku pandang wajahnya sekilas dan jeling buat ketiga kali,
lalu aku katakan,
"pergilah mati...dunia ni memang dah sesak dengan orang macam kau...buat salah sendiri,sendiri sedih,lepas tu sendiri rasa nak mati..."
dia buat muka bengang dan mengambil batu dan dilempar ke bawah bangunan tinggi itu.
aku lalu bangun dan berjalan dengan muka selamba,
dia kejar lalu ketawa melihat tingkahku...
untuk hari itu aku berjaya selamatkan seorang perempuan yang beriya-iya mahu membunuh diri.

sebenarnya aku sudah muak dengan perangai begini.

maaf semua,kisah ini cuma rekaan semata-mata.

sumber gambar: starwall.info

"dunia ini sibuk...manusia di dalamnya juga sibuk uruskan hidup masing-masing...maka kau perlu pandai uruskan diri kau sendiri...manusia cuma suka lihat kau hebat dan berjaya tanpa mereka mahu ambil tahu apa kesusahan yang telah kau hadapi...hidup memang kejam kan?tapi mengertilah...tuhan itu ada untuk mendengar setiap tangisan kau..."


3 comments:

Puisi basi: mari sini aku beritahu satu rahsia kehidupan...

13:52 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: meriyatrra.com

"dunia beribu dunia, dunia kupilih namanya gembira..."

untuk hari ini,
aku mahu menulis lagi,
dan menceritakan apa yang aku rasa kepada dunia,
ohhh dunia dan seisinya,
aku gembira...

inilah jeritan aku kepada semua manusia...

apapun yang kau hadapi,
bergembiralah,
kerana mentari datang untuk membawa cahaya...

wahai kakakku tersayang,
kau itu aku ibaratkan seperti mentari,
dan aku cahayamu...

mari kita biarkan semua manusia mencaci dan mendengki kita,
dan kita tetap bahagia jalani hidup bersama-sama...

"ku petik bintang,untuk kau simpan, cahayanya terang, berikan kau perlindungan, 
sebagai pengingat teman, juga sebagai jawapan semua tentangan..."

biar mereka datang dan menghalang kita,
kita tetap maju kedepan dan bergelak tawa bersama,
bernyanyi bersama2 alam semesta,
dan memberi khabar gembira kepada mereka,
ohhh kini kami datang!

manusia datang dan mencaci seolah mereka itu siapa saja,
tapi tak mengapa,
kerana kini kami datang!

oh kakakku,
aku akan sentiasa menjadi bayang-bayangmu...
jangan pernah takut hadapi kehidupan,
tabah dan sentiasa senyum...
jadilah ibu yang terbaik,
sayangi mereka, peluk mereka dan terimalah maaf mereka,
"ma...adik mintak af ye?"
"ma...pais mintak af ye?"
hehe...

semoga hidup kita semua tetap bahagia...

dan

semoga kita menjadi patung yang tetap tersenyum,
walaupun kita dipatah-patahkan oleh mereka yang dengki melihat kita...

inilah doaku buat hari ini...

sumber gambar: fanpop.com

"ketabahan itu menginspirasi...sekalipun kita sedih, bangkit dan berilah semangat kepada mereka yang lain...kita senyum pada dunia, dunia pasti tersenyum pada kita semula...mari sini aku beritahu satu rahsia kehidupan, dunia kita semua berbeza biarpun kita duduk di bumi yang sama, jadi binalah keindahan di dalam dunia kau sendiri, hiasilah ia dengan kasih sayang...sayangi mereka di sekeliling kamu, dan kau pasti menjadi orang yang paling bahagia di dunia..."


0 comments:

puisi mengantuk: pekerjaan utama kau adalah bunuh semua yang palsu...

15:16 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: fanpop.com

"kepercayaan adalah berhubungkait tentang kau dan dirimu...pekerjaan utama kau adalah bunuh semua yang palsu..."

Kepercayaan.
Setiap dari kita mempunyai kepercayaan sulit,
Yang tak mampu kita terangkan pada manusia lain.

Rumit.
Itulah rahsia kepada setiap apa yang kau nampak di hadapan matamu,
Di setiap kejadian punya prosesnya yang tersendiri.

Proses.
Proses yang rumit itulah magis setiapnya,
Kalau kau tahu titik asas setiap segalanya,
Kau adalah manusia terkaya.

Kaitan.
Setiap satu perkara punya kaitan sesamanya,
Dan kaitan itulah kerumitannya.

Aku.
Dan aku sedang cuba setiap hari,
Keluarkan apa yang tersimpul difikiranku.

Maaf.
Maaf jika ia bukan seperti yang kamu semua harapkan,
Kerana aku adalah bebas,
dan tak mahu tersangkut ke dalam pemikiran sesiapapun ketika aku sedang menulis.

Kerana.
Kerana aku adalah aku.

Dan.
Dan sekarang aku mahu menyanyi sebuah lagu dari cerita puteri impian,
Bulan menyinari di angkasa~~~oh,tolong sambungkan,
Kerana aku lupa liriknya...sebenarnya sekarang aku sedang mamai.

tadi aku bermimpi putera idamanku,
oh mana dia pergi ni?


sumber gambar: fanpop.com

"ketika aku sedang bermimpi indah, aku tak suka dikejutkan apatah lagi disuruh menulis...oh putera idamanku, tunggu aku datang~~~ohh maaf semua, aku perlu sambung tidur balik..."



4 comments:

puisi pagi: kau itu kuat, kenapa asyik mengaku diri itu lemah?

11:36 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: picsaypro.com

"kau itu kuat, kenapa kau asyik mengaku diri itu lemah? dalam hidup kau punya pilihan untuk jadi kuat ataupun lemah, lalu kenapa kau pilih lemah? sikap itu sangat melemaskan tahu tak..."

untuk pagi ini aku mahu beritahu,
bahawa jika kau digoda ataupun diuji,
kau jangan salahkan syaitan yang merasuk atau mereka yang menggoda,
kau salahkan diri kau sendiri,
itu lebih bermanfaat,
kalau kau salahkan syaitan yang merasuk,
bermakna kau menidakkan keupayaan diri kau untuk berbuat keputusan,
kau lemah sebagai seorang manusia,
dan manusia yang lemah adalah makanan,
makanan bagi makhluk yang kuat,
ohh makhluk itu tidak semestinya kuat dan benar-benar kuat pun,
hanya kau yang lemah...

mari sini aku ajarkan,
untuk menjadi raja kepada diri kau sendiri,
kau perlu tegas,
berani berkata tidak,
bila manusia seluruhnya mengajak kau berkata ya,
kau patut berdiri tegak diatas keputusan diri kau sendiri,
manusia itu semua adakala cuma ujian tuhan buat dirimu,
maka tak perlu hiraukan jika hati kau sudah bertekad,
tolong jangan jadi lembek dan melembekkan orang lain,
aku tidak suka mereka yang punya kepercayaan yang lembek,
yang bila kawan mengajak itu dan ini,
dan ia pergi jauh dari prinsip hidup yang kau pegang,
kau terikut seolah kau itu hamba si dia,
bila kau perlu berkata tidak,
katakan tidak saja,
tak perlu banyak cerita.

hidup kau susah asyik dipujuk itu dan ini,
semua kerana salah kau sendiri,
yang tak pernah mahu mengajar manusia lain,
tentang prinsip hidup kau sendiri.
kau biarkan kau hidup di atas kemahuan dan pujuk rayu orang lain.
kalau kau lelaki,
tolong pergi ke jabatan pendaftaran negara,
dan tukar nama kau menjadi polan BINTI si polan,
kerana itu lebih bermaruah,
dan jika kau perempuan,
tolong jadi kuat dengan apa jua jenis godaan yang merosak,
kalau aku mampu pasti kau juga mampu.

aku hormat pada mereka yang berpendirian.

maka tolonglah diri kau sendiri,
untuk lepas dari belenggu yang kau hadapi.

sumber gambar: 3dsmax.tutorials

"lepaskan diri kau sendiri...kau perlu kuat kerana hidup ini adalah perjuangan kau sendiri...adakala penjara itu buatan tangan kau sendiri..."

3 comments:

Mimpi ngeri: kau bangun sekarang!

13:22 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: id.wikipidea.org

"mimpi ngeri mampu mengejutkan kita dari tidur yang lena."

aku ditarik kasar ke bilik air.

"Arghhhhh"....sebaldi air tersimbah kebadanku.
Aku terkejut dengan muka berang dan kesejukan.
Siapa yang berani sungguh mengejutkan aku dengan cara yang sungguh keji sebegini,
dia...dia rupanya dewi Kali yang cukup dikenali sebagai dewi gila.
oh tidakkkkk....

"Kau bangun sekarang!"

aku memegang dinding bilik air dengan muka penuh kesedihan,

"Tolonggg..." rayuku sambil tangan terseret jatuh ke lantai bilik air.

"Ape tolong-tolong hah?aku nak kau bangun ke alam realiti sekarang!" wajah bengis itu memegang rambutku dan menarik aku kasar menenggelamkan kepalaku ke dalam kolah besar itu.

blup-blup-blup.

Aku hampir lemas. Mungkin 3.2 saat lagi aku akan mati.

"Kalau kau taknak bangun, aku tarik nyawa kau sekarang!!! tak guna pun kau duduk kat bumi ni! tau tido dan bermimpi je!" bentak dewi gila itu lagi bersama lidahnya yang terjelir dan mata besar yang merah menggila.

"Okey2, aku bangun!" jeritku bersama tangan yang terhayun-hayun menggapai kakinya minta dikasihani.

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur bersama bantal peluk ditepi. Aku bergegas untuk mandi menyegarkan diri. Mimpi tadi benar buat aku trauma.

sumber gambar: flickr.com

"Mungkin keadaanku sekarang cerminannya begini, kesejukan setelah lemas dalam mimpi yang sangat indah buatanku sendiri...alam mimpi adalah alam tanpa batasan, disetiap pintu punya ceritanya tersendiri...adakala ia dicipta dengan penuh realistik sehingga kau tak sedar rupanya kau sedang bermimpi..."

0 comments:

puisi malam: adakala berfikir juga aku tak mampu...

20:26 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: vampire-zombie.deviantart.com

"jangan salah sangka kerana aku juga manusia biasa...bukan semua masa aku suka berfikir...adakala aku juga termasuk di dalam kalangan yang suka mengikut rasa yang membuak berbanding berfikir dengan waras...dan aku rela dibenci kerana itu, bilamana aku sudah mula letih dengan segalanya..."

pernah suatu masa dahulu,
aku membayangkan berjalan di satu kawasan yang sangat sejuk,
disitu tiada sesiapa,
yang ada cuma aku yang kesejukan...

dan kini seseorang bawa aku ke kawasan itu,
sama seperti anganku dahulu,

dan kawasan itu,
benar dingin,
kerana pembawanya juga dingin...

ada sesuatu tentang diriku yang tak ramai tahu,
dan mungkin pembawa itu juga tak tahu,
bahawa aku,
sungguh tak tahan dengan dingin.


sumber gambar: notisme.deviantart.com


"dingin itu buat aku beku tidak bergerak...adakala berfikir juga aku tak mampu..."


0 comments:

puisi rindu: jika kau perhati dengan jujur, pasti kau mengerti bahawa...

13:55 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: surrealist.co.uk
"adakala aku keliru...jika kita ibarat bawang yang mana penuh lapisan menyelimuti diri...jadi siapa sebenarnya kita...kerana jika sampai pada akhirnya kau itu tetap lapisan...akhirnya aku mengaku bahawa falsafah ini sebenarnya mudah...di lapisan manapun bawang tetap bawang...kau dikenali kerana lapisan-lapisan itu semua, maka tak perlu nafikan keberadaan setiap satunya..."

untuk hari ini aku kesini,
dan bertegas untuk kesini hari ini,
semata-mata untuk mengucapkan salam ulangtahun buat sebuah kawasan usang,
kawasan usang yang telah memberi banyak kesan kepada diri kami dan juga untuk sesetengah orang,
disitu terlalu banyak pertemuan dan perkenalan kembali berlaku,
pertembungan ideologi,
pertembungan ego,
dan juga pertembungan emosi berlaku,
segalanya membantu kami untuk berubah dan terbang,
terbang mencari diri sendiri,
kearah yang berlainan antara satu sama lain,
tetapi sebenarnya tetap di dalam ruang bumi yang sama,
yang rapat terus rapat,
dan yang jauh makin menjauh,
masa adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan,
ahhh jangan salahkan masa,
kerana itu sememang tugasnya...
dan kita semua akan tetap berjalan...
kearah yang sebenarnya kita mahukan sama ada kita sedar ataupun tidak...

sekian.

sumber gambar: taod.blog.com

"hidup umpama larian...kita berlari dengan sepenuh hati ataupun tidak...diakhir nanti kita tetap akan sampai...jika kau perhati dengan jujur, pasti kau mengerti bahawa walaupun kau berlari dengan sepenuh hati ataupun tidak, letihnya sama sahaja..."

2 comments:

puisi kaku: terkadang aku membayangkan jasadku adalah kaku seperti ini...

19:30 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: goser212.blogspot.com
"semenjak kecil aku seorang yang kerap termenung memikirkan tentang rahsia kehidupan...sehingga aku menjadi seorang yang bersendiri dan kurang berteman...cuma segelintir saja yang mampu berdampingan denganku..."

sementara ada waktu ini,
aku terlalu ingin berkarya,
tentang sesuatu yang dapat membantu diriku dan diri kalian,
kerana aku adalah manusia yang cepat terkesan dengan sebuah karya,
kerana itu aku sebenarnya adalah seorang yang suka membaca,
aku seorang yang cepat bosan,
jadi selalunya selepas membaca aku cepat lakukan perkara lain,
berlama-lama dengan sesuatu cepat buat aku jadi tak tentu arah,
aku mahu sesuatu yang baru,
sesuatu yang segar.
sememangnya aku tak mampu duduk disatu tempat terlalu lama,
ia sangat menyebalkan...

seseorang yang sangat mengenali diriku,
dia tahu fitrah aku yang satu ini...
dan dengan kefahaman dia bebaskan aku untuk cari apa yang aku mahukan,
walaupun aku tahu dia sakit...
setiap apa yang aku lakukan kerap kali merisaukan hatinya,
kepada dia aku mahu beritahu,
yang aku adalah seorang yang sangat pandai menjaga diri,
tak perlu risau...
aku adalah seorang yang tahu bangun sendiri jika aku terjatuh,
pasti kamu semua tertanya, siapa dia?
aku cuma mampu mengaku,ya aku sudah punya seseorang...

kepada kamu semua,
apa yang telah aku nukilkan di selendang kuning ini semua ada maksud,
bukan sebarang aku berkata-kata...
baca dan fahami dengan hati yang terbuka...
setelah itu jalani hidup kamu sebagai seorang manusia yang teguh dan berpendirian,

aku tidak pernah minta kamu semua balas atas apa yang telah aku berikan,
cukuplah kamu menjadi seorang manusia yang hebat dan gagah dipersada kehidupan,
itu sudah memadai bagiku...
salam sayang dariku...

sumber gambar: creoflick.net

"terkadang aku membayangkan jasadku adalah kaku seperti ini...dan bila aku diisi maka aku akan bergerak...setelah tugasku selesai, jasadku kembali kaku semula...kita ini boneka kepunyaan yang esa..."

6 comments:

puisi sang puteri: mari baca apa yang kami fikirkan...

18:26 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: favim.com

"ramai orang dengki dengan kami kerana semenjak dari dahulu hidup kami penuh dengan tuah...apa saja yang kami buat, mereka semua selalu tak perasan...jika perasan pun mereka tak mampu pegang kami...oh maaf, aku cuma mahu beritahu pada dunia,jom semua kita berkawan...ops!"

dahulu,
aku cuma pemerhati,
selalu memerhati,
dan aku sememangnya seorang yang suka memerhati,
bersama satu air tin dan keropok aku akan duduk di hadapan komputer dan memerhati,
sehingga satu masa kami berpakat...
berpakat untuk membina sebuah kawasan di dunia maya sini hanya untuk orang-orang seperti kami,
selalunya kami adalah dikalangan mereka yang dibenci masyarakat...
kerana kami akan sentiasa menentang apa yang kami tidak suka,
dan selalunya apa yang kami tidak suka adalah sesuatu yang lari dari garisan,
kami berpakat membina satu kawasan untuk kami beritahu dunia apa yang kami rasa,
apa yang kami fikirkan...
kami mahu bangun dengan berani,
tanpa ada rasa ketakutan lagi terhadap dunia,
rasanya ada salah faham disini,
sebenarnya kami bukan takut dengan dunia,
kami cuma takut dunia berantakan dengan spiritual kami,
jadi kami tahan dulu apa yang kami rasa,
bila tiba masanya,
kami semua akan keluar,
satu persatu kekhalayak ramai,
dengan berani dan penuh bangga pada diri...
dan aku salah seorang dari mereka,
aku takkan sekali2 biarkan kawan-kawanku semua,
takut dengan diri mereka sendiri...
dan kepada kawan-kawanku semua,
kalau kamu takut,
mari,berpaut padaku.


sumber gambar: camphalfbloodroleplay.wikia.com

"dalam senyap sebenarnya aku dulu seorang yang begini...aku suka belajar tentang apapun...fikiran aku tidak tertakluk pada sesuatu saja...aku akan buka buku dan belajar tentang apa saja yang aku suka...begitu juga dengan kamu, jangan takut untuk selidiki apa saja yang kamu minati..."

2 comments:

puisi sang puteri: kerana bak kata seorang kesayanganku,di dunia ini hak kita semua sama...

18:20 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: 123rf.com


"bila aku tahu rahsia sesuatu perkara, aku akan mulakan ujiannya pada diriku sendiri...jadi kamu semua tak perlu risau...aku adalah bahan eksperimen pertama untuk setiap penemuanku..."

sudah lama aku mahu ceritakan tentang ini,
tentang....
idola...

cuba kamu semua perhatikan,
apa ciri-ciri seorang idola...
padaku satu...
iaitu yakin.

mesti kamu semua pelik kenapa tiba-tiba aku bangkitkan soal ini,
dan sesiapa benar kenal diriku tahu yang aku seorang yang serius,
walaupun dalam tawa...

kamu tahu...
apa pentingnya idola...
ikutan...
ya,ia akan menjadi ikutan ataupun ikon...

nampak mudah ya...
tapi bukan semudah yang kamu sangka,
kerana ia memberi impak yang besar pada semesta,
ikon ibarat satu medan magnet yang menarik ramai pengikut disekeliling mereka,

ilmu ini penting,
ya,mengkaji tentang selok belok ini penting...
kerana jika kau mahu mengubah semesta,
kau perlu manipulasi setiap idola yang ada...
barulah kesannya hebat...

senang cerita,
kau ubah kepala setiap sesuatu persatuan,
zaman dahulu juga sama bukan,
kamu mahu tangkap sesuatu negara,
tangkap rajanya dahulu...

ok,berbalik kepada tadi,
bagaimana memanipulasi seorang idola,
adalah dengan cara kau menjadi idola kepada ramai idola...
dan apa rahsia seorang idola,
yang paling penting,
kau yakin.
kau yakin dengan setiap apa yang kau buat walaupun ia kelihatan seperti si bodoh,
mari sini aku mahu terangkan,
zaman kini si bodoh selalu menjadi idola si pandai,
kau nampak?
jadi jangan terkejut kemana arah bumi kita sekarang,
jadi kini aku mahu mengajar si pandai supaya menjadi si bijak,
jangan lagi diperbodohkan oleh mereka yang bodoh,
jika kau mahu dunia berubah,
bangun dan jadilah idola,
tapi ingat syaratku,
hati kau mesti suci.

itu saja untuk kali ini.

sumber gambar: weheartit.com

"yakini diri...kau akan nampak kesannya nanti...percaya kataku jika kau mahu dunia kau berubah...mereka yang berani selalu menang bukan kerana apapun,kerana ketakutan mereka yang penakut...kerana bak kata seorang kesayanganku,di dunia ini hak kita semua sama..."



0 comments: