puisi malam: dengan senyuman itu dia asyik menari...

21:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: shameet.wordpress.com


"sekalipun perempuan itu melihat bulan terbakar, aku pasti ketika itu hatinya sebegini malap kerana kasihnya pada seseorang...kerana bagiku hati adalah rumah kita yang abadi..."


hari ini aku mahu ceritakan perihal seorang perempuan,

wajahnya aneh.
gaya solekannya keras.
senyumannya sinis.
aku tahu dia menyimpan satu dendam,
tapi dia cantik.
disatu lorong aku lihat dia merangkak.
sekejap dia berhenti dan duduk bersimpuh,
kukunya yang panjang dialunkan lembut.
dengan senyuman itu dia asyik menari.
kemudian dia merangkak kembali.
pandangannya keliling dunia.
entah apa yang dia cari aku pun tak tahu.
aku fikir niatnya mahu memberontak.
dia berhenti lagi dan duduk bersimpuh.
langsung dia menari seperti tadi.
kemudian dia berbaring di peha ibundanya.
dia mengalah dari terus memberontak kepada siapa entah aku tak tahu.
hatinya syahdu lalu dia memerhatikan bulan sambil mengingati kekasih hatinya,
entah bagaimana,
bulan itu terbakar,
belum sempat bulan itu hangus,
bulan itu berpusing seolah mengelilingi tempat dia berdiam,
manusia semua gempar.
dan perempuan itu terusan hairan melihat kejadian itu,
tak lama lepas itu bulan itu jatuh ke bumi,
dan tergolek-golek di hadapan matanya,
jatuhnya ia seakan manik,
tak sampai beberapa saat,
mataku terbuka.
aku terkejut dan terus mengusap muka minta diampunkan segala dosaku.

begitulah ceritanya.

sumber gambar: smh.com.au

"seingat aku beginilah kukunya..."

0 comments:

puisi malam: apapun,tolong jangan menilai aku,tapi nilailah diri kamu sendiri...

20:48 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: best-wallpaper.net

"di bilik kecil itu, aku teruskan dengan impianku...pada mereka aku cuma pemimpi...pada mereka aku cuma si bodoh sepi...pada mereka aku cuma sang pemuisi dan tak siapapun peduli...ahhh,apa saja sangkaan mereka...kerana aku adalah aku, dan aku punya caraku tersendiri untuk hidup di atas bumi ini...untuk mereka yang mendengki, ini perutusanku, mari kita berkawan...jika tak mahu, teruskan dengan kedengkian itu, aku tak perlu risau kerana setiap dari kita berjalan di atas karma kita sendiri..."

perlahan aku menyauk ikan kecil di kolam,
aku perhatikan beberapa ikan timbul...
mati.
ya,ikan itu mati.
aku mengeluh lagi.
aku perlu guna cara lain,fikirku.

tak mengapalah,belajar daripada kesilapan.
begitu bisik hati kecilku.

aku lalu mengambil makanan ikan dan aku taburkan kepada mereka semua,
eh,berudu.
aku senyum.
banyak betul berudu disini, asyik mereka bermain bersama ikan semua,
adakala aku lihat mereka seolah menyamar menjadi ikan kecil.
hidup memang begini,
ruang yang ada selalu direbut demi sebuah kemandirian.
demi sebuah kehidupan.
semua orang mahu hidup,
semua orang perlu hidup,
manusia bunuh membunuh kerana mereka semua mahu hidup,
setiap dari mereka berasa sangat keperluan untuk menang.
siapa yang menang mereka yang akan kekal,
itu sangka mereka.

pada filasafat mereka,
bumi ini tempat untuk mereka yang menang.

dan kau yang sedang membaca,
jangan tanya apa pula filasafat aku,
kerana aku lain,
aku ini tidak tetap,
mungkin hari ini aku si singa,
esok aku menjadi si kucing pula,
sifat yang panas baran adakala mudah bertukar menjadi manja,
diriku tidak tetap,
aku bisa menjadi sesiapa saja yang aku mahu.

satu kesukaran dalam menjadi satu diri yang teguh,
adalah mengawal.
mengawal sifat supaya seimbang kiri dan kanan.
aku tak mahu menjadi si lembek yang dipijak,
tetapi aku juga tak mahu menjadi si jahat yang memijak,
kalau kamu tanya aku mahu menjadi apa,
ini jawabku,
aku mahu menjadi si jahat yang memijak si jahat yang derhaka,
kerana aku adalah penjahat yang taat.
aku berbuat jahat kerana disuruh.
aku disuruh untuk menumpaskan mereka yang derhaka itu,
jadi aku sangat yakin aku adalah seorang penjahat yang dimaafkan.
kerana hanya permata mampu memotong permata,

mungkin salah pemikiranku itu,
mungkin juga betul,
apapun,tolong jangan menilai aku,
tapi nilai diri kamu sendiri,
itu lebih bermanfaat untuk kita semua,

buat masa ini,
itu kepercayaan aku,
mungkin esok lusa ia akan berubah,
mungkin juga esok lusa aku masih dengan kepercayaan itu,
malah makin teguh,
aku tak tahu,
kerana aku adalah seorang yang dipandu,
oleh satu kuasa tertinggi yang aku sangat hormati.


sumber gambar: 123rf.com

"menghormati alam dan seisinya adalah satu pelajaran wajib bagi bangsaku...kerana mereka semua kini sedang dilanda satu penyakit yang serius...iaitu,mengambil mudah setiap satu ciptaan tuhan...dan kini aku datang untuk membantu bangsaku...dengan cara apa, biarlah rahsia..."


2 comments:

cerita mengarut lagi: tangisanku berupa makhluk...sekali ia menitis...

21:48 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: deviantart.com

"satu kelebihan diriku, bila aku berbicara, orang mudah percaya...setiap kali aku bicara, mereka selalu tersangkut di dalam sangkaan sendiri...dan aku? teruk sekali kerana kadang2 aku juga selalu percaya apa yang aku bicarakan...mari sini aku mahu ceritakan...permainan magik selalu bersangkut paut dengan psikologi...kamu percaya maka ia wujud, kamu tak percaya maka ia tak wujud...eh,semudah itu?ya!"

aku pandang kiri.
pandang kanan.
dicelahan pohon juga aku teliti,
tiada.
eh?

bayang2 hitam tadi terus bermain sorok2 denganku...

hehe...

sudah beberapa hari aku lihat kelibat lembaga itu.
kejap dia berlalu dibelakang,
kejap ditepi,
kejap melintas dihadapan.

fikiranku yang nakal terus berpusing laju.
aku agak selaju rollercoaster atau mungkin lebih laju.

aku ambil beberapa ramuan rahsia dan aku gaulkan bersama beberapa bacaan,
aku tiup dan aku gaulkan...

aku berjalan sekitar taman dan cuba mengesan dimana kelibat itu pergi,
aku tutup mata dan cuba melihat menggunakan mata hati.

sekejap.

dia disebelah kiri aku sekarang,
aku tersenyum,
bersama segenggam ramuan rahsia,
tanganku bergerak laju menebar segalanya.

nah!

terkena saja ramuan rahsia itu,
lembaga itu kaku dan sedikit demi sedikit muncul ke alam realiti.

aku tanya dengan muka serius.

"kau siapa, dan buat apa disini?"

dia diam.

"tunggu, aku ada satu lagi cara buat kau terus lenyap dari sini." ujiku sambil mematahkan ranting kayu dan terus berjalan pura-pura angkuh.

"sekejap! aku penjaga disini..." ujarnya.

aku berpaling,aku angkat kening dan mula memandangnya keatas dan kebawah. Fikiranku berputar laju dan cepat saja aku buat keputusan.

tak sampai 5 saat.

"mari, kita buat satu perjanjian." ujarku sambil tanganku berpusing dan serta merta leher lembaga itu terjerut.

"baiklah..." jawabnya takut2 sambil menahan kesakitan.

cerita tamat.

ps: maaf, ini hanya kisah rekaan semata-mata.tolong jangan percaya.hehe.

sumber gambar: www.swap-bot.com

"tangisanku berupa makhluk...sekali ia menitis, maka ia akan hidup dan terus hidup untuk mencari mangsa...kegembiraan pun tak mampu halang dia...kecuali seseorang..."

4 comments:

puisi seribu malam: pesanan buat bangsaku...

21:23 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar: apathtospirit.blogspot.com

"di taman itu aku menari...bersama pari-pari yang rumahnya kuntuman bunga-bunga harum...dan pengalamannya aku titipkan disini, khas untuk kalian semua kesayanganku..."

entah berapa lama aku tidak kesini.
tidak pula aku kira.
sebenarnya terlalu banyak aku mahu tulis,
tapi dilarang.

ya,dilarang.

oh,sebenarnya aku sedang kecewa dengan sesuatu.
tapi aku seorang yang lebih suka fokus
daripada memikirkan perkara yang remeh temeh.
padaku,capai tujuan dulu,
benda remeh itu kemudian.

aku seorang yang cepat.
dan sangat benci pada mereka yang lembap.
benci pada sesuatu yang tidak bertujuan.
bila aku lihat seseorang aku cepat menangkap,
dan aku tahu mereka orang yang bagaimana.

dan aku.
aku mencari mereka yang fokus.
walaupun ramai yang memanggil aku 'funny girl'
tapi bagi sesiapa yang benar kenal diriku,
mereka tahu aku seorang yang sangat fokus.
kerana bagiku bila menyimpang,
maka jalannya lambat.
sedangkan aku perlu cepat.
masa aku di dunia ini sudah hampir tamat.
aku perlu balik sebelum dia.
itu janjiku.

dia?
dia tujuanku.
dia yang aku tunggu selama ini.
dan dia?
tak mahu berjumpa denganku dikehidupan ini.
mungkin tak merestui turunnya aku kesini.
entah, aku tak tahu.

asyik dia sahaja, rasanya elok berhenti bercerita soal dia.
sebenarnya aku kesini untuk menyampaikan pesan.
pada semua pembaca selendang kuning,
supaya fokus.
fokus pada tujuan hidup kamu.
dan pada sesiapa yang masih mencari diri sendiri,
teruskan,
tiada sesiapa yang mampu bantu,
jika kau tak mahu membantu dirimu sendiri,
kerana kaki yang melangkah itu kepunyaan kamu,
kehendak itu,
kehendak kamu.
kerana dia itu kamu.

manusia semua sibuk.
kau perlu berdikari,
tolong wahai semua pembaca selendang kuning,
jadilah pohon yang besar dan mampu meneduhkan makhluk lain,
jangan jadi seperti lalang,
yang dilihat sebagai rumpai dan merosakkan keindahan taman,
hiduplah sebagai seorang manusia yang bermaruah,
jika mereka boleh pasti kau juga boleh,

kepada semua yang masih terbang,
tolong turun ke bawah dan hadap semua realiti,
jika aku mampu,
pasti aku buang semua ilusi palsu di hadapan mata kamu semua.
tapi buat masa ini,
ini yang terdaya aku lakukan,
aku cuma mampu merayu,
tolonglah diri kamu sendiri,
berhenti minta dikasihani,
tapi mulakan hidup dengan penuh maruah.

hentikan sikap "tolonglahhhh..."
tapi gantikan dengan sikap...."ya...ada apa...boleh saya bantu?"

tangan diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah.

dan aku,
aku mahu bangsaku bangkit,
bangkit semula menjadi bangsa yang bermaruah,
bangsa yang disegani,
bukan bangsa yang dibenci,
apatah lagi dikasihani.

kerana ia,
ia sangat memalukan.

sungguh!

bodoh sekali itu baik.
bodoh kedua kali itu tidak mengapa masih boleh belajar,
bodoh ketiga kali itu masih dapat dimaafkan walaupun pahit,
bodoh keempat kali?
lebih baik mati.

jika kamu bertanya padaku tentang "survival" bangsaku,
ini jawapanku.
aku rela bangsa aku mati bunuh diri jika hanya hidup minta dikasihani.
kata aku kejam tak mengapa,
tapi bagiku maruah bangsa itu nombornya satu.



sumber gambar: climx.deviantart.com

"cinta? tak mengapa, disana saja..."

5 comments: