puisi pagi: hidup adalah lukisan tanganmu sendiri...

10:16 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: vinegaria.com

"hidup ini ibarat lukisan...jika kau lakukan sesuatu terhadap imaginasimu, lama kelamaan ia akan menjadi kenyataan...imaginasi yang tepat dan teliti adalah rahsia kepada penciptaan..."

semenjak kecil,
aku adalah seorang yang sukakan cabaran.
cabaran buat diriku rasa hebat.
cabaran mengajar aku yakin dengan setiap apa yang aku lakukan.

tentang masalah pula,
aku tidak berapa suka bercerita lama tentang suatu masalah,
padaku masalah itu tiada apa.
manusia suka merumitkan segala masalah yang mereka ada.
pada mereka masalah itu satu bala yang besar.
tapi padaku masalah itu satu kemeriahan dalam kehidupan.
masalah akan sentiasa datang dan pergi,
masalah selalu datang bila kau adalah manusia yang penuh keinginan,
itu kau mahu,ini kau inginkan...
letih.
aku letih lihat manusia sebegini.
hidupnya seolah tak pernah cukup,
berhentilah bersikap sebegini,
aku yang melihat pun sudah letih,
inikan pula bahu yang memikul,
jika tuhan beri kau tali untuk teruskan kehidupan,
jangan kau ikat dirimu sendiri dengan tali yang diberi,
ia satu kebodohan,tahu?

ahhh,apa saja kamu semua manusia...
terlalu banyak masalah mudah kamu suka rumitkan.

kalau kau perempuan,
berhentilah,hidup yang rumit bisa buat kau cepat tua,
kalau kau lelaki,
berhenti juga,kerana lelaki yang suka merumitkan keadaan itu sudah hilang hampir semua kelakiannya.
sadis bukan?
kau tahu,lelaki yang cekap membuat keputusan termasuk di dalam ciri2 idaman wanita.
benar,aku tak menipu.

sumber gambar: blackpenandmagicmarkers.wordpress.com

"hidup adalah lukisan tangan kau sendiri...maka,lukislah sesuatu yang indah tentang dirimu...jangan sekat yang dalam itu untuk keluarkan seninya..."

You Might Also Like

3 comments:

Gill yakin kamu seorang wanita yang penuh kelembutan namun punya kekuatan kau yang lain dari wanita yang lain
*senyum*

hye Gill...errr Gill,rasanya komen itu untuk kamu...haha...annur hepy dpt teman2 maya seperti kamu...:D

apapun Gill,tq...