puisi petang: dan semangat itu selalu mengatakan...

16:19 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: flickr.com

"setiap kali semangatku gugur, aku selalu bertanya satu soalan pada diriku sendiri...adakah kau pasti semua ini abadi?sehingga kau sedih sebegini?lepaskan semuanya pergi...bantulah dirimu sendiri..."

sudah lama ya aku tidak kesini,
dan sudah tamat rasanya masa berhibernasi,
kini masanya aku cuba kembali untuk berpuisi.

tempohari aku sakit gigi.
bertemankan ilusi,
aku hilangkan semua rasa di hati.

oh,ini mengarut.
puisi tentang sakit gigi sangat memalukan,
ok aku cuba sekali lagi.

"di dalam semua keserabutan ini,
aku cuba untuk tenangkan diri,
nafas yang lama aku tukar menjadi lebih suci,
dan aku kembali ke alam realiti,
berhenti menjadi manusia ilusi,
dan bermula menjadi manusia yang berbudi,
pada alam dan bumi tempat aku berdiri,
kerana aku tahu diriku ini bukan begini,
sedangkan aku adalah manusia yang hilang memori,
pada janji lepas yang aku pernah ukiri,
tentang siapa diri dan bagaimana semangat ini datang menyelubungi."

padaku,semangat adalah sesuatu yang kau mampu untuk kawal naik turunnya.
terlalu banyak musibah yang terjadi pada diri kerana kau tidak jujur pada diri.
bila kau mampu,kau selalu katakan kau tak mampu.
hey manusia,jujurlah segala apa yang terjadi penyebabnya kau sendiri!
kau adalah penyaksi kepada setiap kesalahan yang kau lakukan.
tutup mata, dan arahkan salah itu pada dirimu sendiri.
dari situ,barulah kau akan bangkit dan hilangkan cela pada diri.
aku benci pada manusia yang kalah pada takdir buatan sendiri.

bangkit,dan ubati luka kau sendiri.
baru kau layak dipanggil manusia.

Maha Penyayangnya tuhan itu bukan bermakna kau akan dibelai setiap masa,

adakala Penyayang itu melalui pukulan2 bisa.
dan kau harus tahu satu perkara,
Tuhan cukup benci pada kebodohan.
datangnya Tuhan dalam bentuk syaitan adalah untuk menghukum semua kebodohan ini.


sumber gambar: sketchblogstars.blogspot.com

usahlah bercerita tentang kebenaran sejati,
aku muak jika ianya belum benar terbukti.
apatah lagi sekadar kata kosong yang tak punya erti.
malah 'rasa' pun kau tak punyai. 
kau hanya berkata tentang sesuatu yang tidak kau ketahui,
mana letaknya sifat malumu pada diri sendiri,
kau bergaya seolah seorang manusia suci yang datang dari syurga abadi,
sedangkan rupanya kaulah perosak yang tersembunyi.
tanpa sedikit pun kau sedari.

terlalu banyak yang kita tak mengerti tentang hidup ini,
tapi satu yang selalu aku ingatkan pada diriku sendiri,
jujur.

sumber gambar: outwalking.net

"untuk setiap hari aku rasakan terlalu banyak semangat cuba merasuki, tetapi aku percaya pada semangat diriku sendiri...dan semangat itu selalu mengatakan bahawa dikalangan semua manusia, aku itu tersendiri..."

"kata kekandaku si mayang sari, jika aku tidak menjadi diriku sendiri, satu hari nanti aku akan hilang dan tenggelam, yang tinggal hanyalah mereka...dan aku entah dimana..."

You Might Also Like

0 comments: