Tuesday, 18 February 2014

puisi gila: aku takkan menafikan kehadiran dia dalam diriku...


sumber gambar: wallmay.net

"ahhh,apa saja wahai tuhan...katakan...aku mampu...tapi tolong, sediakan segala keperluan untuk setiap lakonanku...dan satu syaratku, aku tak mahu tersekat di dalam setiap watakku, sediakan pelan untuk aku keluar dengan mudah daripada situ..."

aku kadang duduk termenung dan berfikir,
oh tidak,
ia satu kesalahan,
sebenarnya aku seorang yang selalu berfikir,
kerana sifat yang terlalu kerap berfikir,
buat aku rasa aku lebih gila daripada mereka yang ditafsirkan gila mengikut ilmu moden,
ahhh,ada apa dengan gila?
dunia sekarang dimonopoli oleh mereka2 yang gila,
mereka yang normal selalu saja dibuli dan diperbodohkan.

benar.
kalau kau seorang yang normal,
sebenarnya kau terdiri daripada golongan yang dipergunakan.
aku tidak menipu.
hanya mereka yang gila dalam menggunakan kurniaan akal yang diberi mampu menjadi raja dalam dunia,
kerana mereka berani memecahkan peraturan2 bodoh yang mengikat manusia,
peraturan yang dipaksa dan terpaksa kita terima,
aku tidak mahu ini,
aku tidak mahu fesyen mentaliti begini,
ia sangat bodoh.
ohhh,maafkanlah kerana kedegilanku.
bukan setiap masa aku begini,
terkadang saja bila aku sudah bosan dengan budaya ikut-ikutan,
budaya tak berpendirian yang memusnahkan keajaiban akal manusia untuk berfikir,
dan menjadikan manusia seperti robot2 palsu yang tuli,bisu lagi buta.
kerana kamu mahu tahu satu perkara?
adakala putih dan hitam itu kedua2nya salah,
ada sesuatu yang lebih atas daripada semua jalan itu.

apa ya aku repekkan pagi ini?
ohhh,lupakanlah...
ia cuma perasaan gila yang terkadang merasuk di dalam diri,
tak perlu risau,
aku masih mampu kawal segalanya...
cuma jika aku sudah tidak mampu kawal,
maafkanlah aku wahai dunia.
benar...ketika itu maafkanlah aku...



"sebelum kamu kata kamu meluat denganku,mari sini aku mahu beritahu bukan setiap masa aku sukakan diriku...adakala aku juga menyampah dengannya...tapi aku tahu kadangkala sifat jahat itu perlu...aku takkan menafikan kehadiran dia di dalam diriku...tuhan itu hebat dalam sifat syaitan dan malaikatnya..."


ps: penyanyi ni mereka sememangnya suami isteri...sweet kan?patutlah nampak mesra je dalam v/klip...ni annur ada amek gambar dorang kat tenet,ada banyak lagi sebenarnya...apapun annur doakan dorang bersama dan bahagia sampai bila2...semoga cinta mereka kekal abadi...:)

2 comments:

Anaknda Bertuah said...

Assalamu'alaikum... wah wah! semakin cantik berseri2 teratak Annur ni... Semoga berbahagia selalu hendaknya...
p/s : maaf kerana tak selalu dpt singgah sini... sibuk memanjang... hahaha...

puteri jalanan a.k.a annur said...

wsalam Ab,Ab apa khabar ya...annur pun selalu tak sempat round alam maya ni,selalu bukak utk kirim puisi dan teruskan buat urusan lain yg belambak...hehe...

terima kasih sudi singgah sini,jaga diri ya...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...