puisi malam: bebenang merah itu buktinya jika kau berani kaji...

21:08 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: pelfind.com

"apa yang kau nampak tidak semestinya yang benar...kerana adakala kau lihat mereka tua sedangkan mereka masih bayi dan mungkin juga kau lihat ia dewasa sedang ia sebenarnya sangat tua..."

Dunia dikuasai oleh mereka yang sedar,
Mereka yang sedar selalu diatas mereka yang tidak sedar,
Mereka yang sedar akan selalu digunakan oleh mereka yang tidak sedar,
Licik.
Benar,mereka yang sedar sangat licik dalam mempergunakan akal yang diberi,
Dunia sekarang kejam,
Kalau kau masih dengan pemikiran yang sempit dan berkeras tidak mahu berasimilasi,
Kau dan keturunan kau akan pupus,
Mungkin dalam beberapa generasi saja kau akan hanyut dengan arus semasa,
Dan menjadi hamba kepada para mereka yang bijak,
Ketika itu kau dan keturunan kau berada dalam satu neraka yang menyeksakan,
Dan diwaktu itu kau jangan menangis,
Kerana ia memalukan,
Benar,ia sangat memalukan,
Maka wahai bangsaku khususnya,jika kau tidak mahu perkara itu terjadi,
tolong bangun daripada tidur yang sangat lena,
dan pastikan bila kau bangun daripada tidur,
Kau adalah dikalangan mereka yang benar2 sedar di bumi mana kau sedang berpijak,
Kerana hanya mereka yang sedar adalah pemenang di dalam dunia ini.


sumber gambar: pelfind.com

"mari sini aku beritahu, asimilasi adalah satu penyamaran dan teknik survival yang sangat hebat...jika kau tidak mahu ditangkap oleh musuh pastikan kau bijak dalam penyamaran kerana melayu itu sangat universal...ia tidak pernah tertakluk dalam mana2 bangsa pun...dan kerana sebuah keyakinan dan ilmu yang mendalam, melayu mampu duduk di dalam mana2 jasad pun yang ia mahu demi kemakmuran dunia ini...bebenang merah itu buktinya jika kau berani kaji..."


You Might Also Like

7 comments:

Anonymous said...

salam tuan
kadangkala situasi tidak sedar itu mampu memberi kelebihan jika kita tahu meneroka...

-xie-

xie,sedar yang annur maksudkan tu bukan sekadar tersurat sahaja...sebenarnya lebih kepada tersirat...

tapi benar kata kamu menurut apa yang kamu faham dan alami...annur tak membantah...:)

Anonymous said...

yang lain tu faham maksud dan tersirat tapi pasal "bebenang merah"..tak tahu nak kaitkan pada apa
-lin-

lin,bebenang merah tu maksudnya dna...atau darah keturunan kita,yakni susur galur kita...ia adalah satu rahsia tentang siapa kita yg sebenarnya...

Anonymous said...

ooo... susur galur... mmg lin kaji pasal ni... makin lin tahu... makin berat bahu ni terase... makin kesal jiwa bila melihat ada benang yg lupa diri... makin runtun hati bila ada yg asyik menggadainya hanya kerana kuasa dan duit.

-lin-

Anonymous said...

sering aku fikirkn air mata nabi ibrahim...
sering ku terasa kesalnya hang tuah..
sering ku terbayang air mata para wali...
salam buat rasullullah dimakam yang tertinggi...

wahai benang yang berbaki dgn sedar dari Pencipta senyumlah dalam hatimu..walau mungkin bibirmu mengetap pilu.. -nil-

lin,jgn risau...benang2 yg lupa diri tu,nanti dia akan kembali...cuma timeline setiap manusia itu berlainan...