Saturday, 22 February 2014

puisi malam: dan padaku cinta itu cuma satu nombornya...

sumber gambar: fineartconnoisseur.com

"wahai lelaki...adakala cinta bukan seperti yang kamu fikirkan...cinta itu satu persetujuan dan kerelaan dua hati untuk bersatu dalam abadi...dan padaku cinta itu cuma satu nombornya..."

untuk malam ini izinkan aku berbicara tentang cinta...
tentang hati...
mencapai umur sebegini,
dikelilingi oleh para pasangan tampak bahagia,
buat aku sepi...
buat aku mula bertanya2 pada hati,
apakah yang aku tunggu lagi?

soalan itu buat aku diam,
maaf...
itulah perkataan paling sesuai buat mereka yang menunggu cintaku,
maafkan aku kerana aku sememangnya dingin bila disebut soal cinta,
jauh lebih dingin dari segala salju yang wujud di dunia,
lelaki bisa berbual denganku jika kena caranya,
tetapi bila mereka sebut soal cinta,
maaf...aku terpaksa minta maaf dan terus menghilang tanpa alasan pasti...
selagi boleh aku akan menjadi pengecut yang tak mahu hadapi hakikat cinta,
kerana ia sangat menyakitkan...
pernah ada lelaki yang menanyakan apa itu makna cinta padaku,
aku diam dan mukaku berpaling marah...
bukan kerana merajuk atau apa,
tetapi kerana aku benar2 marah.
ahhh,jika kamu mahu tahu kemarahan aku terhadap cinta,
cukuplah aku katakan lebih baik kamu berputus asa,
kerana kemarahan aku terhadap cinta jauh lebih dalam daripada apa yang kamu mampu fikir,
marahku pada cinta,
bukan kerana aku ditinggalkan...
ohhh aku tidak pernah ditinggalkan melainkan aku yang meninggalkan...
egoku cukup buat aku berlari pergi,
lelaki takkan mampu faham apa yang ada di dalam hatiku,
aku adalah seorang perempuan yang berani menghalau lelaki yang bagiku bodoh tak bererti,
kerasnya aku soal ini,
sudah terbukti banyak kali,
sehingga aku dihormati kerana pendirianku ini,
oleh kerana itu aku sentiasa katakan pada hatiku,
jangan sampai ada lelaki yang berani mendekatiku,
seri diriku bukan nilainya pada wang ringgit,pangkat atau apa saja kehormatan,
tapi hati...
dan aku sangat cerewet soal ini,
ohhh ketahuilah sebenarnya aku memang seorang yang teliti dan sangat cerewet,
cerewetnya aku dalam meletakkan standard di dalam setiap perlakuanku,
cerewetnya aku dalam memilih lelaki,
lebih cerewet lagi aku bila aku katakan sebenarnya aku paling suka sesuatu yang ringkas,
ya...ringkas selalu saja menjadi pilihanku...
kerana ringkas itu standard tertinggi bagiku,
ohhh terlalu banyak aku mengarut,
siapa saja sanggup baca semua ini,
sudahlah...
aku cuma mahukan lelaki yang mampu beri makna cinta yang aku cari...
itu saja...
ya,itu saja...

sumber gambar: imaginefx.com

"zaman kini terlalu ramai lelaki yang bodoh soal cinta...pada mereka cinta itu satu kepuasan nafsu yang tak berpenghujung...sebelum aku ludah kualiti lelaki begini, lebih baik mereka menjauh dariku..."




4 comments:

Anonymous said...

Adakala kehadiran hati lain yg menguji itu adalah ilmu dari Tuhan... Mereka mungkin menjelakkan jiwa tapi kejadian itu mendidik kita...

puteri jalanan a.k.a annur said...

:)

Anonymous said...

salam , kamu ini ringkas tapi kompleks di dalammu Nur.. interesting:)

Lost

puteri jalanan a.k.a annur said...

wsalam,terima kasih...

kamu pun apa kurangnya.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...