puisi malam: ia bulan yang sama...

22:12 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: freehdwalls.net

"apa yang kau mahu dalam hidup ini? percayalah kataku, kau berhak tentukan arah hidupmu sendiri...manusia bilang kau naif, tak mengapa...kerana masa akan mengajar kau segalanya...garis masa setiap manusia itu berlainan...tiada apa yang perlu ditakutkan...tak perlu rasa tergugat dengan setiap kritikan...teruskanlah berjalan dengan tenang..."

Pada suatu malam,
Ketika disapa lembut angin bayu,
Aku masih tegar merenung bulan itu.
Rambutku yang menyentuh dahi ku tolak perlahan,
Hatiku berdetik, “Ia bulan yang sama.”
Ya,bulan yang sama yang telah menyaksikan segala2nya dahulu...
Aku lalu fokus pada bulan itu sambil bertanyakan sesuatu,
Wajahku tenang bertanyakan perkara itu,
Bulan itu mengabur ditutupi awan lalu,
Aku mengusap muka,kecewa...
Aku gagal lagi.
Aku tunduk semahunya,
Tanganku aku genggam kuat,

Dan tanpa sedar beberapa titis airmataku jatuh kebumi...

sumber gambar: webneel.com

"ada sesetengah perkara lebih baik kita tak tahu...kerana adakala ia terlalu menyakitkan...walaupun bulan itu penyaksi kepada semua kelakuan manusia semenjak dahulu, tapi tuhan takdirkan ia menjadi pendiam..."



You Might Also Like

0 comments: