Saturday, 15 February 2014

puisi malas: dan aku sedar apa yang aku mimpikan itu bukan sebarang...

sumber gambar: wallpaperswide.com

"Mereka kata jangan bermimpi disiang hari...aku tersenyum manis lalu berkata yeke?hehe..."

 "Mereka pilih untuk membaca,
Aku pilih untuk menulis,
Mereka pilih untuk membeli,
Aku belajar bagaimana untuk menjual,
Mereka pilih untuk mendapatkan segala keselesaan didunia,
Aku pilih untuk berfikir magis apakah sampai dunia tercipta selesa begini?
Mereka akan sentiasa menjadi pengguna,
Aku paksa diriku berfikir bagaimana rasanya menjadi pengeluar,
Kerana aku mahu dunia ikut kataku,
Aku takkan biarkan lagi diriku mengikut mereka,
Kerana kini masanya dunia patuh pada setiap perintahku,

Aku mahu dunia di bawah kawalanku,
aku mahu dunia mencapai kesemua impianku,
biarpun diwaktu itu aku telahpun pergi menghadap Ilahi..."

sejenak aku tersedar dari mimpiku,
dan tersenyum sendiri.
rupanya aku masih di hadapan papan kekunci dan syok sendiri.
aduhai.
indahnya bermimpi disiang hari.
haha.

sumber gambar: picstopin.com

"manusia selalu mengambil mudah setiap mimpi mereka, setiap impian mereka...tapi tidak aku...aku seorang yang sangat teliti dalam bermimpi...dan aku sedar apa yang aku mimpikan itu bukan sebarang, disitu tersembunyi satu rahsia penciptaan..."


ps: apalagi?layannn...haha...nasiblah korang...annur ni peminat Shah Rukh Khan...haha...kadang2 layan hindustan syok gak kan..."

ni pun best gak...heheh...

2 comments:

Dean Vicious said...

Mimpi juga mampu kita tentukan sendiri. :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya,benar kita mampu...kalau kita sedar,semua mampu kita kawal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...